Monday, September 3, 2018

DIARI TWG (27) : ELAKKAN 3 SUASANA INI DI RUMAH

ELAKKAN TIGA SUASANA INI DI RUMAH

Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah *tiga suasana* di rumah-rumah di seluruh dunia:

1) Suasana *Pawagam*

TV dan Audio yang besar-besar.. karaoke-karaoke.. video-video games. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV...menangis bila tengok drama-drama... ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak-anak terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas-pentas.

2) Suasana *Hotel*

 Rumah yang dihias mewah-mewah seperti Hotel, berhawa dingin...setiap tahun tukar sofa baharu.. tilam-tilam mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.

3) Suasana *Restoran*

Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran...mewah...setiap saat dalam kekenyangan....fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dengan makanan....aiskrim...dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak).

Kita perlu berubah kepada *Kefahaman Agama* agar suasana rumah berubah.

 Suasana rumah seperti *rumah Baginda SAW dan Sahabat2 di Madinah* tidak wujud lagi.. iaitu Suasana Rumah seperti Madrasah.

Hidupkan suasana bacaan al-Quran dan Hadis di rumah. 

Hidupkan *suasana dakwah*. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah.

Hidupkan *suasana zikir dan solat-solat sunat* di rumah..

Rumah penuh dengan Nur al-Quran-Hadis.. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah ... keluarga hidup bahagia.

 Lahirkan anak-anak  alim-alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie- Daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam.

Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah-rumah kita. Hari ini anak-anak kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan macam-macam lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang. Belajar tak pandai-pandai.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar Hadis.

 Wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah-rumah kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis-hadis Nabi SAW dan baca kisah-kisah para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak-anak kita mengenali kehidupan sahabat-sahabat Nabi SAW, insan-insan yang telah berjaya.

*Barulah ahli keluarga  hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah-mewah sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami.*

Semoga kita semua  berazam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah di rumah kita In sya Allah..


Wallahu a'lam.. والله اعلم

Sumber : Whatsapp

No comments:

Post a Comment