NOVEL : D-DAY
Bab 3 - Pengemis
Selepas
penat berjalan, akhirnya Borhan dan Kouru tiba di sebuah kampung usang.
Di situ,
terdapat ramai gelandangan dan pengemis.
Sepanjang perjalanan
masuk ke kampung tersebut, sepanjang itu terdapat ramai gelandangan.
“En Borhan,
betul ke dia ada di sini?”
Kouru mula
risau dengan cara gelandangan memandang mereka.
“Saya dapat
rasakan dia memang ada di kampung ini. Eh? Puteri?” terkejut Borhan apabila
menoleh belakang, Kouru sudah hilang dari pandangannya.
“Lain kali
adik berhati-hati ye,” kelihatan Kouru sedang membantu seorang budak lelaki
yang terjatuh.
Budak
lelaki itu bangun dan terus berlari selepas mengambil beg Kouru.
Terjatuh
Kouru menyebabkan hood yang menutup kepalanya terjatuh dari atas kepala.
“Rambut dia
emas?” kedengaran suara-suara gelandangan, mendekati Kouru.
Kouru bangun dan
terus memakai semula hoodnya.
“Apakah
tujuan cik datang ke sini, tempat yang paling busuk ni?” tanya seorang lelaki
tua gelandangan.
“Sa…saya
datang nak cari seseorang,” jawab Kouru.
“Lupakanlah
niat cik tu. Semua yang tinggal di sini merupakan orang yang dihalau oleh Raja
dari kampung kami sendiri sebab kami gagal membayar cukai. Kami selalu
kekurangan makanan dan minuman. Ramai dari kami telah mati kerana tiada makanan
dan minuman,” balas ketua gelandangan.
Kouru
menahan marahnya dengan Raja.
“Walaupun
begitu, kalian semua sepatutnya berusaha. Berusaha mengubah hidup kalian.
Walaupun kampung ini terbiar lama, sekurang-kurangnya kalian boleh bercucuk
tanam, menternak binatang, ambil air di sungai, pasti kampung ni makin maju.
Tunjukkan pada semua orang bahawa kalian adalah orang yang berguna. Jangan
biarkan orang lain asyik ‘memijak’ kepala kita saja,” semua terdiam mendengar
kata-kata Kouru.
“Pute…eh..cik
Kouru,”
Borhan
terus ke arah Kouru apabila ternampak ramai yang berkumpul di situ.
“Korang
hanya orang luar je. Apa yang korang tahu, hah?” salah seorang daripada mereka
membaling batu kat Kouru namun Borhan yang melindungi Kouru pula yang terkena.
Cedera
tangan Borhan.
“En Borhan,”
risau Kouru.
“Tidak
mengapa, tuan puteri. Maafkan saya kerana membawa puteri ke sini. Mari kita
pergi sekarang,” ajak Borhan.
Kouru
menunduk ke arah semua gelandangan.
Terkejut Borhan.
“Maafkan
saya jika kata-kata saya menyinggung perasaan semua,” lalu Kouru dan Borhan
mula beredar.
Di
pertengahan jalan, tiba-tiba Kouru berhenti selepas ternampak kubur yang banyak
berdekatan dengan perigi yang diselaputi daun-daun yang menjalar.
“En Borhan,
maafkan saya,”
“Eh?” pelik
Borhan.
“Saya tak
sangka Shamsol tergamak buat begini ketika memegang takhta ni. Saya tidak boleh
membiarkan orang dianiya dan mati begitu sahaja lagi. Saya kena bantu mereka,”
nekad Kouru.
Seorang geladangan
ternampak Kouru dan Borhan sedang menguruskan ladang yang besar dan memenuhkan
air di dalam perigi.
“Adik,
boleh bagi beg tu kat abang tak? Abang bagi ubi kentang ni” pinta seorang
pemuda gelandangan kepada budak kecil yang telah meragut beg Kouru.
“Nah,”
budak itu memberi beg itu.
“Terima
kasih, adik,”
**************
“Huh…penatnya,”
terbaring Borhan di bawah sepohon pokok.
“Puteri
Kouru, tidak lama lagi hari nak senja. Elok kita cari tempat bermalam sekarang.
Em? Puteri Kouru?”
Borhan
bangun dan melihat keadaan Kouru.
“Dia tidur
rupa-rupanya,” tersenyum Borhan apabila melihat Kouru sedang baring atas rumput
di bawah pokok yang sama.
“Hai, Borhan,”
muncul seseorang mendekati Kouru.
“Kau…Cheong?
Kenapa kau baru muncul, hah? Kesian Puteri Kouru cari kau sampai begnya
diragut,” geram Borhan.
“Haha.
Maafkan saya, Borhan. Saya cuma nak lihat sama ada dia ni betul-betul Puteri
ataupun tidak. Tapi, dia telah membuktikannya…Jomlah kita pergi sekarang,”
balas Cheong.
“Tapi, Puteri
baru nak berehat. Eh? Kau buat apa tu, Cheong?” pelik Borhan apabila Cheong mengendong
Kouru.
“Kita kena
pergi sekarang. Kau tolong bawa beg ni ye,”
Borhan
hanya akur lalu mereka mula beredar dari kampung itu.
“Puteri?”
beberapa gelandangan terdengar perbualan tersebut.
“Apa kau
kata? Perempuan yang berambut emas tadi ialah Puteri Kouru?!” terkejut ketua
gelandangan apabila dilaporkan padanya.
“Jadi,
betullah kata Cheong, bahawa ada kerabat diraja akan datang dan membantu kita,”
kata salah seorang gelandangan di situ.
“Tapi, saya
dengar bahawa Puteri dijadikan orang yang dikehendaki kerana cuba membunuh Raja,”
terkejut semua.
“Apa yang
perlu kita lakukan sekarang, bekas ketua askar istana?” tanya mereka kepada
ketua gelandangan.
“Kita
dihalau dari istana, buat apa nak ambil tahu pasal mereka,” kedengaran beberapa
orang tidak mempedulikannya.
“Tapi, saya
nampak tadi perempuan tu buat sesuatu kat ladang tu,” menyampuk peragut beg
Kouru.
Lalu mereka
terus ke ladang.
Terkejut
mereka melihat kubur dan ladang mereka bersih serta perigi mereka penuh dengan
air yang bersih.
“Walaupun
kita dipecat, namun saya tetap akan berkhidmat untuk kerabat diraja yang
mementingkan rakyatnya daripada harta,” nekad ketua gelandangan itu.
No comments:
Post a Comment