Monday, September 3, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 16)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 16 - Tertukar Kuasa

Pertarungan berlaku sebelum fajar di antara pahlawan dan konco-konco Derora.

Ketika itu, hanya Lukman yang menjaga Pearl yang sedang tidur kepenatan di dalam lubang yang dibuat oleh Danial.

Yang lain sedang berlawan.

Lukman memandang wajah Pearl yang nyenyak tidur.

“Peliknya. Kenapa mereka dapat menerima kau sebagai tuan? Nak ikutkan, kau ni masih muda, kurang berpengalaman, dan banyak kelemahan. Betul ke tindakan kami ikut kau ni?” kata Lukman bersendirian, namun Pearl dapat mendengarnya.


Fajar mula menyinsing.

“Wahh! Cantiknya matahari terbit. Jom kita mulakan latihan sekarang,” bersemangat Pearl.

Lalu mereka memulakan latihan.

“Fuh. Baiklah, kuasa yang terakhir. Dah bersedia, Lukman?” tanya Pearl.

Lukman mengangguk lalu Pearl memulakan latihannya.

Pearl memejamkan matanya.

Perlahan-lahan, Pearl membuka matanya semula.

“Eh? Yeah!! Kita dah berjaya!” seronok Pearl apabila semua pahlawan berjaya menjadi mutiara lehernya.

“Kak Pearl, hati-hati. Ada musuh!” kata Ali.

“Pearl, keluarkan kami. Biar kami yang bertarung,” risau Izzul.

“Tak apa. Biar mereka rasakan kuasa baru kita ni,” tak sabar Pearl walaupun dibantah oleh pahlawan.

Tidak lama kemudian, semua konco Derora berjaya dimusnahkan.

Pearl memulihkan semula semua pahlawan menjadi manusia.

“Hebatkan kita?” gembira Pearl. Wajah semua pahlawan kelihatan marah.

”Kenapa?” pelik Pearl.

“Pearl, lain kali, jangan nak berlawan sorang-sorang tau. Bahaya!” Kamal memulakan bicara.

“Betul tu, Pearl. Nasib baik kau tak cedera tadi,” sokong Danial.

“Jangan bertindak bersendirian lagi lepas ni. Dah tanggungjawab kami untuk melindungi kau,” kata Hilmi.

Air mata Pearl mula mengalir.

Dia terus pergi dari situ.

Kelihatan Pearl sedang baling batu di tepi sungai.

“Kenapa mereka marah Pearl? Pearl cuma nak buktikan yang Pearl pun boleh bertarung. Pearl pun nak lindungi orang yang Pearl sayang juga,” merungut Pearl.

“P..Pearl, boleh saya duduk?” tanya Berahim.

Pearl tak jawab tapi masih baling batu.

“Saya duduk ye,” lalu Berahim duduk di sebelah Pearl.

“Pearl, sebenarnya, kami tak nak lihat kau cedera. Kami risau sebab kami sayangkan kau. Kami tak marahkan kau. Pearl jangan marahkan kami,” pujuk Berahim.

“Pearl pun nak bertarung juga. Pearl tak nak tengok korang cedera sebab lindungi Pearl,” balas Pearl.

“Sebab kamikan pahlawan kak Pearl,” muncul Ali.

“Kau ni Ali, menyibuk je. Tadi bukan main tolak-tolak suruh pujuk Pearl,” geram Berahim.

“Pujuk Pearl? Eh?” terkejut Pearl apabila melihat semua pahlawan sedang berdiri di belakangnya tapi bersembunyi di sebalik pokok.

Pearl berdiri dan terus tunduk kat mereka.

“Maafkan Pearl sebab bertindak melulu tadi,” kata Pearl.

“Kami pun nak minta maaf sebab marah-marah tadi,” balas Kamal.

“Kami akan musnahkan mereka menggunakan kuasa kami. Eh? Kenapa tak keluar kuasa ni?” pelik Danial apabila mencuba kuasanya.

“Tak keluar? Eh? Kuasa saya pun sama,” terkejut Izzul.

“Kami pun,” serentak Hilman dan Hilmi.

“Apa dah berlaku?” risau Pearl.

“Kuasa kitaorang hilang,” cemas Ethan.

“Tapi, saya ada kuasa,” kata Ali sambil menunjukkan kuasa apinya.

Jamie mendekati Ali.

“Ali, cuba kuasa air,” arah Ali.

“Apa kau cakap ni, Jamie?” pelik yang lain.

Lalu Ali berjaya cuba kuasa air.

Terkejut semua.

“Ok. Dengar semua. Saya rasa, kuasa kita tertukar. Budak kecil ni telah ‘mengambil kuasa’ saya, iaitu boleh meniru semua kuasa,” terbeliak mata semua apabila Jamie berkata begitu.

“Adakah sebab saya?” takut Pearl.

“Aduh. Kita kena cari kita tertukar kuasa dengan siapa sebelum musuh datang,” arah Kamal.

“Kuasa air!”

“Kuasa api!”

“Kuasa shadow!” pahlawan berusaha untuk mencari kuasa masing-masing.

“Kakak! Tadi Ali pergi kampung. Katanya, malam ni gelombang yang dahsyat akan muncul,” lapor Ali.

“Apa? Kenapa malam ni juga? Dahlah semua pahlawan tertukar kuasa. Macam mana ni? Kalau mereka jadi mutiara balik, adakah kuasa mereka akan kembali? Atau kuasa mereka akan tertukar lagi sekali? Apa yang patut saya lakukan sekarang?” tak tenteram Pearl.

“Terbakar! Terbakar!” Izzul terus terjun dalam sungai disebabkan bajunya terbakar.

“Fuh,” lega Izzul.

“Izzul, awak ok ke?” risau Pearl.

“Saya ok. Tadi, Charlie tak dapat kawal kuasa apinya. Eh?” terhenti percakapan Izzul apabila tanah mula bergetar.

Muka Pearl mula pucat apabila tanah yang dipijaknya mula retak.

“Shu!” Lukman terus masuk ke dalam bayang Pearl dan terus berdiri di atas pokok.

“Hilman! Hati-hatilah guna kuasa tu. Nasib baik Pearl tak cedera,” marah Danial kat Hilman yang baru muncul dari bawah tanah.

“Fuh. Nasib baik. Terima kasih, Lukman,” Lukman terus beredar tanpa memandang Pearl.

Pearl melihat setiap pahlawannya dari atas pokok.

“Kuasa ilusi!” bersemangat Berahim.

“Kuasa halimunan!” Kamal berjaya mengawal kuasa ‘baru’nya.

“Wah. Hebatnya mereka. Tak sampai sehari mereka dapat kuasai kuasa ‘tertukar’ tu?” ternganga Pearl.

Malam mula menjelma.

Pearl dan semua pahlawan sudah bersedia menunggu gelombang hitam muncul di kawasan lapang.

“Dah muncul!” serentak Ali dan Izzul.

“Semua dah bersedia?” tanya Pearl sambil memandang wajah pahlawannya.

“Dah!” serentak mereka.

“Jom lompat!” lantas mereka serentak melompat masuk ke gelombang itu.

“Argh!” kedengaran pahlawan-pahlawan mula meraung kesakitan.

Pearl terus menoleh ke arah pahlawannya.

“Apa dah berlaku?” risau Pearl.

“Kami…pun tak pasti…tiba-tiba..sakit,” kesakitan Ethan.

“Apa yang harus saya lakukan sekarang ni? Lubang keluar gelombang ni tak muncul lagi,” Pearl berbisik dalam hatinya.

“Nampaknya, terpaksalah saya…,” lalu Pearl terus menidurkan semua pahlawannya dan menukarkan mereka menjadi mutiara lehernya.

“Jalan keluar?” Pearl ternampak cahaya lantas terus melalui cahaya tersebut.

“Arh!” Pearl menjerit apabila dia sedang jatuh dari langit.

”Aduh!” badan-badan Pearl mula cedera apabila mendarat dari atas pokok dan tersembam ke tanah menyebabkan semua pahlawan menjadi manusia semula.

Pearl terasa sesuatu sedang mendekatinya lantas dia membuat bulatan pelindung yang besar memuatkan dirinya dan semua pahlawannya untuk mengelakkan serangan dari luar pelindung menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya digunakan untuk merawat lukanya.

“Baguslah…semua…pahlawan..selamat,” mata Pearl terpejam.

“Dush! Dush!” Ali, Berahim dan Charlie terjaga apabila terdengar bunyi yang kuat.

”Waahhh! Apa ni?” Berahim terus menyorok di belakang Charlie apabila ternampak satu lembaga sedang mengetuk pelindung Pearl.

“Eh? Apa dah berlaku? Di mana kita ni? Kenapa semua pengsan?” pelik Charlie apabila melihat sekelilingnya.

“Kakak! Bangun kakak Pearl!” Charlie dan Berahim mendekati Ali apabila terdengar suara Ali.

“Kenapa ni, Ali? Hah? Pearl, apa dah terjadi?” terkejut Charlie dan Berahim apabila ternampak Pearl terbaring dengan keadaan badannya yang penuh dengan darah kering dan telapak tangan kirinya tegak.

“Jamie! Jamie! Cepat bangun! Cepat rawat Pearl!” mengalir air mata Berahim apabila mengejutkan Jamie.

Pahlawan-pahlawan lain mula terjaga.

“Teguhnya pelindung ni,” kagum Lukman sambil mengetuk pelindung Pearl.

“Kenapa Pearl boleh cedera sampai macam ni?” sedih Izzul ketika Jamie sedang merawat Pearl.

“Wei korang. Kita dah dikepung ni,” takut Hilman melihat banyak lembaga hitam mengetuk pelindung Pearl.

“Jika tak ada pelindung ni, pasti kita akan mati,” kata Hilmi.

“Tapi, masa kita berada di gelombang hitam tu, apa yang berlaku seterusnya?” fikir Ethan.

Kamal menggunakan kuasanya untuk membaca ingatan Pearl.

“Pearl tidurkan kita dan guna kuasa baru. Lepas tu, dia terjatuh dari atas sana dan jatuh atas pokok ni…dan jatuh atas tanah,” kata Kamal.

Terkejut semua.

“Jap…kau boleh guna kuasa kau?” pelik Danial.

“Eh? Kuasa air dah dapat baliklah,” gembira Berahim.

“Kami pun!” serentak Hilman dan Hilmi.

“Ma..af,” perlahan suara Pearl yang masih belum terjaga lalu tapak tangan kirinya turun secara perlahan-lahan.

“Korang! Hati-hati!” jerit Jamie apabila terdengar suara Pearl.

Pelindung Pearl mula hilang.

“Peperangan dah mula,” senyum sinis Lukman.

Semua pahlawan bersedia untuk berlawan.

“Korang jangan lupa tugas utama kita,” pesan Muhzan kat semua pahlawan.

“Tugas kita ialah melindungi Pearl!” bersemangat Danial.

“Serang!” mereka terus menyerang lembaga-lembaga itu.

Ethan terus menggunakan kuasanya supaya Pearl menjadi halimunan.


***********


Pearl mula sedarkan diri.

Perlahan-lahan, dia duduk.

“Aduh, apa dah berlaku? Kenapa sakit sangat badan ni?” susah payah Pearl nak duduk.

“Eh? Kat mana saya ni? Hah? Ahhh!” jeritan Pearl menyebabkan 13 pahlawan yang sedang tidur berdekatan dengannya terjaga.

“Kenapa? Ada musuh ke?” Izzul terus bangun dan bersedia untuk lawan.

“Eh? Tak ada apa-apa pun,” pelik Izzul apabila mendapati tiada musuh pun di sekelilingnya.

“Kenapa ni, Pearl?” tanya Hilman.

“Mimpi ngeri ke?” tanya pula Hilmi.

“Pearl…?” Danial mula mendekati Pearl.

“Jangan dekat!” jeritan Pearl menyebabkan langkah Danial terhenti dan semua memandang Pearl.


“Siapa korang? Dan kenapa saya ada di sini? Macam mana korang tahu nama saya?” semua terkejut dengan kata-kata Pearl.


**Bab seterusnya bertajuk "Pearl Hilang Ingatan?!" Nantikan😉



<<BAB 1          <BAB 15          BAB 17>

No comments:

Post a Comment