NOVEL : D-DAY
Bab 5 - Diculik
Keesokkan
harinya, Kouga, Erik dan Asyraf memulakan perjalanan mereka ke kampung
seterusnya.
“Jadi,
pahlawan seterusnya ada di kampung ini?” tanya Kouga.
“Betul tu, Putera.
Kami dapat rasakan kehadiran dia di kampung ini,” jawab Asyraf.
“Baiklah. Mari
kita berpecah dan mencari dia,”
“Tapi putera,
kami tak boleh biarkan putera jalan bersendirian. Nanti ada..,”
Kouga terus
menyampuk kata-kata Erik.
“Kouga.
Mulai sekarang, panggil saya Kouga saja. Lagipun, saya dapat menjaga diri saya.
Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya,” senyum Kouga sebelum ke
jeti.
“Asyraf,
kau nampak cara dia senyum tu? Dia dah matang, Asyraf,” bersemangat Erik.
“Haha. Kita
memang tak dapat nak lawan kata-kata dia,” geli hati Asyraf.
************
Manakala, Borhan
dan Cheong terpisah lagi dengan Kouru apabila mereka tiba di sebuah kampung.
“Alamak.
Mana dia ni? Macam mana kalau sesuatu berlaku dengan dia?” cemas Borhan.
“Borhan,
kita berpecah dan cari dia,” lalu mereka berpecah.
Mata Kouru
tepat memandang seorang askar yang sedang dikilatkan kasut oleh seorang pengilat kasut di kaki lima.
Askar itu
perasan akan kehadiran Kouru lalu berjalan ke arah Kouru.
“Adakah cik
sedang menunggu saya?” tanya askar itu.
“Saya nak
tanya…sama ada encik pernah nampak cahaya dari langit dua hari lepas?” balas
Kouru.
“Cahaya?
Saya ada nampak,” terkejut Kouru.
“Mari kita
jalan-jalan jap,” akur Kouru.
Mereka
berbual-bual sehinggalah sampai ke jeti. Askar itu naik ke atas sebuah sampan.
“Mari cik,”
Kouru mula
teragak-agak namun ia menyambut tangan askar itu lalu naik ke atas sampan.
Apabila
sampai di tengah-tengah laut, askar tersebut menurunkan hood Kouru dengan
kasar.
Terbeliak
mata Kouru.
“Kau…kau
buat apa ni?”
Kouru mula
menggigil apabila askar itu mula mendekatinya.
“Wah. Tak
sangka kau memiliki wajah dan rambut yang cantik,” askar itu memegang wajah
Kouru.
Kouru
menempisnya dengan kasar.
“Kau
penipu! Kau kata kau nampak cahaya tu!”
“Cahaya?
Saya hanya nampak cahaya guruh je. Cahaya juga, kan?” askar itu mula berdiri.
‘Nampaknya,
saya kena berlawan,’ bisik Kouru dalam hatinya.
“Ahh!”
tiba-tiba askar itu meraung kesakitan.
Pelik Kouru.
“Ka..kaki..,”
Kouru
memandang pada kaki askar itu.
Kelihatan
satu jarum tercucuk pada kasut askar itu. Askar itu terduduk sambil mengerang
kesakitan.
“Ke…kenapa
ni? Saya tak dapat rasa kaki saya!” menggigil askar itu.
“Kaki kamu
telah lumpuh sementara. Lebih baik kau duduk diam-diam di situ,” muncul seseorang
dari bawah kain yang berada di belakang askar itu.
“Awak
kan…,”
Kouru
perasan bahawa lelaki itu ialah penggilat kasut.
“Seronok
dapat berjumpa dengan Puteri. Nama saya Dollah, salah seorang pahlawan,”
melutut hormat Dollah di hadapan Kouru.
“Terima
kasih, En Dollah kerana menyelamatkan saya,” senyuman Kouru menyebabkan muka Dollah
menjadi merah.
“Kau!
Berani kau cederakan tuan puteri!” marah Dollah apabila ternampak pipi Kouru
cedera.
“Tak
apalah, En Dollah. Saya tak ada apa-apa,”
*************
Kouga
dipukul kepalanya dari belakang di sebuah lorong lalu rebah. Dia dibawa naik ke
atas sebuah kapal.
Apabila
terjaga, dia mendapati dia berada di sebuah penjara.
“Saya
di…kapal?” kepalanya diusap perlahan.
Kouga mula
berfikir perkara yang telah berlaku pada dirinya sambil melihat persekitarannya.
“Eh? Kalian
ni siapa?”
Kouga
ternampak ramai orang di dalam penjara itu.
“Kami…sebenarnya
akan diperdagangkan ke negara lain. Sudah tiada cara lain untuk kita larikan
diri dari sini,” kata salah seorang dari mereka.
“Negara
lain? Jangan harap saya akan membiarkan perkara ini berlaku. Seseorang sedang
menunggu kehadiran saya,”
Kouga mula
mencari jalan keluar. Kouga mendapati pagar penjara itu tidak berkunci lalu dia
menyelinap keluar.
“Apa dah
jadi?” pelik Kouga apabila semua anak kapal sedang tertidur.
“Oh?” mata
Kouga bertentangan dengan seorang pemuda yang bersedia untuk terjun dari kapal.
“Kamu…siapa?”
tanya Kouga.
Pemuda itu
tersenyum.
“Saya hanya
seorang pengembara. Jumpa lagi,” pemuda itu terus terjun.
“Nanti!
Eh?” pelik Kouga apabila mendapati kapal tersebut berada di jeti.
“Kouga!!”
kelihatan Asyraf dan Erik sedang berlari mendapatkan Kouga.
Kouga melambai
dari jauh. Lega Asyraf dan Erik melihat senyuman Kouga.
*******
Begitu juga
dengan Kouru dan Dollah, baru tiba di jeti dengan bantuan kayuhan Dollah dan
askar itu.
“Puteri
Kouru! Nasib baik kamu tidak ada apa-apa,” lega Borhan.
Kouru
tersenyum.
“Maafkan
saya, En Borhan dan En Cheong. Dan…panggil saya Kouru. Saya tak selesa bila
kalian panggil Puteri. Sebab..terasa macam hubungan kita berbeza sangat.
Kitakan kawan,” kata-kata dan senyuman Kouru amat menusuk jiwa Borhan, Cheong
dan Dollah.
Mereka serentak
ketawa sebab geli hati.
“Kenapa
pula ni?” pelik Kouru.
“Tak..tak
ada apa-apa. Dahlah. Jom kita cari tempat untuk bermalam,” kata Borhan.
“Tadi, saya
ada jumpa satu rumah tumpangan. Mari saya tunjukkan,” lalu Kouru berjalan dulu.
“Nampaknya,
dia dah matang,” tersenyum Borhan.
“Tadi,
kalau bukan sebab saya, mesti dia dah belasah askar tu,” bercerita Dollah.
“Sebab tu
kita susah nak lawan dia, kan?” sokong Cheong.
Semua
angguk tanda setuju.
No comments:
Post a Comment