NOVEL : D-DAY
Bab 11 - Janji Ditepati
“Mana adalah!”
Kouru
terasa sesuatu.
“Abang,”
Kouru
memandang ke langit yang penuh dengan bintang.
Borhan
mendekatinya lalu memakaikan mantel dan hood pada Kouru.
“Kouru,
mereka pasti selamat. Kouru pergilah berehat. Sejuk ni. Lagipun, yang lain
sedang memantau di sekeliling. Jika mereka nampak apa-apa, mereka akan beritahu
kita. Dah malam ni,” risau Borhan.
Kouru
memandang Borhan sambil tersenyum.
“Baiklah,”
lalu Kouru berjalan masuk ke dalam gua.
“Oh?
Itukan..,”
Hirman
yang berada di atas pokok ternampak sesuatu lantas terus turun dari pokok.
“Siapa?!”
pahlawan-pahlawan di sisi Kouga terus melindungi Kouga.
“Akhirnya
korang sampai juga. Saya, Hirman bersedia untuk berkhidmat untuk Putera Kouga,”
melutut hormat Hirman di hadapan Kouga.
“Hirman!
Lama tak jumpa!” pahlawan Kouga terus memeluk Hirman.
“Mana
yang lain?” tanya Ismail.
“Mereka
ada di hadapan gua,” jawab Hirman lalu mereka berjalan ke gua.
Kelihatan
Borhan, Faizul, Cheong dan Dollah melutut hormat menyambut ketibaan Kouga.
“Kami
sedia untuk berkhidmat dengan Putera Kouga,” serentak mereka.
“Kouru
ada di dalam. Lama dia tunggu sampai tertidur,”
Borhan
seperti dapat teka pertanyaan Kouga.
Kouga
tersenyum lalu masuk ke dalam gua.
“Jeremy
pun nak jumpa Puteri juga,” tak sempat Jeremy melangkah kerana ditarik oleh Asyraf
dan Borhan.
“Biarlah
mereka berjumpa dulu,” serentak Asyraf dan Borhan.
Kouga
duduk berhampiran Kouru yang sedang baring tertidur.
“Kesiannya
adik abang ni. Mesti banyak cabaran yang dihadapinya,” kata Kouga sambil
mengetepikan rambut Kouru yang sudah pendek.
Tiba-tiba
Kouru membuka matanya dan duduk.
“Abang
Borhan, abang Kouga dah sampai ke?” tanya Kouru sambil menoleh ke arah Kouga.
Mata
mereka bertembung. Kouru menggosokkan matanya dan memandang Kouga semula.
“H…hai
adik,” teragak-agak Kouga sambil tersenyum.
Air
mata Kouru mula bertakung.
“Abang!!”
Kouru terus memeluk abangnya sambil menangis.
“Maafkan
abang sebab lambat adik,”
Kouga
mengusap kepala adiknya.
Tangisan
Kouru bergema di dalam gua.
“Akhirnya
air mata yang ditahannya selama ini ‘meletup’ juga,” kata Borhan tersenyum.
“Kenapa
korang lambat?” tanya Dollah.
“Tadi..,”
Jeremy mula bercerita.
“Kouga!”
jerit Asyraf.
“Saya…ok,”
kelihatan tangan kanan Kouga berpaut pada batu dengan keadaan tangan kirinya
memegang tangan Jeremy yang hampir jatuh.
“Kouga,
lepaskan tangan saya. Nanti kau jatuh juga,” risau Jeremy.
“Saya…takkan
tinggalkan sesiapa pun,” nekad Kouga.
“Asyraf,
sambut tali ni,”
Erik
mencampak tali kat Asyraf manakala hujung tali yang lagi satu mengikat badan Jeremy
dan Kouga.
“Ismail
dan Kassim, korang lompat dulu dan tolong Asyraf,” akur Ismail dan Asyraf.
Akhirnya
Kouga dan Jeremy berjaya diselamatkan.
“Huh
huh huh,” kepenatan semua.
”Terima
kasih semua sebab selamatkan saya,” ucap Kouga.
“Tak
apa. Dah tugas kami untuk membantu tuanku,” senyum Asyraf sambil merawat kaki Jeremy.
“Nasib
baik tak teruk. Kalau saya jumpa siapa yang tembak tadi, memang nak kena dia!”
geram Ismail.
“Itulah
ceritanya,” panjang lebar Jeremy bercerita.
“Jadi,
semua ni berpunca dari kaulah ye,” tuduh Cheong pada Jeremy.
“Mana adalah!”
No comments:
Post a Comment