NOVEL : D-DAY
Bab 8 - Pahlawan Terakhir
Hari demi hari berlalu.
Kouga dan Kouru berusaha membantu penduduk di beberapa kampung yang terjejas.
Keesokkan
harinya, mereka sambung perjalanan ke kampung seterusnya.
Setiba
di hadapan kampung, tiba-tiba Kouru hampir pengsan.
“Kenapa
ni, Kouru?” risau Borhan, memapah Kouru.
“Saya…nampak…
kampung ni akan berlaku peperangan dalam masa 5 hari. Terlalu…ramai yang akan
terkorban. Kita kena bantu mereka untuk mengelakkan ramai lagi yang terkorban,”
kata Kouru.
Terkejut
pahlawannya.
“Kouru
boleh nampak masa depan? Seperti maknya?” perlahan suara mereka.
“Eh?
Apa kita buat kat depan ni? Jom kita masuk,” ajak Kouru lalu mula melangkah
masuk.
Pelik
pahlawan yang lain. Namun, dihiraukannya lalu mengekori Kouru dari belakang.
“Ramainya
orang. Sesuatu dah berlaku ke?” pelik Kouru.
“Kouru,
saya dah siasat kampung ni. Katanya, kampung ni akan jadi markas untuk pelarian
kampung-kampung di belah timur. Sebab…peperangan berlaku kat sana,” lapor Dollah.
“Abang,”
risau Kouru.
“Kouru..,”
Kouru
terus memotong kata-kata Borhan.
“Tak
apa. Saya yakin mereka takkan apa-apa. Sekarang, kita tolong penduduk yang
memerlukan bantuan dari segi rawatan, tempat tinggal, cucuk tanam dan
sebagainya. Jom,” bersemangat Kouru. “Baik!” akur Borhan, Cheong, Dollah dan Faizul.
*****************************
“Dahsyatnya
kampung ni,” ngeri Jeremy apabila melihat kemusnahan kampung tersebut.
“En
Jeremy, pergi siasat apa yang telah berlaku dan apa rancangan mereka. En Erik
dan En Ismail, cari mangsa-mangsa yang boleh diselamatkan. En Asyraf, kita akan
cari pahlawan yang terakhir. Berpecah sekarang,” arah Kouga.
“Baik!”
akur yang lain.
Asyraf
dan Kouga berpecah di tengah-tengah jalan.
Kouga
seperti tertarik dengan sebuah rumah yang hanya terbakar separuh. Kouga masuk
ke dalam rumah tersebut.
Dia
ternampak tangan yang memegang bebola Kristal. Kouga terus mengeluarkan tuan
punya tangan itu yang dihempap kayu-kayu. Nadi mangsa lelaki itu diperiksanya.
“Masih
hidup. Nasib baik cederanya tidak parah,”
Kouga
merawat luka mangsa itu.
“Dahsyatnya
peperangan ni. Saya tak boleh biarkan peperangan ni berlaku lagi,” geram Kouga.
“Kalau
itu permintaan tuan putera, kami akan tunaikan,” terkejut Kouga apabila mangsa
lelaki itu bersuara dan membuka matanya.
“Kamu..,”
“Kouga!
Berita panas! Peperangan akan diteruskan ke kampung seterusnya! Semua penduduk
kampung ni berada di kampung sana. Nanti ramai yang akan terkorban,” lapor Jeremy
yang tiba-tiba muncul.
“Apa
tujuan mereka, Jeremy?” tanya Kouga, mengalihkan pandangannya pada Jeremy.
“Peluasan
kuasa oleh Raja Shamsol,” mata Jeremy dan Kouga memandang tepat pada wajah
mangsa itu yang sudah duduk.
“Kau…Kassim?”
baru perasan Jeremy.
“Betul
ke apa yang kamu katakan ni, En Kassim?” tanya Kouga.
Angguk
Kassim.
“Bukan
ke mereka akan mulakan peperangan lagi 7 hari?” muncul Asyraf tiba-tiba.
“Betul.
Tapi, mereka akan mulakan peperangan sekarang di kawasan yang kecil dulu,”
jawab Kassim.
“Kouga,
ada sesetengah pelarian menuju ke barat untuk keselamatan,” lapor Ismail, yang
baru datang dengan Erik.
“Selepas
selesai peperangan di timur, mereka akan terus ke barat,” kata Erik.
“Kouru,”
risau Kouga.
“Kouga,”
Asyraf
memegang bahu Kouga yang sedang termenung sebentar.
“Baiklah.
En Ismail dan En Erik akan meneruskan proses menyelamatkan semua mangsa yang
masih hidup di kampung ni. En Jeremy, laporkan pada kampung seterusnya. Saya
akan berjumpa dengan ketua kampung supaya menggumpulkan askar untuk peperangan
esok. En Asyraf, kumpulkan senjata yang ada,” arah Kouga.
“Putera
Kouga, saya ingin membantu juga,” bangun Kassim.
Kouga
mula berfikir.
“Baiklah.
En Kassim akan membantu En Ismail dan En Erik. Baik, bertindak sekarang!”
“Baik!”
Kouga
berjaya berunding dengan ketua kampung.
Kampung
tersebut berjaya dikosongkan.
Jeremy,
secara senyap-senyap menyerang markas askar-askar Raja.
Pada
malam itu, berlaku peperangan kedua di kampung belah timur.
******************************
Kouru
tidak dapat tidur lalu berjalan-jalan keluar.
“Abang,”
risau Kouru sambil memandang langit.
“Cik
tak risau ke jalan sorang-sorang ni? Nanti tiba-tiba diculik, saya juga yang
susah,”
Kouru
memandang orang yang menegurnya.
“Polis
rupanya” angguk Kouru.
“Mari
saya temankan cik pulang. Dari tadi saya lihat, ramai yang memerhatikan cik,”
polis itu berbisik di telinga Kouru.
“Ok,
encik,”
Kouru
hanya akur.
“Bagusnya
kalau semua polis macam awak. Mesti kes-kes jenayah akan berkurang,” kata
Kouru.
Tersenyum
polis itu.
“Saya
rasa, kalau cik yang memerintah, pasti negara ni akan aman,” balas polis itu.
“Siapa
nama awak?” tanya Kouru.
“Nama
saya Hirman..,”
Kouru
terus memotong kata-kata Hirman.
“En
Hirman, terima kasih kerana menemani saya…dan ‘melindungi’ saya dari jauh,”
terkejut Hirman.
“Puteri
tahu yang saya mengekori Puteri sejak Puteri masuk kampung ni?” anggukan Kouru
mengejutkan Hirman.
“Saya
dapat rasakannya. Sebab itu saya keluar jalan-jalan ni. Dan…panggil saya Kouru
ye,” senyuman Kouru menyebabkan muka Hirman merah.
“Jadi,
Kouru nak buat apa sekarang ni?” tanya Hirman.
“Kita
akan jaga kampung ni, dan memberi latihan kepada askar-askar di sini. Kita tak
boleh lama berada di sini,” jawab Kouru.
“Kami
menjunjung titah, tuanku!” terkejut Kouru apabila terdengar suara dari
belakang.
Kouru
terus menoleh. Senyumannya terukir melihat Borhan, Cheong, Dollah dan Faizul.
“Amboi
Hirman, dating dengan Puteri senyap-senyap ye,”
Cheong
dan Dollah menyerang Hirman. Geli hati Kouru melihat keakraban mereka.
No comments:
Post a Comment