NOVEL : D-DAY
Bab 4 - Kemarahan
Manakala, Kouga
pula sedang membantu Erik, salah seorang pahlawan, bercucuk tanam di ladang kepunyaan
Erik.
Senja mula
menyinsing.
“Baiklah Putera
Kouga. Hari dah nak gelap. Mari masuk rumah saya dan berehat. Kamu juga, Asyraf,”
pelawa Erik.
Di dalam
rumah Erik, Kouga mula termenung memandang langit yang gelap.
“Putera
Kouga teringatkan Puteri Kouru ke?” tegur Asyraf.
Kouga hanya
membalas dengan senyuman.
“Saya yakin
yang Kouru melakukannya dengan baik,”
“Putera
Kouga, maafkan saya sebab meminta bantuan putera untuk membantu saya bercucuk
tanam tadi,” risau Erik.
“Tak apa. Untuk
penduduk kampung ini juga. Lagipun, sebelum ini pun saya pernah bercucuk tanam.
Lebih baik kita berehat sekarang. Esok perjalanan kita jauh,” kata Kouga
sebelum masuk ke dalam bilik.
“Nampaknya,
dia makin matang, kan Asyraf?” tersenyum Erik.
“Bukan dia
je, Erik,” Asyraf membalas senyuman Erik.
Kouga
baring di atas katil. Dia mula memikirkan apa yang diceritakan oleh Erik.
“Apabila saya sampai kampung ni,
keadaannya sangat teruk. Tanaman tidak dijaga, bangkai haiwan merata-rata,
penduduk di sini kurus kering kerana ketiadaan makanan,”
“Bagaimana ianya boleh berlaku, En
Erik?” tanya Kouga.
“Kebanyakan penduduk lelaki di sini
menjadi askar di istana. Yang tinggal hanyalah warga emas, wanita dan
kanak-kanak. Mereka kata, sudah bertahun-tahun penduduk lelaki tersebut tidak
pulang ke kampung ini. Jadi, saya mengajar mereka tentang ternakan, tanaman dan
mencari sumber air yang bersih untuk mereka. Alhamdulillah seperti yang putera
nampak, kampung ini sudah maju dan dapat berdikari sendiri,”
“Apa yang terjadi pada penduduk
lelaki di sini? Mereka langsung tiada khabar berita ke?” pelik Asyraf.
“Saya syak ia mesti ada kena mengena
dengan Raja Shamsol. Saya harap mereka masih hidup dan dapat bersama dengan
keluarga mereka semula,”
Kata-kata Erik menyebabkan Kouga dan
Asyraf mendiamkan diri mereka.
Kouga mula
menutup matanya menggunakan lengan tangan kanannya. Kuat gengaman tangannya itu
menahan kemarahan pada Raja Shamsol.
No comments:
Post a Comment