NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Bab 1 - Kebakaran
“Mak, Pearl pergi dulu ye!” kelihatan seorang gadis berpakaian sekolah bergegas ke pintu keluar.
Gadis itu mencapai kasut sekolahnya di atas almari lantas memakainya.
“Pearl, hati-hati ye sayang” ujar ibunya yang sedang berdiri di belakang Pearl. Pearl mencium tangan ibunya.
“Jangan risau, mak. Pearl pergi dulu ye. Bye..” lantas Pearl bergegas ke sekolah dengan mengayuh basikalnya.
Dalam perjalanan ke sekolah, Pearl ternampak seorang budak lelaki terjatuh lalu menangis.
Pearl terus tekan brek dan membantu budak tersebut.
“Adik jangan nangis ye. Tak lama lagi sakit ini akan hilang. Zam zam..ala kazam..fuhh”
Pearl berjampi sebelum menampal pembalut luka pada lutut budak tersebut.
Budak lelaki itu berhenti menangis apabila Pearl memberinya gula-gula.
“Dah tak sakit, kan?” budak itu mengangguk.
“Sharif!” kelihatan ibunya berjalan pantas mendapatkan anaknya itu.
“Mama..” budak itu terus memeluk ibunya.
Pearl tersenyum.
Selepas mereka mengucapkan terima kasih, Pearl menyambung perjalanannya ke sekolah.
“Bagaikan semuanya adalah mimpi yang panjang. Walaupun saya tidak ingat mimpi tu, tapi, saya dapat rasakan mimpi tersebut sangat indah,” berbisik Pearl dalam hatinya sambil tersenyum lebar.
2 bulan yang lepas…
Di dalam perpustakaan sekolah, kelihatan Pearl sedang khusyuk membaca sebuah buku yang usang.
“Saya mempunyai 12 pahlawan dan kami berjaya menewaskan Derora. Namun, Derora sempat menyumpah dirinya. “Aku akan kembali 100 tahun kemudian dan akan menakluki dunia. Hahaha..” Derora hilang di dalam gua Blacked. Ketika itu, saya cedera parah, dan bila-bila masa sahaja ajal saya akan tiba. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghantar 12 pahlawan pada masa hadapan untuk membantu pewaris saya, satu-satunya yang mampu menewaskan Derora, Pearl..”
Pearl menelan air liurnya lalu sambung membaca.
“Mereka tidak setuju dengan keputusan saya. Mereka enggan meninggalkan saya. Mereka hendak membantu saya sehingga akhir hayat saya. Tiba-tiba pearl(mutiara) yang berada di atas meja pecah disebabkan panah…”
Tiba-tiba Pearl terhenti disebabkan dia terasa sesuatu.
Pearl menoleh ke kiri dan kanan.
“Mungkin khayalan sahaja. Lebih baik saya pulang ke rumah”
Pearl menutup buku tersebut dan memasukkannya ke dalam beg.
Semasa dalam perjalanan pulang, Pearl berjalan di hadapan sebuah rumah anak-anak yatim.
Langkahnya terhenti apabila sesuatu lalu di hadapannya.
Pearl menjadi kaku.
“Tolong…tolong..!” kedengaran suara seorang budak kecil meminta tolong.
Pearl mencari suara tersebut.
Pearl terkejut apabila mendapati rumah anak-anak yatim tersebut terbakar.
Dia ternampak seorang budak lelaki yang berumur lebih kurang 6 tahun di dalam rumah tersebut.
Tanpa berfikir panjang, Pearl berlari dan terus menyelinap masuk untuk menyelamatkan budak tersebut.
“Adik..uhuk uhuk..adik kat mana..?”
Pearl yang terbatuk kerana terhidu asap mula mencari budak yang meminta tolong.
Pearl terkejut melihat seorang budak terbaring di depan dapur lantas dia mendapatkan budak tersebut.
“Adik..adik tak ada apa-apa? Adik..uhuk uhuk..”
Pearl memeluk erat budak tersebut selepas memakaikan topeng muka untuk menutup mulut dan hidung budak lelaki itu.
“Adik jangan hidu asap ye..jangan pengsan tau..akak cuba cari jalan keluar,”
Pearl mendukung budak tersebut sambil mencari jalan keluar.
Api semakin marak. Penglihatan Pearl makin kabur.
Pearl terkejut apabila terdengar bunyi kaca pecah.
Kelihatan tingkap di dalam bilik air pecah. Pada serpihan kaca yang pecah tersebut terdapat sebatang panah.
Pearl mendekati tingkap tersebut.
“Adik..adik keluar melalui tingkap ini ye..cepat panjat,” budak lelaki tersebut mencapai gril tingkap dengan bantuan Pearl.
Kaki kirinya berjaya dikeluarkan.
“Akakk!!,” terkejut budak lelaki itu apabila melihat Pearl terduduk sambil mengerang kesakitan disebabkan dihempap paip yang besar.
“Jangan hiraukan akak. Adik mesti selamat! Aww..” air mata Pearl mula menitis menahan kesakitan.
Budak lelaki itu mula runsing.
Ingin menyelamatkan Pearl dan mati atau menyelamatkan dirinya sendiri dan meninggalkan Pearl bersendirian.
Pearl mula tidak sedarkan diri disebabkan terhidu banyak asap.
Tiba-tiba api mula menyambar bilik air tersebut.
“Akak!!” tiba-tiba mata budak lelaki tersebut bertukar menjadi warna oren.
Budak itu terus mendekati Pearl dan menyedut semua api.
Dalam sekelip mata sahaja, api hilang tiba-tiba.
Budak itu memandang Pearl lalu berkata,
“Terima kasih kerana melindungi saya. Mulai sekarang, giliran saya pula untuk melindungi akak.”
Mata Pearl mula terbuka.
“Kat mana saya ni?”
Pearl duduk sambil memegang kepalanya yang berbalut.
“Cik di hospital sekarang. Tadi kami menemui cik di kawasan kebakaran. Nasib baik kebakaran sempat dipadamkan sebelum cik terbakar,” jawab doktor yang merawat Pearl.
“Kebakaran? Budak lelaki dalam kebakaran tu selamat tak, doktor?” risau Pearl.
“Jangan risau. Dia tidak ada apa-apa. Dia sedang tidur di sebelah katil cik. Kami minta diri dulu,”
“Terima kasih doktor” selepas doktor tersebut beredar, Pearl terus ke katil sebelah.
Wajah budak itu ditatapnya.
”Adakah…kamu yang sedut api itu? Ataupun..saya hanya bermimpi?” tanya Pearl.
“Kakak,” kelihatan budak itu sedang bermimpi ngeri.
Pearl memegang dahi budak itu.
Tiba-tiba tergambar suatu kejadian kebakaran di sebuah kampung.
“Kakak!”
“Ali!”
Pearl terus melepaskan tangannya lantas membelek buku usang yang dibacanya di perpustakaan.
Matanya terbeliak.
Sambil memandang budak itu,
“Adakah…kamu ni..Ali, yang mati ketika ingin menyelamatkan akaknya dalam kebakaran..namun, akhirnya, kedua-keduanya terkorban? Adakah…kamu ni pahlawan api?”
Secara perlahan-lahan, mata budak tu terbuka.
“Kakak? Kat mana saya ni? Eh? Kenapa akak menangis ni? Akak cedera ke?” terkejut budak itu apabila Pearl menangis. Pearl terus memeluk budak yang berumur 6 tahun itu.
“Jangan nangis kakak. Alikan ada..”
Selepas itu, Pearl mendapat tahu bahawa Ali berada di rumah anak-anak yatim itu keseorangan kerana tidak sihat untuk mengikuti rombongan sekolah.
Kebetulan guru yang bertugas untuk menjaga Ali sedang keluar membeli barang untuk membuat bubur.
Pihak bomba mendapati bahawa kebakaran tersebut disengajakan.
Pearl mengambil keputusan untuk menjaga Ali sementara rumah anak yatim tersebut dibina semula.

******

No comments:
Post a Comment