Wednesday, September 19, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 19)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 19 - Selamat Tinggal

Pearl melihat Ali dan kakaknya saling berpegang tangan sambil berjalan dengan riangnya di sebuah taman. 

Ali ternampak Pearl yang sedang tersenyum berdiri memandang mereka. 

“Kakak Pearl! Terima kasih,” lebar senyuman Ali. 

Kakak Ali turut tersenyum memandang Pearl. 


Selepas Ali dan kakaknya menghilang, Pearl ternampak Berahim dan adik perempuannya berjalan di taman bunga. Berahim dan adiknya menoleh memandang Pearl. 

“Terima kasih, Pearl,” kata Berahim sambil tersenyum. 


Selepas kelibat Berahim dan adiknya hilang, Charlie dan jirannya muncul. 

“Pearl, terima kasih,” senyum Charlie dan jiran perempuannya sebelum menuju ke sebuah ladang. 


Selepas Charlie menghilang, Danial dan tunangnya pula muncul dengan menaiki seekor kuda. Mereka berhenti di hadapan Pearl. 

“Terima kasih, Pearl,” 


Kemudian, Ethan dan adik susuannya memandang Pearl dari sebuah pokok. 

“Pearl! Terima kasih!” jerit Ethan dari jauh. Wajahnya sangat ceria. 


Selepas itu, Fitri dan kembar perempuannya muncul dengan keadaan mereka yang sedang bermain dengan gembiranya. Mereka terhenti bermain lalu memandang Pearl. 

“Pearl, terima kasih,” kata Fitri sebelum menghilang. 


Selepas itu, Hilman, Hilmi dan ibu mereka muncul di mana ibu mereka sedang mengusap kepada anak-anaknya. Mereka bertiga tersenyum memandang Pearl. 

“Terima kasih, Pearl,” serentak mereka bertiga. 


Kemudian, muncul Izzul yang sedang mengiringi tuannya. 

“Terima kasih, Pearl,” senyum mereka sebelum meneruskan perjalanan mereka. 


Selepas Izzul menghilang, Jamie dan sepupunya muncul tidak jauh dari Pearl. 

“Pearl, terima kasih ye,” senyum Jamie dan sepupunya itu sebelum mereka menghilang. 


Kemudian, Kamal dan keluarganya muncul di sebuah taman menghijau sambil berkelah. Kamal ternampak Pearl lalu dia dan keluarganya menoleh memandang Pearl. 

“Terima kasih, Pearl,” kata Kamal sambil tersenyum mendukung anak perempuannya. 


Selepas mereka menghilang, Lukman dan pesaingnya muncul dengan keadaan mereka yang saling berpandangan sambil tersenyum. Lukman memberi isyarat kepada perempuan itu supaya mengalihkan pandangan mereka pada Pearl. 

“Pearl, terima kasih,” senyum Lukman dan perempuan itu. 


Selepas Lukman menghilang, Muhzan dan Sef muncul di hadapan Pearl. 

“Terima kasih, Pearl,” kata Muhzan. 

“Pearl, terima kasih kerana telah menunaikan janji dan berlawan bagi pihak saya,” ucap Sef sambil memegang pipi Pearl. 

Air mata Pearl mengalir lantas terus memeluk Sef. 

“Mak…,” tersenyum Sef dan Muhzan apabila Pearl berkata begitu. 

“Maafkan Mak ye Pearl sebab terpaksa menghantar kau ke masa depan bersama-sama dengan pahlawan,” air mata Sef turut mengalir. 

“Pearl tahu yang Mak lakukannya demi keselamatan Pearl juga. Dan ayah sentiasa melindungi Pearl. Terima kasih, Mak, ayah” 

Muhzan mengusap kepala anak perempuannya itu. 



Tiba di rumah, Pearl membaringkan badannya di atas katilnya sebelum rohnya keluar daripada tubuh yang dipinjamnya. Pearl memandang tubuh tersebut. 

“Terima kasih kerana meminjamkan tubuh ini pada saya. Apa yang berlaku selama ini, saya akan hilangkannya dari ingatan awak dan semua yang terlibat. Selamat tinggal, ‘Pearl’,” lalu roh Pearl yang asal itu meletakkan tangan kanannya di atas kepala Pearl yang terbaring.


***********************************


Keesokkan harinya, “Mak, Pearl pergi dulu ye!” kelihatan seorang gadis berpakaian sekolah bergegas ke pintu keluar. 


Gadis itu mencapai kasut sekolahnya di atas almari lantas memakainya. 


“Pearl, hati-hati ye sayang” ujar ibunya yang sedang berdiri di belakang Pearl. Pearl mencium tangan ibunya. 


“Jangan risau, mak. Pearl pergi dulu ye. Bye..” lantas Pearl bergegas ke sekolah dengan mengayuh basikalnya. 


Dalam perjalanan ke sekolah, Pearl ternampak seorang budak lelaki terjatuh lalu menangis. 


Pearl terus tekan brek dan membantu budak tersebut. 


“Adik jangan nangis ye. Tak lama lagi sakit ini akan hilang. Zam zam..ala kazam..fuhh” 


Pearl berjampi sebelum menampal pembalut luka pada lutut budak tersebut. 


Budak lelaki itu berhenti menangis apabila Pearl memberinya gula-gula. 


“Dah tak sakit, kan?” budak itu mengangguk. 


“Sharif!” kelihatan ibunya berjalan pantas mendapatkan anaknya itu. 


“Mama..” budak itu terus memeluk ibunya. 


Pearl tersenyum. 


Selepas mereka mengucapkan terima kasih, Pearl menyambung perjalanannya ke sekolah. 


“Bagaikan semuanya adalah mimpi yang panjang. Walaupun saya tidak ingat mimpi tu, tapi, saya dapat rasakan mimpi tersebut sangat indah,” berbisik Pearl dalam hatinya sambil tersenyum lebar. 




Pearl berhenti di hadapan sebuah tadika. Kelihatan, seorang budak lelaki berlari ke arahnya. 

“Nah, kakak,” budak itu memberi Pearl sekuntum bunga. 

Mereka terhalang dengan pagar tadika. 

“Terima kasih, Ali. Nanti kakak lawat korang hujung minggu ni ye. Jangan nakal-nakal ye,” senyum Pearl. 

“Bye bye kakak,” lalu Pearl menyambung mengayuh. 


Selesai meletakkan basikalnya di garaj basikal, dia berjalan menuju ke kelasnya. 

“Selamat pagi, Pearl,” 
Pearl memandang orang yang menegurnya. 

“Selamat pagi, senior Berahim,” balas Pearl. 

Tiba-tiba dia terasa sesuatu menuju ke arahnya lantas menangkap sesuatu menggunakan tangannya. Dia menoleh ke belakang sambil menunjukkan benda yang ditangkapnya tadi. 

“Kalau nak main bola pun, hati-hatilah,” senyum sinis Pearl. 

“Maaf Pearl. Kau ok ke?” 

“Saya ok. Nah bolanya, atlet Charlie,” kata Pearl sambil memberikan bola kepada Charlie. 

“Pearl, jomlah sertai kami,” jerit Danial dari jauh. 

“Tak apalah. Saya ada hal ni. Jumpa lagi, korang,” lalu Pearl berjalan melalui gelanggang tenis. 

“Pearl! Selamat pagi,” tegur pelajar yang sedang bermain tenis. 

“Selamat pagi, senior Ethan dan senior Fitri. Awalnya berlatih. Ada pertandingan ke?” balas Pearl. 

“Hujung bulan ni ada pertandingan. Jomlah join kami, Pearl,” ajak Fitri. 

“Tak apalah. Hari ni giliran Pearl bertugas. Jumpa lagi ye,” 


Lalu Pearl berjalan masuk ke dalam sekolah. 

“Selamat pagi, Pearl!” 

“Selamat pagi, Hilman dan Hilmi,” balas Pearl. 


Di dalam dewan sekolah, kelihatan Pearl sedang menyusun kerusi. 

“Maaf saya lambat, Pearl,” kelihatan seorang pelajar lelaki tergesa-gesa masuk ke dalam dewan. 

“Tidak mengapa, pengawas Izzul. Lagipun, pengawas Jamie dan cikgu Kamal ada membantu Pearl,” lebar senyuman Pearl. 

“Pearl, cikgu Muhzan panggil,” 

“Ok. Terima kasih, pengawas Lukman,” lalu Pearl pergi ke bilik guru. 





“Nanti Pearl kumpulkan kerja sekolah yang saya bagi minggu lepas ye,” arah Muhzan. 


“Baiklah, cikgu,” akur Pearl. 



Selepas tamat waktu persekolahan, Pearl bergegas untuk pulang ke rumah. 

“Pearl! Kenapa tergesa-gesa tu?” tegur Hilman. 

“Betul tu. Kami ingatkan nak kau tolong kami pilih hadiah untuk ibu kami. Maklumlah, kami tak tahu perempuan suka apa,” kata Hilmi. 

“Yeke? Emm…oklah. Jom kita pergi sekarang,” setuju Pearl. 

“Yeayy! Terima kasih, Pearl. Jom kita gerak sekarang!” bersemangat Hilman. 
Hilmi memberi isyarat tangan di belakangnya sebelum beredar. 

“Adakah adik kenal Pearl?” seorang lelaki menegur Ali ketika Ali sedang bermain buaian di dalam kawasan tadika. Muka Ali menjadi pucat. 


Di dalam kedai perhiasan,

”Wah! Cantiknya gelang ni. Pearl, cantikkan gelang ni?” tanya Hilmi. 

“Cantik, tapi macam tak sesuai untuk makcik je,” jawab Pearl. 

“Pearl, rantai yang kau pakai tu, hadiah dari siapa?” tanya Hilman. 

“Hadiah dari mak dan arwah ayah Pearl sempena hari lahir Pearl yang ke 5,” senyum Pearl sambil memegang rantai lehernya. 

Hilman memakaikan gelang emas pada tangan Pearl. 

“Wah! Sesuai sangat dengan kau, Pearl,” gembira Hilman. 

“Apa pula ni, Hilman. Bukankah kita nak belikan hadiah untuk makcik?” pelik Pearl. 

“Saya saja je nak test kat kau,” sedih muka Hilman sambil menanggalkan gelang tersebut. 

“Yelah tu. Cepatlah pilih hadiah untuk makcik. Nanti saya lewat pula nak balik rumah,” risau Pearl. 


Selepas 1 jam di dalam kedai tersebut, mereka berjalan pulang ke rumah Pearl. 

“Kenapa korang ikut Pearl? Kalau nak temankan Pearl balik, tak payahlah. Pearl tahu karate tau. Hiak hiak,” kata Pearl sambil membuat gaya karate. 

“Kami risau kalau-kalau ada orang nak culik kau…tak pun goda kau ke. Bahaya tau sekarang ni walaupun kau tahu karate hiak hiak tu,” balas Hilman. 

“Betul tu. Kalau ada apa-apa berlaku kat kau, apa yang kami nak beritau kat mak kau nanti. Kami juga yang susah,” sokong Hilmi. 

“Yelah tu. Ok, dah sampai pun. Jumpa esok ye,” lalu Pearl masuk ke dalam rumahnya. 

Tanpa disedari, Hilman dan Hilmi turut masuk ke dalam rumah Pearl perlahan-lahan. 

“Mak, Pearl dah balik. Eh?!” terkejut Pearl apabila dia pergi ke ruang tamu. 

“Selamat hari lahir, Pearl!” kelihatan kawan-kawan Pearl berkumpul di ruang tamunya. 

“Apa semua ni?” 

Pearl masih terkejut. 

“Hari nikan birthday kau, Pearl,” kata Hilman yang muncul dari belakang Pearl. 

“Cepat tiup lilin tu, Pearl,” 

Hilmi menolak Pearl perlahan ke meja. Lalu Pearl meniup lilin keknya. Semua menepuk tangan. 


Tiba-tiba air mata Pearl mengalir. 

“Kenapa kakak Pearl menangis pula?” pelik Ali. 

Mak Pearl mendekati Pearl. 

“Ni mesti Pearl lupa tarikh lahir sendiri, kan?” bergurau mak Pearl. 

“Macam mana mak tahu?” terkejut Pearl. 

Semua tergelak sebab geli hati. 

“Kau ni Pearl. Masih tak berubah lagi,” geli hati Fitri. 

Merah muka Pearl. 

“Saya tak sangka cikgu-cikgu pun akan datang juga,” perlahan suara Pearl. 

“Hahaha. Si Izzul dan Ethan ni beria ajak kami. Jadi, kami datanglah dengan tangan yang kosong ni,” ketawa Muhzan. 

“Jemputlah makan,” pelawa mak Pearl. 

“Hilman, Hilmi,” 

Kamal membuat isyarat kat Hilman dan Hilmi lalu mereka termasuklah Jamie dan Danial beredar dari situ. 

“Patutlah perangai korang lain macam je tadi. Mesti korang yang plan, kan?” teka Pearl. 

“Bukan selalu pun, Pearl,” balas Charlie. 

“Macam mana Ali pun ada kat sini?” tanya Pearl. 

“Saya yang bawa dia,” jawab Berahim. 

“Bawa ke? Bukan kau culik dia ke?” bergurau Lukman. 

“Culik? Pengetua tau tak yang kau hilang ni?” risau Pearl. 

“Ish kau ni Lukman. Tak baik kau ni. Kami dah minta izin dengan pengetua, Pearl. Esok pagi kena hantar dia balik,” kata Izzul. 

Sedang mereka makan, 

“Pearl, ini hadiah daripada mak,” kata mak Pearl lalu memberi sebuah hadiah kepada Pearl. 

“Apa ni mak?” tak sabar Pearl lalu membuka hadiah tersebut. 

Terbeliak mata Pearl apabila mendapati hadiah yang dia dapat ialah set alat mekap lantas Pearl terus masukkannya balik. 

Mak Pearl berbisik ke telinganya. 

“Nanti kalau keluar dengan boyfriend, gunalah makeup ni ye. Ke Pearl dah ada? Yang mana satu?” makin merah muka Pearl. 

“Mak!” 

“Hadiah apa tu, Pearl?” tanya Ethan. 

“Ah? Adalah…,” 

Pearl terus menyorok hadiah tersebut di belakangnya. Hilman, Hilmi, Kamal, Danial dan Jamie kembali semula ke ruang tamu. 

“Mana korang pergi, hah? Mesti korang ada plan apa-apa kan?” teka Pearl. 

“Kami tak sejahat tu, Pearl,” bantah Kamal. 

“Ni, hadiah dari kami,” 

Danial menghulurkan sekotak hadiah lalu Pearl mengambilnya. 

“Laa…susah-susah je korang ni. Dahlah sediakan parti ni…ada hadiah lagi,” kata Pearl sambil membuka hadiahnya. 

“Parti takkan lengkap tanpa hadiah, Pearl,” balas Jamie. 

“Inikan….Hilman! Hilmi! Korang tipu Pearl ye?! Ini mesti nak bagi masa kat mereka, kan?” terkejut Pearl apabila melihat dua utas gelang mutiara. 

“Kami dah rancang segala-galanya,” bangga Danial. 

“Pakailah Pearl,” kata mak Pearl lalu Pearl memakai gelang pada tangan kanan dan kirinya. 

Tiba-tiba air mata Pearl mengalir lagi. 

“Terima kasih, semua,” ucap Pearl. 

Tersenyum semua apabila Pearl berkata begitu.

“Kami juga nak ucapkan terima kasih atas apa yang telah kau lakukan pada kami,” senyum lebar Fitri. 

“Aktiviti seterusnya, jom main bunga api,” bersemangat Charlie. 

Geli hati Pearl. 

Mutiara pada rantai lehernya dan kedua-dua gelangnya bersinar.


-THE END-






<<BAB 1          <BAB 18




*Macam mana? Ok tak cerita ni? Terima kasih kerana sudi membaca malah sabar menunggu fnz post bab baru. Hehe. Terima kasih juga atas vote dan komen yang diberikan.


*Nantikan karya baru fnz yang lebih menarik dan seronok dibaca. Jumpa lagi di lain karya.

No comments:

Post a Comment