BAB 21 - PENGAKHIRAN
Disebabkan ranting yang menjadi tangan kepada
orang-orang salji membolehkan mereka menyentuh cahaya yang menjadi laluan ke
aras lain, Siti Syazanah bertindak untuk membentuk tangan mereka daripada
salji.
Rumah pokok menjadi semakin subur dan sihat. Perkara
itu menyebabkan semua ‘penjaga’ kembali menjadi sedia-kala. Malah, suasana
malap yang menyelubungi setiap aras kini semakin terang.
Sebelum pulang ke bumi, lapan manusia terpilih itu
membantu para ‘penjaga’ untuk mengembalikan semula keadaan alam aneh kepada
yang asal.
**********
Di pangsapuri, enam sahabat sudah kembali ke tempat
terakhir mereka. Manakala, Mila dan Shahril sudah tiba di rumah mereka.
“Akhirnya, kita masih tidak tahu rupa ‘king of guardian’ alam aneh tu,” kecewa
Siti Syazanah.
“Biarlah rahsia, Syaza. Yang penting, alam aneh
sekarang sudah selamat dan mungkin tidak memerlukan bantuan kita lagi. Rasa
sedih pula,” luah Nur Halimah.
“Jangan sedih. Biar Ed ceritakan pengalaman kita pada
semua orang. Ed akan bukukan kisah kita yang bertajuk ‘Adventure to the Strange World’..,” bersemangat Shasya Edrina
beserta tangan di awangan.
“Tapi, mereka kan suruh kita merahsiakan perkara di
alam aneh pada dunia ni?” tutur Nur Halimah.
“Jangan risau, Ima. Sekarang banyak karya fantasi di
luar sana. Pasti mereka tidak mempercayai kisah kita. Biarlah hanya kita sahaja
yang tahu,” balas Shasya Edrina.
Seminggu telah berlalu sejak kejadian di alam aneh.
Kini, mereka menjalani kehidupan mereka seperti biasa.
Bunyi loceng rumah kedengaran. Siti Syazanah yang
ketika itu sedang melipat pakaian di ruang tamu bingkas bangun dan membuka
pintu.
“Kak Yuza rupa-rupanya. Mari masuk,” pelawa gadis itu.
Di ruang tamu, Siti Syazanah menghidangkan minuman dan
sedikit kuih pada kakaknya.
“Kenapa kak Yuza nampak gelisah saja ni? Ceritalah
pada Syaza,” lembut suara Siti Syazanah.
Aneh dia dengan sikap kakaknya seperti orang yang
membuat kesalahan.
“Err…sebenarnya… kakak..,” teragak-agak Siti Syuzanah.
“Kakak kenapa?” makin pelik dia melihat kakaknya
seperti cacing kepanasan.
“Kakak nak kahwin!”
“Alhamdulillah. Baguslah tu, kak. Kenapa teragak-agak
nak beritahu Syaza pula?” geli hati Siti Syazanah.
“Jadi, kakak dah beritahu ibu dan ayah ke? Bila majlis
nak berlangsung? Kakak nak kahwin dengan siapa?” bertubi-tubi soalan adiknya.
Dia pula berasa tidak sabar untuk mendapat abang ipar.
Geli hati Siti Syuzanah melihat telatah adiknya.
“Rombongan pihak lelaki akan datang esok. InsyaAllah
malam ni kakak beritahu ibu dan ayah. Majlis tidak pasti lagi bila akan
berlangsung. Bakal suami kakak, kita tunggu esok ye,” Siti Syuzanah menjawab
setiap pertanyaan adiknya.
“Alaa…berahsia pula kakak ni. Nampaknya, adik kena
pujuk suami adik untuk balik ke kampung. Lagipun, kami pun ada berita nak
beritahu,” ujar Siti Syazanah.
“Apa beritanya?” tanya si kakak.
“Mana boleh beritahu. Kita tunggu malam ni ye,” usik
Siti Syazanah dengan menggunakan ayat kakaknya.
“Eee adik ni. Nak kenakan kakaklah tu,”
Melihat rupa marah kakaknya, si adik ketawa. Siti
Syazanah turut ketawa apabila melihat adiknya ketawa kerana berjaya
mempermainkannya.
Pada malam itu, keluarga Siti Syazanah berkumpul di
ruang tamu.
“Alhamdulillah. Akhirnya, sampai juga jodoh Yuza,”
syukur Puan Mazlina.
“Jadi, rombongan lelaki tiba esok ye? Nampaknya, kita
kena masak sedap-sedap ni,” teruja Encik Ahmad Shamsol.
“Syaza akan bantu dalam bab memasak!” Siti Syazanah
mempelawa dirinya.
“Yuza pun,” sampuk Siti Syuzanah.
“Mesti sedap nanti bila wanita-wanita kesayangan ayah
masak,” puji Encik Ahmad Shamsol.
Serentak mereka gelak bersama-sama.
“Oh ya. Syaza, apa berita yang nak disampaikan tu?”
baru teringat Siti Syuzanah.
Semua mata memandang anak bongsu keluarga Ahmad
Shamsol. Wajah gadis itu mula berona merah.
“Err…sebenarnya…,” teragak-agak Siti Syazanah.
Dia memandang wajah suaminya yang duduk di sebelahnya
untuk meminta bantuan. Geli hati Nik Akhil melihat kecomelan isterinya.
“InsyaAllah, tidak lama lagi, ibu dan ayah akan dapat
cucu,” terlopong mereka apabila mendengar berita gembira itu.
“Betul ke, Syaza?” teruja Siti Syuzanah.
Tidak sabar dia untuk menerima anak buah. Melihat
anggukan gadis itu, pantas Puan Mazlina memeluk tubuh anaknya. Begitu juga
dengan Siti Syuzanah.
“Alhamdulillah. Tahniah Syaza dan Akil,” ucap Encik
Ahmad Shamsol sambil memeluk menantunya.
“Berapa usia kandungan adik?” soal Siti Syuzanah.
“4 minggu,” sekali lagi, mereka terlopong.
“Ooh.. ini mesti bunting pelamin, kan? Baru dirikan
rumah tangga 3 minggu, sudah mengandung 4 minggu,” usik Puan Mazlina.
Makin bahang wajah Siti Syazanah. Dia berasa malu
untuk memberitahu perkara itu pada keluarganya serta keluarga mertuanya.
Disebabkan itu, dia menyuruh suaminya untuk merahsiakan kehamilannya dari
sesiapa.
“Cepatlah ayah dapat cucu. Bagus Akil,” puji Encik
Ahmad Shamsol.
“Mula-mula Akil terkejut juga, ayah. Bila dapat tahu ‘bunting
pelamin’ ni wujud, barulah Akil faham yang Syaza subur ketika malam pertama
kami,”
Semakin membahang wajah Siti Syazanah.
“Dah dah. Kesian anak ibu ni. Habis merah mukanya
diusik oleh ayah dan suaminya,” ujar Puan Mazlina.
**********
Keesokkan harinya, seperti dirancang, rombongan pihak
lelaki tiba di rumah Ahmad Shamsol.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikummusalam. Mari-mari, jemput masuk semuanya,”
ceria Encik Ahmad Shamsol mempelawa tetamu yang dinantikannya.
“Eh? Raz?” terkejut Nik Akhil apabila melihat salah
seorang dari tetamu yang datang ialah sahabatnya.
“Akil? Ini rumah ayah awak ke?” soal Ismail Razak
dengan nada terkejut.
“Bukan. Ini rumah mertua Akil, ibu dan ayah Syaza,”
jawab Nik Akhil.
“Jadi, bakal pengantin perempuannya…,” tergantung
kata-kata Ismail Razak apabila ditegur oleh ayahnya.
“Korang kenal antara satu sama lain ke?” soal Encik
Ismail Ramli.
“Kenal, abi. Kami berdua kawan sejak 5 tahun yang
lalu,” jujur Ismail Razak.
“Baguslah kalau begitu. Akil, bawa kawan kamu tu
masuk,” akur Nik Akhil dengan arahan ayah mertuanya.
“Syaza, tetamu dah sampai,” muncul Nik Akhil di depan
pintu dapur.
“Baik, abang. Bolehlah bawa minuman dan kuih-muih dulu
ke depan. Syaza nak hidangkan makanan di meja makan pula nanti,” balas Siti
Syazanah dengan sopan walaupun wajah suaminya hanya dipandang sekilas.
“Nampak sibuk je, sayang. Ni ada ‘bantuan’ datang nak
tolong sayang,”
Kata Nik Akhil sebelum beredar sambil membawa dulang
yang berisi gelas dan jag air.
“’Bantuan’?” pelik gadis itu.
Walaupun sibuk untuk memasak ikan 3 rasa, dia memandang
semula ke pintu dapur. Bulat matanya apabila melihat susuk badan yang amat
dikenalinya.
“Syaza!” pantas tubuh gadis itu dipeluk.
“Ed? Macam mana awak boleh ada di sini?” keliru Siti
Syazanah.
“Hehehe. Sebenarnya, bukan Ed saja. Raz dan keluarga
dia pun ada sekali di depan,” balas Shasya Edrina.
Mata Siti Syazanah semakin bulat.
“Ed, Raz nak kahwin satu lagi ke?” serius wajah Siti
Syazanah.
Terhambur gelak sahabatnya. Makin keliru Siti
Syazanah.
Mengikut logik di akalnya, rombongan lelaki ada di
depan. Bermaksud, keluarga Ismail Razak yang datang ke rumahnya. Jadi, Ismail
Razaklah bakal suami kepada kakaknya.
“Seronoknya gelak, sayang. Boleh kongsikan tak?”
muncul Ismail Razak di sisi isterinya.
“Haha.. Syaza kata, abang yang bakal pengantin lelaki
tu,” jawab Shasya Edrina dengan ketawa yang masih bersisa.
“Apa salahnya, kan?” seloroh Ismail Razak.
Terus berubah wajah Shasya Edrina menjadi bengis. Siti
Syazanah masih bingung. Nik Akhil mendekati isterinya.
“Tak baik korang buli isteri Akil yang lurus ni.
Syaza, yang menjadi pengantin lelaki itu ialah abang Raz. Nama dia Ismail
Razali,” terang Nik Akhil.
“Oooh. Barulah Syaza faham. Ingatkan Raz nak menduakan
Ed. Terkejut Syaza tadi,” lega gadis itu.
“Takkanlah Raz sanggup untuk menduakan gadis
kesayangan manja ni, Syaza. Dialah satu-satunya perempuan yang berjaya mencuri
hati Raz sejak 5 tahun yang lepas,” balas Ismail Razak sambil memeluk bahu
isterinya yang masih dingin.
“Yelah tu,” geram Shasya Edrina.
“Janganlah marah, sayang. Abang bergurau saja. Abang
hanya cintakan sayang seorang sahaja sepertimana cinta Adam dan Hawa serta Nabi
Muhammad dan Siti Khadijah,” pujuk Ismail Razak.
Geli hati Nik Akhil dan Siti Syazanah melihat drama
percuma di depan mereka.
Pada waktu yang sama, cincin pertunangan disarungkan
pada jari manis Siti Syuzanah oleh Puan Zaida, iaitu bakal ibu mertua Siti
Syuzanah.
Syukur mereka apabila ikatan sebelum ikatan yang sah
sudah dilakukan.