NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 7 - PERGADUHAN
“Ima! Sini kejap!” kedengaran nama Nur Halimah
dipanggil.
Gadis yang sedang berada di dalam makmal segera ke
arah ketua penyelidik, Nur Haruni.
“Ye, saya,” sahut Nur Halimah.
“Kejap lagi kita ada tetamu. Mereka cadang nak
membiayai kos penyelidikan kita. Pastikan Ima tidak buat silap,” tegas suara
Haruni.
“Baiklah, cik Haruni,” akur Nur Hakimah.
“Bagus. Sediakan dokumen yang diperlukan nanti. Pukul
10 nanti mereka tiba,” seusai itu, Haruni beredar meninggalkan rakan
penyelidiknya.
“Fuh! Ingatkan kena marah tadi,” lega Nur Halimah.
Dia memandang jam pada dinding makmal. Baru pukul 9
pagi. Tinggal lagi sejam.
“Bolehlah sambung buat laporan,” lalu Nur Halimah
menyambung kerjanya.
Tidak lama kemudian, seorang jejaka masuk ke dalam
makmal itu.
“Busuknya. Bau apa ni?” merungut dia.
Dia ternampak Nur Halimah sedang tersenyum sambil
menulis laporan. Secara perlahan-lahan, dia mendekati gadis yang bertudung itu.
“Tulis diari ke?”
“Oh mak kau!” melatah Nur Halimah kerana terkejut
mendengar sergahan itu.
Matanya tajam memandang jejaka yang berdiri di belakangnya.
“Awak ni siapa? Mana boleh orang luar masuk sesuka
hati di sini,” marah Nur Halimah.
Tergelak kecil jejaka itu melihat gadis itu. Marah pun
nampak comel.
“Saya cuma nak tengok makmal ni je. Kenapa yer baunya
busuk sangat?” tanya jejaka itu.
Dia berjalan menerokai kawasan itu sambil meletakkan
tangannya di belakangnya. Berlagak seperti bos saja. Desis hati Nur Halimah.
Dia mengekori jejaka itu dari belakang.
“Saya tanya awak ni. Siapa awak sebenarnya? Mana boleh
masuk sini tanpa izin!” geram Nur Halimah.
“Siapa saya? Saya merupakan CEO untuk Money APlus
Berhad,” terbeliak mata Nur Halimah.
Macam mana CEO untuk syarikat kewangan yang terkemuka
itu boleh berada di sini? Bisiknya di dalam hati.
“Jadi, boleh cik jawab soalan saya?” soal jejaka itu.
“Maafkan saya sebab tidak mengenali tuan. Bau yang
dimaksudkan tuan ialah bau bahan kimia yang baru tiba semalam. Jadi, saya dan
rakan-rakan penyelidik yang lain sedang mengkaji bahan tersebut, sama ada ianya
selamat ataupun tidak,” hujah Nur Halimah.
“Bahan kimia rupa-rupanya. Baiklah. Saya nak cik bawa
saya terokai makmal ni, boleh?”
“Tuan perlukan dokumen ni..,” percakapan Nur Halimah
terus dipotong.
“Saya tidak perlukan apa-apa dokumen. Saya nak lihat
semuanya dengan mata saya sendiri. Faham?” tegas suara jejaka itu.
“Baiklah, tuan. Saya pinta tuan pakai kot makmal,
sarung tangan, penutup mulut dan cermin mata keselamatan ini terlebih dahulu,”
serius Nur Halimah.
“Ok,” ringkas jawapan jejaka itu.
Selepas itu, mereka menerokai makmal tersebut.
Pelbagai soalan diajukan pada Nur Halimah namun gadis itu dapat menjawabnya
dengan lancar.
“Baiklah. Setakat ini sahaja yang dapat saya beritahu
tuan,” kata Nur Halimah.
“Nanti saya fikirkannya tentang usul tu. Jam sudah
pukul 1 petang. Mari teman saya ‘lunch’,
cik?” ajak jejaka itu.
Senyuman kacak terukir pada bibir jejaka itu.
“Maafkan saya, tuan. Saya tidak dibenarkan untuk
keluar… Tuan!” tidak sempat Nur Halimah menghabiskan ayatnya apabila lengannya
ditarik oleh jejaka itu.
“Apa tuan buat ni?! Kenapa pegang-pegang saya ni?”
lantang suara gadis itu.
Walaupun berlapik, tetapi ianya tetap salah. Langkah
diberhentikan. Mereka saling bertatapan.
“Kalau cik enggan saya mengheret cik ke kereta, baik
cik setuju dengan pelawaan saya,” ugut jejaka itu.
Nur Halimah mendengus dengan kasar. Dia menanggalkan
peralatan keselamatan pada tubuhnya. Kemudian, beg tangan dicapainya.
“Tercegat apa lagi? Cepatlah!” geram Nur Halimah.
Dia terus berjalan meninggalkan jejaka itu. Tersenyum
jejaka itu kerana terhibur dengan telatah gadis tersebut.
Di sebuah restoran, Nur Halimah makan tanpa memandang
wajah jejaka di hadapannya.
“Cik benci saya ke?”
Tersedak Nur Halimah apabila mendengar pertanyaan itu.
Dia terus meneguk segelas air yang dihulurkan oleh jejaka itu.
“Tuan nak saya berterus-terang ke tak?” soal Nur
Halimah.
“Mestilah berterus-terang. Lagi satu, jangan panggil
saya tuan. Panggil saya Izan. Kalau nak panggil abang pun boleh juga,” senyum
jejaka itu.
“Baiklah. Encik Tengku Ehsan bin Tengku Ibrahim! Saya
tahu yang awak tu berpangkat tinggi. Jadi, awak boleh lakukan apa saja pada
orang lain. Tetapi! Saya harap awak hormati saya. Saya bukan macam perempuan di
luar sana yang tergedik-gedik nak ke awak. Saya mempunyai maruah diri saya
sendiri. Jadi, minta awak lupakan sahaja niat awak tu,” luah Nur Halimah.
Terkejut Tengku Ehsan mendengar kata-kata berani gadis
itu. Tidak sangka gadis tersebut agak garang dan tegas orangnya.
“Baiklah. Saya mengalah. Terima kasih cik Nur Halimah
kerana temankan saya makan. Sebagai balasan, saya belanja cik hari ni. Saya nak
minta diri dulu. Assalamualaikum,” ujar Tengku Ehsan.
Dia bingkas bangun meninggalkan Nur Halimah
keseorangan. Salam dijawab dengan perlahan.
“Melampau sangat ke saya?” fikir Nur Halimah.
“Alamak! Macam mana kalau dia tolak usul nanti? Habislah kau Ima kena dengan cik
Haruni nanti…,”
**********
“Assalamualaikum. Ima dah balik,” nyaring suara Nur
Halimah di muka pintu.
“Waalaikummusalam. Ima dah makan ke?” kata Puan
Faradila.
“Belum makan malam lagi, mak. Lepas mandi, Ima makan.
Mana ayah, mak?” soal Nur Halimah apabila tidak melihat kelibat ayahnya.
“Ayah kamu keluar tadi. Katanya ada orang nak jumpa,”
jawab Puan Faradila.
“Ooh. Baiklah, mak. Ima masuk ke bilik dulu ye,” pinta
Nur Halimah.
Selesai makan, Nur Halimah terus naik ke atas
katilnya. Dengan perut yang masih kenyang, dia mula terlena di atas katil.
Keesokkan harinya, seusai solat Subuh berjemaah, Nur Halimah membantu ibunya
memasak sarapan.
“Mak, Ima nak keluar ‘jogging’ dulu ye. Dah pukul 7 ni,” pinta Nur Halimah.
“Tak nak makan dulu ke, Ima?”
“Tak apa, mak. Sekejap je. Ima pergi dulu ye.
Assalamualaikum,”
No comments:
Post a Comment