Sunday, October 14, 2018

CERPEN : SEE YOU AGAIN

CERPEN : SEE YOU AGAIN

SINOPSIS


Keluarga Yoshino sering berpindah-randah disebabkan oleh penukaran kerja ibu bapanya. Dia akhirnya mendapat sahabatnya yang pertama, tetapi terpaksa berpindah lagi. Sebelum dia pergi, dia berjanji untuk kembali dan melawat gadis itu, sebelum gadis itu berkahwin.



BAB 1

Seorang jejaka sedang memegang kapal terbang kertas sambil berjalan di pejalan kaki bersebelahan dengan jalan raya yang banyak kereta.

‘Ketika itu, telefon bimbit masih belum wujud, saat di mana saya berjumpa dengan seorang gadis yang disayangi dan tidak dapat melupakannya,’

Jejaka itu ternampak seorang wanita yang sarat mengandung sedang memegang beg kertasnya yang penuh dengan buah-buahan. Namun, sebiji buahnya terjatuh dari beg kertas itu.

“Alamak!” mengeluh wanita itu apabila sukar untuknya menunduk mengambil buahnya itu.

Jejaka itu mengambil buah itu dan memberikannya pada wanita itu.

“Nah, ini puan punya. Ia sangat bahaya jadi sila berhati-hati,” senyum jejaka itu.

“Oh, terima kasih,” ucap wanita itu.

‘Saya akan bertemu dengannya. Saya rasa bertemu dengan awak adalah satu keajaiban,’ senyum lelaki itu sambil teringat kisah silamnya.




Di dalam sebuah kelas di sekolah menengah kebangsaan,

“Yoshino, semalam awak mendekati seorang wanita di depan stesen kereta api, kan? Sangat menjijikkan,” kata Ayano.

“Menjijikkan?” terkejut Yoshino.

“Jika awak tengok betul-betul, wanita itu sebenarnya mengandung,” sambung Ayano.

“Yeah yeah, semestinya dia mengandung,” balas Yoshino.

“Jika awak yang mengandung, semestinya saya akan membantu awak juga, hanya sebab saya kesiankan dengan anak awak je,” sambung Yoshino.

“Apa awak cakap?!” Ayano terus menekan dada Yoshino yang sedang duduk di atas kerusi menyebabkan kepalanya boleh melihat di belakangnya secara terbalik.

“Whoa! Saya dapat lihat awak berdua akan begini sampai akhir hayat nanti,” tegur salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu.

“Adakah pergaduhan hari ini merupakan hadiah perpisahan? Yoshino, selamat berjaya untuk perpindahan awak nanti,”  kata salah seorang dari rakan sekelas mereka.

“Terima kasih,” lambai Yoshino walaupun dirinya masih ditekan oleh Ayano. Kedua-dua rakan sekelas mereka itu mula beredar.

“Betul ke awak akan berpindah?” tanya Ayano.

“Betul. Saya akan berpindah,” jawab Yoshino.

Mereka saling berpandangan.

“Kenapa awak tidak beritahu alamat baru awak?” soal Ayano lagi.

“Sebab berpindah ni sangat rumit. Berpindah ni tidak semestinya berjalan lancar dan kadang-kala mengambil masa sebulan baru dapat tahu rumah sebenar kami,” jawab Yoshino.

‘Berada di dalam bandar yang sama selama setahun, ianya hanyalah permulaan bagi pengakhiran,’ bisik Yoshino dalam hatinya.

Ayano semakin kuat menekan dada Yoshino.

“Argh!” menjerit Yoshino.

Ayano melepaskan tangannya dari dada Yoshino.

“Tidak dapat berjumpa dengan awak sangat sukar bagi saya,” perlahan suara Yoshino yang sedang menunduk memandang lantai.

Mata Ayano mula berair.

‘Saya pasti mengingati awak akan menyebabkan saya semakin sedih. Ini adalah kali pertama saya merasai perasaan ini,’

‘Adakah ini dikatakan persahabatan?’


******************

Kembali ke masa pertemuan pertama mereka, Yoshino duduk bersebelahan dengan Ayano.

“Yoshino kan nama awak? Adakah awak selalu berpindah-randah?” tanya Ayano.

“Ye,” jawab Yoshino.

‘Gadis yang duduk di sebelah saya ni, nama dia Ayano, kan?’ fikir Yoshino.

“Seronoknya,” teruja Ayano.

“Huh?” pelik Yoshino dengan reaksi Ayano.

“Adakah awak pernah tinggal dekat laut? Adakah awak pernah tinggal di luar negara? Ibu bapa saya kata mereka suka bandar ni. Jadi, mereka takkan berpindah dari sini. Saya pun suka bandar ni juga, tetapi berbanding dengan saya, awak mesti telah melihat pelbagai tempat dan berjumpa dengan ramai orang. Ia sangat menakjubkan. Saya cemburu dengan awak,” senyum lebar Ayano.

‘Selalunya, orang kata berpindah ini sangat merumitkan. Jadi, ini kali pertama seseorang berkata begitu pada saya. Saya sudah jumpa ramai orang dan inilah kali pertama saya jumpa seseorang yang ingin saya dekati,’ merah muka Yoshino.

“Boleh awak ceritakan pengalaman awak pada saya?” tanya Ayano.


**********************************

‘Tetapi, saya menjadi pelajar pertukaran sejak bertahun-tahun lamanya menyebabkan saya kurang kenalan dan banyak sebab kenapa saya kurang kawan. Saya seharusnya berputus asa dalam mencari persahabatan,’

Yoshino mula berjalan keluar dari sekolahnya. Langkahnya terhenti apabila sekeping kapal terbang kertas jatuh pada kakinya. Yoshino mengutip kapal terbang kertas itu.

“Kapal terbang kertas? Ada tulisan pada kertas ni,” Yoshino membuka kertas tersebut.

“Yoshino! Itu alamat saya!” jerit Ayano yang berada di luar tingkap kelasnya.

“Awak buat ni jadi saya tidak dapat menolak untuk menulis poskad pada awak?” soal Yoshino.

“Saya tak inginkan apa-apa dari awaklah!” tengking Ayano.

‘Masih mencari gaduh dengan saya sampai hari terakhir saya,’ mengeluh Yoshino.

“Saya takkan berpindah dari alamat itu! Jadi!” Ayano mengenggam tangannya.

‘Saya sepatutnya berputus asa dari awal-awal lagi, tetapi awak,’

“Awak mesti datang cari saya suatu hari nanti!” merah muka Ayano apabila meluahkan perasaannya.

“Ayano, saya tidak tahu sama ada ‘suatu hari nanti’ tu bila. Bukankah awak akan kahwin juga?” tanya Yoshino, agak terkejut dengan luahan Ayano.

“Adakah awak akan mengambil masa yang lama? Awak mesti tunaikan janji awak! Tch! Baiklah. Kalau begitu, awak kena jadi suami saya,” air mata Ayano mula mengalir.

“Suami? Hahaha. Wow. Ini sudah melampau!” geli hati Yoshino.

‘Adakah ini persahabatan? Tidak, jadi…,’

“Nampaknya, saya tidak seharusnya berputus asa, kan?” kata Yoshino bersendirian sambil memegang kapal terbang kertas tersebut ke udara.


******************

Beberapa tahun kemudian,

“Emm..Oh..,” Yoshino sedang berlatih suaranya.

Gementarnya saya. Sudah berapa tahun berlalu ye? Apa yang patut saya katakan bila berjumpa dengan dia?’ fikir Yoshino, sedang berjalan di pejalan kaki.

“Oh? Alamak!” Yoshino ternampak seorang wanita sedang mengambil buah epalnya yang terjatuh di jalan raya.

Sebuah kereta meluru ke arahnya. Yoshino terus menarik wanita itu ke pejalan kaki.

“Nah, ini puan punya. Ia sangat bahaya jadi sila berhati-hati,” senyum Yoshino.

“Oh, terima kasih,” selepas mengucapkan selamat tinggal, wanita itu pulang ke rumahnya.

“Saya sudah pulang,” kata wanita yang sarat mengandung itu.

“Selamat pulang. Oh? Awak keluar ke, Ayano sayang?” tanya suami wanita itu.

“Saya baik-baik saja. Saya rasa hari ni hari bahagia saya. Tadi, ada seorang lelaki muda menyelamatkan saya. Lagipun, mukanya macam kekasih pertama saya,” gembira Ayano.

“Adakah awak masih kata kekasih pertama awak lagi? Jika awak berjumpa dengan dia semula, jangan curang pula dengan saya,” mengeluh suaminya.

“Jangan risaulah, abang. Saya akan tunjukkan pada dia yang masih belum berjumpa dengan saya selepas lebih 10 tahun saya mencintainya,” semangat Ayano sambil membuka tingkap rumahnya.

“Apa-apa jelah,” malas suaminya hendak layan isterinya.

‘Tetapi, dia masih orang yang saya sayang,’ bisik Ayano dalam hatinya.


**********************************

Yoshino membuka kertas yang mengandungi alamat Ayano.

“Sudah 2 tahun berlalu. Beranikan diri awak, Yoshino,” kata Yoshino bersendirian.

‘Mesti dia akan gelak jika saya melamar dia. Baiklah. Saya perlu bertukar bas sebanyak dua kali untuk sampai ke destinasi,’ fikir Yoshino sambil melihat peta laluan bas.

‘Eh? Klip rambut tu. Tidak silap saya, dia pun memakai klip rambut bunga juga,’ Yoshino tersenyum mengingati wajah gadis yang dirinduinya apabila ternampak seorang kanak-kanak sedang berlari anak.

Mata Yoshino terbeliak apabila ternampak kanak-kanak itu berlari ke jalan raya di mana sebuah van sedang meluru ke arahnya. Yoshino terus menyelamat kanak-kanak itu namun dia pula yang dilanggar. Tubuh Yoshino terbaring di atas jalan raya berlumuran darah.

‘Awak tahu, Ayano. Saya ada sesuatu nak beritahu awak. Saya sangat suka melihat awak ketawa,’


******************************

“Ye, saya sangat cemas. Tetapi, akhirnya, saya tidak dapat beritahu awak apa-apa,” kata Yoshino yang berdiri di sebuah pokok bersebelahan dengan rumah Ayano.

Yoshino melihat Ayano sedang ketawa dengan suaminya.

“Tetapi, tidak mengapa. Tidak lama kemudian, kita akan bertemu semula,” kata Yoshino sambil menerbangkan kapal terbang kertas itu.


Yoshino hilang menjadi cahaya, menuju ke perut Ayano. Ayano mengusap perutnya sambil tersenyum.






ULASAN CERITA INI

Cerita ini mengisahkan seorang pelajar lelaki yang bernama Yoshino berjanji dengan rakan baiknya, Ayano untuk berjumpa dengannya suatu hari nanti.

Selepas 2 tahun berlalu, Yoshino berasa gementar untuk bertemu semula dengan Ayano. Semasa dalam perjalanannya, Yoshino menyelamatkan seorang kanak-kanak yang menyerupai dengan rakan baiknya daripada dilanggar oleh sebuah van. Namun, dia pula yang dilanggar dan mati di tempat kejadian.

Selepas beberapa tahun berlalu, Yoshino masih gementar untuk bertemu dengan Ayano. Yoshino terkejut melihat Ayano yang sarat mengandung hampir dilanggar oleh sebuah lori dan berjaya menyelamatkannya.

Namun, Yoshino masih tidak berani untuk meluahkan apa yang ingin diberitahu pada Ayano. Sangkaannya, Ayano sudah melupakannya namun Ayano masih mengingatinya dan sentiasa mencintainya walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu.

Roh Yoshino berasa gembira kerana melihat Ayano bahagia bersama dengan suami dan bakal anaknya. Selepas itu, roh tersebut menjadi cahaya menuju ke perut Ayano.





-THE END-



* fnz tahu cerita ini sedih dan tragis tetapi kerana kedua-dua watak ini akhirnya tersenyum di pengakhiran cerita, fnz suka cerita ini walaupun air mata fnz masih mengalir.

*Karya pendek fnz

*Idea asal hak milik sepenuhnya oleh pemilik asal (Ike Junko)

*Ubah suai mengikut kesesuaian ^_^

No comments:

Post a Comment