NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 12 - KAMI KEMBALI !
Di dalam rumah pokok, seorang wanita sedang tersandar
lemah pada dinding berdekatan dengan lubang masuk rumah pokok itu. Mukanya
pucat. Nafasnya tidak teratur. Tangannya diletakkan di atas perutnya.
“Abang…,” sebutnya.
Dia teringat kembali kejadian yang berlaku beberapa
minit yang lepas.
-flashback-
“Mila, kita kena bersembunyi
sekarang. Kita berdua saja tak mampu untuk melakukan apa-apa sekarang,” kata
jejaka itu.
“Mari kita bersembunyi di rumah
pokok kita,” cadang Mila.
“Jap. Abang nak pastikan
‘mereka’ tak nampak kita,”
Jejaka itu mengintai dari celah
semak. Selepas mendapati tiada yang melihat mereka, pantas tangannya memegang
tangan Mila dengan erat.
“Jom,” mereka berdua berlari
menuju ke rumah pokok.
Walaupun keadaan gelap, namun,
jejaka itu seperti dapat melihat dalam suasana yang agak malap itu. Apabila
tiba di rumah pokok, mereka mengatur nafas masing-masing. Badan disandarkan
pada dinding.
“Abang nak keluar dulu. Sayang
duduk di sini baik-baik ye,” nekad jejaka itu.
Kedua-dua tangan jejaka itu
dipegang dengan erat. Dia memandang wajah Mila yang sudah sembam beserta dengan
gelengan kepala.
“Jangan, abang. Bahaya di luar
sana. Apa kata kita tunggu bantuan tiba. Saya tak nak abang cedera nanti,”
sebak Mila.
Jejaka itu melutut di hadapan
Mila. Tangannya yang masih di dalam genggaman Mila dilepaskan secara perlahan.
Kemudian, tangannya beralih pada kepala Mila. Kucupan dilabuhkan pada dahi
Mila.
“Maafkan abang, Mila. Abang
perlu pergi juga. Abang nak siasat punca ‘penjaga’ di sini berubah sehingga
menyebabkan alam ini huru-hara. Sayang jangan keluar dari rumah ini ye,” pesan
jejaka itu sebelum berdiri.
“Abang!”
Jejaka itu hanya membalas
dengan senyuman. Dia melangkah keluar melalui lubang masuk pokok itu.
“Abang! Shahril!”
-Tamat flashback-
Mila tersedar dari lamunannya apabila dia terasa
bahang. Matanya mula terbeliak apabila melihat cahaya yang semakin membesar di
hadapannya. Dia mengecilkan matanya disebabkan oleh silauan cahaya tersebut.
Beberapa minit kemudian, cahaya tersebut mula hilang
dan digantikan dengan kemunculan enam cahaya bersaiz bola tenis pada dinding
pokok. Mila membuka matanya secara perlahan-lahan. Tergamamnya apabila melihat
gerangan yang berada di hadapannya ketika itu.
“Kita di mana ni?” pelik Nik Akhil apabila melihat
sekelilingnya berselerak.
“Semua selamat ke?” tanya Ismail Razak sambil
memandang lima sahabatnya.
Yang lain hanya membalas dengan anggukan. Mereka masih
ragu dengan keberadaan mereka. Mata Siti Syazanah tertumpu pada Mila yang masih
bersandar pada dinding berdekatan dengan lubang masuk pokok.
“Itu…kak Mila?!” terkejut Siti Syazanah apabila
mengenali wanita yang sering muncul di dalam mimpinya.
Dia terus mendekati Mila diikuti yang lain. Air mata
Mila mula menitis. Akhirnya, doa dia termakbul.
“Alhamdulillah. Korang semua tiba juga di sini,”
senyum Mila.
“Kak Mila ada cedera di mana-mana ke?” soal Shasya
Edrina sambil menilik tubuh wanita yang berusia 33 tahun itu.
Mila membalas dengan gelengan kepala. Ismail Razak
memandang sekelilingnya sebelum beralih pada Mila.
“Mana abang Shahril?” berubah riak wajah Mila apabila
mendengar pertanyaan Ismail Razak.
“Kenapa ni, kak? Beritahulah kami,” tangan Mila diusap
lembut oleh Nur Halimah.
“Tolong bantu Shahril. Dia nekad untuk mencari punca
alam ini menjadi huru-hara seorang diri. Tolong bantu dia,” merayu Mila.
Sedih mereka mendengar rayuan Mila.
“Syaza, Ed dan Ima, korang bertiga duduk di sini. Akil
dan Izan, kita bertiga keluar untuk mencari abang Shahril,” arah Ismail Razak.
“Baik!” serentak yang lain.
“Hati-hati,” pesan sang gadis.
“Kami pergi dulu,” lalu sang jejaka beredar dari situ.
Siti Syazanah mencari sesuatu di dalam beg galasnya.
Dia pun baru sedari beg galas yang pernah mereka berenam bawa sewaktu kejadian
5 tahun yang lepas turut masuk ke dalam alam aneh itu.
“Saya nak periksa keadaan kak Mila jap,” kata Siti
Syazanah.
“Saya tak cedera pun, Syaza,” ujar Mila kerana enggan
dirinya diperiksa.
“Tak apa, kak. Syaza nak pastikan akak betul-betul
selamat ke tidak. Salah Syaza juga sebab lambat mengumpulkan yang lain,” muram
wajah Siti Syazanah.
“Bukan salah Syaza atau sesiapa pun. Kami pun tak
sangka alam aneh akan menjadi macam ni. Kami pandang rendah sangat untuk
kejadian kali ini,” semakin perlahan suara Mila namun masih dapat didengari
oleh Siti Syazanah yang sedang memeriksa dirinya.
Selepas memeriksa denyutan jantung Mila, dia beralih
pada tangan Mila pula untuk mengira denyutan nadi Mila. Manakala, Nur Halimah
dan Shasya Edrina mengemas kawasan rumah pokok tersebut.
“Apa maksud akak? ‘Kejadian
kali ini’ ?” ragu Siti Syazanah sambil menyimpan peralatannya.
Mila mula keberatan untuk membuka mulutnya.
Patutkah dia menceritakan kepada mereka? Desis
hatinya.
“Beritahulah kami, kak Mila,” pujuk Shasya Edrina.
Nur Halimah dan Shasya Edrina turut berhenti mengemas
untuk mengetahui lebih lanjut perkara yang dimaksudkan Mila. Mereka berdua
sudah duduk di hadapan Mila.
Mila mengeluarkan keluhan yang panjang.
“Baiklah. Sebenarnya, sepanjang 5 tahun ini, kak Mila
dan abang Shahril sering berulang-alik dari bumi ke alam aneh ini,” jujur Mila.
“Apa?!” terkejut Siti Syzanah, Shasya Edrina dan Nur
Halimah.
Tergelak kecil Mila apabila melihat reaksi ketiga-tiga
gadis itu.
“Teka dah mesti korang tak percaya. Tapi, apa yang
akak katakan ni semuanya betul. Kami berdua dipilih oleh ‘king of guardian’ sendiri untuk menjaga keamanan alam aneh ini.
Jika ada masalah, kami akan selesaikan dengan segera. Cuma, ‘masalah’ kali ini
agak rumit sedikit,” hujah Mila.
“Jap. Siapa ‘king
of guardian’ yang akak maksudkan tadi?” keliru Shasya Edrina.
Mila mengangkat kedua-dua bahunya.
“Kami pun tak pasti kerana kami tidak pernah berjumpa
dengan ‘dia’,” jawab Mila.
“Kalau kak Mila dan abang Shahril dipilih oleh ‘king of guardian’, jadi, kami juga macam
tu ke?” tanya Nur Halimah.
Mila menggelengkan kepalanya. Terkejut mereka.
“Kami berdua yang pilih kalian berenam. Sebenarnya,
korang berenam pernah jumpa kami. Cuma, mungkin masa tu korang tidak perasan.
Kerana, ketika itu, kalian baru berusia 10 tahun. Sebab itu, hanya korang
berenam sahaja yang tahu kejadian kehilangan kami masa tu,” jawab Mila.
“Kenapa kak Mila dan abang Shahril perlukan kami?”
pelik Siti Syazanah.
Mereka berenam hilang ingatan selama 5 tahun. Tetapi,
apabila Mila dan Shahril memerlukan bantuan mereka, ingatan mereka mula
kembali. Jika selama ini mereka boleh selesaikan tugasan tanpa bantuan mereka
berenam, kenapa memanggil mereka pada 5 tahun yang lepas? Apa yang sudah
berlaku pada 5 tahun yang lepas? Tertanya-tanya Siti Syazanah di dalam
fikirannya.
Wajah Mila mula muram. Pandangan dialihkan memandang
lantai. Dia mula gusar dengan pertanyaan Siti Syazanah.
“Sebenarnya…,” Mila menelan air liurnya yang terasa
pahit.
“Kami berdua terperangkap di dalam aneh ini,” bulat
mata mereka mendengar jawapan Mila.
No comments:
Post a Comment