CERPEN : INNOCENT BRIDE
SINOPSIS
Seorang
gadis sekolah menengah kebangsaan akan menjadi ... tunang kepada seorang anak lelaki
keluarga bangsawan?!
BAB 1
“Aku
terima nikahnya, Siti Saralina binti Samsudin dengan mas kahwinnya, seribu
ringgit tunai,”
“Sara,
Sara!” Sara, gadis yang lengkap memakai gaun pengantin menoleh ke arah ibunya.
“Boleh
pula kamu termenung jauh. Pergi masuk bilik sekarang. Solat syukur sebelum
upacara membatalkan air wuduk,”
“Baik,
ibu,” Sara mula berdiri lalu masuk ke dalam bilik ibunya, berdekatan dengan
majlis akad tersebut.
Sara
mengunci pintu bilik. Dia terus ke arah tingkap bilik itu. Pandangan teralih ke
arah tanah.
“Saya
harap saya selamat mendarat,”
Tanpa
membuang masa, Sara memanjat tingkap dan bersedia untuk melompat. Sara berjaya
mendarat ke tingkat satu. Sara mendongakkan kepala ke bilik tingkat 2 yang baru
sahaja dia menghuni situ.
“Maafkan
saya, ibu, ayah. Saya tidak sanggup berkahwin dengan lelaki tua tu,” nekad Sara
lalu terus berlari masuk ke bilik yang tidak berpenghuni itu.
Suasana
menjadi kucar-kacir di tingkat satu.
“Hah
hah,” tercunggap-cunggap Sara berlari.
“Eh?
Itukan? Puan Sara! Tunggu dulu!” beberapa orang gaji perempuan dan lelaki cuba
mengejar Sara.
Sara
berlari ke beranda sambil menjerit ke arah orang gaji yang mengejarnya.
“Siapa
yang akan tunggu, hah?!”
Sara
memanjat pagar beranda. Niatnya untuk ke bilik sebelahnya.
“Waah!
Puan Sara!”
“Tolong
turun sekarang, Puan Sara! Bahaya!”
Jeritan
orang gaji tersebut tidak dipedulikannya.
‘Saya
baru sahaja berumur 18 tahun. Sepanjang saya hidup 18 tahun ini, saya tidak
pernah ada boyfriend dan kenyataan ini tidak sepatutnya diubah. Tetapi, ibu dan
ayah telah membuat keputusan untuk mengahwinkan saya dengan seseorang untuk
melangsaikan hutang mereka!’
Sara
meluahkan perasaan di dalam hatinya. Dia teringat kata-kata ayahnya semalam.
‘Sara,
Sara akan kahwin dengan pengerusi syarikat The Pearl, Encik Rusli Ahmad. Sara
akan jadi kaya-raya selepas ini,’ kata ayahnya dengan penuh semangat.
‘Saya
tak nak jadi kaya-raya ayah,’ bantah Sara.
Namun, ayahnya
tidak menghiraukan pandangan anaknya itu.
‘Saya
tidak kisah pasal Encik Rusli tu mahupun menjadi kaya! Saya hanya mahu hidup
yang dipenuhi dengan cinta sejati dan bukannya kahwin dengan lelaki tua yang
miang! Takkan!’
Sara
mula mendekati beranda pada bilik sebelah.
‘Aduh.
Tangan saya sudah mula berpeluh,’ merungut Sara dalam hatinya.
Ketika
tangannya cuba mencapai tiang ke beranda sebelah, tiba-tiba kakinya hilang
keseimbangan menyebabkannya terjatuh.
“Whaa!!”
menjerit Sara.
“Sup!”
seorang jejaka sempat menyambut Sara sebelum Sara terjatuh ke atas tanah.
Sara
yang memejamkan matanya, membuka matanya perlahan dan menoleh ke arah orang
yang menyelamatkannya. Pegangan jejaka tersebut yang mendukung Sara tidak
dilepaskan.
“Allah.
Tak sangka isteri saya ni sangat degil orangnya,” kata jejaka itu sambil
tersenyum.
Tetamu
yang berada di beranda tingkat satu dan tingkat dua menepuk tangan
masing-masing.
“Tengok!
Bukakah itu tuan muda kita?”
“Tuan
muda berjaya menangkap pengantin perempuan!”
Sara
memandang wajah jejaka yang lengkap berbaju melayu, bersampin dan bersongkok
hitam itu. Warna bajunya sepadan dengan warna gaun Sara, warna pic.
“Ini
ke…Encik Rusli Ahmad tu? Kenapa dia macam bukan orang yang saya fikirkan selama
ini?”
berbisik
Sara di dalam hatinya.
“Hah!
Hei! Lepaskan saya! Turunkan saya sekarang! Awak nak bawa saya pergi ke mana
ni?!”
Sara mula meninggikan suaranya apabila jejaka itu mula berjalan sambil
mendukung Sara menuju ke sebuah kereta mercedes benz berwarna merah.
“Lebih
baik awak dengar cakap saya ataupun awak nak malukan kedua ibu bapa awak,”
terhenti pergelutan Sara apabila melihat wajah ibu dan ayahnya dari jauh.
BAB 2
Di
kediaman Rusli,
“Ya
Allah! Besar sungguh rumah ni. Ini bukan rumah. Dah macam istana pun ada,”
mengeluh Sara yang duduk di penjuru katil.
“Penat
sungguh hari ni,” tambahnya lagi sambil memandang baju tidur pada badannya.
“Klak,”
bunyi pintu bilik di tutup. Tersentak Sara.
“Sudah
masanya untuk tidur,” lembut suara Rusli.
‘Tidur?
Adakah ini bermakna…?’
Sara
terus berdiri dan berjalan ke pintu.
“Sa..saya
tidur kat luar saja,”
“Apa?
Apa yang awak katakan ni?” Rusli memegang bahu Sara.
“Jangan
sentuh saya!” Sara membaling bantal yang dipeluknya ke arah wajah Rusli.
“Sa..saya
takkan jadi isteri awak!”
Rusli
memandang wajah isterinya yang hampir menangis ketakutan itu. Tangan kanannya
diangkat mendekati kepala Sara.
“Haaaaa!”
Sara memejamkan matanya dengan erat.
Sara
terasa kepalanya diusap lalu dia membuka matanya.
“Jangan
risau. Saya takkan sentuh awak kerana apa yang saya inginkan ialah hati awak,”
‘Hah?’
terkejut Sara.
Rusli
membuka pintu bilik.
“Saya
akan tidur di bilik yang lain. Selamat malam,” lalu dia menutup pintu tersebut.
Sara
memegang kepalanya yang diusap tadi.
“Apa
maksudnya tadi? Dia serius ke? Encik Rusli Ahmad. Saya memang tak faham awak?!”
BAB 3
Pada
keesokkan paginya,
“Apa?!
Saya akan tukar sekolah?!”
“Ye,
puan. Semua pertukaran puan telah diuruskan. Ini baju seragam sekolah tersebut,”
kata orang gaji Sara.
“Saya
tak nak tukar! Saya masih belum mengucapkan selamat tinggal pada kawan-kawan
saya lagi,” bantah Sara.
“Tapi
puan, ini adalah arahan tuan muda,” ujar orang gajinya itu.
Di
luar rumah, seorang orang gaji sedang membuka pintu kereta di bahagian
penumpang belakang manakala orang gaji yang lain menunduk ke arah Rusli.
“Have
a nice day, tuan muda,” serentak orang gajinya itu.
“Encik
Rusli Ahmad!” kedengaran namanya dipanggil lalu pandangannya di toleh ke arah
bilik tingkat satu di mana tingkat terbuka luas.
“Awak
sangat tidak berperikemanusiaan!” jerit Sara dengan kaki kirinya berada di atas
tingkap itu.
“Pu..puan…bawa
bertenang,” orang gajinya sedang cuba menenangkan Sara.
“Saya
akan ingat sampai bila-bila!” Sara masih menjerit pada Rusli.
“Puan,
tolong tutup tingkap tu,” risau orang gajinya itu.
“Puan..nampaknya dalam keadaan yang sangat baik, kan?” kata seorang lelaki tua yang berdiri di
sebelah Rusli. Rusli hanya mampu senyum.
Di
sekolah swasta Sara,
‘Waah!
Cantiknya sekolah ini,’ puji Sara sambil menoleh ke kiri dan kanan ketika duduk
di tempat duduknya.
“Gembira
dapat berkenalan dengan awak, Sara,” beberapa rakan sekelasnya menegur Sara.
“Ah..gembira
juga dapat berkenalan dengan kalian juga,” senyum Sara.
“Nama
saya Syuhada,”
“Saya
pula Nadiah,”
‘Macam
orang berada je mereka ni. Ini bukan tempat saya,’ luah Sara dalam hatinya.
“Sara,
saya sangat cemburu kerana awak kahwin dengan Encik Rusli,” kata Syuhada.
“Apa?
Macam mana awak tahu?” terkejut Sara.
“Berita
tentang kalian ada pada surat khabar pagi ni,” kata Syuhada sambil memberi
surat khabar kepada Sara.
‘Whaaa!
Besarnya gambar kahwin semalam!!’ terkejut Sara.
“Jadi,
tiada sesiapa yang tidak kenal awak, Sara,” ujar Nadiah.
“Encik
Rusli Ahmad ialah pengerusi salah satu syarikat terbesar di Malaysia. Walaupun
pada usia yang muda, beliau mempunyai ramai musuh. Oleh itu, awak seharusnya
berhati-hati, Sara,” sambung Syuhada.
‘Musuh…?!’
Sara mula mengigil ketakutan.
“Tapi,
awak jangan risau. Sekolah ini selamat. Pengawal-pengawal di sini ada untuk
melindungi kita semua,” kata Nadiah pula.
‘Oh..baru
saya faham kenapa dia tukarkan sekolah saya. Dia nak lidungi saya rupanya,’
Sara
teringat peristiwa pagi tadi di mana di menuduh suaminya tidak
berperikemanusiaan.
“Awak
ada masalah ke, Sara?” pelik Syuhada apabila Sara mendiamkan dirinya.
BAB 4
Pada
malam itu, Rusli pulang ke kediamannya.
“Saya
sudah pulang,” kepenatan Rusli semasa melangkah masuk ke rumahnya.
“Selamat
pulang, tuan muda,” ucap seorang orang gajinya.
“Apa
yang bising-bising tu?” pelik Rusli apabila terdengar bunyi bising dari dapur.
“Err…sebenarnya…,”
teragak-agak orang gaji itu hendak menjawab.
Di
dapur,
“Puan!
Itu gula, bukannya garam!” tegur salah seorang chef rumah itu.
“Apa?
Tak mungkin!” terkejut Sara.
“Puan!
Ia hangus lagi…!” risau chef perempuan rumah itu.
Sara
yang serius masih terus memasak telur goreng.
“Puan!
Kari ni dah menggelegak!”
Rusli
terkejut melihat situasi di dapur itu.
“Puan
kata puan hendak memasak makanan malam,” orang gaji itu memegang kepalanya
sambil mengeluh. Senyuman terukir di bibir Rusli.
“Boleh
saya masuk?” Rusli mendekati Sara. “Hah? Awak dah pulang?” terkejut Sara.
Di
meja makan, makanan yang dimasak Sara kelihatan tidak bermaya dan hancur.
“Baiklah.
Saya harap sesuatu yang lebih baik dari ini pada masa akan datang,” senyum
Rusli apabila melihat wajah Sara yang muram.
“Apa
maksud awak ‘pada masa akan datang’? Hari ni saya masak!” bantah Sara.
“Saya
fikir awak hendak mulakan tugasan awak sebagai seorang isteri…,”
“Tidak
sama sekali!” Sara memotong percakapan Rusli.
“Jadi,
kenapa awak masak?” pelik Rusli.
“Err…sebab
pagi tadi saya cakap sesuatu yang teruk pada awak. Awak tukarkan sekolah saya
sebab awak risaukan saya, kan?” muka Sara mula merah.
“Jangan
risau. Apa yang awak cakap itu betul. Awak mesti tidak selesa di sekolah baru
dan semuanya salah saya. Saya minta maaf,”
“Hah..?
Emm..ye..semua ni sangat sukar bagi saya,” jujur Sara.
“Maafkan
saya. Esok, ada majlis sempena ulang tahun ke 100 syarikat. Boleh awak datang
dengan saya?”
“Majlis?!”
tersentak Sara.
“Saya
pun tidak suka majlis seperti itu. Sebab itu saya akan lebih gembira jika awak
dapat hadir sama,”
“Haah..?”
makin merah muka Sara.
“Fikirkanlah,”
Rusli sudah selesai makan mula beredar dari meja makan.
BAB 5
Sara
mendekati orang gajinya yang sedang mengemas meja makan.
“Err..,”
“Kenapa,
puan?” pelik orang gajinya apabila Sara memegang lengan bajunya.
“Apa
yang patut saya pakai untuk pergi ke majlis?” tanya Sara dengan mukanya yang
merah.
Pada
hari kejadian,
“Tengok
tu. Itulah Encik Rusli Ahmad!”
“Kacaknya
dia! Dan sangat muda!”
“Tapi,
kenapa saya tak nampak isteri dia?”
Kedengaran
beberapa staf perempuan mula bergosip.
“Kenapa
dia kahwin dengan perempuan yang ganas tu macam tu? Dia sepatutnya kahwin dengan
anak perempuan yang juga orang bangsawan seperti kita,”
“Apa
yang istimewa sangat dengan perempuan tu..?”
“Dia
mesti tak datang malam ni,”
“Mestilah!
Habis maruah Encik Rusli kalau dia ada!”
Di
depan pintu majlis, orang gaji Sara membukakan pintu untuk Sara.
“Tuan
muda sedang tunggu puan,” kata orang gajinya itu.
“Saya
kurang selesa dengan gaun ni,” rimas Sara.
“Tidak
mengapa. Untuk satu malam sahaja,” orang gaji itu menolak Sara perlahan ke
pintu.
Sara
berjalan mendekati Rusli yang rancak berborak dengan tetamu yang hadir. Rusli terpukau
memandang Sara yang bergaun ungu lembut dengan mengenakan tudung yang dililit
ke tepi. Tetamu yang lain turut terpegun melihat kecantikkan Sara.
“Ma..maaf
saya lambat,” Rusli terus mengalihkan pandangannya.
“Ke..kenapa?
Saya nampak pelik ke?” risau Sara.
“Bukan…Awak
sangat cantik sehingga saya tergoda. Ia sangat sesuai dengan awak,”
“Ohh..Saya
faham..,” merah muka Sara. Pandangannya teralih pada lantai.
“Good
evening. Saya sedang mencari awak, pengerusi muda,” tegur seorang tetamu dengan
nada yang menjengkelkan.
“Saya
tidak setuju dengan perkahwinan korang sebenarnya,” sambungnya lagi.
“Apa
awak cakap?!” Sara mula geram.
“Tidak
mengapa, Sara. Awak tunggu saya di sana,” sepanjang berjalan ke tempat yang dimaksudkan
oleh suaminya, Sara asyik memandang Rusli berbual dengan tetamu tersebut.
Di
beranda,
“Kenapa
dengan lelaki yang menjengkelkan tu?! Apa masalah dia sebenarnya?!” geram Sara.
“Dia
seorang pengerusi sebuah syarikat, tapi syarikat dia hampir bankrupt,” tenang
sahaja Rusli bercerita kepada isterinya yang sedang berdiri di sisinya.
“Jadi?
Kenapa dia cakap macam tu pula tadi?!” Sara masih marah.
“Eee..Geram
betul saya,”
Rusli
memandang isterinya dengan wajah yang tersenyum.
“Awak
memang masih tidak berubah lagi, Sara. Masih sama macam dulu,”
“Hah?
Masih sama?” Pelik Sara dengan kata-kata suaminya.
“Semasa
kita kecik-kecik dulu, kita berjumpa secara kebetulan. Masa tu, saya datang ke
kilang bersama-sama dengan ayah saya,” Rusli mula bercerita.
“Rusli,
suatu hari, syarikat ini akan menjadi milik kamu. Jadi, berhati-hati,” kata
ayahnya.
“Baik,
ayah,” serius muka Rusli.
Dalam
perjalanan memeriksa kilang itu, seorang pekerja terlanggar Rusli.
“Maafkan
saya,” namun Rusli tidak menghiraukan pekerja itu.
“Hei
awak! Sepatutnya awak yang perlu meminta maaf apabila melanggar orang! Takkan
perkara kecik itu pun awak tidak boleh buat?!” tengking Sara yang ketika itu berusia
5 tahun manakala Rusli berumur 10 tahun.
“Hei
budak! Mana boleh cakap macam tu pada tuan muda…!” halang pekerja ayah Rusli.
“Jadi,
sebab ayahnya berkuasa, dia pun fikir dia hebat sangat ke?!” Sara melawan
kata-kata pekerja itu.
Tertusuk
kata-kata Sara itu.
“Sa…saya
masih budak-budak lagi masa tu..,” kata Sara selepas Rusli selesai bercerita.
“Tapi,
apa yang dikatakan awak itu betul. Saya yang salah kerana menyangka semuanya
sudah menjadi milik saya. Sejak itu, saya bekerja keras untuk mendapat syarikat
dengan usaha saya sendiri. Bekerja sangat keras. Dan selepas itu, doa saya
untuk berjumpa dengan awak suatu hari nanti menjadi kenyataan,”
“Hah?”
Sara menoleh ke arah Rusli.
“Walaupun
syarikat ayah awak bankrupt, tapi awak sangat tabah seperti dulu. Jujur saya
katakan, walaupun segala usaha saya ini menjadi sia-sia, saya masih inginkan
awak menjadi milik saya. Saya sentiasa sayangkan awak, Siti Saralina,”
Rusli
memegang tudung Sara yang terjuntai sedikit. Muka Sara menjadi merah padam.
“Ah…,”
Sara hilang kata-kata.
Tiba-tiba seorang pelayan datang sambil membawa sedulang
air kepada mereka berdua.
“Tuan
dan puan inginkan minuman?” tanya pelayan itu dengan mesra.
“Boleh
juga!” Sara yang gelabah terus mengambil segelas air.
“Sara,
air tu..air gas,” tak sempat Rusli menghalang kerana air tersebut habis diteguk
oleh Sara.
“Sara!”
Sara terus rebah. Sebenarnya, Sara tidak boleh minum air bergas.
BAB 6
“Encik
Rusli…sentiasa sayangkan saya? Dia cintakan saya?” wajah Rusli semakin
mendekati wajah Sara.
“Whaaa!!”
Sara terus terbangun dari tidurnya. Dia terduduk di atas katil sambil mengelap
peluhnya.
“Mimpi…apa
tadi tu?” Sara masih terkejut.
“Tapi,
dari mana mimpi tu bermula?” fikir Sara sambil menoleh ke kanannya.
“Emm…selamat
pagi, Sara,” terbeliak mata Sara apabila mendapati suaminya sedang terbaring
berdekatan dengannya. Malah, dia hanya berpakaian baju malam jarang tanpa
lengan.
“Ahhhh!”
menjerit Sara. Dia terus mencapai comforter untuk menutup badannya.
“A..awak
buat apa pada saya, hah?!” Badan Sara mula menjauhi Rusli.
“Saya
tidak buat apa-apa pada awak. Saya hanya menanggalkan pakaian awak kerana saya
risau gaun tu menyebabkan awak tidak selesa. Lepas tu, saya pakaian awak baju
malam tu sebab saya nak awak tidur lena,” cemas Rusli.
“Betul?
Awak tidak sentuh saya ketika saya pengsan? Tapi, awak mesti pernah fikir nak
buat perkara tak baik, kan?” musykil Sara.
“Tak..tak
semuanya,” merah muka Rusli menjawab pertanyaan Sara. Pandangan Rusli
dialihkan.
‘Merahnya
muka dia,’ terkejut Sara melihat wajah suaminya itu.
“Nampaknya,
awak sangat sukakan saya ye?” geli hati Sara.
“Awak
ni..,” Rusli menekup kedua-dua mukanya selepas ternampak senyuman lebar Sara.
“Kenapa..awak
kecewa ke?” tanya Sara, mula mendekati suaminya.
“Bukan..tetapi
sebaliknya. Awak ni sangat comel. Saya tak dapat nak tahan lagi. Boleh saya…cium
awak?” tanya Rusli, mula mendekatkan wajahnya pada Sara.
“Hah?!
Tapi awak kata..awak takkan buat apa-apa pada saya!”
Sara meninggikan suaranya.
Tangannya kuat menggenggam comforter.
“Kalau
awak tidak suka, saya takkan buat apa-apa pada awak,”
Jarak
wajah mereka semakin dekat.
‘Nan…nanti..,’
Sara memejamkan matanya.
Dahinya
terasa hangat lalu matanya dibuka.
‘Eh?
Dia kucup dahi saya?’ pelik Sara.
“Tok
tok,” bunyi pintu diketuk.
Tangan Rusli masih berada pada kedua-dua bahu Sara.
“Tuan
muda, sudah tiba masanya untuk bergerak,” kedengaran suara orang gajinya di
luar pintu bilik.
“Sudah
masanya? Sayang, bersiap-siap ye,” kata Rusli apabila Sara kaku di situ.
“Ye!
Sa..saya tahu,” teragak-agak Sara.
Sara
mula bersiap-siap. Dia memandang suaminya dari tingkap bilik. Dahinya yang
dikucup dipegangnya.
‘Kenapa..dia
tak kucup..Saya mesti beritahu dia yang saya bencikan kucupan itu! Eh?”
pandangan Sara teralih pada seseorang yang bersembunyi di sebalik tiang,
berdekatan dengan suaminya.
“Lelaki
itu..bukankah lelaki yang menjengkelkan semalam?” fikir Sara.
Terbeliak
mata Sara apabila ternampak lelaki itu mengeluarkan pisau dari jaketnya.
‘Encik
Rusli..mempunyai ramai musuh,’ Terngiang-ngiang perkataan itu dalam kepala
Sara.
“Disebabkan
kau, saya kehilangan syarikat saya!”
Lelaki
itu meluru ke arah Rusli dengan mengarahkan pisau itu ke arah depan.
Rusli
menoleh ke lelaki itu dengan pandangan yang terkejut.
“Ahh!
Puan!!” terdengar jeritan beberapa orang gaji perempuan.
“Panggil
doktor!!”
Sara
rebah pada pangkuan Rusli. Demi menyelamatkan suaminya, Sara terus menerpa
suaminya menyebabkannya terkena tikaman. Muka Rusli menjadi pucat.
Orang
gaji lelaki di situ terus menangkap lelaki menjengkelkan itu.
BAB 7
“Hmm,”
Sara membuka matanya.
“Sayang,”
Rusli yang berada di sisi Sara terus bersuara.
“A..awak?”
pelik Sara melihat wajah Rusli yang gelisah itu.
“Abang
bersyukur sangat luka sayang tidak dalam,”
Rusli
memegang erat tangan kiri Sara.
‘Ah..baru
saya ingat. Saya melindungi dia,’
“Maafkan
abang sayang. Maafkan abang sampai sayang pula melindungi abang,”
Rusli
mendekatkan tangan Sara ke bibirnya.
Pantas
Sara menarik tangannya dn menoleh ke arah bertentangan dengan Rusli.
“Kenapa,
sayang? Sayang sakit lagi ke?” terdiri Rusli.
“Ja..jangan
tengok muka saya,” Sara menekup mukanya.
‘Saya
terus berlari ke arahnya tanpa berfikir panjang? Apa yang telah saya lakukan?’
“Ia
sangat merumitkan. Sejak bila saya jatuh cinta pada suami sendiri,” perlahan
suara Sara namun dapat didengari Rusli dengan
jelas.
Rusli
menolehkan badan Sara semula dan menarik tangan Sara dari wajah Sara.
“Ja..jangan,”
teragak-agak Sara.
“Jangan
sembunyikan wajah sayang. Bagi abang tengok wajah sayang,” lembut suara Rusli.
Tangan
Sara teralih. Matanya tepat memandang mata Rusli.
Merah
muka Rusli melihat muka Sara yang malu itu.
“Adakah..sayang
sudi menjadi isteri abang?” soal Rusli sambil mendekatkan wajahnya pada wajah
Sara.
“Saya..sudi,
abang,” perlahan suara Sara.
Bibir
Rusli bertemu dengan bibir Sara. Dengan itu, Sara menjadi milik Encik Rusli
Ahmad sepenuhnya.
- THE END -
*Idea asal milik sepenuhnya oleh penulis asal.
*Ubah suai mengikut kesesuaian ^_^
No comments:
Post a Comment