NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 20 - PENYELESAIAN
Di hadapan rumah pokok di aras empat, kelihatan enam
manusia serta makhluk berupa sesumpah sedang duduk sambil berbincang sesuatu.
“Jadi, punca semua ni berlaku adalah disebabkan
orang-orang salji yang telah masuk ke aras lain melalui laluan lubang ni,”
faham mereka apabila Siti Syazanah menceritakan segala-galanya.
“Jadi, kita hanya perlu menghapuskan ‘mereka’ je,
kan?” usul Tengku Ehsan.
“Dengan cara apa? Cairkan mereka menjadi air?” soal
Nur Halimah.
“Tak boleh. Memandangkan ‘mereka’ pernah berada di
aras lain yang lebih panas berbanding sini, bermaksud ‘mereka’ agak tahan lasak
walaupun terkena panas,” bantah Shasya Edrina.
“Adakah kita perlu menikam jantung ‘mereka’?” bersuara
Ismail Razak.
“Korang, Syaza rasa, kita tak perlu menghapuskan
‘mereka’,” perlahan suara Siti Syazanah.
Matanya membuat isyarat pada belakang mereka. Mereka
menoleh ke arah yang dimaksudkan gadis itu.
Terkejut mereka apabila terlanjur kata-kata sewaktu
Coolaf berada di sisi mereka.
“Kalau itu jalan penyelesaian, saya akan menerimanya,”
luah Coolaf.
Walaupun sedih dengan berita yang bakal menyebabkannya
bersendirian, namun, demi alam itu, dia sanggup berkorban.
Berubah mimik muka yang lain.
“Kenapa sebelum ini sikap orang-orang salji itu
berlainan? Bukankah mereka sangat ceria dan ramah?” bingung Tengku Ehsan.
“Saya syak, mereka turut terkena salah satu racun yang
berada di aras 3,” ujar Nik Akhil.
“Jadi, kita perlu dapatkan penawarnya,” bersemangat Siti
Syazanah.
Serentak mereka melirik memandang gadis itu.
“Kenapa korang pandang Syaza macam tu?” risaunya
apabila menjadi tatapan semua.
“Syaza, kami tidak dapat membenarkan awak menjalankan
misi terakhir ini,” terlopong mulut Siti Syazanah.
“Kenapa pula, Ima?” kecewanya.
“Kami tahu yang awak mengandung, Syaza,” tergamam Nik
Akhil dan Siti Syazanah.
“Saya nampak awak makan vitamin yang sama seperti kak
Mila telan. Vitamin tu untuk mengukuhkan janin di dalam kandungan. Itu yang kak
Mila beritahu pada saya,” terang Nur Halimah.
Nik Akhil teringat ubat yang pernah ditelan isterinya
sewaktu berada di aras tiga. Ternyata itulah vitamin yang dimaksudkan oleh Nur
Halimah.
Pantas dia mendapatkan isterinya. Kedua-dua bahu
isterinya diletakkan tangannya. Siti Syazanah mula cemas.
“Maaf..,” kata-kata Siti Syazanah dipotong.
“Maafkan abang, Syaza. Abang tidak sedar yang isteri
abang mengandung. Abang gagal menjadi suami yang prihatin. Maafkan abang,
Syaza,” sesal Nik Akhil.
Apabila teringat segala perbuatan isterinya tanpa
halangannya, dia berasa sangat bersalah. Sepatutnya dia melindungi isteri dan
bakal anaknya itu. Tetapi, dia tergamak meninggalkan orang-orang kesayangannya
berada di dalam bahaya.
Pipi Nik Akhil dipegang lembut. Wajah mengukirkan
senyuman walaupun air matanya mengalir. Jelas kelihatan air mata bertakung pada tubir mata suaminya.
“Bukan salah abang. Maafkan Syaza sebab tidak beritahu
perkara ini. Syaza risau jika Syaza menjadi beban pada abang dan yang lain,”
jujur gadis itu.
“Apa pulanya, Syaza. Syaza tak pernah menjadi beban
kami tau,” bangkang Shasya Edrina.
“Betul tu. Tiada sesiapa yang pernah menjadi bebanan.
Masing-masing memainkan peranan masing-masing. Raz berasa bertuah kerana
mempunyai kawan seperti kalian,” lebar senyuman Ismail Razak.
“Kami pun,” serentak Shasya Edrina dan Nur Halimah.
“Dah-dah. Jadi, mari kita dapatkan ‘penawar’ itu
sekarang,” ajak Tengku Ehsan.
“Jap jap. Sebelum itu, tadi Ed berjumpa dengan Gama di
aras tiga. Dia berikan cendawan ini pada Ed,” teringat Shasya Edrina.
Dia mengeluarkan sekaki cendawan berbentuk hati yang
berwarna biru. Terkesima mereka.
“Adakah mereka terkena racun cendawan hati berwarna
merah? Seperti Raz dan Ima yang terkena racun tu pada 5 tahun yang lepas?” luah
Nik Akhil.
“Logik juga. Sebab Gama pernah beritahu, sesiapa yang
terkena racun ini, personalitinya akan berubah. Berkemungkinan besar, dia boleh
mencederakan orang di sekelilingnya. Sama seperti orang-orang salji itu,”
terang Siti Syazanah (boleh rujuk karya
pertama, bab 13)
“Tapi, ‘penjaga-penjaga’ yang lain terkena racun apa?
Kenapa penawarnya lain?” runsing Tengku Ehsan.
“Mereka terkena racun bunga yang berwarna merah jambu
di mana boleh menyebabkan personaliti seseorang itu berubah serta tubuhnya akan
semakin susut. Disebabkan Gama pernah menghidu penawar itu, jadi dia selamat
dari perkara buruk itu. Cuma, tubuhnya menjadi kecil,” hujah Siti Syazanah.
“Jadi, kita hanya perlu mendekatkan bunga ini pada
hidung mereka saja. Baiklah, Raz ada cadangan. Syaza, Ima dan Ed alihkan
perhatian ‘mereka’ manakala Akil, Izan dan saya akan panjat pokok ni melalui
jalan depan,” cadang ismail Razak.
“Kenapa libatkan Syaza juga?” bantah Nik Akhil.
“Akil, macamlah awak tidak kenal isteri awak tu.
Manalah dia akan duduk diam. Daripada dia panjat, baik dia berada di tanah
sambil mengalihkan perhatian orang-orang salji,” bals Ismail Razak.
Siti Syazanah hanya tersengih. Dia tidak akan sesekali
memberitahu suaminya malah kawan-kawannya yang lain bahawa dia sudah memanjat
pokok itu tadi.
“Baiklah,” mengalah Nik Akhil.
Maka, strategi mereka pun dimulakan. Coolaf turut
terlibat sebagai pelindung kepada sang gadis.
“Hei! Kami dah jumpa awak. Mana awak nak menyorok
lagi?” lantang suara Shasya Edrina.
Mendengar kata-kata itu, orang-orang salji memandang
ke bawah.
“Nak tangkap kami ke? Tak mainlah kat atas. Baik
kalian turun saja,” sengaja Siti Syazanah.
Disebabkan marah, orang-orang salji terus membaling
salji kepada mereka.
“Tak kena,” ejek Nur Halimah.
Semua balingan itu berjaya dielak oleh mereka. Sang
jejaka yang sudah berada di dahan yang sama dengan orang-orang salji memulakan
tindakan mereka.
Nik Akhil dan Tengku Ehsan terus mengunci pergerakan
dua orang salji dari belakang. Pantas Ismail Razak mendekatkan ‘penawar’ pada
wajah orang-orang salji. Beberapa saat kemudian, dua orang salji mula tidak
sedarkan diri.
Akibat terperanjat dengan kehadiran manusia, orang
salji yang terakhir berundur ke belakang menyebabkannya terjatuh dari dahan.
Segera sang gadis ke depan untuk menyambut orang salji
itu. Tindakan pantas Coolaf berjaya menyelamat orang salji itu daripada hancur
berkecai.
“Ed!”
Ismail Razak mencampak ‘penawar’ pada isterinya.
Shasya Edrina yang berjaya menyambut ‘penawar’ terus mendekatkan ‘penawar’ itu
pada orang salji terakhir.
“Alhamdulillah. Semua sudah selesai,” syukur mereka.
No comments:
Post a Comment