NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 15 - JINAK ATAU BUAS ?
Apa yang sudah berlaku di alam ini sebenarnya? Fikir
Ismail Razak.
Matanya sedang memandang wajah ceria isterinya.
“Duduk… Baring… Pandaiii ,” gembira Shasya Edrina.
Tidak pernah terfikir di benak fikirannya yang
serigala juga boleh menjadi jinak seperti anjing. Selepas Ismail Razak
menggerakkan dahan pokok di hadapan makhluk itu, mereka tekun mengikut gerakan
dahan tersebut. Apabila dibaling dahan itu, laju mereka mengejarkan dan membawa
dahan itu kembali pada Ismail Razak.
Mereka juga menanti balingan seterusnya dengan setia.
Ragu Ismail Razak dengan perubahan besar itu. Sampai sekarang, makhluk itu
masih belum bersuara lagi. Jadi, dia tidak boleh melakukan siasatan terhadap
‘penjaga’ itu.
Selesai dia bermain dengan makhluk itu, tugasannya
diambil alih oleh isterinya.
Selepas persoalan di dalam fikirannya tidak terjawab,
dia mendekati isterinya dan makhluk itu. Ketika itu, serigala berkepala tiga
sedang baring manakala kaki dan tangannya berada di udara. Kedengaran
gelak-tawa Shasya Edrina yang terhibur melihat telatah itu.
Ismail Razak tersenyum sambil mengusap lembut badan
dan leher makhluk itu. Seronok makhluk itu diperlakukan seperti itu.
Ini serigala ke atau anjing ataupun kucing? Semua
sifat itu ada pada makhluk di hadapannya ni. Keliru Ismail Razak dan Shasya
Edrina.
Selepas penat bermain, makhluk itu mula terlena.
Tersenyum Shasya Edrina apabila mendengar dengkuran makhluk itu.
Matanya teralih melihat suaminya yang sedang duduk
bersandar pada pokok tidak jauh dari tempatnya. Secara perlahan-lahan, dia
mendekati suaminya.
“Sedang fikirkan apa tu?” soal Shasya Edrina.
Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan jejaka
itu.
“Raz peliklah. Bila di aras 1 tadi, ‘penjaga’ di sana
sangat buas dan gerun. Tetapi, ‘penjaga’ di aras 2 ni jinak dan tidak gerun.
Lagi satu, Raz perasan yang ‘penjaga-penjaga’ ni semakin mengecil,” balas
Ismail Razak.
“Mengecil? Maksudnya?” bingung Shasya Edrina.
“Akitty, Bbetty dan Comel. Saiz tubuh mereka tidak
besar dan tinggi seperti 5 tahun yang lepas. Malah, ketinggian mereka hampir
dengan ketinggian Raz. Cuma, mereka lebih tinggi sedikit sahaja. Adakah ‘racun’
itu mengecutkan saraf-saraf tubuh mereka?” luah Ismail Razak.
“Berdasarkan pengalaman Ed pada 5 tahun lepas, bila
Raz dan Ima terkena racun tu, tubuh korang masih normal. Cuma, ‘tindakan’
korang sahaja yang tidak normal,” tutur Shasya Edrina dengan selamba.
“Tak normal? Ed nak kata yang abang ni tak normallah
ye?” terasa Ismail Razak.
“Eh? Mana ada, abang. Ed maksudkan kejadian silam tu
je. Abang jangan terasa ye. Ed minta maaf jika kata-kata Ed menyakiti hati
abang pula,”
Pantas dia mengucup tangan suaminya tanda minta maaf.
“Yelah. Abang maafkan. Lain kali, jangan cakap lepas
saja. Nanti ada yang terasa, susah Ed nanti,”
“Baik, abang,”
**********
Di Aras 1 (Musim Luruh)
Nur Halimah tersenyum sambil memandang pasangan yang
sedang tidur di hadapannya. Tangan pasangan itu saling berpaut. Selepas Shahril
terjaga dan mengadu kesakitan, pantas Tengku Ehsan menyuapkan ubat tahan sakit
serta air mineral yang berada di dalam beg galasnya ketika itu.
Kemudian, Shahril kembali lena. Mila yang turut makan
vitamin yang diberikan oleh Nur Halimah turut tertidur bersebelahan dengan
suaminya.
Selepas menyelimutkan Mila, dia mendekati suaminya
yang ketika itu sedang memerhatikan suasana di luar rumah pokok.
“Ada ke Akitty dan Bbetty?” tanya Nur Halimah.
Mata dialihkan memandang gadis yang sudah duduk di
sebelahnya. Dia membetulkan duduknya dan menatap wajah isterinya.
“Tak nampak pula mereka. Mungkin jauh dari rumah ini,”
balas Tengku Ehsan.
“Abang,”
“Emm?”
“Boleh Ima berjumpa dengan ‘mereka’ tak?” terkejut
Tengku Ehsan mendengar permintaan isterinya.
“Abang tak bagi Ima berjumpa dengan ‘mereka’. Ima pun
tahu yang abang Shahril cedera disebabkan mereka, kan?” tegas Tengku Ehsan
walaupun menggunakan nada yang lembut agar isterinya tidak kecil hati.
“Tapi, Ima dapat rasakan mereka berada dalam
kesengsaraan. Pasti mereka perlukan seseorang untuk meluahkan rasa sakit dan
derita mereka. Abang, Ima merayu. Bagi Ima berjumpa dengan mereka sekejap,”
“Ima, abang bukan tak bagi. Cuma, abang risaukan kak
Mila dan abang Shahril. Jika kita berdua pergi, siapa yang akan menjaga mereka?
Jadi, selepas Raz, Ed, Akil dan Syaza pulang, kita berjumpa dengan Akitty dan
Bbetty ye, sayang?” pujuk Tengku Ehsan sambil mengusap pipi isterinya.
Nur Halimah mula sedari sebab mereka berada di aras
satu. Tugas mereka adalah menjaga Mila dan Shahril. Dia mula berasa bersalah.
Dia hampir melanggar amanah yang diberikan oleh sahabat-sahabatnya yang lain.
“Maafkan Ima, abang. Ima terlalu ikut perasaan sampai
terlupa amanah ni,” sebak Nur Halimah.
Tersenyum Tengku Ehsan. Dia menarik tubuh isterinya
masuk ke dalam dakapan. Belakang tubuh isterinya diusap lembut.
“Tak mengapa, sayang. Abang faham yang sayang rindukan
Akitty dan Bbetty. Bukan salah sesiapa pun,”
Terharu Nur Halimah. Dia beruntung kerana memiliki
suami yang memahami dirinya.
Di luar rumah pokok, sepasang mata sedang merenung ke
arah rumah itu tanpa disedari oleh penghuni di dalam rumah tersebut.
No comments:
Post a Comment