NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 17 - BANTUAN TIBA
Di Aras 2 (Musim Panas)
“Jika ‘mereka’ boleh dijinakkan, adakah ‘penjaga’ lain
turut begitu?” fikir Ismail Razak.
Mereka yang dimaksudkan ialah ‘penjaga’ di aras dua.
“Ed teringin nak berjumpa dengan Akitty dan Bbetty.
Begitu juga dengan Gama dan Coolaf. Agak-agaknya, mereka pun jadi macam ni ke?”
luah Shasya Edrina.
Tangannya sedang mengusap tubuh serigala berkepala
tiga yang dibuai mimpi.
“Terima kasih kerana masih mengingati kami, wahai
manusia,”
Terbeliak mata Ismail Razak dan Shasya Edrina apabila
mendengar suara yang gerun. Tangan Shasya Edrina berhenti bergerak manakala
Ismail Razak terus bangun dan menarik isterinya supaya berdiri di belakangnya.
Mereka perlu berhati-hati. Jarak dijauhkan sedikit
dari pemilik suara gerun tadi. Mata mereka menatap mata Comel 1 yang turut
memandang mereka.
“Jangan risau. Saya tidak terkena racun itu. Saya
hanya berpura-pura supaya mereka tidak akan mengapa-apakan kalian, termasuklah
dua manusia yang berada di dalam lubang pokok tadi,”
Terkesima mereka berdua. Maksudnya, Comel 1 sudah
menyedari kehadiran Siti Syazanah dan Nik Akhil?
“Adakah kamu tahu punca sehingga menyebabkan Comel 2
dan Comel 3 hilang kawalan?” soal Ismail Razak sambil mengubah posisi tubuhnya
menjadi lebih tenang.
“Semasa kami mengawasi tempat ni, secara tiba-tiba ada
lembaga putih menghulurkan sekuntum bunga yang berwarna merah tua pada wajah
kami. Secara tiba-tiba, mereka menjadi hilang kawalan. Disebabkan enggan
menjadi begitu, saya berpura-pura turut hilang kawalan. Tidak lama selepas itu,
tubuh kami pula semakin mengecil dan selalu berasa penat,” cerita Comel 1
sambil memandang ‘adik-beradik’nya yang masih tidur.
“Mana lembaga putih tu, Comel 1?” gelisah Shasya
Edrina.
“Saya pun tak pasti. Selepas melihat kami hilang
kawalan, ‘mereka’ pun menghilang di lubang pokok yang kalian berjumpa dengan
kami tadi,”
“’Mereka’?!” serentak Ismail Razak dan Shasya Edrina.
“Ye. Lembaga putih tu ada tiga…,” percakapan Comel 1
terhenti apabila Comel 2 dan Comel 3 terjaga.
Secara tiba-tiba, Comel 2 dan Comel 3 menyerang Shasya
Edrina dengan berniat untuk memakannya. Tindakan pantas Ismail Razak yang
menarik lengan isterinya berjaya mengelakkan gadis itu menjadi mangsa.
‘Penjaga’ itu cuba untuk bangun namun seperti ada
sesuatu yang menghalang pergerakan mereka. Serentak mereka menoleh ke arah
Comel 1. Ternyata, Comel 1 sedang mengawal kaki dan tangan tersebut.
Leher dan telinga Comel 1 digigit mereka tanpa belas
kasihan.
“Argh !” meraung kesakitan Comel 1.
“Jangann !!” menjerit Shasya Edrina sambil mengalirkan
air matanya.
Pasangan itu sudah jauh dari makhluk gerun tersebut.
“Raz, lepaskan Ed! Comel perlukan bantuan kita,”
meronta Shasya Edrina apabila tubuhnya dipeluk erat oleh suaminya.
“Bahaya kat sana, sayang,” pujuk Ismail Razak.
Matanya teralih pada belakang isterinya.
“Raz, Comel sedang panggil kita tu. Mari kita pergi
bantu mereka,” teresak-esak gadis itu.
Mata masih melihat pergelutan ‘adik-beradik’ yang
gerun. Ismail Razak melonggarkan pelukannya. Tindakan itu menyebabkan isterinya
menoleh pada wajah tampan di hadapannya.
“Tunggu di sini,” pesan Ismail Razak sebelum berlari
ke arah ‘penjaga’.
“Raz…,” terhenti kata-kata gadis itu apabila sesuatu
yang laju melintasi di sebelahnya.
Matanya dikecilkan untuk melihat gerangan tersebut.
“Akil..?”
“Raz, awak hilangkan focus mereka. Saya akan paksa
mereka menghidu ‘penawar’ ini,” ujar Nik Akhil sambil berlari bersebelahan
dengan Ismail Razak.
“Baik!” akur Ismail Razak.
Ismail Razak yang sudah tiba di hadapan serigala itu
mula menarik perhatian. Gigitan leher dan telinga Comel 1 dilepaskan. Mata
mereka tepat memandang tajam ke arah Ismail Razak.
“Maaf Comel 1, pinjam tubuh kejap,” pinta Nik Akhil.
Comel 1 membalas dengan gelengan kepala beserta
senyuman. Nik Akhil berjaya memanjat tubuh yang berbeza dari yang asal. Leher
Comel 2 dipautnya sebelum mendekatkan bunga pada genggamannya ke hidung Comel
2.
Comel 2 mula berasa lemah. Beberapa saat kemudian, dia
tertidur. Tubuh ‘penjaga’ aras 2 mula memberat.
Nik Akhil mengambil kesempatan dengan melompat ke
leher Comel 3. Bunga terus didekatkan pada hidung Comel 3. Perkara yang sama
berlaku pada Comel 3.
Akhirnya, Comel 2 dan Comel 3 terlena. Nik Akhil turun
dari tubuh itu.
“Alhamdulillah. Satu aras sudah selesai,” syukur
Ismail Razak.
“Mana Syaza, Akil?” soalan Shasya Edrina menyebabkan
wajah Nik Akhil berubah.
“Dia perlu menemani Gama di atas. Raz, Ed, boleh
kalian uruskan aras 1? Saya berasa tidak sedap hatilah jika membiarkan Syaza di
sana seorang diri,” luah Nik Akhil.
“Tapi, kami perlu merawat Comel 1 terlebih dahulu.
Demi melindungi kami, dia sanggup tercedera,” sebak Shasya Edrina sambil
mengusap wajah Comel 3 yang tidak bermaya.
Ismail Razak berasa simpati terhadap sahabatnya itu.
“Kalau nak selesai tugasan ini dengan cepat, lebih
baik Akil sendiri yang menghantar ‘penawar’ ini ke aras 1. Ed tak mampu untuk
merawat kecederaan mereka seorang diri,” tutur Ismail Razak.
Bahu Nik Akhil dipegang. Jejaka itu membalas dengan
keluhan yang berat.
**********
Di Aras 1 (Musim Luruh)
“..Ima..,” tersentak Nur Halimah apabila terdengar
namanya dipanggil.
Matanya dilarikan memandang lubang pokok. Tubuhnya
seperti dikawal. Dia mula mendekati ke pintu lubang pokok. Apabila tubuhnya
berada di luar lubang, dia berjalan mendekati lembaga yang memanggilnya.
“Mari dekat sini. Saya sangat merindui kalian, wahai
manusia,” nada yang gerun itu tidak melemahkan semangat Nur Halimah untuk
meneruskan langkahnya.
Walaupun suasana yang malap, dia masih dapat melihat
makhluk itu. Dulu, ‘makhluk’ itu tinggi seperti zirafah. Besarnya seperti
beruang. Wajahnya pula seperti king kong dengan badannya yang penuh dengan
bulu.
Kini, ‘makhluk’ itu mempunyai ketinggian seperti
suaminya. Saiz tubuhnya sudah mengecil. Cuma, wajahnya masih seiras king kong
dan badannya masih diliputi dengan bulu yang lebat.
Saat dia ingin memeluk ‘makhluk’ di hadapannya, secara
tiba-tiba lengannya ditarik dengan kasar.
“Ima, jauhi dari dia!” tercunggap-cunggap Tengku
Ehsan.
Selesai menggantikan balutan pada tubuh Shahril, dia
mendapati isterinya sudah hilang. Terkejutnya apabila melihat Nur Halimah
berjalan menghampiri ‘makhluk’ yang agak bengis baginya.
“Izan, jangan risau. Bbetty tak akan cederakan kita.
Dia tidak terkena racun tu,” terkesima Tengku Ehsan.
“Betul tu, wahai manusia. Saya masih mempunyai kewarasan
lagi,” jujur Bbetty dengan suaranya yang gerun.
Dia amat merindui manusia-manusia yang pernah menjadi
kawannya. Oleh sebab itu, dia memerhatikan rumah pokok selepas melihat kelibat
Ismail Razak, Nik Akhil, Tengku Ehsan dan Shahril.
“Saya tak percaya. Mana bukti kamu yang kamu ni tidak
terkena racun tu?” bangkang Tengku Ehsan.
Selepas melihat Shahrl cedera, dia bimbang perkara
yang sama berlaku pada isterinya. Lengan Nur Halimah masih berada
digenggamannya.
Tidak sempat Bbetty bersuara apabila muncul suara
gerun tidak jauh dari situ beserta dengan bunyi semak-samun yang kuat.
“Mana kau nak menyorok lagi, hah?”
Tergamam Nur Halimah dan Tengku Ehsan apabila makhluk
seiras Bbetty datang menerpa ke arah mereka.
“Dum!”
Tubuh Bbetty bertemu dengan tubuh Akitty. Bbetty
melindungi mereka? Tengku Ehsan mula runsing.
“Jangan kau apa-apakan ‘kawan’ kita!” tegas Bbetty.
No comments:
Post a Comment