NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 19 - LEMBAGA PUTIH
Di Aras 3 (Musim Bunga)
“Apa?! Syaza pergi naik ke aras paling atas?”
terbeliak mata Nik Akhil.
Terkesima dia apabila mendapati isterinya tiada di
aras itu.
“Maafkan saya, wahai manusia. Saya gagal menunaikan
janji saya,” sesal Gama.
“Tidak mengapa, Gama. Baiklah. Saya pun hendak ke aras
atas. Nanti kawan-kawan saya datang, kamu tolong beritahu pada mereka ye,”
pesan Nik Akhil.
“Baiklah. Saya janji yang saya akan memenuhi janji
saya ini,” nekad Gama.
Tergelak kecil Nik Akhil. Tidak padan dengan saiz
kecil ‘penjaga’ ini, namun hatinya sangat besar untuk membantu.
**********
Di Aras 4 (Musim Sejuk)
Ribut salji berlaku di aras empat. Namun, ia tidak
menghalang gadis itu untuk mencari ‘penjaga’ di situ. Suasana ketika itu sangat
gelap. Lebih gelap daripada aras satu.
Dengan kelebihan yang diberikan, dia dapat melihat di
dalam keadaan itu.
Kakinya berhenti melangkah apabila tiba di sebuah
pokok ru yang kurus dan tidak bermaya.
“Saya tahu yang kamu ialah Coolaf,” bersuara Siti
Syazanah sambil mengusap batang pokok itu.
Sebelum ini, pokok ru di hadapannya sangat subur dan
sihat. Kini, sebaliknya pula telah berlaku.
“Maafkan kami, Coolaf kerana lewat tiba di sini. Tapi,
saya perlukan bantuan kamu, Coolaf. Pandanglah saya, Coolaf. Saya perlukan
bantuan kamu untuk ceritakan segala-galanya pada saya,” merayu Siti Syazanah.
Kedutan pada batang pokok ru mula membentuk menjadi
mata dan mulut.
“Saya tidak perlukan sesiapa. Semua hendak
meninggalkan saya seorang diri,” kecewa Coolaf.
“Bukankah kami telah ‘membuat’ kawan-kawan kamu,
Coolaf? Di manakah mereka sekarang?”
“Mereka telah pergi ke lubang pokok itu,” jawabnya
sambil menunjuk ke arah rumah pokok menggunakan rantingnya.
Siti Syazanah yakin dengan tekaannya. Alam aneh
menjadi huru-hara disebabkan oleh 3 orang salji yang telah dihasilkan oleh
mereka berenam !
“Kenapa kamu tidak mengejar mereka, Coolaf?” duga Siti
Syazanah.
“Saya tidak dibenarkan untuk mendekati pokok itu. Jika
tidak, saya akan mati kerana pokok itu menjadi sumber utama kehidupan saya.
Bukan saya sahaja, malah kepada semua ‘penjaga’ di setiap musim,” jujur Coolaf.
Terbeliak mata Siti Syazanah. Bila difikirkan semula,
hanya kawasan rumah pokok itu sahaja yang tidak menerima salji. Malah, tiada
langsung bunga yang tumbuh di kawasan tersebut ketika dia berada di aras 3.
‘Adakah pokok itu ialah ‘king
of guardian’?’ fikirnya.
“Baiklah. Terima kasih Coolaf kerana menceritakan
semuanya pada saya. Saya perlu berjumpa dengan kawan-kawan kamu supaya kamu
dapat kembali bermain dengan mereka. Jumpa lagi,” ceria wajah gadis itu.
Coolaf hanya memandang manusia itu berlari ke arah
rumah pokok. Ternyata, dirinya turut dipinggirkan oleh manusia. Coolaf kecewa.
Tiba di hadapan rumah pokok, Siti Syazanah terus
mengelilingi pokok tersebut. betul tekaannya. Tiada salji yang meliputi di
situ.
“Eh? Apa ni?” terhenti langkah Siti Syazanah apabila
ternampak tanah yang berwarna ganjil.
Tangannya menyentuh tanah itu.
“Sejuk!” dia terus menarik tangannya semula.
“Macam mana tanah ini boleh sejuk? Bukankah salji
tidak boleh mendekati rumah ini?” pelik gadis itu.
Dia menoleh memandang kiri dan kanannya. Ketika itu,
dia berada di belakang pokok bertentangan dengan lubang masuk rumah pokok.
“Eh?” sesuatu terjatuh dari atas kepalanya yang
ditutup dengan tudung.
Segera kepalanya didongakkan memandang ke atas. Dia
dapat melihat sesuatu bergerak di atas pokok tersebut. Dengan suasana yang
samar-samar, menyukarkan Siti Syazanah melihat dalam keadaan itu.
Dia meletakkan beg galasnya berdekatan dengan lubang
masuk rumah pokok. Kemudian, hidung dan mulutnya diikat menggunakan kain tuala
milik suaminya sebagai langkah berjaga-jaga.
Beberapa alatan dikeluarkan dari beg galasnya. Dia
nekad untuk memanjat pokok di hadapannya. Dengan berhati-hati, dia memanjat
pokok tersebut.
“Hah…hah..,” tercunggap-cunggap Siti Syazanah.
Walaupun dia kepenatan, namun dia masih meneruskan
perbuatannya. Ketinggian pokok itu berkali ganda dengan ketinggiannya.
Selepas lama memanjat, akhirnya gadis cekal itu
berjaya mencapai dahan. Dia duduk di atas dahan sambil meliar memandang di
sekeliling dahan.
Tergamamnya apabila melihat tiga lembaga putih sedang
merenung tajam ke arah. Siti Syazanah mula takut. Namun, dia cuba mengusir
perasaannya ketika itu.
“Di sini rupa-rupanya kalian. Puas kami cari kalian
tau. Jom kita turun sekarang. Mereka sedang tunggu kalian untuk bermain
bersama-sama,” pujuk Siti Syazanah.
Salah satu lembaga putih itu mendekati Siti Syazanah
sambil mendekatkan bunga yang berwarna merah tua ke arah tuala yang menutup
hidung dan mulut gadis itu.
Siti Syazanah dapat melihat dengan jelas rupa lembaga
putih di hadapannya. Lembaga itu merupakan orang salji yang telah dia dan yang
lain cipta pada 5 tahun yang lepas.
“Wanginya bunga ini. Kamu hendak berikannya pada saya
ke?” soalnya dengan mesra.
Tersentak orang-orang salji itu apabila melihat reaksi
yang berbeza dengan apa yang pernah mereka lihat sebelum ini. Disebabkan geram,
orang salji yang berada di hadapan terus menolak Siti Syazanah.
“Ah!”
“Plak!”
Lega Siti Syazanah apabila sempat berpaut pada dahan
yang diduduknya sebentar tadi. Dia berusaha untuk naik semula. Tanpa diduga,
orang-orang salji mendekati dirinya.
“Ka…kalian nak buat apa?” gugup Siti Syazanah.
Dengan senyuman sinis, orang salji itu memijak tangan
Siti Syazanah.
“Sakitt…sejuk…,”
Akibat tidak mampu menahan kesakitan dan kesejukan,
gadis itu terjatuh ke bawah selepas pautannya dilonggarkan.
‘Ya Allah!’
Dengan mata yang terpejam, Siti Syazanah berdoa di
dalam hatinya.
“Tup!”
Pelik Siti Syazanah apabila tubuhnya tidak berasa
sakit. Mata dibuka secara perlahan-lahan. Tersentaknya apabila dirinya mendarat
di atas benda yang lembut.
“Kamu baik-baik saja ke, wahai manusia?” soal Coolaf.
Coolaf bertukar menjadi sesumpah gergasi iaitu rupa
asalnya demi menyelamatkan Siti Syazanah. Gadis itu selamat mendarat di atas
tubuhnya. Selepas melihat gadis itu berpaut di atas dahan, dia terus menukar
bentuknya tanpa berfikir panjang.
“Terima kasih, Coolaf,” syukur Siti Syazanah sambil
memegang perutnya.
Dia turun dari tubuh Coolaf secara berhati-hati.
“Tidak mengapa, wahai manusia. Maafkan saya kerana
memarahi kamu tadi,” kesal Coolaf.
“Bukan salah kamu, Coolaf. Tapi, saya peliklah.
Bukankah kamu tidak dibenarkan untuk mendekati pokok ini?”
“Saya terdengar suara ‘king of guardian’ bahawa ‘penjaga’ dibenarkan mendekati pokok ini
tanpa mengeluarkan kuasanya,” terang Coolaf.
“Aduh!” kesakitan Siti Syazanah.
Dia melihat ‘benda’ yang dibaling ke arahnya.
Ternyata, orang-orang salji itu kelihatan marah sambil membaling bola salji ke
arahnya.
Siti Syazanah terus berdiri dan memulakan langkahnya
untuk berlari. Namun, dia tersilap langkah. Dia tergelincir dan mula terjatuh
ke hadapan.
‘Jangan!’ cemas Siti Syazanah.
Perutnya dipeluk erat.
“Dum!”
“Syaza, awak ok tak? Ada cedera mana-mana?” kedengaran
suara yang dirinduinya.
Wajah terus diangkat memandang gerangan yang sempat menahan
dirinya dari tersembam ke atas tanah.
“Abang..,” riak wajah ceria cuba dikawalnya.
“Bukan ke abang suruh duduk dengan Gama baik-baik? Ni
kenapa boleh sampai sini? Sayang memang nak kena dengan abang ni,” geram Nik
Akhil.
Nadanya masih dikawal agar tidak menyakiti gadis yang
dicintainya.
“Maafkan Syaza, abang. Selepas mendapat tahu Syazalah
yang menjadi punca alam aneh menjadi huru-hara, Syaza terus ke sini untuk
menyelesaikan masalah ni. Syaza berasa bersalah kerana memberi cadangan untuk
membuat orang-orang salji ini pada 5 tahun yang lepas,” luah Siti Syazanah.
Air matanya sudah mengalir dengan laju. Nik Akhil
sudah mendakap isterinya.
“Bukan salah awak, Syaza. Malah, kami tidak pernah
menyalahkan awak,”
Siti Syazanah terus memandang gerangan yang berdiri di
belakang suaminya.
“Ed?” terkejut gadis itu.
“Kitakan sudah berjanji sejak 5 tahun yang lalu. Walau
apa pun yang berlaku, kita berenam akan bertindak bersama-sama,” muncul pula
Nur Halimah beserta Ismail Razak dan Tengku Ehsan.
“Korang..?” hilang kata-kata Siti Syazanah.
“Aduh! Mereka masih baling salji lagi ke?” kesakitan
Nik Akhil apabila kepalanya dibaling dengan salji.
“Mari kita jauhi dari ‘mereka’ dulu,” arah Ismail
Razak.
Selesai merawat ‘penjaga’, Mila dan Shahril menyuruh
Tengku Ehsan, Ismail Razak dan Nur Halimah untuk naik ke aras paling atas untuk
membantu Siti Syazanah. Lagipun, dia tahu bahawa Siti Syazanah sedang
menyembunyikan sesuatu sepertimana dia menyembunyikan rahsia itu dari suaminya.
Seusai hilang kelibat Nik Akhil dan Ismail Razak, dia
turut berasa tidak sedap hati apabila membiarkan sahabatnya seorang diri di
aras empat. Oleh itu, dia turut mengikuti jejak Nik Akhil.
Di setiap aras, semua ‘penjaga’ berada berdekatan
dengan rumah pokok tersebut. Mila dan Shahril masih berada di aras satu.
Selepas diberitahu bahawa isterinya mengandung, betapa
terkejutnya Shahril. Oleh itu, dia melarang isterinya untuk berjuang sekali di
aras empat.
No comments:
Post a Comment