NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 22 - BAHAGIA
Seusai tetamu beredar, tetamu yang tidak disangkakan
tiba di rumah Ahmad Shamsol.
“Assalamualaikum, besan,” bersemangat Dato’ Nik
Muhammad Hassan.
“Waalaikummusalam, bakal atuk. Datang ni nak jenguk
bakal cucu ke?” seloroh Encik Ahmad Shamsol.
Tanpa berbincang dengan anak dan menantunya, dia telah
berkongsi berita gembira kepada besannya semalam. Terus Dato’ Nik Muhammad
Hassan bertolak pada keesokkan paginya semata-mata untuk berjumpa dengan
menantu dan bakal cucunya.
“Hahaha. Pandai kamu usik saya ye, Shamsol,” geli hati
ayah Nik Akhil.
“Saya bergurau saja. Mari jemput masuk Hassan, Rasidah
dan Akilah,” pelawa ayah Siti Syazanah.
Tiba di ruang tamu, kelihatan Nik Akhil sedang
mengurut kaki isterinya yang lenguh kerana lama berdiri untuk memasak dan
mengemas. Tanpa disedari, tubuh gadis itu didekati oleh Nik Akhilah dan Datin
Rasidah.
“Eh? Umi, Akilah?” terkejut Nik Akhil apabila diterpa
oleh ibu dan adiknya.
Terbuka mata Siti Syazanah apabila terdengar suara
suaminya. Melihat wajah mertua dan adik iparnya, bingkas dia bangun dari
pembaringan.
“Bila sampai walid, umi, Akilah?” tangan dihulurkan
untuk bersalam dengan keluarga Nik Akhil.
“Baru saja, Syaza. Kesian kamu penat. Maaflah kami
datang tanpa beritahu,” risau ayah mertuanya.
Selepas diberitahu bahawa Siti Syuzanah baru selesai
bertunang, dia berasa bersalah pula kerana datang ke situ tanpa diberitahu.
Tubuh menantunya didudukkan di atas sofa.
“Walid, umi dan Akilah dah tahu pasal Syaza ke?”
curiga Nik Akhil.
“Ayah yang beritahu mereka semalam,” celah Encik Ahmad
Shamsol.
“Ayah!” geram anak bongsunya.
Wajahnya sudah kemerahan.
“Tak perlu malu, Syaza. kami bersyukur kerana akhirnya
kami bakal mendapat cucu. Terima kasih Syaza kerana memenuhi permintaan umi
dari awal sampai sekarang,” air mata mula bertakung pada tubir mata Datin
Rasidah.
Dia teringat di mana dia memujuk menantunya untuk
menjaga anak lelakinya. Erti kata lain, dia memujuk Siti Syazanah untuk
menikahi Nik Akhil.
Dia juga mempunyai hasrat untuk memiliki cucu namun tidak diluahkan kerana bimbang menantunya akan terasa hati jika gagal memenuhi permintaan. Tetapi, Allah Maha Besar. Doanya termakbul apabila mendengar berita bahawa menantunya sedang mengandung 4 minggu. Betapa gembiranya dia ketika itu.
“Jangan menangis, umi. Syaza buat semua ni dengan
kerelaan hati sendiri. Bukan disebabkan paksaan mana-mana pihak,” lembut nada
menantunya.
Dia bersyukur kerana dikurniakan menantu sebaik Siti
Syazanah. Malah, gadis itu tidak pernah meminta sesuatu daripadanya mahupun membantah kata-katanya.
Di dalam hatinya, dia berdoa agar keluarganya sentiasa
bahagia dan dijauhkan daripada anasir-anasir buruk yang boleh merosakkan rumah
tangga anaknya.
Ketika kandungan Siti Syazanah mencecah 9 minggu, dia
mendapat berita bahawa Shasya Edrina dan Nur Halimah turut hamil 2 minggu. Dia
turut tumpang gembira dengan berita tersebut.
Manakala, kandungan Mila hampir mencecah 5 bulan.
Kini, Mila dan Shahril sudah tidak kembali ke alam aneh. Kemungkinan besar,
alam aneh sudah selamat dan tidak memerlukan bantuan mereka lagi.
Walaupun hanya sekejap pengembaraan mereka berlapan,
namun, kenangan dan pengalaman itu akan sentiasa tersemat pada ingatan mereka.
-TAMAT-
**Alhamdulillah. Akhirnya, karya 'Adventure to the Strange World 2' berakhir juga. Terima kasih kerana sudi membaca. Saya berharap para pembaca berpuas hati dengan karya ini. Jika ada sebarang komen, sila kongsikan di ruang komen.
**Semoga kita berjumpa lagi di lain karya ^^
No comments:
Post a Comment