CERPEN : INNOCENT BRIDE (VERSI 2)
Genre
: Kahwin Paksa (Forced Marriage)
Profil
: Karya ini bukan idea fnz cuma ada beberapa temat fnz telah ubah sikit untuk
membuatkan cerita ini lebih menarik. Karya asal milik sepenuhnya oleh pemilik
asal (Kayoru), Selamat membaca ‘Innocent
Bride’ versi 2 ^^
**********************************
“Sara,
Sara akan berkahwin dengan pengerusi syarikat The Pearl, Encik Rusli Ahmad.
Sara akan jadi kaya-raya selepas ini,” kata ayah Sara dengan penuh semangat.
Terlopong
Sara apabila mendengar kata-kata ayahnya. Patutlah pelik dia melihat riak muka
ayah serta ibunya yang asyik senyum memandangnya sejak dia pulang dari sekolahnya.
“Ayah,
Sara baru 18 tahun. Lagipun, Sara tak nak jadi kaya-raya ayah,” bantah Sara.
“Sara
tak sayangkan kami ke? Kalau Sara berkahwin dengan dia, maka hutang kita akan
dilangsaikannya. Sara sanggup ke melihat kami merana?” sebak suara ayah Sara.
“Ayah
tak fikir langsung pasal anak ayah ni ke? Macam mana dengan Sara?” balas Sara.
“Ayah
dan ibu pasti Sara akan bahagia dengan dia,” yakin ayah Sara.
Sedih
Sara mendengar kata-kata ayahnya itu. Malah, ibunya langsung tidak memihaknya.
Pejam
celik, pejam celik, hari bersejarah buat Sara pun tiba. Sara tidak menghiraukan
orang di sekelilingnya sewaktu akad nikah dijalankan.
‘Kawan lelaki pun saya
tidak pernah ada. Inikan nak jadi isteri kepada lelaki yang tidak dikenali. Saya
tidak kisah pasal Encik Rusli tu mahupun menjadi kaya raya! Saya hanya mahukan
hidup yang dipenuhi dengan cinta sejati dan bukannya kahwin dengan lelaki tua
yang miang! Takkan!’ gerutu
Sara dalam hati.
“Aku
terima nikahnya, Siti Saralina binti Samsudin dengan mas kahwinnya, seribu
ringgit tunai,”
“Sara!
Sara!”
Sara
yang lengkap memakai gaun pengantin menoleh ke arah ibunya. Hilang lamunannya
mendengar suara ibunya.
“Boleh
pula kamu termenung jauh. Pergi masuk bilik sekarang. Buat sujud syukur sebelum
upacara membatalkan air wuduk,”
“Baik,
ibu,” Sara mula berdiri lalu masuk ke dalam bilik ibunya, berdekatan dengan
majlis akad tersebut.
Sara
mengunci pintu bilik itu. Dia terus ke arah tingkap bilik itu. Pandangan
teralih ke arah balkoni di tingkat satu.
“Saya
harap saya selamat mendarat,”
Tanpa
membuang masa, Sara memanjat tingkap dan bersedia untuk melompat.
Sara berjaya
mendarat di balkoni tingkat satu. Sara mendongakkan kepala ke bilik tingkat 2
yang baru sahaja dia menghuni situ.
“Maafkan
saya, ibu, ayah. Saya tidak sanggup berkahwin dengan lelaki tua tu,” nekad Sara
lalu terus berlari masuk ke bilik yang tidak berpenghuni itu.
Suasana
menjadi kucar-kacir di tingkat satu.
“Hah
hah,” tercunggap-cunggap Sara berlari.
“Eh?
Itukan? Puan Sara! Tunggu dulu!” beberapa pengawal perempuan dan lelaki cuba
mengejar Sara yang sedang melarikan diri.
Sara
berlari ke beranda sambil menjerit ke arah pengawal yang mengejarnya.
“Siapa
yang akan tunggu, hah?!”
Sara
masuk ke dalam sebuah bilik sebelum membuka pintu balkoni. Tanpa berfikir panjang,
Sara terus memanjat tiang beranda. Niatnya untuk ke bilik sebelahnya.
“Waah!
Puan Sara!”
“Tolong
turun sekarang, Puan Sara! Bahaya!”
Jeritan
pengawal tersebut tidak dipedulikannya.
‘Saya baru sahaja
berumur 18 tahun. Sepanjang saya hidup 18 tahun ini, saya tidak pernah ada
boyfriend dan kenyataan ini tidak sepatutnya diubah. Tetapi, ibu dan ayah telah
membuat keputusan untuk mengahwinkan saya dengan seseorang untuk melangsaikan
hutang mereka!’
Sara
meluahkan perasaan di dalam hatinya. Dia mula mendekati tiang beranda pada
bilik sebelah.
‘Aduh. Tangan dah mula
berpeluh,’ merungut
Sara dalam hatinya apabila tangannya mula basah.
Ketika
tangannya cuba mencapai tiang ke beranda sebelah, tiba-tiba kakinya hilang
keseimbangan menyebabkannya terjatuh.
“Whaa!!”
menjerit Sara.
Pengawal
perempuan yang berada di situ turut menjerit sambil menutup mata mereka.
“Sup!”
seorang jejaka sempat menyambut Sara sebelum Sara terjatuh ke atas tanah.
Sara
yang memejamkan matanya, membuka matanya perlahan dan menoleh ke arah orang yang
menyelamatkannya. Kuat pegangan jejaka tersebut.
“Allah.
Tak sangka isteri saya ni sangat degil orangnya,” kata jejaka itu sambil
tersenyum memandang wajah Sara.
Tetamu
yang berada di beranda tingkat satu dan tingkat dua menepuk tangan masing-masing.
Semua gembira kerana tiada apa-apa yang berlaku pada pengantin perempuan.
“Tengok!
Bukankah itu tuan muda kita?”
“Tuan
muda berjaya menangkap pengantin perempuan!”
Sara
memandang wajah jejaka yang lengkap berbaju melayu, bersampin dan bersongkok
hitam itu. Warna bajunya sepadan dengan warna gaun Sara, warna pic.
‘Ini ke…Encik Rusli
Ahmad tu? Kenapa dia macam bukan orang yang saya fikirkan selama ini?’ bisik Sara di dalam hatinya.
“Hah!
Hei! Lepaskan saya! Turunkan saya sekarang! Awak nak bawa saya pergi ke mana
ni?!” Sara mula meninggikan suaranya apabila jejaka itu mula berjalan sambil
mendukung Sara menuju ke sebuah kereta mercedes benz berwarna merah.
“Lebih
baik awak dengar cakap saya ataupun awak nak malukan kedua ibu bapa awak,”
terhenti pergelutan Sara apabila melihat wajah ibu dan ayahnya dari jauh.
Di
kediaman Rusli,
“Ya
Allah! Besar sungguh rumah ni. Ini bukan rumah. Dah macam istana pun ada,”
mengeluh Sara yang duduk di penjuru katil.
“Penat
sungguh hari ni,” tambahnya lagi sambil memandang baju tidur pada badannya.
“Klak,”
bunyi pintu bilik ditutup. Tersentak Sara.
“Sudah
masanya untuk tidur,” lembut suara Rusli sambil memandang wajah isterinya.
‘Tidur? Adakah ini
bermakna…?’ gugup
Sara.
Sara
terus berdiri dan berjalan ke pintu sambil memeluk sebiji bantal.
“Sa..saya
tidur kat luar saja,”
“Apa?
Apa yang awak katakan ni?”
Rusli
memegang bahu Sara apabila Sara enggan memandang wajahnya ketika bercakap.
“Jangan
sentuh saya!” Sara membaling bantal yang dipeluknya ke arah wajah Rusli.
“Sa..saya
takkan jadi isteri awak!”
Rusli
memandang wajah isterinya yang hampir menangis ketakutan itu. Tangan kanannya
diangkat mendekati kepala Sara.
“Haaaaa!”
Sara memejamkan matanya dengan erat kerana takut tindakan yang bakal dilakukan
oleh suaminya.
Sara
terasa kepalanya diusap lalu dia membuka matanya.
“Jangan
risau. Saya takkan sentuh awak kerana apa yang saya inginkan ialah hati awak,”
‘Hah?’ terkejut Sara.
Rusli
membuka pintu bilik.
“Saya
akan tidur di bilik yang lain. Selamat malam,” lalu dia menutup pintu tersebut.
Sara
memegang kepalanya yang diusap tadi.
“Apa
maksudnya tadi? Dia serius ke? Encik Rusli Ahmad. Saya memang tak faham awak?!
Kenapa awak nak kahwin dengan saya?”
Pada
keesokkan paginya,
“Apa?!
Saya akan tukar sekolah?!”
“Ye,
puan. Semua pertukaran puan telah diuruskan. Ini baju seragam sekolah
tersebut,” kata orang gaji Sara.
“Saya
tak nak tukar! Saya masih belum mengucapkan selamat tinggal pada kawan-kawan
saya lagi,” bantah Sara.
“Tapi
puan, ini adalah arahan tuan muda,” ujar orang gajinya itu.
Di
luar rumah, seorang pengawal sedang membuka pintu kereta di bahagian penumpang
belakang manakala pengawal yang lain menunduk ke arah Rusli.
“Have
a nice day, tuan muda,” serentak pengawal-pengawalnya itu.
“Encik
Rusli Ahmad!” kedengaran namanya dipanggil lalu pandangannya ditoleh ke arah
bilik tingkat satu di mana tingkat sedang terbuka luas.
“Awak
sangat tidak berperikemanusiaan!” jerit Sara dengan kaki kirinya berada di atas
tingkap itu.
“Pu..puan…bawa
bertenang,” orang gajinya sedang cuba menenangkan Sara.
“Saya
akan ingat sampai bila-bila!” Sara masih menjerit pada Rusli.
“Puan,
tolong tutup tingkap tu,” risau orang gajinya itu.
“Puan..nampak
sangat bersemangat,” kata pengawal tua yang berdiri di sebelah Rusli.
Rusli
hanya mampu senyum.
Di
sekolah swasta Sara
‘Waah! Cantiknya
sekolah ini,’ puji
Sara sambil menoleh ke kiri dan kanan ketika duduk di tempat duduknya.
“Gembira
dapat berkenalan dengan awak, Sara,” beberapa rakan sekelasnya menegur Sara.
“Ah..gembira
juga dapat berkenalan dengan kalian juga,” senyum Sara.
“Nama
saya Syuhada,”
“Saya
pula Nadiah,”
‘Macam orang berada je
mereka ni. Ini bukan tempat saya,’
luah Sara dalam hatinya.
“Sara,
saya sangat cemburu kerana awak kahwin dengan Encik Rusli,” kata Syuhada.
“Apa?
Macam mana awak tahu?” terkejut Sara.
“Berita
tentang kalian ada pada surat khabar pagi ni,” kata Syuhada sambil memberi
surat khabar kepada Sara.
‘Whaaa! Besarnya
gambar kahwin semalam!!’
terkejut Sara apabila gambar majlis perkahwinan semalam terpampang pada helaian
akhbar paling hadapan.
“Jadi,
tiada sesiapa yang tidak kenal awak, Sara,” ujar Nadiah.
“Encik
Rusli Ahmad ialah pengerusi salah satu syarikat terbesar di Malaysia. Walaupun
pada usia yang muda, beliau mempunyai ramai musuh. Oleh itu, awak seharusnya
berhati-hati, Sara,” sambung Syuhada.
‘Musuh…?!’ Sara mula mengigil ketakutan.
“Tapi,
awak jangan risau. Sekolah ini selamat. Pengawal-pengawal di sini ada untuk
melindungi kita semua,” kata Nadiah pula.
‘Oh..baru saya faham
kenapa dia tukarkan sekolah saya. Dia nak melindungi saya rupanya,’
Sara
teringat peristiwa pagi tadi di mana dia menuduh suaminya tidak
berperikemanusiaan.
“Awak
ada masalah ke, Sara?” pelik Syuhada apabila Sara mendiamkan dirinya.
*************************
Pada
malam itu, Rusli pulang ke kediamannya.
“Saya
sudah pulang,” kepenatan Rusli semasa melangkah masuk ke rumahnya.
“Selamat
pulang, tuan muda,” ucap orang gajinya.
“Apa
yang bising-bising tu?” pelik Rusli apabila terdengar bunyi bising dari dapur.
“Err…sebenarnya…,”
teragak-agak orang gaji itu hendak menjawab.
Di
dapur,
“Puan!
Itu gula, bukannya garam!” tegur salah seorang chef rumah itu.
“Apa?
Tak mungkin!” terkejut Sara kerana dia sudah menaburkan gula tersebut di dalam
masakannya.
“Puan!
Ia hangus lagi…!” cemas chef perempuan rumah itu.
Sara
yang kelihatan serius masih meneruskan aktiviti memasak telur goreng walaupun
telur tersebut sudah mula berubah warna.
“Puan!
Kari ni dah menggelegak!”
Rusli
terkejut melihat situasi di dapur yang kucar-kacir itu.
“Puan
kata puan hendak memasak makanan malam,” orang gaji itu memegang kepalanya
sambil mengeluh.
Senyuman
terukir di bibir Rusli sambil matanya tidak lepas memandang isterinya.
“Boleh
saya masuk?” Rusli mendekati Sara.
“Hah?
Awak dah pulang?” terkejut Sara.
***********************
Di
meja makan, makanan yang dimasak Sara kelihatan tidak bermaya dan hancur.
“Baiklah.
Saya harap sesuatu yang lebih baik daripada ini pada masa akan datang,” senyum
Rusli apabila melihat wajah Sara yang muram.
“Apa
maksud awak ‘pada masa akan datang’? Hari ni je saya masak!” bantah Sara.
“Saya
fikir awak hendak mulakan tugasan awak sebagai seorang isteri…,” kecewa Rusli.
“Tidak
sama sekali!” Sara memotong percakapan Rusli.
“Jadi,
kenapa awak masak?” pelik Rusli.
“Err…sebab
pagi tadi saya cakap sesuatu yang teruk pada awak. Awak tukarkan sekolah saya
sebab awak risaukan saya, kan?” muka Sara mula kemerahan.
“Jangan
risau. Apa yang awak cakap itu betul. Awak mesti tidak selesa di sekolah baru
dan semuanya salah saya. Saya minta maaf,”
“Hah..?
Emm..ye..semua ni sangat sukar bagi saya,” jujur Sara.
“Maafkan
saya. Esok, ada majlis sempena ulang tahun ke 100 syarikat. Boleh awak datang
dengan saya?” lembut suara Rusli.
“Majlis?!”
tersentak Sara.
“Saya
pun tidak suka majlis seperti itu. Sebab itu saya akan lebih gembira jika awak
dapat hadir sama,”
“Haah..?”
makin bahang muka Sara.
“Fikirkanlah,”
Rusli
yang sudah selesai makan mula beredar dari meja makan.
*****************
Sara
mendekati orang gajinya yang sedang mengemas meja makan.
“Err..,”
“Kenapa,
puan?” pelik orang gajinya apabila Sara memegang lengan bajunya.
“Apa
yang patut saya pakai untuk pergi ke majlis?” tanya Sara dengan mukanya yang
merah.
Pada
hari kejadian,
“Tengok
tu. Itulah Encik Rusli Ahmad!”
“Kacaknya
dia! Dan sangat muda!”
“Tapi,
kenapa saya tak nampak isteri dia?”
Kedengaran
beberapa staf perempuan mula bergosip.
“Kenapa
dia kahwin dengan perempuan yang ganas macam tu? Dia sepatutnya kahwin dengan
anak perempuan yang juga orang bangsawan seperti kita,”
“Apa
yang istimewa sangat dengan perempuan tu..?”
“Dia
mesti tak datang malam ni,”
“Mestilah!
Habis maruah Encik Rusli kalau dia ada!”
Di
depan pintu majlis, orang gaji Sara membukakan pintu untuk Sara.
“Tuan
muda sedang tunggu puan,” kata orang gajinya itu.
“Saya
kurang selesalah dengan gaun ni,” adu Sara.
“Tidak
mengapa. Untuk satu malam sahaja,” orang gaji itu menolak Sara perlahan ke
pintu.
Sara
berjalan mendekati Rusli yang rancak berborak dengan tetamu yang hadir. Apabila
dia perasan tetamu yang hadir mula tertumpu pada belakangnya, Rusli menoleh ke
belakang.
Terpukau
dia memandang Sara yang bergaun ungu lembut dengan mengenakan tudung yang
dililit ke tepi. Tetamu yang lain turut terpukau melihat kecantikkan Sara.
“Ma..maaf
saya lambat,” Rusli terus mengalihkan pandangannya apabila Sara memandang
wajahnya.
“Ke..kenapa?
Saya nampak pelik ke?” risau Sara dengan reaksi suaminya.
“Bukan…Awak
sangat cantik sehingga saya tergoda. Ia sangat sesuai dengan awak,”
“Ohh..Saya
faham..,” merah muka Sara.
Pandangannya
teralih pada lantai.
“Good
evening. Saya sedang mencari awak, pengerusi muda,” tegur seorang tetamu dengan
nada yang menjengkelkan.
“Saya
tidak setuju dengan perkahwinan korang sebenarnya. Entah dari mana kau kutip
isteri kau ni,” sambungnya lagi.
“Apa
awak cakap?!”
Sara
mula geram tetapi Rusli sempat menghalang Sara untuk mengelakkan pergaduhan
berlaku.
“Tidak
mengapa, Sara. Awak tunggu saya di sana,” arah Rusli.
Sepanjang
berjalan ke tempat yang dimaksudkan oleh suaminya, Sara asyik memandang Rusli
berbual dengan tetamu tersebut.
Di
beranda,
“Kenapa
dengan lelaki yang menjengkelkan tu?! Apa masalah dia sebenarnya?!” geram Sara.
“Dia
seorang pengerusi sebuah syarikat, tapi syarikat dia hampir bankrupt,” tenang
sahaja Rusli bercerita kepada isterinya yang sedang berdiri di sisinya.
“Jadi?
Kenapa dia cakap macam tu pula tadi?!” Sara masih marah.
“Eee..Geram
betul saya,”
Rusli
memandang isterinya dengan wajah yang tersenyum.
“Awak
memang masih tidak berubah lagi, Sara. Masih sama macam dulu,”
“Hah?
Masih sama?” Pelik Sara dengan kata-kata suaminya.
“Semasa
kita kecik-kecik dulu, kita berjumpa secara kebetulan. Masa tu, saya datang ke
kilang bersama-sama dengan ayah saya,” Rusli mula bercerita.
*********************
“Rusli,
suatu hari nanti, syarikat ini akan menjadi milik kamu. Jadi, jangan kecewakan
ayah,” kata ayahnya.
“Baik,
ayah,” serius muka Rusli.
Dalam
perjalanan memeriksa sebuah kilang, seorang pekerja terlanggar Rusli.
“Maafkan
saya,” namun Rusli tidak menghiraukan pekerja itu.
“Hei
awak! Sepatutnya awak yang perlu meminta maaf apabila melanggar orang! Takkan
perkara kecik itu pun awak tidak boleh buat?!” tengking Sara yang ketika itu
berusia 5 tahun manakala Rusli berumur 10 tahun.
“Hei
budak! Mana boleh cakap macam tu pada tuan muda…!” halang pekerja ayah Rusli.
“Jadi,
sebab ayahnya berkuasa, dia pun fikir dia hebat sangat ke?!” Sara melawan
kata-kata pekerja itu.
Tertusuk
kata-kata Sara itu ke dalam hati Rusli.
*************************
“Sa…saya
masih budak-budak lagi masa tu..,” kata Sara selepas Rusli selesai bercerita.
“Tapi,
apa yang dikatakan awak itu betul. Saya yang salah kerana menyangka semuanya
sudah menjadi milik saya. Sejak itu, saya bekerja keras untuk mendapat syarikat
dengan usaha saya sendiri. Bekerja sangat keras. Dan selepas itu, doa saya
untuk berjumpa dengan awak suatu hari nanti menjadi kenyataan,”
“Hah?”
Sara menoleh ke arah Rusli.
“Walaupun
syarikat ayah awak bankrupt, tapi awak sangat tabah seperti dulu. Jujur saya
katakan, walaupun segala usaha saya ini menjadi sia-sia, saya masih inginkan
awak menjadi milik saya. Saya sentiasa sayangkan awak, Siti Saralina,”
Rusli
memegang tudung Sara yang terjuntai sedikit. Muka Sara menjadi merah padam.
“Ah…,”
Sara hilang kata-kata apabila wajah suaminya mula mendekatinya.
Tiba-tiba
seorang pelayan datang sambil membawa sedulang air kepada mereka berdua.
“Tuan
dan puan inginkan minuman?” tanya pelayan itu dengan mesra.
“Boleh
juga!” Sara yang gelabah terus mengambil segelas air.
“Sara,
air tu..air gas,” tak sempat Rusli menghalang kerana air tersebut habis diteguk
oleh Sara.
“Sara!”
Sara terus rebah.
**************************
‘Encik
Rusli…sentiasa sayangkan saya? Dia cintakan saya?’
Wajah
Rusli semakin mendekati wajah Sara.
“Whaaa!!”
Sara
terus terbangun dari tidurnya. Dia terduduk di atas katil sambil mengelap
peluhnya.
“Mimpi…apa
tadi tu?” Sara masih terkejut.
“Tapi,
dari mana mimpi tu bermula?” fikir Sara sambil menoleh ke kanannya.
“Emm…selamat
pagi, Sara,” terbeliak mata Sara apabila mendapati suaminya sedang terbaring bersebelahan
dengannya tanpa berbaju.
Apabila
melihat dirinya, dia hanya berpakaian baju malam yang jarang tanpa lengan.
“Ahhhh!”
menjerit Sara.
Dia
terus menarik comforter untuk menutup badannya.
“A..awak
buat apa pada saya, hah?!”
Badan
Sara mula menjauhi Rusli.
“Saya
tidak buat apa-apa pada awak. Saya hanya menanggalkan pakaian awak kerana saya
risau gaun tu menyebabkan awak tidak selesa. Lepas tu, saya pakaikan awak baju
malam tu sebab saya nak awak tidur lena,” cemas Rusli.
“Betul?
Awak tidak sentuh saya ketika saya pengsan? Tapi, awak mesti pernah fikir nak
buat perkara tak baik, kan?” musykil Sara.
“Tak..saya
tak bermaksud nak buat perkara tak baik tu,” merah muka Rusli menjawab
pertanyaan Sara.
Rusli
mengalihkan pandangan ke arah lain.
‘Merahnya muka dia,’ terkejut Sara melihat wajah suaminya
itu.
“Nampaknya,
awak sangat sukakan saya ye?” geli hati Sara.
“Awak
ni..,” Rusli meraup wajahnya selepas ternampak senyuman lebar Sara.
“Kenapa..awak
kecewa ke?” tanya Sara, mula mendekati suaminya.
“Bukan..tetapi
sebaliknya. Awak ni sangat comel. Saya tak dapat nak tahan lagi. Boleh
saya…cium awak?” tanya Rusli, mula mendekatkan wajahnya pada Sara.
“Hah?!
Tapi awak kata..awak takkan buat apa-apa pada saya!”
Sara
meninggikan suaranya. Tangannya kuat menggenggam comforter.
“Kalau
awak tidak suka, saya takkan buat apa-apa pada awak,”
Jarak
wajah mereka semakin dekat.
‘Nan…nanti..,’ Sara memejamkan matanya.
Dahinya
terasa hangat lalu matanya dibuka.
‘Eh? Dia kucup dahi
saya?’ pelik Sara.
“Tok
tok,” bunyi pintu diketuk.
Tangan
Rusli masih berada pada kedua-dua bahu Sara.
“Tuan
muda, sudah tiba masanya untuk bergerak,” kedengaran suara orang gajinya di
luar pintu bilik.
“Sudah
masanya? Sayang, bersiap-siap ye,” kata Rusli apabila Sara kaku di situ.
“Ye!
Sa..saya tahu,” teragak-agak Sara.
*******************
Sara
mula bersiap-siap. Dia memandang suaminya dari tingkap bilik. Dahinya yang
dikucup dipegangnya.
‘Kenapa..dia tak kucup
di...Saya mesti beritahu dia yang saya bencikan kucupan itu!’ nekad
Sara.
“Eh?”
pandangan Sara teralih pada seseorang yang bersembunyi di sebalik tiang,
berdekatan dengan suaminya.
“Lelaki
itu..bukankah lelaki yang menjengkelkan semalam?” fikir Sara.
Terbeliak
mata Sara apabila ternampak lelaki itu mengeluarkan pisau dari jaketnya.
‘Encik
Rusli..mempunyai ramai musuh,’
Terngiang-ngiang
perkataan itu dalam kepala Sara.
“Disebabkan
kau, saya kehilangan syarikat saya!”
Lelaki
itu meluru ke arah Rusli dengan mengacukan pisau. Rusli menoleh melihat lelaki
itu dengan pandangan yang terkejut. Semuanya berlaku sekelip mata.
“Ahh!
Puan!!” terdengar jeritan beberapa orang gaji perempuan.
“Panggil
doktor!!”
Sara
rebah pada pangkuan Rusli. Demi menyelamatkan suaminya, Sara terus menerpa
suaminya menyebabkannya terkena tikaman. Muka Rusli menjadi pucat.
Pengawal
di situ terus menangkap lelaki menjengkelkan itu.
**************************
“Hmm,”
Sara membuka matanya.
“Sayang,”
Rusli yang berada di sisi Sara terus bersuara.
“A..awak?”
pelik Sara melihat wajah Rusli yang gelisah itu.
“Abang
bersyukur sangat luka sayang tidak dalam,”
Rusli
memegang erat tangan kiri Sara.
‘Ah..baru saya ingat.
Saya melindungi dia,’
“Maafkan
abang, sayang. Maafkan abang sampai sayang pula melindungi abang,” Rusli
mendekatkan tangan Sara pada bibirnya.
Pantas
Sara menarik tangannya dan menoleh ke arah bertentangan dengan Rusli.
“Kenapa,
sayang? Sayang masih sakit lagi ke?” terdiri Rusli dengan tindakan isterinya.
“Ja..jangan
tengok muka saya,” Sara menutup mukanya menggunakan kedua-dua tangannya.
‘Saya terus berlari ke
arahnya tanpa berfikir panjang? Apa yang telah saya lakukan?’
“Ia
sangat merumitkan. Sejak bila saya jatuh cinta pada suami sendiri?” perlahan
suara Sara namun dapat didengari Rusli dengan jelas.
Rusli
menolehkan badan Sara dan menarik tangan Sara dari wajah Sara.
“Ja..jangan,”
teragak-agak Sara.
“Jangan
sembunyikan wajah sayang. Bagi abang tengok wajah sayang,” lembut suara Rusli.
Tangan
Sara teralih. Matanya tepat memandang mata Rusli.
Merah
muka Rusli melihat muka Sara yang sedang membahang itu.
“Adakah..sayang
bersedia untuk menjadi milik abang sepenuhnya?” soal Rusli sambil mendekatkan
wajahnya pada wajah Sara.
“Saya..bersedia,
abang,” perlahan suara Sara.
Bibir
Rusli bertemu dengan bibir Sara. Dengan itu, Sara menjadi milik Encik Rusli
Ahmad sepenuhnya.
-
TAMAT -
Good stories but tatabahasa kata nama tu kurng tepat(penggunaan saya aku).Good content and love the ending
ReplyDelete-sara-