NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 16 - BERPISAH
Nik Akhil dan Siti Syazanah selamat tiba di aras tiga.
Mereka melangkah keluar dari lubang pokok. Tiba-tiba bau yang tidak
menyenangkan menusuk masuk ke dalam rongga hidung mereka. Serentak mereka
muntah.
“Bau apa yang busuk sangat ni?” pelik Nik Akhil
selepas membersihkan mulutnya menggunakan air mineral yang berada di dalam beg
galasnya.
Hidungnya diikat menggunakan kain tuala yang turut
dikeluarkan dari beg galasnya.
“Wuekk!”
Tersentak Nik Akhil apabila mendapati isterinya masih
muntah. Segera dia mendekati isterinya dan mengusap belakang Siti Syazanah
dengan lembut.
Seusai itu, dia menghulurkan air mineral miliknya.
Kemudian, dia melilitkan kain tuala miliknya pada hidung dan mulut isterinya.
Disebabkan tubuhnya yang tidak bermaya, suaminya
memapahnya duduk di atas tanah dan disandarkan pada sebuah pokok.
“Sayang ok dah?” risau Nik Akhil sambil mengusap bahu
gadis itu.
Siti Syazanah membalas dengan anggukan. Beg galasnya
diturunkan sebelum memasukkan tangannya ke dalam beg itu.
Sebiji ubat dikeluarkan dari beg galasnya. Dia
melonggarkan ikatan kain tuala untuk menelan ubat tersebut. Huluran air mineral
oleh suaminya disambut.
Selesai itu, dia mengetatkan kain tuala tadi. Sapu
tangan miliknya pula diikat untuk menutup hidung dan mulut suaminya.
“Jom kita cari ‘Gamabunta’
sekarang,” ajak Siti Syazanah.
Dia sudah berdiri di hadapan suaminya.
“Betul Syaza ok ni?” tanya Nik Akhil untuk kepastian.
Pelik melihat perubahan mendadak isterinya.
“Ye, abang. Syaza ok. Selepas makan ubat tadi, dah
baik dah ni. Jom kita cari ‘Gamabunta’ sekarang.
Yang lain sedang menunggu kita di bawah,” tangan suaminya ditarik supaya berdiri.
Nik Akhil berdiri apabila tangannya ditarik lembut
oleh isterinya.
“Bukan ‘Gamabunta’,
sayang. Nama ‘penjaga’ di aras ini ialah Gama. Ini mesti teringat cerita ‘Naruto’ , kan?” usik Nik Akhil.
Tergelak kecil Siti Syazanah apabila menyedari
kesilapannya.
“Tersasul pula. Hehe,”
Selepas itu, mereka berdua memulakan pencarian mereka.
‘Penjaga’ yang dikenali sebagai Gama menjadi arah tuju mereka. Mereka perlu
mendapatkan penawar bagi memulihkan semula alam aneh.
Puas mereka menjelajah aras yang penuh dengan bunga-bunga
itu, namun ‘penjaga’ masih tidak ditemui. Mereka berhenti berjalan. Tempat
pertemuan pertama mereka dengan Gama pada 5 tahun yang lepas menjadi lokasi
rehat mereka.
“Macam mana kita masih belum menemui ‘katak’ gergasi
itu?” pelik Nik Akhil.
Bila difikirkan, mustahil dapat bersembunyi di aras
itu memandangkan saiz ‘penjaga’ itu yang besar.
Siti Syazanah terfikir sesuatu lantas berjalan
mengelilingi batu besar yang pernah menjadi tempat istirehat ‘penjaga’ di situ.
“Akil!” tersentak Nik Akhil apabila terdengar jeritan
yang nyaring itu.
Pantas dia berlari mendapatkan isterinya. Kelihatan
Siti Syazanah sedang melutut memandang celah batu.
“Kenapa, Syaza?”
“Ini…,” gadis itu menunding jarinya ke arah celahan
batu besar.
“Gama berada di dalam ni,” tergamam Nik Akhil.
Dia mencari makhluk yang dimaksudkan isterinya.
Ternyata, ‘penjaga’ di aras itu turut mengecil. Saiz Gama yang berkali-kali
ganda dari mereka kini sudah menjadi saiz seperti katak biasa.
Apa sudah berlaku?
“Gama, kami perlukan bantuan awak. Kami perlukan
penawar untuk membantu ‘penjaga-penjaga’ di aras yang lain. Tolong kami, Gama,”
merayu Siti Syazanah.
‘Katak’ itu masih enggan keluar dari tempat soroknya.
“Jika saya membantu kalian, siapa yang akan membantu
saya?” bersuara Gama.
“Kami akan membantu kamu, Gama. Malah, seluruh alam
aneh ini akan kami bantu. Kami janji yang kami akan mengembalikan alam aneh ini
seperti sedia kala,” bersemangat Siti Syazanah.
“Betulkah kata-katamu, wahai manusia?” ragu ‘penjaga’
aras tiga.
“Pernah ke kami memungkiri janji kami, wahai Gama?”
celah Nik Akhil.
Lama makhluk yang mengecil itu mendiamkan diri.
Beberapa minit kemudian, dia keluar dari tempat persembunyiannya.
“Baiklah. Saya janji yang saya akan memberi penawar
itu pada kalian. Dengan syarat, salah seorang daripada kalian perlu menemani
saya di sini,”
Berubah mimik muka mereka. Pasangan suami isteri itu
saling berpandangan.
Tidak sempat Nik Akhil bersuara, Siti Syazanah memulakan
bicaranya.
“Berdasarkan ketangkasan dan kecekapan, abang yang
paling sesuai untuk memberi penawar ini kepada mereka,”
“Tapi, abang risau kalau sayang cedera nanti,”
Tangan suaminya digenggam erat.
“Jangan risau, abang. InsyaAllah tiada apa-apa yang
berlaku. Syaza yakin yag abang akan menjayakan misi ini dan akan datang
menjemput Syaza nanti,” lembut pujukan gadis itu.
Suram wajah Nik Akhil. Namun, apa yang dikatakan oleh
gadis itu ada benarnya.
“Baiklah. Wahai Gama, berikan penawar itu kepada saya.
Saya tinggalkan Syaza di dalam jagaanmu buat sementara. Tolong lindungi dia
bagi pihak saya,” ujar Nik Akhil pada ‘katak’ itu.
“Baiklah. Ini penawarnya. Dekatkan ‘penawar’ ini pada
hidung orang yang terkena racun itu,”
Sekuntum bunga berwarna biru lembut diberikan kepada
Nik Akhil.
“Bolehkah ‘penawar’ ini digunakan beberapa kali?”
tanya Nik Akhil selepas mengambil huluran tersebut.
“Boleh, wahai manusia,”
“Baiklah. Terima kasih, Gama. Syaza, jaga diri
baik-baik. Jangan pergi mana-mana tau. Tunggu sini baik-baik,” pesan Nik Akhil.
“Baik, bos,” tabik Siti Syazanah sambil ketawa kecil.
Tubuh isterinya didakap erat. Berat hatinya untuk
berjauhan dengan isterinya walaupun hanya sementara.
“Abang pergi dulu. Assalamualaikum,”
Salam Nik Akhil dijawab. Selepas hilang kelibat
suaminya, Siti Syazanah memegang perutnya. Terasa memulas pula.
“Wahai manusia, kamu baik-baik saja ke?” prihatin
Gama.
“Saya terasa loya pula. Mungkin disebabkan bau yang
kurang menyenangkan di sini. Boleh saya tahu bau apakah ini?” tutur Siti
Syazanah.
“Sebenarnya, ianya datang dari saya. Apabila tubuh
saya mengecil, bau-bau tersebut akan dilepaskan ke udara. Oleh itu, kawasan ini
diliputi dengan bau saya,” sedih suara ‘penjaga’ itu.
“Ma..maafkan saya. Saya tidak bermaksud untuk
mengatakan yang awak busuk. Saya tiada langsung niat begitu,” cemas Siti
Syazanah.
“Tidak mengapa. Saya tahu yang kamu tidak sengaja,”
balas Gama.
“Err…Wahai Gama, adakah kamu tahu punca kamu mengecil?
Dan bagaimana alam aneh ini menjadi kucar-kacir?” teragak-agak Siti Syazanah
menyoal.
Dia perlu mengambil kesempatan itu untuk menyiasat
lebih lanjut berkenaan alam aneh. Dengan itu, bolehlah dia dan manusia yang
lain pulang semula ke bumi.
“Kami akan menjadi lemah jika ‘king of guardian’ turut
lemah,” jawab Gama.
‘King of Guardian?’ bisik Siti Syazanah di dalam hati.
“Ia berlaku secara tiba-tiba. Saya ternampak beberapa
lembaga putih memetik bunga-bunga di sini sebelum mereka menghilang. Tidak lama
kemudian, tubuh saya mula mengecil. Jika saya tahu ianya berpunca dari lembaga
itu, pasti saya akan menangkap dan menghalau mereka dari sini,” hujah Gama.
‘Lembaga putih?’ fikir Siti Syazanah.
Dia teringat di mana semasa berada di lubang laluan
untuk ke aras lain, dia ternampak beberapa tanah yang berwarna putih. Adakah
‘lembaga’ yang dimaksudkan Gama itu turut menggunakan laluan tersebut? Jika
benar, saiz ‘lembaga’ itu tidaklah besar mana memandangkan ‘lembaga’ itu muat
untuk melalui laluan tersebut.
“Gama, adakah jumlah ‘lembaga’ putih itu ialah tiga?”
soal Siti Syazanah.
“Macam mana kamu tahu, wahai manusia?” terkejut Gama
apabila mendengar pertanyaan gadis itu.
“Saya rasa saya tahu apa puncanya sehingga alam aneh
menjadi sebegini. Gama, saya perlu ke aras paling atas. Jika kamu menemui Akil,
beritahu dia yang saya menunggu dia di aras atas,” pesan Siti Syazanah.
“Tunggu dulu!”
“Maafkan saya kerana memungkiri janji. Tetapi, saya
sudah berjanji pada ‘mereka’ untuk menyelesaikan ‘kes’ ini terlebih dahulu.
Maaf Gama. Maaf Akil,”
Panggilan Gama tidak dihiraukan. Dia berlari menuju ke
rumah pokok. Dia harus segera ke aras empat untuk mengetahui sama ada tekaannya
adalah betul.
No comments:
Post a Comment