Monday, December 10, 2018

CERPEN : SEE YOU AGAIN (VERSI 2)

CERPEN : SEE YOU AGAIN (VERSI 2)



Genre : Tragis + Sahabat

Profil : Karya ini bukan idea fnz kerana fnz tidak suka buat cerita yang sedih. Bagi pembaca yang tidak suka membaca cerita sedih, sila skip cerita ini. Jika degil juga, silalah sediakan tisu ye. Karya asal milik sepenuhnya oleh pemilik asal (Ike Junko). fnz ada ubah di beberapa tempat memandangkan ada pembaca yang tidak faham selepas membaca cerita ‘See  You Again’ versi 1. Selamat membaca ‘See You Again’ versi 2 ni ^^



************************************


Ayano keluar dari sebuah pasaraya sambil memeluk beg kertas yang berisi buah epal manakala tangan kirinya menjinjing beg plastik yang berisi sayur-sayuran. 

Dia berjalan menuju ke stesen bas.

Tiba-tiba, seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berkejaran dengan rakan-rakannya terlanggar tubuh Ayano menyebabkan dua biji epal terjatuh dari beg kertasnya, bergolek ke atas jalan raya.

“Alamak!” mengeluh Ayano sebelum berjalan ke arah epal tersebut.

Ketika dia menundukkan badannya untuk mengutip epal tersebut, seorang pelajar lelaki meluru ke arahnya.

Lengan Ayano ditarik menyebabkan tubuhnya berada di dalam dakapan pelajar itu. Barulah Ayano sedar bahawa sebuah lori hampir melanggarnya. Ayano menjauhkan dirinya dari pelajar tersebut sebelum memandang wajahnya.

Pelajar itu mengutip epal Ayano sebelum memberikannya pada Ayano. Pegangan kertas pada tangan kiri pelajar itu tidak dilepaskan.

“Nah, ini puan punya. Ia sangat bahaya, jadi sila berhati-hati,” senyum pelajar itu.

“Terima kasih, adik,”

Ayano membalas senyuman pelajar itu sambil mengambil buah epal tersebut.

Tidak lama kemudian, bas tiba di stesen bas. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Ayano masuk ke dalam bas tersebut. Sepanjang perjalanan, Ayano asyik termenung ke luar tingkap sambil mengukir senyuman yang lebar.

Apabila tiba di kawasan rumahnya, Ayano turun dari bas itu selepas bas tersebut berhenti di stesen hentiannya. Sambil berjalan, Ayano memandang ke langit. Dia teringat sewaktu umurnya berusia 17 tahun.


*************************


Seorang pelajar baru duduk bersebelahan dengan Ayano selepas selesai sesi perkenalan.

 “Yoshino kan nama awak? Adakah awak selalu berpindah-randah?” tanya Ayano kepada pelajar lelaki itu.

“Ye,” jawab Yoshino.

‘Gadis yang duduk di sebelah saya ni, nama dia Ayano, kan?’ bisik Yoshino dalam hatinya.

“Seronoknya,” teruja Ayano.

“Huh?” pelik Yoshino dengan reaksi Ayano.

“Adakah awak pernah tinggal dekat laut? Adakah awak pernah tinggal di luar negara? Ibu bapa saya kata mereka suka bandar ni. Jadi, mereka takkan berpindah dari sini. Saya pun suka bandar ni juga, tetapi berbanding dengan saya, awak mesti telah melihat pelbagai tempat dan berjumpa dengan ramai orang. Ia sangat menakjubkan. Saya cemburu dengan awak,” senyum lebar Ayano.

‘Selalunya, orang kata berpindah ini sangat melecehkan. Jadi, ini kali pertama seseorang berkata begitu pada saya. Saya sudah jumpa ramai orang dan inilah kali pertama saya jumpa seseorang yang ingin saya dekati,’ monolog Yoshino dalam hatinya.

Hatinya mula berdegup kencang apabila berniat begitu.

“Boleh awak ceritakan pengalaman awak pada saya?” tanya Ayano.

Sejak itu, hubungan Ayano dengan pelajar baru itu menjadi semakin akrab.

Pada suatu hari, Ayano ternampak Yoshino memberi sebiji epal kepada seorang wanita yang mengandung di stesen bas. Apabila tiba di sekolah, Ayano menegur Yoshino.

“Yoshino, semalam awak mengorat seorang wanita di depan stesen bas, kan? Sangat menjijikkan,” kata Ayano.

“Menjijikkan?” terkejut Yoshino dengan perkataan yang dikeluarkan oleh Ayano.

“Jika awak tengok betul-betul, wanita itu sebenarnya sedang mengandung tau,” sambung Ayano.

“Yeah yeah, semestinya dia mengandung,” balas Yoshino.

“Jika awak yang mengandung, semestinya saya akan membantu awak juga, hanya sebab saya kesiankan dengan anak awak saja,” sambung Yoshino untuk mengusik Ayano.

“Apa awak cakap?!” Ayano terus menekan dada Yoshino yang sedang duduk di atas kerusi menyebabkan kepalanya boleh melihat di belakangnya secara terbalik.

“Whoa! Saya dapat lihat awak berdua akan begini sampai akhir hayat nanti,” tegur salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu.

“Adakah pergaduhan hari ini merupakan hadiah perpisahan? Yoshino, semoga berjaya untuk perpindahan awak nanti,”  kata salah seorang dari rakan sekelas mereka.

“Terima kasih,” lambai Yoshino walaupun dirinya masih ditekan oleh Ayano.

Kedua-dua rakan sekelas mereka itu mula beredar dari situ.

“Betul ke awak akan berpindah?” tanya Ayano.

“Betul. Saya akan berpindah,” jawab Yoshino.

Mereka saling berpandangan. Lama mereka mendiamkan diri.

“Kenapa awak tidak beritahu saya alamat baru awak?” soal Ayano lagi.

“Sebab berpindah ni sangat leceh. Berpindah ni tidak semestinya berjalan lancar dan kadang-kala mengambil masa sebulan baru dapat tahu rumah sebenar kami,” jawab Yoshino.

‘Berada di dalam bandar yang sama selama setahun, ianya hanyalah permulaan bagi pengakhiran,’ bisik Yoshino dalam hatinya.

Ayano semakin kuat menekan dada Yoshino.

“Argh!” menjerit Yoshino.

Ayano melepaskan tangannya dari dada Yoshino.

“Tidak dapat berjumpa dengan awak sangat sukar bagi saya,” perlahan suara Yoshino yang sedang menunduk memandang lantai.

Mata Ayano mula berair.

‘Saya pasti mengingati awak akan menyebabkan saya semakin sedih. Ini adalah kali pertama saya merasai perasaan ini,’ Yoshino turut berasa sedih namun dia tetap menunjukkan wajah ceria di hadapan Ayano.

‘Adakah ini dikatakan persahabatan?’




 ‘Tetapi, saya menjadi pelajar pertukaran sejak bertahun-tahun lamanya menyebabkan saya kurang kenalan dan banyak sebab kenapa saya kurang kawan. Saya seharusnya berputus asa dalam mencari persahabatan,’

Yoshino mula berjalan keluar dari sekolahnya. Langkahnya terhenti apabila sekeping kapal terbang kertas jatuh pada kakinya. Yoshino mengutip kapal terbang kertas itu.

“Kapal terbang kertas? Ada tulisan pada kertas ni,”
Yoshino membuka kertas tersebut.

“Yoshino! Itu alamat saya!” jerit Ayano yang berada di luar tingkap kelasnya.

Yoshino menoleh ke arah Ayano yang berada di tingkat satu.

“Awak buat ni jadi saya tidak dapat menolak untuk menulis poskad pada awak ke?” soal Yoshino.

“Saya tak inginkan apa-apa dari awaklah!” tengking Ayano.

‘Masih mencari gaduh dengan saya sampai hari terakhir saya,’ mengeluh Yoshino.

“Saya takkan berpindah dari alamat itu! Jadi!” Ayano mengenggam tangannya untuk mencari kekuatan.

‘Saya sepatutnya berputus asa dari awal-awal lagi, tetapi awak,’ monolog Yoshino dalam hatinya.

“Awak mesti datang cari saya suatu hari nanti!” merah muka Ayano apabila meluahkan perasaannya.

“Ayano, saya tidak tahu sama ada ‘suatu hari nanti’ tu bila. Bukankah awak akan kahwin juga?” tanya Yoshino, agak terkejut dengan luahan Ayano.

“Adakah awak akan mengambil masa yang lama? Awak mesti tunaikan janji awak! Tch! Baiklah. Kalau begitu, awak kena jadi suami saya,” air mata Ayano mula mengalir.

“Suami? Hahaha. Wow. Ini sudah melampau!” geli hati Yoshino.

‘Adakah ini persahabatan? Tidak, jadi…,’ Yoshino semakin keliru dengan kata-kata hatinya.

“Nampaknya, saya tidak seharusnya berputus asa, kan?” kata Yoshino bersendirian sambil memegang kapal terbang kertas tersebut ke udara.


******************


Yoshino membuka kapal terbang kertas yang mengandungi alamat Ayano.

“Sudah 2 tahun berlalu. Beranikan diri awak, Yoshino,” kata Yoshino bersendirian.

‘Mesti dia akan gelak jika saya melamar dia. Baiklah. Saya perlu bertukar bas sebanyak dua kali untuk sampai ke destinasi,’ fikir Yoshino sambil melihat peta laluan bas.

‘Eh? Klip rambut tu. Tidak silap saya, dia pun memakai klip rambut bunga juga,’

Yoshino tersenyum mengingati wajah gadis yang dirinduinya apabila ternampak seorang kanak-kanak perempuan sedang berlari anak.

Mata Yoshino terbeliak apabila ternampak kanak-kanak itu berlari ke jalan raya di mana sebuah van sedang meluru ke arahnya. Yoshino terus menyelamat kanak-kanak itu namun dia pula yang dilanggar. Tubuh Yoshino terbaring di atas jalan raya berlumuran darah.

‘Awak tahu, Ayano. Saya ada sesuatu nak beritahu awak. Saya sangat suka melihat awak ketawa,’ mata Yoshino mula kabur.


******************************


Beberapa tahun kemudian, Yoshino sedang memegang kapal terbang kertas sambil berjalan di pejalan kaki bersebelahan dengan jalan raya yang banyak kereta.

‘Ketika itu, telefon bimbit masih belum wujud, saat di mana saya berjumpa dengan seorang gadis yang disayangi dan tidak dapat melupakannya,’

“Emm..Oh..,” Yoshino sedang berlatih suaranya.

Gementarnya saya. Sudah berapa tahun berlalu ye? Apa yang patut saya katakan bila berjumpa dengan dia?’ fikir Yoshino, sedang berjalan di pejalan kaki.

“Oh? Alamak!” Yoshino ternampak seorang wanita sedang mengambil buah epalnya yang terjatuh di jalan raya.

Sebuah lori meluru ke arahnya. Yoshino terus menarik wanita itu ke pejalan kaki.

“Nah, ini puan punya. Ia sangat bahaya jadi sila berhati-hati,” senyum Yoshino.

“Oh, terima kasih,” selepas mengucapkan selamat tinggal, wanita itu pulang ke rumahnya.

‘Saya akan bertemu dengannya. Saya rasa bertemu dengan awak adalah satu keajaiban,’ senyum Yoshino sambil teringat kisah silamnya.




“Saya sudah pulang,” kata wanita yang sarat mengandung itu.

“Selamat pulang. Oh? Awak keluar ke, Ayano sayang?” tanya suami wanita itu.

“Saya baik-baik saja. Saya rasa hari ni hari bahagia saya. Tadi, ada seorang lelaki muda selamatkan saya. Lagipun, mukanya macam kekasih pertama saya,” gembira Ayano sambil meletakkan beg kertas dan be plastik di atas meja dapur.

“Adakah awak masih fikirkan kekasih pertama awak lagi? Jika awak berjumpa dengan dia semula, jangan curang pula dengan saya,” mengeluh suaminya kerana kerap kali isterinya bercerita tentang kekasih pertamanya.

“Jangan risaulah, abang. Saya akan tunjukkan pada dia yang masih belum berjumpa dengan saya selepas lebih 10 tahun saya mencintainya. Mesti dia menyesal kerana mengambil masa yang lama untuk menunaikan janjinya,” semangat Ayano sambil membuka tingkap rumahnya.

“Apa-apa jelah,” malas suaminya hendak melayan isterinya.

‘Tetapi, dia masih orang yang saya sayang,’ bisik Ayano dalam hatinya sambil mengusap perutnya yang berusia 8 bulan.


**********************************


“Ye, saya sangat cemas. Tetapi, akhirnya, saya tidak dapat beritahu awak apa-apa,” kata Yoshino yang berdiri di sebuah pokok bersebelahan dengan rumah Ayano.

Yoshino melihat Ayano sedang ketawa dengan suaminya.

“Tetapi, tidak mengapa. Saya sudah menunaikan janji saya walaupun awak tidak cam saya tadi,” kata Yoshino sambil menerbangkan kapal terbang kertas itu.

Yoshino mula hilang menjadi cahaya. Ayano mengusap perutnya sambil tersenyum.



- TAMAT -


*************************************



ULASAN CERITA

Cerita ini mengisahkan seorang pelajar lelaki yang bernama Yoshino berjanji dengan rakan baiknya, Ayano untuk berjumpa dengannya suatu hari nanti.

Selepas 2 tahun berlalu, Yoshino berasa gementar untuk bertemu semula dengan Ayano. Semasa dalam perjalanannya, Yoshino menyelamatkan seorang kanak-kanak yang menyerupai dengan rakan baiknya daripada dilanggar oleh sebuah van. Namun, dia pula yang dilanggar dan mati di tempat kejadian.

Selepas beberapa tahun berlalu, Yoshino masih gementar untuk bertemu dengan Ayano. Yoshino terkejut melihat Ayano yang sarat mengandung hampir dilanggar oleh sebuah lori dan berjaya menyelamatkannya.

Namun, Yoshino masih tidak berani untuk meluahkan apa yang ingin diberitahu pada Ayano. Sangkaannya, Ayano sudah melupakannya namun Ayano masih mengingatinya dan sentiasa mencintainya walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu.


Roh Yoshino berasa gembira kerana melihat Ayano bahagia bersama dengan suami dan bakal anaknya. Selepas itu, roh tersebut menjadi cahaya.



- TAMAT -




No comments:

Post a Comment