NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 10 - MISI PERTAMA SELESAI
“Betul ke kita nak pergi ni, abang?” ragu Shasya
Edrina.
Tanpa ‘honeymoon’,
tiba-tiba sahaja suaminya memberitahu bahawa mereka akan tinggal di pangsapuri
bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.
“Ye, sayang. Abang nak minta maaf sebab buat keputusan
ni tanpa berbincang dengan sayang dulu. Selepas kita balik nanti, abang akan
bawa sayang jalan-jalan ye?” ujar Ismail Razak.
Dia berasa bersalah kerana tidak berkesempatan untuk
berterus-terang dengan isterinya tentang alam aneh itu kerana sibuk dengan
majlis perkahwinan mereka termasuklah mengemas. Dia berharap, Shasya Edrina
mendapat semula ingatannya sebelum mereka masuk ke alam aneh itu.
“Baiklah kalau begitu,” mengalah Shasya Edrina sebelum
masuk ke dalam kereta.
Ismail Razak menutup bonet kereta lalu masuk ke dalam
kereta di bahagian pemandu. Dia memandang isterinya yang sedang memakai tali
pinggang keselamatan. Sedari dirinya diperhati, Shasya Edrina menatap wajah
suaminya.
“Kenapa ni, abang?” soal Shasya Edrina.
“Abang harap sayang maafkan abang,” tangan kanan
isterinya dikucup lama.
“Kenapa pula abang nak minta maaf?” pelik Shasya
Edrina.
“Maafkan abang sebab gagal melindungi sayang sepanjang
5 tahun ni,”
Geli hati Shasya Edrina mendengar luahan suaminya.
“Apa abang katakan ni? Kita pun baru berjumpa bulan
lepas, kan? Lagipun, tiada apa-apa yang buruk berlaku pada ayang pun. Abang tak
perlu berasa bersalah. Allah yang tentukan semuanya,” pujuk Shasya Edrina.
Pipi suaminya diusap lembut sambil mengukir senyuman
yang manis. Ismail Razak membalas dengan senyuman.
**********
Kereta Honda Civic terletak kemas di ruang tempat
letak kereta. Ismail Razak dan Shasya Edrina keluar dari perut kereta.
“Ed!” kedengaran namanya dipanggil lantas kepalanya
menoleh mencari gerangan yang memanggil namanya itu.
Kelihatan dua orang gadis yang sebaya dengannya sedang
berlari ke arahnya.
“Dush!”
Tubuh Shasya Edrina dipeluk erat oleh gadis-gadis itu.
“Err…Syaza dan Ima, kan?” perlahan suara Shasya
Edrina.
Kedua-dua gadis itu serentak mengangkat wajah mereka
untuk memandang Shasya Edrina.
“Ed dah ingat kami ke?” soal Nur Halimah.
Gelengan kepala Shasya Edrina menyebabkan raut wajah
kedua-dua gadis itu berubah.
“Nanti Ed ingatlah tu, Syaza, Ima. Jangan buat muka
sedih. Nanti Ed pun sedih juga,” kata Ismail Razak selepas mengeluarkan bagasi
yang berada di dalam bonet belakang kereta.
Siti Syazanah dan Nur Halimah menyedari riak muka
Shasya Edrina yang turut sedih. Mereka berdua mengukir senyuman manis sebelum
menarik tangan gadis itu menuju ke lif.
“Maaf, Ed. Bukan salah Ed. Tapi, salah kami sebab
memaksa,” ujar Siti Syazanah.
“Tak apa. Ed pun harap Ed dapat ingat korang semua,”
balas Shasya Edrina sambil tersenyum.
“Oh. Sampai pun pengantin baru kita ni. Lama kami
tunggu tau,” usik Tengku Ehsan apabila melihat kelibat Shasya Edrina
bersama-sama dengan isterinya dan Siti Syazanah.
“Tak suruh tunggu pun,” balas Shasya Edrina.
“Wow! Perangai Ed dah kembali,” terkejut Nik Akhil.
“Akil! Izan! Korang jangan kacau Ed tu. Dia dah jadi
isteri saya tau,” pesan Ismail Razak yang baru muncul di hadapan lif.
“Kami bergurau je, Raz. Janganlah marah,” kata Tengku
Ehsan.
“Dahlah. Lif pun dah sampai. Mari kita masuk
sekarang,” ajak Siti Syazanah untuk meleraikan mereka.
Mereka berenam masuk ke dalam lif.
“Sampai pukul berapa tadi, Akil, Izan?” soal Ismail
Razak.
“Lepas Subuh, terus bertolak. Dalam pukul 6.30 juga
kami sampai,” jawab Nik Akhil.
“Kami pun bertolak lepas Subuh. Bila kami sampai, kami
tengok Akil dan Syaza dah sampai sini. Tak pasti pula pukul berapa masa tu,”
kata Tengku Ehsan.
“Dalam pukul 6.40 pagi juga kami sampai,” celah Nur
Halimah.
“Semangat ye korang. Kita janji nak berjumpa pukul 8
pagi. Sekarang pun belum pukul 7 pagi lagi,” geli hati Ismail Razak.
“Cakap orang. Dia pun sama awal juga,” serentak mereka
ketawa mendengar kata-kata Tengku Ehsan.
“Risau jalan jem je,” balas Ismail Razak.
“Ting!” lif terbuka di tingkat 10.
“Tepat pukul 7 pagi kita sampai,” bersuara Nur Halimah
sambil memandang jam tangannya.
“Tak apa ke kita datang pagi-pagi ni, Akil?” risau
Ismail Razak.
“Jangan risau, Raz. Akil dah beritahu penghuni di
rumah tu. Mereka pun sudah siap mengemas semuanya,” balas Nik Akhil.
Mereka berdiri di hadapan pintu rumah bernombor
2-10-3. Nik Akhil mengetuk pintu rumah tersebut. Pintu rumah dibuka dari dalam.
“Assalamualaikum. Kami merupakan penghuni baru rumah
ini,” kata Nik Akhil.
“Waalaikummussalam. Masuklah. Kami baru saja selesai
mengemas barang-barang kami. Rumah pun kami sudah kemas,” pelawa Khairul, abang
kepada Khairi dan Khalish.
Nik Akhil, Ismail Razak dan Tengku Ehsan bersalaman
dengan penghuni lelaki manakala Siti Syazanah, Shasya Edrina dan Nur Halimah bersalaman
dengan penghuni perempuan yang sedang mendukung anak perempuan mereka.
“Siapa nama kalian?” soal salah seorang penghuni
perempuan dengan mesra.
“Nama saya Nik Akhil Mokhtar,”
“Saya Tengku Ehsan,”
“Saya pula Ismail Razak,”
Pandangan mereka mula dialihkan pada Siti Syazanah,
Shasya Edrina dan Nur Halimah pula.
“Nama saya Siti Syazanah,”
“Nama saya Shasya Edrina,”
“Dan saya pula Nur Halimah,”
Kemudian, giliran penghuni asal pula yang
memperkenalkan diri masing-masing.
“Nama abang, Khairul dan ini isteri abang, Nurul
Izwani. Itu anak lelaki kami, Khizwan berumur 4 tahun dan si kecil ni pula
Hazwani, umur 2 tahun,” ujar Khairul sambil menunjuk ke arah isteri dan
anak-anaknya yang berada di sisinya.
“Nama abang pula Hakim. Ini isteri abang, Sofea. Yang
pakai topi tu anak lelaki kami, Hafiz 4 tahun dan yang didukung ni, Shafiya, 2
tahun,” kata Hakim yang memiliki parut pada wajahnya.
Sempat dia mengucup pipi anak gadisnya yang berada di
pangkuan isterinya.
“Panggil abang, Rahim je. Ini isteri abang, Airina.
Putera kami, Rizal dan puteri kami, Airisa. Mereka sama umur dengan yang lain,”
mesra Rahimi memperkenalkan keluarga.
“Korang ni dah kahwin ke?” tanya Sofea apabila
ternampak cincin pada jari manis ketiga-tiga gadis di hadapannya.
“Ha’ah, kak Sofea. Kami berenam dah kahwin. Suami
saya, Akil. Raz pula baru berkahwin dengan Ed 4 hari yang lepas. Manakala, Ima
isteri Izan,” terang Siti Syuzanah sambil menunding seorang demi seorang.
Bimbang dia jika mereka salah faham dengan hubungan
mereka.
Tersenyum penghuni asal mendengar penerangan Siti
Syazanah.
“Kami harap kalian akan mendapat sesuatu daripada
rumah ini,” kata Sofea.
“Maksud Kak Sofea?” pelik Siti Syazanah.
Penghuni asal hanya mengukir senyuman pada bibir
mereka, membiarkan soalan Siti Syazanah tidak dijawab. Selepas itu, tinggal
mereka berenam di dalam rumah itu. Penghuni asal sudah pulang ke rumah
masing-masing seusai mereka bersarapan bersama-sama.
“Raz, kami nak pinjam Ed kejap,” pinta Siti Syazanah
sambil memandang Ismail Razak.
Ketika itu, mereka berada di ruang tamu. Ismail Razak
yang memahami sebab Siti Syazanah dan Nur Halimah berbuat demikian adalah untuk
memulihkan ingatan isterinya. Selepas mendapat kebenaran, ketiga-tiga gadis itu
masuk ke dalam bilik kedua.
“Harap Ed tak mengambil masa yang lama untuk ingat
semula,” bersuara Tengku Ehsan.
“Pandailah mereka nak pulihkan ingatan Ed tu,” balas
Nik Akhil.
Ismail Razak hanya senyum.
“Argh!” terkejut sang jejaka apabila mendengar jeritan
Shasya Edrina.
Mata terus dikalihkan pada pintu bilik kedua. Pintu
tersebut dibuka dari dalam. Muncul Shasya Edrina dengan wajah yang terkejut
beserta mata yang bulat.
Di sisinya, Siti Syazanah dan Nur Halimah sudah
mengalirkan air mata sambil tersenyum. Kemudian, Shasya Edrina pula mengalirkan
air matanya.
“Misi pertama, selesai,” serentak sang jejaka.
Tidak sangka mereka hanya memerlukan masa yang sangat
singkat untuk memulihkan ingatan Shasya Edrina.
No comments:
Post a Comment