NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 9 - BERKUMPUL
Nur Halimah dan Tengku Ehsan berjalan berpegangan
tangan ke arah pengantin baru yang berbaju biru muda. Ceria wajah pengantin
lelaki apabila melihat mereka lantas memeluk tubuh Tengku Ehsan dengan erat.
“Selepas 5 tahun, akhirnya kita dapat bertemu semula.
Sihat ke, Izan, Ima?” lebar senyuman Ismail Razak sambil meleraikan pelukannya.
“Alhamdulillah kami sihat. Terima kasih Raz kerana
menjemput kami,” balas Tengku Ehsan.
“Siapa mereka, abang?” soalan Shasya Edrina
mengejutkan mereka.
“Mereka ialah kawan baik kita, sayang. Ini Ima, dan
yang ini Izan,” jawab Ismail Razak.
“Ed, boleh saya peluk tak?” lembut pertanyaan Nur
Halimah.
Shasya Edrina tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
Nur Halimah memeluk erat tubuh gadis itu. Tanpa disedari, air mata mereka
berdua mengalir.
“Dia masih belum ingat lagi ke, Raz?” tanya Tengku
Ehsan.
“Hanya Ed je belum ingat. Oh ya. Tadi kami berjumpa
dengan Syaza dan Akil, mereka baru balik tadi. Baik korang cepat kejar mereka,”
balas Ismail Razak.
“Ye ke? Sayang, jom kita jumpa Syaza dan Akil,” ajak
Tengku Ehsan.
Nur Halimah melepaskan pelukannya. Dia memegang
kedua-dua tangan Shasya Edrina.
“Nanti kita berjumpa lagi ye, Ed,” kata Nur Halimah
beserta senyuman manis.
Selepas itu, Tengku Ehsan dan Nur Halimah terus ke
tempat letak kereta. Nur Halimah ternampak Siti Syazanah lalu menjerit nama
gadis itu. Namun, gadis itu tidak dapat melihatnya. Nur Halimah terus berlari
meninggalkan suaminya di belakang.
“Sayang!” Tengku Ehsan mengejar isterinya.
“Syaza!” panggil Nur Halimah sambil berlari.
Dia hampir berputus asa. Apabila melihat kelibat Siti
Syazanah yang sedang menghadapnya, dia tersenyum sambil menitis air matanya.
Mereka berdua berlari dan akhirnya berpelukan antara satu sama lain.
“Ima rindukan Syaza,” mengalir air mata Nur Halimah.
Pelukan dieratkan untuk melepaskan rindunya.
“Syaza pun rindukan Ima juga. Tapi, macam
mana…bagaimana..?” teragak-agak Siti Syazanah sambil memandang wajah gadis itu.
“Kami dah ingat semuanya,” kata Tengku Ehsan sambil
mendekati isterinya.
“Izan?” serentak Siti Syazanah dan Nik Akhil melihat
jejaka itu.
“Hei, Akil. Akhirnya, kau kahwin juga dengan Syaza ye.
Tak sia-sia usaha kau,” usik Tengku Ehsan sambil menumbuk dada Nik Akhil dengan
lembut.
“Jap. Macam mana korang boleh ingat?” keliru Nik
Akhil.
Nur Halimah dan Tengku Ehsan saling berpandangan.
Kemudian, mereka serentak ketawa. Pelik Nik Akhil dan Siti Syazanah melihat
mereka.
“Nanti kami cerita kat korang. Jadi, apa yang perlu
kita buat sekarang? Kata Raz, korang nak kumpulkan kita berenam. Ada apa?” soal
Tengku Ehsan.
“Oh. Ini kunci rumah dan alamatnya. Nanti kita
berkumpul di rumah ni. Masa tu, kami akan ceritakan semuanya,”
Nik Akhil menghulurkan sampul surat kepada Tengku
Ehsan.
“Ok. Kami akan berkemas malam ini juga. Haha,” seloroh
Tengku Ehsan.
Geli hati mereka.
“Tapi, Ed masih belum ingat kita lagi,” sayu suara Nur
Halimah.
“Jangan risau, Ima. InsyaAllah Ed akan ingat semula
nanti. Yang penting, kita berenam sudah berkumpul semula,” lebar senyuman Siti
Syazanah.
“Baiklah. Kami kena balik rumah dulu. Mertua nak
jumpa,” pinta Nik Akhil.
“Ok. Hati-hati memandu,” balas Tengku Ehsan.
“Selamat pengantin baru, Ima, Izan,” ucap Siti
Syazanah.
Dia terkejut apabila melihat cincin yang tersarung
pada jari manis Nur Halimah. Selepas gadis itu memberitahu bahawa dia sudah
berkahwin dengan Tengku Ehsan, dia tersenyum. Tidak sangka lelaki yang suka
menyakat orang itu akhirnya jatuh cinta dengan gadis pendiam seperti Nur
Halimah. Cantik sungguh percaturan hidup yang ditetapkan Allah.
“Selamat pengantin baru juga, Syaza, Akil. Akil,
jangan buli Syaza tau. Kalau tak, siap awak nanti,” tegas suara Nur Halimah.
“Wow. Mana Ima yang pemalu dan lembut ni? Sejak bila
jadi ganas ni? Izan buat apa-apa kat Ima ke?” seloroh Nik Akhil.
“Kau tak tahu lagi macam mana kami berjumpa, Akil.
Bergaduh je kerja kami,” mengeluh Tengku Ehsan.
Cubitan berbisa hinggap pada lengan Tengku Ehsan.
“Aduh! Sakitnya sayang,” adu Tengku Ehsan.
Geli hati Nik Akhil dan Siti Syazanah melihatnya.
Akhirnya, mereka berenam beroleh kebahagiannya masing-masing.
Sepanjang perjalanan ke rumah ibu bapanya, Siti
Syazanah asyik tersenyum.
“Gembiranya, sayang,” tegur Nik Akhil yang sedang
memandu kereta.
“Mestilah, abang. Selepas 5 tahun, akhirnya kita dapat
bertemu semula. Tak sabar rasanya nak berkumpul nanti,” ceria wajah Siti
Syazanah.
Nik Akhil turut tersenyum melihat isterinya gembira.
“InsyaAllah lagi 3 hari kita berkumpul ye, sayang,”
Siti Syazanah membalas dengan anggukan kepala. Dia
berasa teruja untuk menantikan ketibaan hari yang ditunggu-tunggu selama ini.
**********
“Betul ke adik nak tinggal di pangsapuri tu?” soal
kakak Siti Syazanah untuk kepastian.
Siti Syuzanah berasa keberatan apabila satu-satunya
adik perempuannya menyatakan hasrat untuk tinggal di pangsapuri buat sementara
waktu.
Siti Syazanah mengukir senyuman sebelum memegang
tangan kakaknya dengan erat.
“Jangan risau, kak Yuza. InsyaAllah kami tak tinggal
lama di sana. Kami ada sesuatu yang perlu diselesaikan dengan kawan-kawan kami,
kak. Kak Yuza doakan kami ye supaya masalah ni dapat diselesaikan dengan cepat
dan lancar
ye,” ujar Siti Syazanah.
“Baiklah kalau adik sudah cakap macam tu. Kak Yuza
doakan baik-baik untuk adik, suami adik dan kawan-kawan adik. Adik jaga diri
baik-baik tau,” walaupun berasa keberatan, namun, selepas melihat kesungguhan
adiknya, akhirnya Siti Syuzanah mengalah.
Dia amat berharap adiknya akan selamat walaupun dia
tidak mengetahui ‘masalah’ yang dimaksudkan oleh adiknya itu.
Di luar rumah, kelihatan Nik Akhil dan Siti Syazanah
sedang bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa mereka.
“Kak jaga diri baik-baik tau. Kalau abang buli kakak,
kakak beritahu je pada Akilah. Nanti Akilah belasah dia kuat-kuat,” kata Nik
Akhilah.
Geli hati Siti Syazanah mendengar seloroh adik
iparnya. Nik Akhil yang bermuka dingin mendekati mereka sambil memeluk bahu
isterinya.
“Eleh. Ada hati nak belasah abang pula. Sedarlah yang
kau tu kecil, dik. Lagipun, abang akan jaga kak Syaza dengan baik dan akan
melindungi dia walau apa pun perkara yang berlaku. Itu janji abang,” nekad Nik
Akhil.
Terharu Siti Syazanah mendengarnya. Semestinya dia
tidak silap memilih pasangan hidupnya. Yang lain turut berasa tenang apabila
mendengar kata-kata serius Nik Akhil.
“Baiklah. Kami pergi dulu. Jumpa lagi, walid, ummi,
ibu, ayah, Akilah dan kak Yuza. Assalamulaikum,”
Salam Siti Syazanah dibalas serentak. Selepas hilang
kelibat kereta Nik Akhil, mereka masuk ke dalam rumah pasangan pengantin yang baru
pergi itu. Mereka bermalam di situ atas permintaan Nik Akhil dan Siti Syazanah
yang menginginkan mereka berkumpul di rumah itu.
Mereka hanya diberitahu bahawa pasangan itu akan
tinggal di sebuah pangsapuri sewa di mana pernah diduduki oleh abang kepada
kawan-kawan Nik Akhil, iaitu Khairi dan Khalish. Untuk berkumpul semula dengan
rakan-rakan mereka yang terpisah selama 5 tahun, mereka akhirnya membenarkan
pasangan itu tinggal di sana buat sementara. Hanya Siti Syuzanah yang
mengetahui bahawa mereka menghadapi masalah yang perlu diselesaikan dengan
segera namun tidak jelas masalah yang dimaksudkan itu. Dia hanya mampu berdoa
dari jauh supaya semuanya dipermudahkan dan adiknya selamat.
**********
“Abang! Cepatlah! Nanti mereka pergi pula,” jerit
Hazimah yang berada di tingkat bawah.
Kelihatan seorang jejaka sedang menuruni tangga sambil
memandang gadis yang menjerit namanya sebentar tadi.
“Sabarlah, dik. Abang cari telefon tadi,” kata Hazim.
“Apa-apa jelah, abang. Jom kita keluar sekarang.
Mereka dah nak bertolak tu,” balas Hazimah.
Dia melangkah ke luar rumah.
“Jadi, kak Ima duduk dengan kawan-kawan yang dah
terpisah 5 tahun? Reunionlah ni?”
bulat mata Hazimah apabila mengetahui sebab abang dan kakak iparnya ingin
tinggal di pangsapuri buat sementara waktu.
“Ye, dik. Jadi, masa kami tak ada nanti, minta tolong
tengok-tengokkan rumah ini ye?” celah Tengku Ehsan.
“Jangan risau, abang Izan. Azimah dan abang Azim akan
jaga rumah ini baik-baik,” gembira gadis yang berusia 18 tahun itu apabila
diberi kepercayaan kepadanya.
“Bila abang kata nak jaga rumah ini, dik? Abang tak
tahu apa-apa pun,” muncul Hazim berdiri di sebelah Hazimah.
“Alaa…Takkan adik nak duduk sorang-sorang di rumah ni,
abang. Abang pun tinggallah di rumah ini ye? Pleaseeee…,” meleret suara Hazimah untuk memujuk abangnya.
Tersenyum Nur Halimah melihat kecomelan adik
sepupunya.
“Yelah, dik. Dengan syarat, adik yang mengemas rumah,
memasak, membasuh baju dan semuanya adik yang buat, boleh?” usik Hazim.
“Baiklah. Adik akan buat semuanya untuk abang,” serius
nada Hazimah.
“Tak baik abang Azim buli adik tu. Dia dahlah lurus
orangnya,” kata Nur Halimah.
Dia faham dengan perangai abang sepupunya yang gemar
mengusik adiknya itu. Mustahil Hazim akan membiarkan satu-satunya adik
kandungnya tinggal di rumah itu seorang diri. Hazim seorang yang penyayang dan
seorang abang yang baik. Dia sentiasa menjaga Hazimah dan Nur Halimah dengan
baik.
Jika sesuatu yang buruk berlaku pada adik
kesayangannya itu, pasti abangnya akan membalas. Dia juga banyak meluangkan
masa untuk mereka asalkan adik-adiknya gembira dan bahagia.
“Terima kasih, abang Azim,” ucap Tengku Ehsan semasa
memeluk tubuh Hazim.
“Perkara kecil je, Izan. Jaga Ima baik-baik tau. Kalau
dia cedera atau dia menangis, siap Izan nanti abang kerjakan,” serius nada
Hazim.
“Jangan risau, abang Azim. Izan janji yang Izan akan
menjaga Ima seperti nyawa Izan juga,”
“Apa ni, abang Azim. Janganlah ugut suami Ima,” geram
Nur Halimah apabila mendengar ugutan abang sepupunya.
“Itu pun nak marah,” mencebik muka Hazim.
Geli hati mereka apabila melihat wajah Hazim. Macam
budak-budak sahaja.
“Kami pergi dulu. Assalamualaikum,” lambai Nur Halimah dari tingkap kereta.
No comments:
Post a Comment