NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 6 - PERTEMUAN
“Emm?”
Shasya
Edrina terjaga dari lenanya apabila cahaya matahari memancar pada wajahnya.
Bingkas dia bangun dan memandang jam pada dinding biliknya. Sudah pukul 9 pagi.
Memandangkan
dia tidak boleh solat, dia tidak bangun ketika azan Subuh berkumandang seperti
kebiasaan. Tubuh diregangkan.
“Sedapnya
dapat tidur. Dah lama tidak tidur lena macam ni,” ceria muka Shasya Edrina.
Dia turun
dari katil dan mencapai tuala menuju ke bilik mandi. Selesai membersihkan diri,
dia membuka pintu biliknya. Langkahnya berhenti apabila mendengar suara yang
tidak dikenali dari ruang tamu bawah. Dia masuk semula ke dalam bilik untuk
menyarung tudung.
“Selamat
pagi, mama,” tubuh ibunya dipeluk dari belakang.
“Terkejut
mama. Baru bangun ke anak mama ni?” usik Datin Norliza.
“Hehe. Ed
penat sangat mama. Maaf sebab tak bantu mama masak sarapan. Ma, siapa yang
datang?” balas Shasya Edrina.
Dia
melabuhkan punggung di atas kerusi dan mencapai segelas cawan.
“Tak apa.
Mama faham. Rombongan meminang datang, Ed,”
“Puh!”
Tersembur
air yang diminumnya apabila mendengar jawapan ibunya.
“Siapa ma?”
“Nanti Ed
tahulah. Mari kita pergi ke depan sekarang. Mereka nak berjumpa dengan Ed tadi,”
ajak Datin Norliza.
“Tak naklah,
ma. Ed seganlah,” merah muka Shasya Edrina ketika itu.
“Ish kamu
ni. Benda baik, buat apa nak malu. Mama nak hantar minuman ni. Nanti Ed pergi
ke ruang tamu tau,” pesan Datin Norliza sebelum beredar dari dapur.
“Siapa pula
datang meminang ni?” runsing Shasya Edrina.
“Macam mana
kalau lelaki tu nak pergunakan keluarga Ed? Macam mana kalau dia tak terima Ed?”
“Saya terima
semuanya, Ed,” tersentak Shasya Edrina apabila mendengar suara lelaki yang amat
dikenalinya.
Pandangan
dialihkan memandang wajah seseorang yang muncul di pintu dapur.
“R..Raz?”
terbeliak mata Shasya Edrina.
“Ed..bermimpi
ke?” keliru Shasya Edrina.
Geli hati
Ismail Razak melihat gadis itu. Dia mendekati gadis itu namun masih ada jarak
di antara mereka. Dia duduk berhadapan dengan gadis itu.
“Ed, saya
ikhlas menerima awak. Sudi tak awak menerima saya menjadi suami awak?” terkedu
Shasya Edrina.
Betulkah apa
yang didengarinya? Jejaka pujaannya melamar dia?
“A..awak
serius ke, Raz?”
“Saya
serius, Ed. Saya sudah jatuh hati dengan awak, Ed. Saya yakin bahawa awaklah
pemilik tulang rusuk kiri saya. Apa jawapan awak, Ed?”
Air mata
Shasya Edrina mengalir. Dengan perlahan-lahan, dia menganggukkan kepalanya.
“Alhamdulillah,”
lega Ismail razak.
“Tahniah,
abang Raz, kak ipar!” muncul Isma Rayza dan terus memeluk tubuh Shasya Edrina.
Seluruh
keluarga Ismail Razak dan Shasya Edrina muncul di muka pintu dapur sambil
tersenyum. Mereka mendengar segala-galanya.
**********
Akad nikah
yang berlangsung berjalan dengan lancar. Shasya Edrina sah menjadi isteri
kepada Ismail Razak.
“Kamu berdua
tukar baju di atas dulu. Biar kami melayan tetamu,” arah Puan Zaida, ibu mertua
Shasya Edrina.
“Betul tu.
Jangan lama-lama di atas. Tetamu ramai ni,” usik Datin Norliza.
Merah muka
pasangan pengantin baru itu. Mereka masuk ke dalam bilik Shasya Edrina yang
berada di tingkat satu.
“Terima
kasih sayang kerana menerima abang sebagai suami,” luah Ismail Razak.
“Terima
kasih juga abang kerana menerima sayang sebagai isteri,” balas Shasya Edrina.
Mereka
berpelukan sebentar.
“Mari kita
tukar baju dulu. Nanti kita ada tetamu ‘istimewa’,” kata Ismail Razak sambil
mengenyitkan matanya.
“Apa-apa
jelah, abang,” balas Shasya Edrina dengan malas.
Jika melayan
karenah suaminya, lambat pula mereka akan turun nanti.
Selepas itu,
mereka turun ke bawah menuju ke pelamin dengan memakai baju persandingan yang
berwarna biru muda. Selesai bergambar, mereka menjadi penyambut tetamu untuk
menggantikan ibu bapa mereka untuk solat Zuhur.
“Tahniah, Ed
dan Raz,” ucap pelawat yang datang.
“Terima
kasih. Maaf. Siapa ye?” keliru Shasya Edrina melihat pasangan yang berdiri di
hadapan mereka.
“Ini Syaza
dan ini suaminya, Akil. Terima kasih korang sebab datang. Maaf sebab tidak
dapat hadir ke majlis perkahwinan korang,” Ismail Razak dan Nik Akhil saling berpelukan.
“Ed, Syaza
nak peluk, boleh?” pinta Siti Syazanah.
Shasya
Edrina memandang suaminya. Melihat anggukan suaminya, dia turut menganggukkan
kepala pada Siti Syazanah.
Tersenyum Siti
Syazanah lantas memeluk tubuh gadis itu. Dia amat merindui gadis yang sentiasa
ceria itu. Air matanya mula mengalir tanpa disedari.
“Syaza
rindukan Ed sangat. Terima kasih Ed. Akhirnya, kita bertemu juga,”
Mendengar
suara sebak gadis itu, Shasya Edrina turut menangis.
“Janganlah
cakap macam tu. Kenapa cik menangis ni?” risau dia sambil mengesat air mata
gadis itu.
Tersenyum
Siti Syazanah. Pelukan dilepaskan manakala tangan mereka saling berpautan.
“Tak ada apa-apa,
Ed. Nanti kita berjumpa lagi ye,” balas Siti Syazanah.
“Baiklah.
Kami pergi dulu, Raz. Apa-apa pun, selamat pengantin baru, Raz, Ed. Oh. Ini
alamat dan kunci rumah. Kami harap dapat bertemu dengan korang semula di tempat
ni,” kata Nik Akhil sambil menghulurkan sekeping sampul surat kepada Ismail
Razak.
“InsyaAllah,
Akil. Nanti apa-apa, saya telefon Akil. Terima kasih datang ke majlis kami,
Akil, Syaza,” senyum Ismail Razak.
“Sama-sama.
Terima kasih juga kerana menjemput kami,” balas Nik Akhil.
Kemudian,
mereka mula berpisah. Nik Akhil dan Siti Syazanah berjalan meninggalkan majlis
menuju ke tempat letak kereta.
“Sabarlah,
sayang. Ed kan masih tiada ingatan pasal kita,” pujuk Nik Akhil apabila
menyedari wajah muram isterinya.
“Saya faham,
abang. Maaf sebab sayang merisaukan abang pula,” balas Siti Syazanah sambil
mengukir senyuman yang pahit.
“Syaza!”
langkah Siti Syazanah terhenti dan pantas dia menoleh ke belakang.
Namun, tiada
sesiapa di situ.
“Kenapa ni,
sayang?” risau Nik Akhil dengan kelakuan isterinya.
“Tak..tak
ada apa-apa, abang. Silap dengar kut,” balas Siti Syazanah.
Dia sambung
melangkah mendekati suaminya.
“Syaza!”
Dia kembali
memalingkan tubuhnya dan berjalan menjauhi Nik Akhil. Dia mencari arah suara
yang memanggilya. Nik Akhil terus mendekati isterinya.
“Syaza!”
kepala ditolehkan ke arah lorong kirinya. Dia ternampak seorang gadis sedang
berlari mendekatinya.
Air mata
Siti Syazanah mengalir lalu terus berlari ke arah gadis itu. Mereka saling
berpandangan sebelum berpelukan antara satu sama lain. Terbeliak mata Nik
Akhil.
“Ima
rindukan Syaza,” mengalir air mata gadis itu.
“Syaza pun
rindukan Ima juga. Tapi, macam mana…bagaimana..?” teragak-agak Siti Syazanah.
“Kami dah
ingat semuanya,” seorang jejaka mendekati mereka bertiga.
“Izan?”
serentak Siti Syazanah dan Nik Akhil melihat jejaka itu.
“Hei, Akil.
Akhirnya, kau kahwin juga dengan Syaza ye. Tak sia-sia usaha kau,” usik Tengku
Ehsan sambil menumbuk dada Nik Akhil dengan lembut.
“Jap. Macam
mana korang boleh ingat?” keliru Nik Akhil.
Nur Halimah
dan Tengku Ehsan saling berpandangan. Kemudian, mereka serentak ketawa. Pelik
Nik Akhil dan Siti Syazanah melihat mereka.
No comments:
Post a Comment