NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 5 - JATUH CINTA
Selepas
Ismail Razak selesai dirawat, Shasya Edrina duduk di atas kerusi bersebelahan
dengan katil pesakit. Dia merenung wajah jejaka itu sebelum dia tersenyum.
“Raz, terima
kasih,” tanpa disedari, dia menyebut perkataan itu.
“Assalamualaikum,”
tersentak Shasya Edrina.
Dia berdiri
dan menoleh memandang pintu masuk wad.
“Waalaikummusalam.
Siapa ye?” balas Shasya Edrina.
“Saya Ismail
Razali, abang pesakit ni,” ujar jejaka yang berlesung pipit itu.
“Dan saya
Isma Rayza, adik kepada abang Raz,” manis senyuman gadis itu.
“Oh. Saya
pula Shasya Edrina,” balas Shasya Edrina.
“Saya tahu.
Kakak Sya yang jadi model terkenal di majalah ‘Girls’ Things’ kan? Saya suka tengok kakak peragakan pakaian dan
tudung. Cantik sangat. Tak sangka saya dapat berjumpa dengan kakak Sya!” teruja
Isma Rayza sambil memeluk Shasya Edrina.
“Aiza, ‘behave yourself’!” tegas Ismail Razali.
Dia
mendekati adik lelakinya yang terbaring di atas katil.
“Boleh saya
tahu keadaan adik saya dan apa hubungan cik dengan adik saya?” serius Ismail
Razali apabila melihat tangan adik lelakinya berbalut.
“Semua salah
saya. Saya minta bantuan dia kerana saya sering menerima surat dan panggilan
yang berunsur gangguan seksual dari salah seorang peminat saya. Tanpa disangka,
rupa-rupa peminat itu mengekori saya dan melihat saya bersama-sama dengan Raz.
Jadi, selepas saya pergi, dia bertindak untuk menikam Raz. Kalau saya tidak
berjumpa dengan Raz, pasti perkara ini tidak berlaku,” teresak-esak Shasya
Edrina menangis.
Dia berasa
bersalah sangat ke atas perkara yang menimpa jejaka pujaannya. Isma Rayza
memeluk tubuh gadis itu dan memujuknya dengan lembut.
“Kak Sya
sayangkan abang Raz ke?” soal Isma Rayza dengan lembut.
“Kakak tak
pasti perasaan kakak sekarang ni. Tapi, yang pasti, kakak sangat sedih bila
melihat dia terlantar di sini,” balas Shasya Edrina.
“Kalau kakak
tengok dia senyum, kakak rasa apa?” tanya Isma Rayza lagi.
“Kakak rasa
gembira sebab dia senyum pada kakak. Kakak rasa bahagia sangat,” jawab Shasya
Edrina tanpa disedari.
Tersenyum
Isma Rayza dan Ismail Razali. Model terkenal sudah jatuh cinta pada pendakwa
raya gamaknya.
“Jangan
risau, cik. InsyaAllah Raz tidak ada apa-apa. Biar saya jaga Raz. Aiza, ajak
cik ni jalan-jalan,” arah Ismail Razali.
“Tapi,”
“Tak apa,
kak. Abang Zal nak suruh kakak tenangkan fikiran dulu. Jom kita jalan-jalan di
taman ye?” ajak Isma Rayza.
Akhirnya,
Shasya Edrina akur. Selepas hilang kelibat dua orang gadis itu, Ismail Razali
mula bersuara.
“Kau dah
boleh buka mata, Raz,”
Lalu Ismail
Razak membuka matanya. Muka dipalingkan untuk menyembunyikan mukanya yang
merah.
“Tak lama
lagi, abang Zal dapat adik ipar manakala Aiza dapat kakak ipar. Model terkenal
pula tu,” usik Ismail Razali.
“Janganlah
usik Raz, abang!” geram Ismail Razak kerana malu.
Semua
perbualan tadi, dia dapat mendengarnya dengan jelas.
“Malu pula
dia. Jangan risau, dik. Abang dah beritahu umi dan abi. Seronok mereka sebab
bakal dapat menantu,” senyum sinis Ismail Razali.
“Abang Zal!”
geram Ismail Razak kerana abangnya suka bertindak melulu.
Tidak
berbincang langsung dengan empunya badan dulu.
“Betullah
tindakan abang ni. Bukannya kau tidak suka model itu, kan?”
“Dia ada
nama, abang Zal,” tegur Ismail Razak kerana tidak menyukai dengan panggilan
yang diberikan oleh abangnya.
“Kalau abang
sebut nanti, Raz cemburu pula,” usik Ismail Razali.
Suka dia
melihat wajah adik lelakinya yang merah menahan malu.
**********
Selepas
waktu melawat tamat, Shasya Edrina pulang ke rumahnya dengan menaiki kereta
Ismail Razali.
“Terima
kasih abang Zal dan Aiza kerana menghantar saya ke rumah,” ucap Shasya Edrina.
“Sama-sama,”
serentak Ismail Razali dan Isma Ayza.
“Semoga kita
berjumpa lagi, kak,” ceria suara Isma Ayza.
“InsyaAllah,”
balas Shasya Edrina beserta senyuman di bibir.
Selepas
hilang kelibat kereta, Shasya Edrina melangkah ke pintu rumah. Dia mula berasa
debar kerana sudah lama dia tidak pulang ke situ. Dengan lafaz bismillah, dia
menekan loceng rumah. Tidak sampai 10 saat, pintu dibuka dari dalam.
“Anak mama!”
tubuh Shasya Edrina dipeluk dengan erat.
“Mama..,”
menitis air matanya.
Dia amat
merindui pelukan hangat itu.
“Maafkan Ed,
mama. Maafkan Ed,” teresak-esak Shasya Edrina.
“Kami pun
nak minta maaf juga Ed kerana enggan mendengar penjelasan Ed. Kami ingatkan Ed
menjadi model dengan mendedahkan aurat. Salah kami kerana berfikiran begitu,”
kata seorang lelaki tua yang berdiri bersebelahan dengan ibu Shasya Edrina.
“Papa!”
pelukan beralih pada ayahnya pula.
“Papa dan
mama tak salah. Lepas ni, papa dan mama tidak perlu risau lagi. Ed dah berhenti
menjadi model,” senyum Shasya Edrina walaupun air matanya masih mengalir.
“Berhenti?”
terkejut Datin Norliza.
“Kita
sambung berbual di dalam ye. Mari masuk dalam,” kata Dato’ Hamzah sambil
mengangkat bagasi milik anak gadisnya.
Selepas
menceritakan kisah hidupnya pada ibu bapanya, barulah ibu bapanya memahami
dengan tindakan anak tunggalnya.
“Hari dah
lewat ni. Ed tidur dulu ye. Esok pagi, kita sambung berbual-bual,” kata Datin
Norliza sambil mengusap lembut kepala anaknya.
“Baiklah, mama.
Ed masuk tidur dulu ye. Selamat malam, mama, papa,” ciuman diberikan pada pipi
ibu bapanya sebelum dia masuk ke dalam biliknya.
“Tak sangka
anak kita berada di dalam bahaya, abang,” sedih Datin Norliza.
“Alhamdulillah
Allah masih sayangkan anak kita. Syukur anak kita selamat, sayang,” pujuk Dato’
Hamzah.
“Esok kita
berjumpa dengan pendakwa raya tu boleh, abang?” pinta Datin Norliza.
Dia berasa
terhutang budi dengan pendakwa raya yang telah membantu anaknya memberkas
peminat yang mengganggu ketenteraman hidup anaknya.
“Baiklah,
sayang. Abang pun nak juga berjumpa dengan dia,” angguk Dato’ Hamzah.
No comments:
Post a Comment