Monday, February 4, 2019

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 12)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 12 - BERSAMA KEMBALI


Sebuah kereta Ferrari hitam tiba di sebuah rumah mewah. Terlopong mulut Fiona apabila melihat rumah yang tersergam megah di hadapannya.

“Ini rumah abang ke?” soal Fiona.

Matanya masih tidak dialihkan dari memandang rumah tersebut.

“Ini bukan rumah abang, sayang. Ini rumah kita. Dah. Jom kita masuk sekarang. Lama mereka tunggu kita dah,” senyum Ashraf sambil menghulurkan tangannya pada Fiona yang masih belum keluar dari kereta.

Fiona pun tidak sedar suaminya sudah membukakan pintu kereta untuknya. Terpegun sangat melihat rumah tersebut. Hatinya mula berdebar-debar untuk memasuki ke rumah itu. Bukan ada sesiapa pun. Hanya ibu bapa angkatnya sahaja namun hatinya masih berdegup dengan kencang.

“Assalamualaikum,” laung Ashraf apabila tiba di muka pintu.

“Waalaikummusalam. Anak mama!” tubuh Fiona terus didakap apabila melihat gadis itu.

Fiona membalas pelukan ibu angkatnya sebelum beralih memeluk Encik Haimin yang berdiri di sebelah Puan Hairunisa.

“Rindunya Fiona pada mama dan papa. Mama dan papa sihat?” lebar senyuman Fiona memandang wajah kedua orang tua itu.

“Alhamdulillah sihat. Mari masuk, sayang,” Puan Hairunisa memaut lengan Fiona.

Mereka berjalan ke sofa.

“Eh? Ada tetamu ke, mama?” soal Fiona apabila melihat dua tubuh sedang duduk di atas sofa membelakanginya.

“Emm.. mereka…,” teragak-agak Puan Hanisah.

Dua tubuh itu berdiri sebelum berpaling memandang Fiona.

‘Macam pernah nampak mereka. Tapi, di mana ye?’ fikir Fiona dalam hatinya.
Fiona melangkah mendekati sofa mengekori langkah Puan Hairunisa.

“Assalamualaikum, Fiona,” sapa Puan Izah sambil mengukir senyuman.

Langkah Fiona terhenti. Matanya mula bulat. Senyuman itu. Senyuman yang pernah dia nampak di dalam mimpinya semasa dia koma. Senyuman yang dirinduinya. Air matanya mula mengalir. Dia mula melangkah mendekati kedua orang tua itu.

Tanpa berfikir panjang, tubuh Puan Izah dan Encik Faizul dipeluk erat oleh Fiona. Terhinjut-hinjut bahu Fiona kerana menangis. Menangis kegembiraan. 

Terkejut semua dengan tindakan spontan Fiona. Adakah Fiona mengenali Puan Izah dan Encik Faizul? Fikir mereka.

“Umi! Abi! Fiona rindukan umi dan abi. Setiap hari Fiona berdoa supaya Fiona dapat berjumpa dengan umi dan abi semula. Alhamdulillah Allah memperkenankan doa Fiona,” teresak-esak Fiona.

Yang lain turut mengalirkan air matanya apabila mendengar luahan gadis malang itu.

“Maafkan kami, Fiona. Maafkan umi dan abi,” sebak Puan Izah dan Encik Faizul.

“Bukan salah umi dan abi. Fiona tak pernah salahkan umi dan abi. Fiona tahu yang umi dan abi pasti ada sebabnya. Yang penting, kita dapat bersama semula,” senyum Fiona walaupun air matanya masih mengalir.

Sebenarnya, Fiona mendengar apa yang diceritakan oleh suaminya sewaktu dia masih koma. Ashraf pernah bercerita tentang ibu bapa kandungnya. Tiada satu pun Ashraf terlepas untuk bercerita. Malah, sewaktu Puan Izah melawatnya, dia turut mendengar tangisan dan luahan isi hati Puan Izah ketika itu.

“Alhamdulillah. Fiona dapat menerima dan memaafkan mereka,” syukur Encik Haimin.

**********

Azan Subuh mula berkumandang. Fiona terjaga dari lenanya. Terasa pinggangnya berat lalu mata dikalihkan memandang empunya tangan yang memeluk erat pinggangnya. Tersenyum dia melihat suami tercinta sedang lena dibuai mimpi.

Sejak kejadian yang hampir meragut nyawanya, Ashraf nekad untuk menolak pelawaan untuk menjalani latihan praktikal di Melbourne kerana dia enggan untuk berjauhan dengan isterinya. Fiona yang hanya tinggal seminggu untuk menamatkan latihan praktikalnya ditangguhkan sementara untuk memberi ruang supaya Fiona sembuh sepenuhnya.

Kucupan dilabuhkan pada bibir suaminya. Mata Ashraf mula terbuka apabila terasa hangat pada bibirnya.

“Selamat pagi, abang,” sapa Fiona lembut.

“Pagi, sayang,” senyum Ashraf.

“Subuh dah masuk. Jom kita solat sama-sama?” ajak Fiona.

“Ok, sayang. Jom kita mandi sama-sama, nak?” usik Ashraf sambil merangkul pinggang isterinya.

Berona merah muka Fiona. Pantas dia meleraikan pelukan sebelum masuk ke dalam bilik mandi. Ketawa Ashraf melihat gelagat isterinya.
Fiona bersandar pada pintu bilik mandinya. Semakin hari, semakin malu dia dengan sikap Ashraf. Ashraf kini mula berubah daripada ‘lembut’ menjadi lelaki sejati. Jejaka itu juga sering mengusiknya sejak dia keluar daripada hospital.

Seusai solat Subuh, Fiona mencium tangan Ashraf dan Ashraf membalas dengan mengucup dahi Fiona.

“Kenapa abang renung sayang macam tu?” tegur Fiona apabila suaminya ralit memandangnya ketika dia sedang mengemas tempat tidur.

Ketika itu, Ashraf sedang bersandar pada almari sambil merenung perbuatan isterinya.

“Abang? Abang!” Fiona menguatkan suaranya apabila Ashraf tidak membalas pertanyaannya.

“Ha? Kenapa, sayang?” tersentak Ashraf mendengar suara isterinya.

Dia tidak sedar yang isterinya sudah berdiri di hadapannya sambil bercekak pinggang.

“Abang ok tak ni? Puas sayang panggil tapi abang tak layan sayang pun,” monyok muka Fiona.

Tergelak kecil Ashraf memandang reaksi isterinya. Dia terus memeluk tubuh isterinya.

“Maaf, sayang. Abang gembira sangat sebab dapat melihat sayang setiap hari. Dapat berbual-bual dengan sayang. Abang rasa bahagia sangat,” luah Ashraf.

“Maaf, abang kerana abang terpaksa tunggu lama. Sayang pun gembira sebab dapat bersama-sama dengan abang semula,” senyum Fiona memandang wajah suaminya.

Lama mereka berpelukan sebelum Fiona bersuara.

“Abang, sayang nak turun ke bawah jap. Sayang nak tolong mama dan umi masakkan sarapan ye?” pinta Fiona.

Ciuman dilabuhkan pada dahi Fiona. Dia bertatapan mata dengan Fiona sebelum pelukan dilepaskan. Kemudian, Fiona keluar dari biliknya menuju ke dapur. Dia memandang dua susuk badan yang sedang menyediakan sarapan di dapur. Senyuman lebar terukir pada wajahnya.

Sejak dari kejadian itu, ibu bapa kandungnya serta ibu bapa angkatnya tinggal serumah dengannya sehingga Fiona sembuh sepenuhnya. Fiona sangat gembira kerana berpeluang untuk bermanja dengan mereka. Secara perlahan-lahan, Fiona mendekati Puan Hairunisa dan Puan Izah.

“Assalamualaikum, mama, umi,” sapa Fiona sambil memeluk pinggang kedua-dua perempuan tua itu.

“Fiona!” serentak mereka memarahi Fiona kerana mengejutkan mereka.

“Nasib baik senduk ni tak lekat pada kepala tu. Suka sangat nak sakat kami ye,” geram Puan Hairunisa.

“Ada-ada saja Fiona nak usik kami ye,” kata Puan Izah sambil mencubit pipi Fiona dengan lembut.

“Hehe,” tersengih Fiona.

Selepas menyiapkan sarapan, Fiona mendekati dua lelaki tua yang sedang berbual-bual di ruang tamu. Fiona terfikir sesuatu untuk mengusik mereka. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke sofa yang diduduki oleh dua lelaki tua itu.

“Sayang buat apa tu?”

“Oh mak kau!” melatah Fiona apabila terdengar suara dari belakangnya.

Serentak Encik Haimin dan Encik Faizul menoleh memandang Fiona yang sedang terduduk sambil memegang dadanya. Manakala menantu lelaki mereka pula sedang ketawa.

“Kenapa ni, Fiona, Ashraf?” soal Encik Haimin pelik.

“Fiona ni, papa, abi. Dia nak kejutkan papa dengan abi tadi. Sekali, dia yang terkejut. Itu yang sampai melatah,” gelak Ashraf sebelum mendekati isterinya.

“Itulah. Suka sangat nak usik kami. Kan dah terima balasannya,” kata Encik Faizul sambil kepalanya digelengkan.

Encik Faizul kini sudah semakin sihat selepas menerima rawatan yang dibiayai oleh keluarga Ashraf. Ashraf menghulurkan tangannya pada isterinya namun Fiona terus bangun tanpa menghiraukan suaminya. Pantas dia berjalan ke luar beranda.

“Merajuklah tu. Baik kamu pujuk dia sekarang, Ashraf. Nanti melarat, susah pula,” arah Encik Haimin.

“Baiklah, papa,” akur Ashraf sebelum beredar dari situ.


Tersenyum Encik Haimin dan Encik Faizul melihatnya. Mereka bersyukur kerana anak gadis mereka dikurniakan suami yang prihatin dan penyayang seperti Ashraf.






<BAB 11          BAB 13>

No comments:

Post a Comment