Monday, February 4, 2019

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 11)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 11 - KEJUTAN




“Assalamualaikum,” pintu wad terbuka dari luar.

“Waalaikummusalam,”

Serentak Fiona dan Ashraf memandang pelawat yang masuk ke dalam wad itu.

“Ibu! Ayah!” ceria muka Fiona apabila ternampak Puan Hanisah dan Encik Hairol.

“Menantu ibu,” pantas tubuh Fiona dipeluk erat.

Ashraf yang ketika itu duduk di belakang Fiona di atas katil untuk mengurut bahu isterinya turun dari katil memberi ruang untuk para pelawat.

“Rindunya kami pada Fiona. Fiona ok ke? Ada rasa pening-pening ke?” soal Encik Hairol ketika Fiona mencium tangan yang disuakan.

“Alhamdulillah Fiona makin sihat, ayah. Cuma, rasa lenguh-lenguh badan je sebab lama tak digunakan. Hehe,” sengih Fiona.

Matanya mula teralih memandang tiga gadis dan tiga jejaka yang mendekatinya.

“Oh? Kak long, kak ngah dan kak chik, kan?” lebar senyuman Fiona.

“Fiona!” mereka turut tersenyum sebelum memeluk tubuh adik ipar mereka.

“Akhirnya kita bertemu juga. Gembiranya,” ceria suara Ayuni.

“Hehe. Maafkan Fiona sebab banyak menyusahkan semua,” kesal Fiona sambil menundukkan kepalanya sedikit selepas pelukan dilepaskan.

“Apa pula menyusahkan, Fiona. Kami tak pernah terfikir ianya menyusahkan,” tegur Ainuri.

“Betul tu, Fiona. Bila Fiona susah, kami bantu. Mungkin esok lusa pula Fiona yang bantu kami. Kita tak tahu percaturan hidup kita, kan?” kata Asmina.

“Hehe. Maaf,” sesal Fiona.

“Oh ya. Fiona mesti tidak kenal jejaka-jejaka ni. Abang, sini,” panggil Ayuni sambil memanggil suaminya.

Zul Hanif, Naim dan Ikram mendekati katil Fiona manakala Encik Hairol, Puan Hanisah dan Ashraf memberi ruang untuk mereka.

“Fiona mesti dah kenal saya. Saya suami Ayuni merangkap bos Fiona,” terlopong mulut Fiona ketika Zul Hanif memperkenalkan dirinya.

“Saya pula, Naim. Suami kepada Ainuri,” kata Naim sambil memegang tangan Ainuri yang berada di sebelahnya.

“Oh? Bukan ke awak yang selalu ekori saya semasa saya sambung belajar dulu?” soal Fiona apabila mengenali jejaka itu.

“Haha. Kantoi,” geli hati yang lain apabila Fiona mengenalinya.

“Ha’ah, Fiona. Kak long yang suruh abang Naim menjadi pengawal Fiona untuk menjaga keselamatan Fiona. Maafkan kak long sebab buat semua ni tanpa pengetahuan Fiona,” ujar Ainuri.

“Eh? Tak apalah, kak long. Fiona Cuma terkejut je,” balas Fiona dengan lembut.

“Saya pula, Ikram, suami kepada Asmina,” celah Ikram yang sedang memeluk bahu Asmina.

“Hah? Bukan ke awak yang kendalikan kes saya semasa rumah sewa saya diceroboh masuk?” terkejut semua apabila mendengar kata-kata Fiona.

Pantas Ashraf mendekati isterinya.

“Rumah sewa sayang dimasuki orang?!” soal Ashraf untuk kepastian.

Fiona yang menyedari dirinya terlepas cakap terus menutup mulutnya. Rahsia yang dia sembunyikan selama ini akhirnya terbongkar juga disebabkan dirinya sendiri.

“Jangan risau, Ashraf. Tiada apa-apa yang berlaku. Kejadian tu berlaku semasa Fiona dan kawan serumahnya tiada di rumah untuk menghadiri kelas. Jadi, selepas kejadian itu, Fiona tinggal bersama-sama dengan ibu bapa angkatnya,” cerita Ikram.

“Kenapa sayang tak beritahu abang?” risau Ashraf.

“Sayang tak nak abang risau nanti. Maaf, abang,” kesal Fiona lalu mencium tangan suaminya memohon kemaafan.

“Tak apalah, Ashraf. Perkara dah berlaku. Ada juga hikmahnya di sebalik kejadian tu berlaku. Keselamatan Fiona lebih terjamin bila dia tinggal dengan ibu bapanya,” celah Encik Hairol.

“Yelah. Abang maafkan sayang,” bisik Ashraf pada telinga Fiona.

Muka Fiona kembali ceria.

“Baiklah. Mesti Fiona dah lapar. Kami ada bawa makanan untuk Fiona dan Ashraf. Mari makan dulu,” ajak Puan Hanisah.

Dua bekas beg kertas diletakkan di atas meja beroda. Kemudian, beberapa bekas makanan dikeluarkan daripada beg tersebut. Tidak berkelip mata Fiona memandang makanan-makanan tersebut.

“Terima kasih semua,” ceria suara Fiona.

“Sama-sama. Jadi, Fiona kena cepat sihat ye,” kata Ainuri.

“Baik, kak long,” balas Fiona beserta anggukan.

Ketika Fiona dan Ashraf sedang makan di atas katil, kelihatan Ainuri sedang berbisik-bisik dengan suaminya yang sedang duduk di atas sofa tidak jauh dari katil.

“Apa yang dibisik-bisikan itu, kak long, abang Naim?” tegur Asmina apabila pelik melihat perlakuan itu.

Ainuri dan Naim menoleh ke arah Asmina. Tersenyum mereka apabila mereka berdua menjadi tatapan untuk semua penghuni di dalam wad itu.

“Err…sebenarnya, abang Naim ada kejutan untuk semua,” kata Ainuri sambil memandang suaminya.

“Abang pula yang kena beritahu ke, sayang?” berkerut dahi Naim apabila mendengar bicara isterinya.

“Abanglah yang beritahu. Sayang seganlah semua tengok,” bisik Ainuri pada telinga suaminya.

“Apanya, kak long, Naim? Macam serius je. Beritahulah kami. InsyaAllah ada apa-apa, kami akan bantu,” bersuara Encik Hairol sambil memandang Naim dan Ainuri bersilih ganti.

“Tak ada apa-apa yang serius, ayah. Cuma…sebenarnya…kami nak beritahu yang Ainuri…,” mata Naim memandang isterinya.

“Sebenarnya…kak long mengandung,” sambung Ainuri.

“Mengandung?!” terkejut yang lain.

“Alhamdulillah. Tahniah kak long dan Naim,” gembira Encik Hairol.

“Tahniah, kak long dan abang Naim,” ceria suara Asmina dan Ayuni.

“Kenapa tak beritahu awal-awal, kak long?” soal Puan Hanisah selepas berpelukan dengan Ainuri.

“Kami nak merahsiakan dulu perkara ni. Jadi, tadi kami fikir mungkin ini masanya untuk kami beritahu berita ni kat semua,” sengih Ainuri.

“Dah berapa minggu, kak long?” bersuara Fiona.

“Nak masuk 7 minggu,” balas Ainuri.

“Tahniah, kak long, abang Naim,” serentak Fiona dan Ashraf.

“Tahniah, Naim,” serentak Ikram dan Zul Hanif sambil melagakan penumbuk pada penumbuk Naim.

“Terima kasih, semua,” balas Naim dan Ainuri serentak.

**********

Dua hari telah berlalu selepas Fiona sedar dari koma dan dia dibenarkan untuk pulang ke rumah. Gembira mereka apabila mendengar berita tersebut. Ketika Fiona menjalani pemeriksaan terakhir, Ashraf mendekati kakak-kakak serta abang-abang iparnya yang berada di kafe hospital.

“Macam mana, adik? Dah selesai semuanya ke?” soal Asmina apabila ternampak adik lelakinya.

“Fiona sedang diperiksa doktor jap. Err..Adik nak cakap sesuatu ni,” teragak-agak Ashraf.

Belakang lehernya diusap dengan perlahan. Pelik mereka dengan kelakuan Ashraf.

“Adik nak cakap apa?” lembut suara Ainuri sambil memegang lengan Ashraf.

“Emm.. Adik nak minta maaf dekat kak long, kak ngah, kak chik, abang Naim, abang Ikram dan abang Zul sebab hari tu marah-marah korang. Maafkan adik sebab melepaskan geram pada semua malah mengugut pula,” kesal Ashraf.

Kepalanya ditundukkan pada mereka berenam. Tersenyum mereka apabila melihat Ashraf yang kelihatan sangat kesal dengan perbuatannya sebelum ini.

“Tak apalah, adik. Dah lama kami maafkan adik,” pujuk Ainuri.

Ainuri mendekati Ashraf sambil memegang erat tangan adiknya. Bergenang air mata Ashraf ketika bertatapan mata dengan kakak sulungnya.

“Lagipun, kami faham kenapa Ashraf jadi begitu. Sesiapa pun pasti akan berubah apabila orang tersayang cedera,” ujar Asmina yang mendekati tubuh adik lelakinya.

“Jadi, adik tak perlu berasa bersalah lagi. Kami harap adik takkan jadi macam tu lagi yer?” Ayuni turut mendekati Ashraf.


Terharu Ashraf. Tubuh kakak-kakaknya dipeluk dengan erat. Air matanya sudah mengalir. Tersenyum Naim, Ikram dan Zul Hanif melihat adegan itu.





<BAB 10          BAB 12>

No comments:

Post a Comment