NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 1 - DOKTOR DAN PESAKIT
Suasana
hiruk-pikuk di bahagian kecemasan di sebuah hospital terkemuka. Kawasan
pembinaan yang sedang dijalankan secara tiba-tiba runtuh. Ramai pekerja yang
cedera dibawa ke bahagian itu. Seorang doktor yang dibuai mimpi tersedar
apabila pager (alat komunikasi –
radio panggil) miliknya berbunyi menandakan khidmatnya diperlukan dengan
segera.
Pantas dia
membetulkan tudungnya yang sudah tersarung pada kepalanya serta mengemaskan kot
putihnya sebelum keluar ke jabatan kecemasan. Terkejut dia apabila melihat
suasana yang riuh-rendah itu.
“Doktor
Syaza, masuk ke bilik pembedahan 3 sekarang!” kedengaran suara Doktor Hidayah
dari jauh apabila dia menjejakkan kakinya di situ.
“Baik!” laju
langkah Siti Syazanah menuju ke bilik pembedahan 3.
Selesai
membuat persiapan, dia masuk ke dalam bilik pembedahan 3.
“Situasi
pesakit?” soal Siti Syazanah sambil melihat keadaan pesakit yang terbaring di
atas katil tidak sedarkan diri.
“Pesakit
disyaki mengalami kecedaraan pada kepala dan bahunya apabila runtuhan yang
berlaku mengenai di kawasan tersebut. Memandangkan pesakit masih tidak sedarkan
diri, kami jangkakan terdapat darah beku pada kepalanya,” kata salah seorang jururawat
di situ.
Selepas
mengenalpasti kecederaan pesakit, Siti Syazanah memulakan tugasannya. Hampir 3
jam dia berada di dalam bilik pembedahan 3 sehingga dia tidak menyedari
matahari sudah terbit.
“Alhamdulillah,
selesai juga,” lega Siti Syazanah sambil duduk bersandar pada sofa pejabatnya.
“Nah, air,”
hulur rakan sekerjanya sekotak air.
“Terima
kasih, Dayah,” huluran disambut beserta senyuman.
Doktor
Hidayah duduk berhadapan dengan Siti Syazanah.
“Macam mana
keadaan pesakit yang berada di bilik bedah 3 tadi, Syaza?” soal Hidayah sambil
menyedut air menggunakan straw minuman.
“Dia hampir
‘pergi’ tadi. Tiba-tiba je jantungnya berhenti. Terkejut Syaza. Tapi,
alhamdulillah hayatnya masih panjang dan jantung dia kembali berdegup. Sekarang
dia dimasukkan ke wad VIP memandangkan dia orang penting katanya,” panjang
cerita Siti Syazanah.
“Ooo..jadi,
dia di bawah jagaan Syaza ke?” tanya Hidayah.
“Ha’ah.
Lepas sarapan nanti Syaza kena periksa dia dan berjumpa dengan ahli keluarganya
untuk menerangkan keadaan pesakit. Penatnya. Dahlah malam tadi tidur 2 jam je,”
mengeluh Siti Syazanah namun dia sedar bahawa khidmatnya amat diperlukan.
“Itulah
dinamakan kehidupan, Syaza. Wei Syaza. Bila kau nak kahwin ni? Umur dah 24
kan?” usik Hidayah.
“Kahwin?
Entahlah, Dayah. Jodoh belum sampai lagi kut. Lainlah dengan kau. Dah jadi tunang
orang. Cemburunya,” luah Siti Syazanah.
“InsyaAllah
jodoh kau nanti sampailah. Doa yang baik-baik Syaza,” pujuk Hidayah.
“Terima
kasih, Dayah. Jomlah kita sarapan di kantin. Nanti lewat pula nak periksa
pesakit,” ajak Siti Syazanah.
**********
Bilik VIP
bernombor 27 diketuk dengan lembut. Pintu dibuka dari dalam. Seorang lelaki
yang agak berusia namun pemakaiannya amat kemas muncul di muka pintu.
“Doktor ke
yang merawat anak saya?” bersuara lelaki itu.
“Ye saya.
Mari kita berbincang di dalam sementara saya memeriksa anak tuan,” sopan Siti
Syazanah.
Lelaki itu
mempelawanya masuk. Kelihatan seorang wanita yang agak berusia serta seorang
gadis sedang menangis berdekatan dengan pesakit. Mereka menoleh memandangnya
apabila ayah pesakit bersuara.
“Sayang, Ila,
bagi doktor periksa abang jap,”
Mereka akur
dengan lelaki itu. Selepas memeriksa keadaan pesakit, Siti Syazanah menulis
sesuatu pada dokumennya.
“Bagaimana
keadaan anak saya, doktor?” sebak suara wanita itu.
“Alhamdulillah
keadaan pesakit semakin baik. Kami berjaya membuang darah beku pada kepala
pesakit. InsyaAllah, tidak lama lagi pesakit akan sedar. Sebelum tu, nama saya
Doktor Syaza yang akan memantau perkembangan pesakit,” manis senyuman Siti
Syazanah.
“Alhamdulillah,”
lega mereka.
“Terima
kasih, doktor,” ucap mereka.
“Sama-sama.
Boleh saya dapatkan maklumat tuan supaya senang untuk saya hubungi jika sesuatu
berlaku pada pesakit?” tanya Siti Syazanah.
“Boleh,
doktor. Ini kad saya,” kad yang dihulurkan disambut lembut oleh Siti Syazanah.
“Dato’ Nik
Muhammad Hassan?! Maafkan saya Dato’ sebab menggelar diri Dato’ sebagai tuan
tadi,” sesal Siti Syazanah.
Dia berasa
bersalah kerana sebelum ini dia pernah dimarahi oleh pelawat pesakit kerana menggelarnya
sebagai tuan dan bukannya Dato’.
“Panggil
saya encik pun tak apa, Doktor. Lagipun, itu hanyalah pangkat sahaja. Bukan
boleh dibawa ke kubur pun nanti,” balas lelaki itu.
“Bagusnya
kalau semua orang berfikir macam Dato’,” terlepas kata-kata Siti Syazanah.
“Sesuatu
berlaku pada doktor ke sebelum ini?” soal wanita itu sambil mendekati Siti
Syazanah.
“Hah?
Tak..tak ada apa-apalah, Datin. Saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum,”
pinta Siti Syazanah.
Selepas
bersalaman dengan dengan wanita itu serta gadis ayu itu, Siti Syazanah keluar
dari bilik tersebut.
“Abang, saya
berkenanlah dengan doktor tu,” bersuara wanita tua itu.
“Betul tu,
papa. Adik pun suka dengan dia. Cantik dan lembut orangnya,” sokong gadis ayu
itu.
“Tahulah
nanti papa buat apa,” senyum lelaki tua itu.
Dia turut
menyenangi dengan sikap doktor itu.
**********
Jam
menunjukkan pukul 2 pagi. Dia tergerak hati untuk menjenguk pesakitnya yang
berada di bilik VIP bernombor 27. Selesai memeriksa pesakit, dia merenung lama
wajah pesakit itu. Walaupun berbalut, tetapi masih terserlah kekacakan pada
wajah pesakit itu. Secara tiba-tiba, jantungnya berdegup dengan kencang.
‘Kenapa dengan jantung pula ni?’ resah Siti
Syazanah.
“Emm?”
tersentak Siti Syazanah apabila mendengar bunyi tersebut.
Pantas
matanya memandang wajah pesakit itu kembali. Malah, tangan pesakit itu mula
memberi reaksi.
“Encik Nik
Akhil Mokhtar, jika encik boleh mendengar suara saya, sila naikkan jari
telunjuk encik,”
Pesakit itu
menaikkan jari telunjuk kirinya.
“Alhamdulillah
encik sudah sedar. Saya Doktor Syaza yang merawat encik. Sekarang encik berada
di hospital,” terang Siti Syazanah.
Nik Akhil
berasa tenang mendengar suara doktor itu. Malah, hatinya berbunga-bunga untuk
melihat gadis lembut itu namun matanya masih berat untuk dibuka.
No comments:
Post a Comment