NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 3 - PERTOLONGAN
“Syaza,
tolong bantu kami. Kami memerlukan pertolongan kalian di sini. Alam ini semakin
musnah, Syaza. Kami tak mampu untuk membantu alam ini. Tolong kumpulkan yang
lain Syaza. Alam ini memerlukan bantuan kalian berenam,”
“Nanti!”
terjaga Nik Akhil apabila mendengar jeritan isterinya.
Tubuh Siti
Syazanah yang sedang duduk dengan nafasnya yang tercunggap-cunggap didakap erat
oleh Nik Akhil.
“Sayang
mimpi buruk lagi ke?” risau Nik Akhil.
“Abang,
sayang rasa mimpi itu benar, abang. Mereka memerlukan orang untuk menyelamatkan
mereka,” teresak-esak Siti Syazanah di dalam dakapan suaminya.
“Shuu..bawa
bertenang, sayang. Ianya hanya mainan tidur,” pujuk Nik Akhil.
Nik Akhil
membelai isterinya sehingga isterinya kembali terlena. Selepas membaringkan
isterinya semula, Nik Akhil mula berfikir. Hampir seminggu isterinya bermimpi
ngeri dan meracau secara tiba-tiba. Dia bimbang jika mimpi itu memudaratkan
kesihatan isterinya.
Pada pagi
itu, Nik Akhil enggan berjauhan dengan isterinya kerana risau akan kesihatan
isterinya namun isterinya membantah. Lagipun, Nik Akhil kerap mengambil cuti
semata-mata untuk menjaga Siti Syazanah.
“Abang
jangan risaukan sayang. Sayang baik-baik je. Baik abang pergi kerja sekarang.
Nah, ini beg abang,”
Siti
Syazanah menghulurkan beg kepada suaminya. Dengan lemah, beg tersebut disambut.
Kucupan dilabuhkan pada dahi isterinya selepas Siti Syazanah mencium tangannya.
Selepas
hilang kelibat suaminya, Siti Syazanah masuk ke dalam bilik stor. Dia mencari
sesuatu di setiap sudut bilik tersebut.
“Dah jumpa!”
lebar senyumannya apabila menjumpai sekotak besi bersaiz buku tulis sekolah
yang berkunci.
Dia mengemas
bilik yang bersepah disebabkan oleh perlakuannya sebelum masuk ke dalam bilik
tidurnya. Kotak itu digilapnya dengan bersih. Dengan menggunakan kunci yang
tergantung pada rantai lehernya, kotak tersebut berjaya dibuka.
Terdapat
sebuah buku di dalam kotak tersebut. Dia mengeluarkan buku tersebut dan
meletakkan kotak di atas meja bersebelahan dengan katil.
Badan
disandarkan pada kepala katil sebelum dia memulakan pembacaannya. Buku tersebut
merupakan buku nota yang digunakannya pada 5 tahun yang lepas. Disebabkan dia
kurang pasti dengan isi kandungan pada buku nota itu walaupun ianya ditulis
menggunakan tulisan tangannya sendiri, dia akhirnya menyimpan buku tersebut.
Sehelai demi
sehelai helaian buku itu diselaknya. Pelbagai reaksi yang dipamerkan pada wajahnya
apabila membaca nota tersebut.
Tepat pukul
6 petang, Nik Akhil pulang ke rumahnya.
“Sayang?”
panggil Nik Akhil namun tiada sahutan.
“Sayang?!”
cemasnya lalu mencari isterinya bermula dari dapur, tandas sehinggalah ke dalam
bilik tidurnya.
“Sayang?! Alhamdulillah
sayang tiada apa-apa,” tubuh isterinya yang sedang berdiri termenung di balkoni
bilik tidurnya dipeluk dari belakang.
“Eh? Abang
dah balik? Maafkan sayang sebab tak sedar,” terkejut Siti Syazanah apabila
suaminya sudah pulang.
“Tak apa.
Abang maafkan. Sayang, kenapa ni? Macam ada masalah je?” pelik Nik Akhil
apabila isterinya ralit merenung matanya.
“Abang,
abang pernah rasa apa-apa tak pada 5 tahun lepas?” soal Siti Syazanah.
“Emm…abang
pun tak pastilah, sayang. Tetapi, abang mula berubah selepas terjaga dari tidur
pada 5 tahun yang lepas. Kenapa sayang tanya ni?” ragu Nik Akhil.
“Kalau
sayang cakap, abang akan percayakan sayang tak?” berhati-hati Siti Syazanah
bertutur kata.
“Sayang nak
kata apa?”
Soal Nik
Akhil kembali selepas membawa isterinya duduk di atas katil. Pintu balkoni
ditutup manakala lampu bilik tidur dibuka.
“Sebenarnya,
kita pernah bertemu pada 5 tahun yang lepas, abang,”
Terkejut Nik
Akhil.
“Saya tahu
mesti abang terkejut. Sayang pun terkejut juga selepas membaca diari tadi,” sambung
Siti Syazanah.
“Diari apa,
sayang?” matanya teralih melihat buku yang berada di atas katil.
Mungkin itu
diari yang dimaksudkan oleh isterinya.
“Saya nak
abang baca diari ni. Lepas tu, sayang akan terangkan semuanya pada abang,” serius
Siti Syazanah.
Melihat
kesungguhan isterinya, Nik Akhil menganggukkan kepalanya. Dia juga ingin tahu
dengan pertemuan pertama mereka.
Selesai
membersihkan diri, makan malam dan solat berjemaah, mereka berdua masuk ke
dalam kamar tidur semula. Siti Syazanah di dalam posisi baring manakala Nik
Akhil bersandar pada kepala katil. Diari isterinya yang berusia 5 tahun itu
dibaca dengan tekun.
Dia agak
terkejut apabila namanya turut berada di dalam diari tersebut. Selesai membaca,
dia menutup lampu tidur apabila menyedari isterinya sudah terlena di
sampingnya. Dia memeluk isterinya sambil mencium ubun-ubun isterinya.
‘Alhamdulillah. Akhirnya, Syaza menjadi isteri abang juga,’ desis
hati Nik Akhil.
Selepas
membaca diari itu, ingatannya beransur-ansur kembali. Kebanyakan memori bersama
Siti Syazanah ketika di alam aneh mula bermain-main di dalam ingatannya. Malah,
isi hatinya kuat mengatakan bahawa dia menyukai gadis itu pada 5 tahun yang
lalu. Kini, dia akhirnya berjaya memiliki gadis yang telah mencuri hatinya.
**********
“Tolong
kami, Syaza,” gadis bersuara lembut muncul kembali.
“Jangan
risau, kak Mila. Kami pasti akan menyelamatkan alam aneh,” nekad Siti Syazanah.
***********
Terkejut
Siti Syazanah apabila suaminya turut mengingati kenangan di alam aneh itu.
Selepas itu, Siti Syazanah menceritakan mimpi yang mengganggu lenanya baru-baru
ini.
“Jadi,
sayang kata yang alam aneh tu dalam bahaya?” soal Nik Akhil untuk kepastian.
Siti Syanah
membalas dengan anggukan kepala.
“Ye, abang.
Kak Mila dan abang Shahril berada di sana sekarang. Mereka berdua tak mampu
untuk membantu makhluk di sana. Jadi, mereka panggil kita untuk dapatkan
bantuan kita,” ujar Siti Syazanah.
Nik Akhil
berfikir sejenak.
“Mungkin
sebab itu kita dapat kembali ingatan kita. Baiklah. Mari kita cari yang lain,”
kata Nik Akhil.
“Terima
kasih, abang,” ceria muka Siti Syazanah lantas memeluk tubuh suaminya dengan
erat.
Maka, Siti
Syazanah memulakan pencarian dalam menjejaki empat ahli lain yang pernah
membantu alam aneh pada 5 tahun yang lalu bersama-sama dengan suaminya, Nik
Akhil.
Pada masa
yang sama, posmen datang ke rumah mereka untuk memberi sepucuk surat. Nama
mereka tertulis di atas surat tersebut.
No comments:
Post a Comment