NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 2 - DOKTOR PERIBADI
Hari demi
hari mula berlalu. Akhirnya, Nik Akhil sudah sedar sepenuhnya dan bakal keluar
dari hospital. Siti Syazanah masuk ke dalam bilik VIP itu selepas mengetuk
pintu bilik. Terkejutnya apabila dia diberi perhatian oleh tiga jejaka yang
kacak.
“Jadi,
kaulah doktor tu?” sinis suara pelawat Nik Akhil.
“Bolehlah
tahan,” celah pelawat yang kedua.
Berkerut
dahi Siti Syazanah untuk memahami percakapan mereka.
“Khairi!
Khalish! Jangan kacau dia!” tegas suara Nik Akhil yang sedang bersandar pada
kepala katil.
“Jangan
layan mereka, doktor,” sambung Nik Akhil.
Matanya
bertembung dengan mata doktor itu.
“Hehe. Saja
je nak usik dia. Maafkan kami, doktor,” sengih Khairi lalu memberi laluan
kepada Siti Syazanah.
“Tak apa.
Saya sudah biasa,” balas Siti Syazanah sebelum mendekati pesakitnya.
“Macam mana
keadaan encik hari ni?” soal Siti Syazanah.
“Alhamdulillah
makin baik,” jawab Nik Akhil.
Khairi dan
Khalish tersengih panjang melihat adegan di mana senyuman Nik Akhil sangat
manis membalas senyuman doktor itu.
‘Kawan kita
sudah jatuh cinta’. Geli hati mereka.
Selesai memeriksa semua pesakitnya, Siti Syazanah
berjalan ke kantin. Dia terserempak dengan ibu Nik Akhil.
“Doktor
Syaza, boleh saya nak cakap sesuatu dengan doktor?” ragu Siti Syazanah dengan
permintaan itu namun dia hanya akur.
Mereka
berjalan ke kolam yang berada di hospital itu. Mereka duduk sebelah-menyebelah
di atas kerusi yang tersedia.
“Datin nak
cakap apa dengan saya? Pasal anak datin ke?” sopan Siti Syazanah bersuara.
“Ha’ah. Saya
nak berbincang sesuatu dengan doktor pasal anak saya. Saya harap doktor dapat
tunaikan permintaan saya,”
Pelik Siti
Syazanah namun dia hanya mendengar butir bicara wanita itu.
“Saya harap
doktor dapat menjadi doktor peribadi anak saya,” luah Datin Rasidah.
“Doktor
peribadi? Maksudnya?” keliru Siti Syazanah.
“Saya harap
doktor akan sentiasa berada di sisi Akil. Sejak akhir-akhir ni, dia asyik
bekerja saja sehingga terlepas waktu makan dan waktu untuk berehat. Saya harap
doktor dapat berada di sampingnya untuk melakukan semua itu,” kata Datin
Rasidah.
“Kenapa
bunyinya macam tugasan seorang isteri?” pelik Siti Syazanah sambil tergelak
kecil.
“Memang itu
niat saya. Saya ingin doktor menjadi menantu saya,” bulat mata Siti Syazanah.
Dia terdiam
sebentar. Mata Datin Rasidah dipandang. Tiada tanda gurauan dari wanita itu.
Maksudnya, dia serius untuk bermenantukannya?
“Saya sudah
berbincang dengan anak saya dan dia bersetuju jika doktor menerima dia,”
terlopong mulut Siti Syazanah.
“Bagi saya
masa, datin,” lembut Siti Syazanah.
Datin
Rasidah yang masih erat memegang tangan gadis itu mengangguk dengan lembut.
“Kami sudah
menghantar rombongan meminang beberapa hari yang lepas. Kami semua bersetuju
untuk memberi doktor ruang untuk berfikir dulu. Kami akan menerima segala
keputusan doktor,”
Siti
Syazanah mengeluh lemah. Patutlah ibu dan ayahnya menyuruhnya untuk pulang ke
rumah. Rupa-rupanya ada rombongan meminang datang. Dia mula runsing. Patutkah
dia menerimanya? Dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya? Namun, setiap
kali berjumpa, pasti jantungnya berdegup dengan kencang. Adakah ini satu
petanda?
Ya Allah,
berikanlah petunjuk pada hambamu ini. Berdoa Siti Syazanah di dalam hatinya.
**********
Sebulan
telah berlalu. Akhirnya, Nik Akhil Moktar selamat menjadi suami yang sah kepada
Siti Syazanah. Kini, Siti Syazanah sudah berhenti menjadi doktor di hospital
kerana dia ingin menjadi isteri sepenuh masa. Pada malam itu, mereka baring di
atas katil sambil berpandangan.
“Terima
kasih sayang kerana sudi menjadi isteri abang,” pipi isterinya dielus dengan
lembut.
“Terima
kasih juga pada abang kerana menerima sayang sebagai isteri abang,” manis
senyuman Siti Syazanah.
“Geramnya
abang tengok,” pantas tubuh isterinya ditarik ke dalam dakapannya.
Ubun-ubun isterinya
dikucup lama. Rambut Siti Syazanah dibelai dengan lembut.
“Abang janji
yang abang akan jaga isteri abang seperti nyawa abang sendiri,” nekad Nik
Akhil.
“Tak baik
cakap macam tu abang. Kita tak boleh main-main dengan nyawa ni. Kerana Allah
kita di sini, kerana Allah jua kita kembali, kan?” ujar Siti Syazanah.
“Yelah,
sayang. Tapi, abang tetap nak jaga dan lindungi sayang,” degil Nik Akhil.
Suasana
menjadi sunyi. Mereka merasai kehangatan tubuh pasangan masing-masing.
“Sayang, dah
tidur ke?” bersuara Nik Akhil.
“Belum lagi.
Kenapa, abang?” pelik Siti Syazanah.
“Abang nak
cakap sesuatu. Bila abang di hospital dulu, setiap kali berjumpa dengan sayang,
hati abang rasa tenang je. Malah, bila sayang sebut ‘Nik Akhil’, abang seperti
terasa sesuatu. Seperti, sayang amat penting dan berharga untuk abang.
Hari-hari abang menantikan sayang muncul tau,” tersenyum Siti Syazanah
mendengar cerita suaminya.
“Sebenarnya,
sayang pun rasa macam tu juga, abang. Sampai sayang termimpi sebab rindukan
abang. Tak sangka jodoh kita kuat dan akhirnya kita sah diijabkabulkan,” kata
Siti Syazanah.
“Ye ke
sayang sukakan abang juga? Maksudnya, abang tak bertepuk sebelah tanganlah ni?”
Melihat
anggukan isterinya, dia kembali memeluk tubuh itu dengan erat. Dia bersyukur
kerana menemui cinta sejati. Dulu, dia sangat nakal dan suka bergaduh. Namun,
sejak peristiwa 5 tahun berlalu, dia mula berubah dan fokus dalam pengajiannya.
Kemudian, dia mengambil alih jawatan ayahnya sebagai CEO di sebuah syarikat
pembinaan.
Kini, dia
sudah menemui cinta sejatinya. Dia berdoa agar tiada sesiapa yang akan
merosakkan kebahagiaannya. Pasangan pengantin baru itu mula terlena.
No comments:
Post a Comment