NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2
BAB 4 - PENDAKWA RAYA
“Pang!”
Beberapa
keping gambar terkeluar dari sampul surat berwarna coklat apabila seorang
wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an mencampak sampul tersebut di atas
meja berhadapan dengan seorang gadis.
“Ini
beberapa gambar pendakwa raya yang ada di Malaysia. Apalah nak jadi dengan kau
ni. Nak buat aduan pun pilih rupa,” geram wanita itu.
“Hehe.
Terima kasih, cik Hazimah. Mestilah kena pilih rupa, kak. Barulah terasa
selamat,” balas gadis itu.
“Apa-apa jelah,
Sya. Cepatlah pilih pendakwa raya tu,” malas Hazimah melayani modelnya, iaitu
Shasya Edrina.
Gadis itu
sering menerima surat dan panggilan daripada orang yang tidak dikenali. Mesej
yang disampaikan berunsur gangguan seksual. Oleh itu, Hazimah membuat keputusan
untuk mencari pendakwa raya atau peguam yang boleh membantu modelnya itu kerana
mereka sudah mengetahui identiti orang yang bertanggungjawab dalam kejadian
itu. Namun, Shasya Edrina membuat syarat iaitu ingin memilih sendiri peguamnya
berdasarkan rupa paras. Terpaksa pengurusnya memenuhi permintaan itu demi
keselamatan modelnya.
Shasya
Edrina membelek satu per satu gambar tersebut. Secara tiba-tiba, matanya
tertumpu pada sekeping gambar. Seorang jejaka yang bercermin mata, berkot biru
gelap dan pakaiannya serta rambutnya amat kemas.
“Dah kenapa
kau senyum sorang-sorang?”
Tersentak
gadis itu apabila disergah oleh Hazimah. Dia tidak menyedari dirinya sedang
tersenyum.
“Kak, saya
nak dia yang uruskan kes saya, boleh?” gambar yang dipegangnya kemudian
dihulurkan pada pengurusnya.
“Dia ke?
Baiklah. Saya uruskannya sekarang,”
Seraya itu,
Hazimah keluar dari bilik persalinan Shasya Edrina. Gadis yang bertudung itu
mula tersenyum sambil termenung. Dia pun pelik dengan perasaannya ketika itu.
Jam
menunjukkan sudah pukul 3 petang. Seorang jejaka yang duduk di dalam sebuah
restoran memandang jam pada tangannya.
“Maaf sebab
kami lambat,” pandangan dialihkan pada dua tubuh yang berada di hadapannya.
Jejaka itu
berdiri dan memandang kedua-dua orang yang berada di hadapannya.
“Tidak
mengapa. Saya yang datang awal tadi. Jemput duduk, cik berdua,” pelawa jejaka
itu.
“Sya,
duduk!” tersentak Shasya Edrina dengan sergahan Hazimah kerana ralit memandang
wajah kacak jejaka itu.
Pantas
kerusi ditarik dan dilabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Jadi, boleh
saya tahu nama ‘client’ saya?” soal
jejaka itu.
“Baiklah.
Nama saya Hazimah, pengurus kepada model terkenal ni, cik Shasya Edrina.
Baru-baru ni, dia sering menerima surat dan panggilan dari orang yang tidak
dikenali. Ini rekod dan surat yang dia terima,” beg yang dipegang oleh Hazimah
diletakkan di atas meja.
Jejaka itu
membaca surat tersebut.
“Nampak
macam serius kes ini. Baiklah. Saya akan siasat kes ini dengan lebih lanjut,”
ujar jejaka itu.
“Dring
dring!”
“Maaf. Saya nak
jawab panggilan ini sebentar,” pinta Hazimah sebelum beredar dari situ.
Shasya
Edrina merenung jejaka di hadapannya.
“Cik? Cik ok
ke ni?” pelik jejaka itu dengan pandangan gadis tersebut.
“Siapa nama
encik?” tanya Shasya Edrina dengan lembut.
“Oh. Maaf
sebab saya terlupa memperkenalkan diri saya. Nama saya Ismail Razak. Boleh
panggil saya..,”
“Raz..,”
terkejut jejaka itu apabila Shasya Edrina memotong percakapannya.
“Macam mana
cik tahu nama panggilan saya semasa saya belajar dulu?”
“Hah? Eh?
Maaf. Saya teka saja. Hehe,” tersengih Shasya Edrina.
“Hahaha.
Hebatlah tekaan cik,” geli hati Ismail Razak.
Dari jauh,
seseorang sedang meemrhatikan mereka berdua dengan perasaan yang marah dan
cemburu.
“Maaf sebab
saya lambat. Jadi, bagaimana encik? Ada apa-apa yang kami perlu lakukan untuk
siasatan encik?” kata Hazimah.
“Setakat ini
tiada apa-apa lagi,” balas Ismail Razak.
“Baiklah
kalau begitu. Kami minta diri dulu,” pinta Hazimah.
“Assalamualaikum,”
senyum Shasya Edrina pada jejaka itu.
“Waalaikummusalam.
Hati-hati,” balas jejaka itu.
Shasya
Edrina dan Hazimah keluar dari restoran itu manakala Ismail Razak sedang
memasukkan beberapa dokumen ke dalam beg kertas.
“Alamak!
Kak, Sya tertinggal sesuatu kat restoran. Nanti Sya datang balik,” pantas gadis
itu berlari masuk ke dalam restoran.
“Sya! Aduh
budak ni,” mengeluh Hazimah.
Gadis itu
bukan tertinggal barang sebenarnya. Tetapi, dia ingin berjumpa dengan jejaka
yang telah memikat hatinya itu. Hazimah yang sudah faham dengan kelakuan
modelnya masuk ke dalam kereta.
Shasya
Edrina berjalan sambil tersenyum. Namun, senyuman mula hilang apabila ternampak
seseorang yang berhud hitam mendekati jejaka pujaannya sambil membawa pisau.
Laju langkah gadis itu mendekati Ismail Razak.
“Raz!”
jeritan Shasya Edrina menyebabkan jejaka itu menoleh.
“Hati-hati!”
amaran tersebut menyedarinya bahawa dirinya di dalam bahaya.
“Berani kau
dekati cinta aku!” pisau dihunuskan ke depan.
“Ahh!”
kedengaran jeritan pelanggan di situ.
Mata Shasya
Edrina terbeliak apabila melihat darah mengalir.
“Pang!”
Ismail Razak
memusingkan tangan penyerang itu sebelum memukul belakang leher menyebabkan penyerang
itu pengsan. Gadis itu terus mendekati Ismail Razak yang sudah terduduk.
“Raz…,”
menangis Shasya Edrina.
“Jangan
risau. Saya…tidak ada apa-apa, Ed,” senyum jejaka itu.
Terkejut
Shasya Edrina apabila nama panggilannya yang sudah tidak digunakan lagi disebut
oleh jejaka pujaannya.
Tidak lama
kemudian, ambulans dan polis tiba di restoran. Terkejut Hazimah apabila
mendapat tahu situasi tersebut. Ketika Ismail Razak dirawat, Shasya Edrina
berbual-bual dengan Hazimah di luar wad.
“Maafkan
saya, kak,” tunduk gadis itu.
“Betul ke
Sya sudah buat keputusan ni? Sya dah fikir masak-masak ke?” sedih Hazimah.
Dia tidak
sangka gadis itu akan membuat keputusan untuk berhenti menjadi model. Sebelum
ini, pelbagai kejadian telah berlaku menimpa dirinya namun gadis itu masih
meneruskan kerjayanya.
“Sya dah
fikir masak-masak, kak. Terima kasih kak atas jasa dan pengorbanan kak selama
ini. Terima kasih kerana menerima Sya menjadi model dan sabar melayan karenah
Sya selama ini,” dia memeluk Hazimah dengan erat.
Dia sudah
menganggap Hazimah sebagai kakak kandungnya. Walaupun ibu bapanya melarang dia
menjadi model, namun dia tetap meneruskan kerja itu dengan sokongan Hazimah.
“Baiklah.
Saya akan menghormati semua keputusan Sya,” balas Hazimah.
“Terima
kasih, kak,” ceria muka Shasya Edrina.
No comments:
Post a Comment