Monday, February 25, 2019

PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN TERPAKAI

PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN TERPAKAI


Anda mempunyai pakaian dan barang terpakai tetapi sayang untuk dibuang?

Jangan risau!
Kami boleh selesaikan masalah anda!

Kami mengumpulkan pakaian dan barang-barang terpakai yang masih boleh digunakan dan mengagihkan barangan tersebut kepada yang memerlukan termasuklah di perkampungan orang asli dan juga negara jiran (seperti Indonesia).

Anda tiada apa-apa untuk disumbangkan tetapi ingin menjadi agen untuk mengagihkan barangan terpakai? Maklumkan pada kami.


Lokasi kami : Shah Alam, Selangor.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
013 - 6666 424 (Ustaz Din)


*Kami menerima apa-apa sahaja yang boleh diguna semula. Makanan juga kami terima.

*Jika anda malu untuk bersemuka dengan kami, jangan bimbang. Anda boleh meletakkan barangan tersebut di depan pintu sahaja.

Semoga ianya menjadi sedekah jariah buat kita semua kelak.




Sedekah jariah iaitu pahala amalan sedekah yang berterusan walaupun setelah meninggal dunia. 
Ini kerana kesan dari sedekahnya itu masih lagi dimanfaatkan oleh orang lain.
Ini disebutkan dalam hadith Nabi SAW:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila meninggal sesorang manusia, terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: dari sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan untuknya". (Riwatat Imam Muslim).





#pakaianterpakai
#barangterpakai
#agihanbarangterpakai

Thursday, February 21, 2019

TIPS UNTUK WANITA

TIPS UNTUK WANITA DI LUAR SANA



1. Apa yang sepatutnya seorang wanita lakukan jika dia berseorangan dengan seorang lelaki asing ketika dia masuk ke dalam lif pada waktu lewat malam di sebuah bangunan tinggi.....???

Pakar berkata : 
Masuk ke dalam lif... jika anda mahu ke tingkat 13, tekan semua butang setiap tingkat hingga ke tingkat yang anda hendak pergi. Tidak ada sesiapa yang berani menyerang anda jika lif itu berhenti di setiap tingkat.



2. Apa yang perlu dilakukan jika seseorang asing cuba menyerang anda ketika anda berseorangan di rumah anda? Jawapan : Larilah ke dapur.

Pakar berkata : 
Anda sendiri tahu dimana letaknya serbuk cili dan kunyit disimpan dan di mana anda simpan pisau dan pinggan mangkuk. Semua ini boleh menjadi senjata yang membahayakan. Jika tidak ada senjata lain, balingkan pinggan mangkuk ke arahnya. Tidak mengapa jika ianya pecah. Jerit serta bunyi bising adalah musuh utama penceroboh. Dia tidak mahu ditangkap.



3. Menaiki kenderaan atau teksi waktu malam.

Pakar berkata: 
Sebelum menaiki teksi pada waktu malam, tulis maklumat nombor teksi dan buat panggilan kepada keluarga atau kenalan dan maklumkan maklumat teksi itu dengan lengkap dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tidak ada jawapan kepada panggilan anda, berpura-pura anda sedang berbual dengan ahli keluarga anda. Sekarang, pemandu itu tahu maklumat mengenainya diketahui oleh orang lain dan dia akan masalah jika dia berbuat tidak baik. 



4. Apa perlu dibuat jika pemandu itu membawa anda ke arah lain dan anda merasai diri anda dalam bahaya...

Pakar berkata: 
Guna tali pada beg tangan anda atau sesuatu tali untuk menjerut leher pemandu dan tarik ke belakang. Dalam masa singkat, dia akan tersedak dan tidak bermaya. Jika tidak ada tali bag dan sebagainya, tarik kolar bajunya ke belakang, butang bajunya akan melakukan muslihat yang sama.



5. Jika anda diekori pada waktu malam...

Pakar berkata: 
Masuk ke dalam mana-mana rumah atau kedai yang terbuka dan jelaskan keresahan anda kepada pemilik rumah atau kedai. Jika kedai tutup, carilah tempat ATM kerana di situ ada CCTV. Orang yang cuba mengganggu mungkin tidak berani kerana tidak mahu dikenali. 



Bagaimana pun, tidak panik dan berwaspada adalah senjata yang terbaik yang anda boleh miliki.

Sila sebarkan maklumat ini kepada wanita (ibu, kekasih, isteri, adik perempuan, kakak dan kenalan) yang anda ambil berat mengenai keselamatan mereka.



*Sebarang perkongsian amat dialu-alukan. Sila komen di bawah :)




Sumber : WhatsApp

Biasiwa Yang Di-Pertuan Agong Sesi 2019/2020

Biasiwa Yang Di-Pertuan Agong Sesi 2019/2020






Sumber : Whatsapps

Tuesday, February 19, 2019

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2 (BAB 6)

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2


BAB 6 - PERTEMUAN

“Emm?”

Shasya Edrina terjaga dari lenanya apabila cahaya matahari memancar pada wajahnya. Bingkas dia bangun dan memandang jam pada dinding biliknya. Sudah pukul 9 pagi.

Memandangkan dia tidak boleh solat, dia tidak bangun ketika azan Subuh berkumandang seperti kebiasaan. Tubuh diregangkan.

“Sedapnya dapat tidur. Dah lama tidak tidur lena macam ni,” ceria muka Shasya Edrina.

Dia turun dari katil dan mencapai tuala menuju ke bilik mandi. Selesai membersihkan diri, dia membuka pintu biliknya. Langkahnya berhenti apabila mendengar suara yang tidak dikenali dari ruang tamu bawah. Dia masuk semula ke dalam bilik untuk menyarung tudung.

“Selamat pagi, mama,” tubuh ibunya dipeluk dari belakang.

“Terkejut mama. Baru bangun ke anak mama ni?” usik Datin Norliza.

“Hehe. Ed penat sangat mama. Maaf sebab tak bantu mama masak sarapan. Ma, siapa yang datang?” balas Shasya Edrina.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi dan mencapai segelas cawan.

“Tak apa. Mama faham. Rombongan meminang datang, Ed,”

“Puh!”

Tersembur air yang diminumnya apabila mendengar jawapan ibunya.

“Siapa ma?”

“Nanti Ed tahulah. Mari kita pergi ke depan sekarang. Mereka nak berjumpa dengan Ed tadi,” ajak Datin Norliza.

“Tak naklah, ma. Ed seganlah,” merah muka Shasya Edrina ketika itu.

“Ish kamu ni. Benda baik, buat apa nak malu. Mama nak hantar minuman ni. Nanti Ed pergi ke ruang tamu tau,” pesan Datin Norliza sebelum beredar dari dapur.

“Siapa pula datang meminang ni?” runsing Shasya Edrina.

“Macam mana kalau lelaki tu nak pergunakan keluarga Ed? Macam mana kalau dia tak terima Ed?”

“Saya terima semuanya, Ed,” tersentak Shasya Edrina apabila mendengar suara lelaki yang amat dikenalinya.

Pandangan dialihkan memandang wajah seseorang yang muncul di pintu dapur.

“R..Raz?” terbeliak mata Shasya Edrina.

“Ed..bermimpi ke?” keliru Shasya Edrina.

Geli hati Ismail Razak melihat gadis itu. Dia mendekati gadis itu namun masih ada jarak di antara mereka. Dia duduk berhadapan dengan gadis itu.

“Ed, saya ikhlas menerima awak. Sudi tak awak menerima saya menjadi suami awak?” terkedu Shasya Edrina.

Betulkah apa yang didengarinya? Jejaka pujaannya melamar dia?

“A..awak serius ke, Raz?”

“Saya serius, Ed. Saya sudah jatuh hati dengan awak, Ed. Saya yakin bahawa awaklah pemilik tulang rusuk kiri saya. Apa jawapan awak, Ed?”

Air mata Shasya Edrina mengalir. Dengan perlahan-lahan, dia menganggukkan kepalanya.

“Alhamdulillah,” lega Ismail razak.

“Tahniah, abang Raz, kak ipar!” muncul Isma Rayza dan terus memeluk tubuh Shasya Edrina.

Seluruh keluarga Ismail Razak dan Shasya Edrina muncul di muka pintu dapur sambil tersenyum. Mereka mendengar segala-galanya.

**********

Akad nikah yang berlangsung berjalan dengan lancar. Shasya Edrina sah menjadi isteri kepada Ismail Razak.

“Kamu berdua tukar baju di atas dulu. Biar kami melayan tetamu,” arah Puan Zaida, ibu mertua Shasya Edrina.

“Betul tu. Jangan lama-lama di atas. Tetamu ramai ni,” usik Datin Norliza.

Merah muka pasangan pengantin baru itu. Mereka masuk ke dalam bilik Shasya Edrina yang berada di tingkat satu.

“Terima kasih sayang kerana menerima abang sebagai suami,” luah Ismail Razak.

“Terima kasih juga abang kerana menerima sayang sebagai isteri,” balas Shasya Edrina.

Mereka berpelukan sebentar.

“Mari kita tukar baju dulu. Nanti kita ada tetamu ‘istimewa’,” kata Ismail Razak sambil mengenyitkan matanya.

“Apa-apa jelah, abang,” balas Shasya Edrina dengan malas.

Jika melayan karenah suaminya, lambat pula mereka akan turun nanti.

Selepas itu, mereka turun ke bawah menuju ke pelamin dengan memakai baju persandingan yang berwarna biru muda. Selesai bergambar, mereka menjadi penyambut tetamu untuk menggantikan ibu bapa mereka untuk solat Zuhur.

“Tahniah, Ed dan Raz,” ucap pelawat yang datang.

“Terima kasih. Maaf. Siapa ye?” keliru Shasya Edrina melihat pasangan yang berdiri di hadapan mereka.

“Ini Syaza dan ini suaminya, Akil. Terima kasih korang sebab datang. Maaf sebab tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan korang,” Ismail Razak dan Nik Akhil saling berpelukan.

“Ed, Syaza nak peluk, boleh?” pinta Siti Syazanah.

Shasya Edrina memandang suaminya. Melihat anggukan suaminya, dia turut menganggukkan kepala pada Siti Syazanah.

Tersenyum Siti Syazanah lantas memeluk tubuh gadis itu. Dia amat merindui gadis yang sentiasa ceria itu. Air matanya mula mengalir tanpa disedari.

“Syaza rindukan Ed sangat. Terima kasih Ed. Akhirnya, kita bertemu juga,”

Mendengar suara sebak gadis itu, Shasya Edrina turut menangis.

“Janganlah cakap macam tu. Kenapa cik menangis ni?” risau dia sambil mengesat air mata gadis itu.

Tersenyum Siti Syazanah. Pelukan dilepaskan manakala tangan mereka saling berpautan.

“Tak ada apa-apa, Ed. Nanti kita berjumpa lagi ye,” balas Siti Syazanah.

“Baiklah. Kami pergi dulu, Raz. Apa-apa pun, selamat pengantin baru, Raz, Ed. Oh. Ini alamat dan kunci rumah. Kami harap dapat bertemu dengan korang semula di tempat ni,” kata Nik Akhil sambil menghulurkan sekeping sampul surat kepada Ismail Razak.

“InsyaAllah, Akil. Nanti apa-apa, saya telefon Akil. Terima kasih datang ke majlis kami, Akil, Syaza,” senyum Ismail Razak.

“Sama-sama. Terima kasih juga kerana menjemput kami,” balas Nik Akhil.

Kemudian, mereka mula berpisah. Nik Akhil dan Siti Syazanah berjalan meninggalkan majlis menuju ke tempat letak kereta.

“Sabarlah, sayang. Ed kan masih tiada ingatan pasal kita,” pujuk Nik Akhil apabila menyedari wajah muram isterinya.

“Saya faham, abang. Maaf sebab sayang merisaukan abang pula,” balas Siti Syazanah sambil mengukir senyuman yang pahit.

“Syaza!” langkah Siti Syazanah terhenti dan pantas dia menoleh ke belakang.

Namun, tiada sesiapa di situ.

“Kenapa ni, sayang?” risau Nik Akhil dengan kelakuan isterinya.

“Tak..tak ada apa-apa, abang. Silap dengar kut,” balas Siti Syazanah.

Dia sambung melangkah mendekati suaminya.

“Syaza!”

Dia kembali memalingkan tubuhnya dan berjalan menjauhi Nik Akhil. Dia mencari arah suara yang memanggilya. Nik Akhil terus mendekati isterinya.

“Syaza!” kepala ditolehkan ke arah lorong kirinya. Dia ternampak seorang gadis sedang berlari mendekatinya.

Air mata Siti Syazanah mengalir lalu terus berlari ke arah gadis itu. Mereka saling berpandangan sebelum berpelukan antara satu sama lain. Terbeliak mata Nik Akhil.

“Ima rindukan Syaza,” mengalir air mata gadis itu.

“Syaza pun rindukan Ima juga. Tapi, macam mana…bagaimana..?” teragak-agak Siti Syazanah.

“Kami dah ingat semuanya,” seorang jejaka mendekati mereka bertiga.

“Izan?” serentak Siti Syazanah dan Nik Akhil melihat jejaka itu.

“Hei, Akil. Akhirnya, kau kahwin juga dengan Syaza ye. Tak sia-sia usaha kau,” usik Tengku Ehsan sambil menumbuk dada Nik Akhil dengan lembut.

“Jap. Macam mana korang boleh ingat?” keliru Nik Akhil.


Nur Halimah dan Tengku Ehsan saling berpandangan. Kemudian, mereka serentak ketawa. Pelik Nik Akhil dan Siti Syazanah melihat mereka.






<BAB 5          BAB 7>

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2 (BAB 5)

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2


BAB 5 - JATUH CINTA

Selepas Ismail Razak selesai dirawat, Shasya Edrina duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil pesakit. Dia merenung wajah jejaka itu sebelum dia tersenyum.

“Raz, terima kasih,” tanpa disedari, dia menyebut perkataan itu.

“Assalamualaikum,” tersentak Shasya Edrina.

Dia berdiri dan menoleh memandang pintu masuk wad.

“Waalaikummusalam. Siapa ye?” balas Shasya Edrina.

“Saya Ismail Razali, abang pesakit ni,” ujar jejaka yang berlesung pipit itu.

“Dan saya Isma Rayza, adik kepada abang Raz,” manis senyuman gadis itu.

“Oh. Saya pula Shasya Edrina,” balas Shasya Edrina.

“Saya tahu. Kakak Sya yang jadi model terkenal di majalah ‘Girls’ Things’ kan? Saya suka tengok kakak peragakan pakaian dan tudung. Cantik sangat. Tak sangka saya dapat berjumpa dengan kakak Sya!” teruja Isma Rayza sambil memeluk Shasya Edrina.

“Aiza, ‘behave yourself’!” tegas Ismail Razali.

Dia mendekati adik lelakinya yang terbaring di atas katil.

“Boleh saya tahu keadaan adik saya dan apa hubungan cik dengan adik saya?” serius Ismail Razali apabila melihat tangan adik lelakinya berbalut.

“Semua salah saya. Saya minta bantuan dia kerana saya sering menerima surat dan panggilan yang berunsur gangguan seksual dari salah seorang peminat saya. Tanpa disangka, rupa-rupa peminat itu mengekori saya dan melihat saya bersama-sama dengan Raz. Jadi, selepas saya pergi, dia bertindak untuk menikam Raz. Kalau saya tidak berjumpa dengan Raz, pasti perkara ini tidak berlaku,” teresak-esak Shasya Edrina menangis.

Dia berasa bersalah sangat ke atas perkara yang menimpa jejaka pujaannya. Isma Rayza memeluk tubuh gadis itu dan memujuknya dengan lembut.

“Kak Sya sayangkan abang Raz ke?” soal Isma Rayza dengan lembut.

“Kakak tak pasti perasaan kakak sekarang ni. Tapi, yang pasti, kakak sangat sedih bila melihat dia terlantar di sini,” balas Shasya Edrina.

“Kalau kakak tengok dia senyum, kakak rasa apa?” tanya Isma Rayza lagi.

“Kakak rasa gembira sebab dia senyum pada kakak. Kakak rasa bahagia sangat,” jawab Shasya Edrina tanpa disedari.

Tersenyum Isma Rayza dan Ismail Razali. Model terkenal sudah jatuh cinta pada pendakwa raya gamaknya.

“Jangan risau, cik. InsyaAllah Raz tidak ada apa-apa. Biar saya jaga Raz. Aiza, ajak cik ni jalan-jalan,” arah Ismail Razali.

“Tapi,”

“Tak apa, kak. Abang Zal nak suruh kakak tenangkan fikiran dulu. Jom kita jalan-jalan di taman ye?” ajak Isma Rayza.

Akhirnya, Shasya Edrina akur. Selepas hilang kelibat dua orang gadis itu, Ismail Razali mula bersuara.

“Kau dah boleh buka mata, Raz,”

Lalu Ismail Razak membuka matanya. Muka dipalingkan untuk menyembunyikan mukanya yang merah.

“Tak lama lagi, abang Zal dapat adik ipar manakala Aiza dapat kakak ipar. Model terkenal pula tu,” usik Ismail Razali.

“Janganlah usik Raz, abang!” geram Ismail Razak kerana malu.

Semua perbualan tadi, dia dapat mendengarnya dengan jelas.

“Malu pula dia. Jangan risau, dik. Abang dah beritahu umi dan abi. Seronok mereka sebab bakal dapat menantu,” senyum sinis Ismail Razali.

“Abang Zal!” geram Ismail Razak kerana abangnya suka bertindak melulu.

Tidak berbincang langsung dengan empunya badan dulu.

“Betullah tindakan abang ni. Bukannya kau tidak suka model itu, kan?”

“Dia ada nama, abang Zal,” tegur Ismail Razak kerana tidak menyukai dengan panggilan yang diberikan oleh abangnya.

“Kalau abang sebut nanti, Raz cemburu pula,” usik Ismail Razali.

Suka dia melihat wajah adik lelakinya yang merah menahan malu.

**********

Selepas waktu melawat tamat, Shasya Edrina pulang ke rumahnya dengan menaiki kereta Ismail Razali.

“Terima kasih abang Zal dan Aiza kerana menghantar saya ke rumah,” ucap Shasya Edrina.

“Sama-sama,” serentak Ismail Razali dan Isma Ayza.

“Semoga kita berjumpa lagi, kak,” ceria suara Isma Ayza.

“InsyaAllah,” balas Shasya Edrina beserta senyuman di bibir.

Selepas hilang kelibat kereta, Shasya Edrina melangkah ke pintu rumah. Dia mula berasa debar kerana sudah lama dia tidak pulang ke situ. Dengan lafaz bismillah, dia menekan loceng rumah. Tidak sampai 10 saat, pintu dibuka dari dalam.

“Anak mama!” tubuh Shasya Edrina dipeluk dengan erat.

“Mama..,” menitis air matanya.

Dia amat merindui pelukan hangat itu.

“Maafkan Ed, mama. Maafkan Ed,” teresak-esak Shasya Edrina.

“Kami pun nak minta maaf juga Ed kerana enggan mendengar penjelasan Ed. Kami ingatkan Ed menjadi model dengan mendedahkan aurat. Salah kami kerana berfikiran begitu,” kata seorang lelaki tua yang berdiri bersebelahan dengan ibu Shasya Edrina.

“Papa!” pelukan beralih pada ayahnya pula.

“Papa dan mama tak salah. Lepas ni, papa dan mama tidak perlu risau lagi. Ed dah berhenti menjadi model,” senyum Shasya Edrina walaupun air matanya masih mengalir.

“Berhenti?” terkejut Datin Norliza.

“Kita sambung berbual di dalam ye. Mari masuk dalam,” kata Dato’ Hamzah sambil mengangkat bagasi milik anak gadisnya.

Selepas menceritakan kisah hidupnya pada ibu bapanya, barulah ibu bapanya memahami dengan tindakan anak tunggalnya.

“Hari dah lewat ni. Ed tidur dulu ye. Esok pagi, kita sambung berbual-bual,” kata Datin Norliza sambil mengusap lembut kepala anaknya.

“Baiklah, mama. Ed masuk tidur dulu ye. Selamat malam, mama, papa,” ciuman diberikan pada pipi ibu bapanya sebelum dia masuk ke dalam biliknya.

“Tak sangka anak kita berada di dalam bahaya, abang,” sedih Datin Norliza.

“Alhamdulillah Allah masih sayangkan anak kita. Syukur anak kita selamat, sayang,” pujuk Dato’ Hamzah.

“Esok kita berjumpa dengan pendakwa raya tu boleh, abang?” pinta Datin Norliza.

Dia berasa terhutang budi dengan pendakwa raya yang telah membantu anaknya memberkas peminat yang mengganggu ketenteraman hidup anaknya.


“Baiklah, sayang. Abang pun nak juga berjumpa dengan dia,” angguk Dato’ Hamzah.







<BAB 4          BAB 6>

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2 (BAB 4)

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH 2


BAB 4 - PENDAKWA RAYA

“Pang!”

Beberapa keping gambar terkeluar dari sampul surat berwarna coklat apabila seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an mencampak sampul tersebut di atas meja berhadapan dengan seorang gadis.

“Ini beberapa gambar pendakwa raya yang ada di Malaysia. Apalah nak jadi dengan kau ni. Nak buat aduan pun pilih rupa,” geram wanita itu.

“Hehe. Terima kasih, cik Hazimah. Mestilah kena pilih rupa, kak. Barulah terasa selamat,” balas gadis itu.

“Apa-apa jelah, Sya. Cepatlah pilih pendakwa raya tu,” malas Hazimah melayani modelnya, iaitu Shasya Edrina.

Gadis itu sering menerima surat dan panggilan daripada orang yang tidak dikenali. Mesej yang disampaikan berunsur gangguan seksual. Oleh itu, Hazimah membuat keputusan untuk mencari pendakwa raya atau peguam yang boleh membantu modelnya itu kerana mereka sudah mengetahui identiti orang yang bertanggungjawab dalam kejadian itu. Namun, Shasya Edrina membuat syarat iaitu ingin memilih sendiri peguamnya berdasarkan rupa paras. Terpaksa pengurusnya memenuhi permintaan itu demi keselamatan modelnya.

Shasya Edrina membelek satu per satu gambar tersebut. Secara tiba-tiba, matanya tertumpu pada sekeping gambar. Seorang jejaka yang bercermin mata, berkot biru gelap dan pakaiannya serta rambutnya amat kemas.

“Dah kenapa kau senyum sorang-sorang?”

Tersentak gadis itu apabila disergah oleh Hazimah. Dia tidak menyedari dirinya sedang tersenyum.

“Kak, saya nak dia yang uruskan kes saya, boleh?” gambar yang dipegangnya kemudian dihulurkan pada pengurusnya.

“Dia ke? Baiklah. Saya uruskannya sekarang,”

Seraya itu, Hazimah keluar dari bilik persalinan Shasya Edrina. Gadis yang bertudung itu mula tersenyum sambil termenung. Dia pun pelik dengan perasaannya ketika itu.

Jam menunjukkan sudah pukul 3 petang. Seorang jejaka yang duduk di dalam sebuah restoran memandang jam pada tangannya.

“Maaf sebab kami lambat,” pandangan dialihkan pada dua tubuh yang berada di hadapannya.

Jejaka itu berdiri dan memandang kedua-dua orang yang berada di hadapannya.

“Tidak mengapa. Saya yang datang awal tadi. Jemput duduk, cik berdua,” pelawa jejaka itu.

“Sya, duduk!” tersentak Shasya Edrina dengan sergahan Hazimah kerana ralit memandang wajah kacak jejaka itu.

Pantas kerusi ditarik dan dilabuhkan punggungnya di atas kerusi.

“Jadi, boleh saya tahu nama ‘client’ saya?” soal jejaka itu.

“Baiklah. Nama saya Hazimah, pengurus kepada model terkenal ni, cik Shasya Edrina. Baru-baru ni, dia sering menerima surat dan panggilan dari orang yang tidak dikenali. Ini rekod dan surat yang dia terima,” beg yang dipegang oleh Hazimah diletakkan di atas meja.

Jejaka itu membaca surat tersebut.

“Nampak macam serius kes ini. Baiklah. Saya akan siasat kes ini dengan lebih lanjut,” ujar jejaka itu.

“Dring dring!”

“Maaf. Saya nak jawab panggilan ini sebentar,” pinta Hazimah sebelum beredar dari situ.

Shasya Edrina merenung jejaka di hadapannya.

“Cik? Cik ok ke ni?” pelik jejaka itu dengan pandangan gadis tersebut.

“Siapa nama encik?” tanya Shasya Edrina dengan lembut.

“Oh. Maaf sebab saya terlupa memperkenalkan diri saya. Nama saya Ismail Razak. Boleh panggil saya..,”

“Raz..,” terkejut jejaka itu apabila Shasya Edrina memotong percakapannya.

“Macam mana cik tahu nama panggilan saya semasa saya belajar dulu?”

“Hah? Eh? Maaf. Saya teka saja. Hehe,” tersengih Shasya Edrina.

“Hahaha. Hebatlah tekaan cik,” geli hati Ismail Razak.

Dari jauh, seseorang sedang meemrhatikan mereka berdua dengan perasaan yang marah dan cemburu.

“Maaf sebab saya lambat. Jadi, bagaimana encik? Ada apa-apa yang kami perlu lakukan untuk siasatan encik?” kata Hazimah.

“Setakat ini tiada apa-apa lagi,” balas Ismail Razak.

“Baiklah kalau begitu. Kami minta diri dulu,” pinta Hazimah.

“Assalamualaikum,” senyum Shasya Edrina pada jejaka itu.

“Waalaikummusalam. Hati-hati,” balas jejaka itu.

Shasya Edrina dan Hazimah keluar dari restoran itu manakala Ismail Razak sedang memasukkan beberapa dokumen ke dalam beg kertas.

“Alamak! Kak, Sya tertinggal sesuatu kat restoran. Nanti Sya datang balik,” pantas gadis itu berlari masuk ke dalam restoran.

“Sya! Aduh budak ni,” mengeluh Hazimah.

Gadis itu bukan tertinggal barang sebenarnya. Tetapi, dia ingin berjumpa dengan jejaka yang telah memikat hatinya itu. Hazimah yang sudah faham dengan kelakuan modelnya masuk ke dalam kereta.

Shasya Edrina berjalan sambil tersenyum. Namun, senyuman mula hilang apabila ternampak seseorang yang berhud hitam mendekati jejaka pujaannya sambil membawa pisau. Laju langkah gadis itu mendekati Ismail Razak.

“Raz!” jeritan Shasya Edrina menyebabkan jejaka itu menoleh.

“Hati-hati!” amaran tersebut menyedarinya bahawa dirinya di dalam bahaya.

“Berani kau dekati cinta aku!” pisau dihunuskan ke depan.

“Ahh!” kedengaran jeritan pelanggan di situ.

Mata Shasya Edrina terbeliak apabila melihat darah mengalir.

“Pang!”

Ismail Razak memusingkan tangan penyerang itu sebelum memukul belakang leher menyebabkan penyerang itu pengsan. Gadis itu terus mendekati Ismail Razak yang sudah terduduk.

“Raz…,” menangis Shasya Edrina.

“Jangan risau. Saya…tidak ada apa-apa, Ed,” senyum jejaka itu.

Terkejut Shasya Edrina apabila nama panggilannya yang sudah tidak digunakan lagi disebut oleh jejaka pujaannya.

Tidak lama kemudian, ambulans dan polis tiba di restoran. Terkejut Hazimah apabila mendapat tahu situasi tersebut. Ketika Ismail Razak dirawat, Shasya Edrina berbual-bual dengan Hazimah di luar wad.

“Maafkan saya, kak,” tunduk gadis itu.

“Betul ke Sya sudah buat keputusan ni? Sya dah fikir masak-masak ke?” sedih Hazimah.

Dia tidak sangka gadis itu akan membuat keputusan untuk berhenti menjadi model. Sebelum ini, pelbagai kejadian telah berlaku menimpa dirinya namun gadis itu masih meneruskan kerjayanya.

“Sya dah fikir masak-masak, kak. Terima kasih kak atas jasa dan pengorbanan kak selama ini. Terima kasih kerana menerima Sya menjadi model dan sabar melayan karenah Sya selama ini,” dia memeluk Hazimah dengan erat.

Dia sudah menganggap Hazimah sebagai kakak kandungnya. Walaupun ibu bapanya melarang dia menjadi model, namun dia tetap meneruskan kerja itu dengan sokongan Hazimah.

“Baiklah. Saya akan menghormati semua keputusan Sya,” balas Hazimah.


“Terima kasih, kak,” ceria muka Shasya Edrina.






<BAB 3          BAB 5>