Monday, August 20, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 11)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 11 - Dikawal


Kelihatan seorang lelaki bermata emas sedang memijak belakang Kamal. “Kamal!” Pearl muncul dari celah semak. “Akhirnya kau muncul juga, pemilik rantai,” Pearl terus memegang rantainya. Kamal mula tidak sedarkan diri. Semua pahlawan mula mendapat ingatan mereka kembali. Masing-masing memegang kepala sendiri. “Saya dah ingat!” kata mereka. “Siapa kau?! Dan kau nak apa hah!” tanya Pearl dengan nada marah. “Saya cuma nak kuasa kau,” perlahan-lahan lelaki itu mendekati Pearl. Hilman, Hilmi, Berahim, Charlie, Danial dan Izzul terus menyerang lelaki itu. “Pearl, cepat lari!” kata Ethan, sambil menggunakan kuasanya untuk membawa Pearl pergi dari situ. “Kamal cedera parah tu. Kalau tak rawat dia dengan segera..,” sedih Pearl, mereka berhenti berlari. Tiba-tiba tanah bergegar. “Nah, Pearl,” Danial muncul dari bawah tanah lalu membaringkan Kamal di depan Pearl. “Terima kasih, Danial,” lalu Danial kembali berlawan manakala Pearl merawat Kamal. “Kamal, tolonglah bangun,” menitis air matanya sambil menggunakan kuasa penyembuhnya. “Er..Pearl…maafkan saya..,” perlahan suara Kamal, mula membuka matanya. ”Jangan cakap, Kamal. Tunggu saya selesai rawat awak ni,” balas Pearl. “Saya…minta..maaf..sebab menipu awak…untuk mengembalikan ingatan..kawan awak.. Saya..risau yang awak akan..pergi selepas mereka..ingat awak,” “Apa yang awak mengarut, Kamal! Saya takkan tinggalkan kawan-kawan saya! Tanpa kalian, saya takkan berada di sini,” makin deras air mata Pearl gugur. “Pearl..,” terharu Kamal dan Ethan. “Adakah saya tertinggal sesuatu yang penting?” mereka bertiga terus memandang tuan punya suara itu. “Hilman! Hilmi! Berahim! Izzul! Charlie! Danial!” terbeliak mata Pearl apabila ternampak pahlawannya itu berada dalam belon yang terapung di atas langit. Lelaki itu memetik jarinya. Belon tersebut pecah lalu pahlawan tersebut mula terjatuh. “Jangannnn!” menjerit Pearl. “Fuh..nasib baik sempat selamatkan mereka,” kedengaran suara di belakang lalu Pearl dan Ethan menoleh. “Fitri…,” tersenyum Pearl melihat Fitri muncul dan menyelamatkan pahlawan yang terapung itu. “Hiakk!” kelihatan Ali sedang berlawan dengan lelaki itu. “Jom Ethan,” lalu Fitri dan Ethan menyertai Ali. Pearl berusaha merawat mereka. Tiba-tiba sebatang dahan melalui pipi kanan Pearl sehingga menyebabkan pipinya berdarah. Pearl terus menoleh ke arah dahan tersebut dibaling. “Saya dah puas main ni. Adakah kau dah puas bermain, pemilik rantai?” terkejut Pearl melihat Fitri, Ethan dan Ali seperti dihempap sesuatu yang lutsinar. Pearl berdiri menghadap lelaki itu. “Lukman, saya tahu apa yang berlaku pada awak pada masa lepas. Awak dan seorang perempuan sentiasa bergaduh dan bersaing. Tetapi, sebenarnya awak nak menarik perhatian dia saja, kan? Tetapi, pada suatu hari, sesuatu yang pelik telah berlaku pada kampung,” “Arghhhhhh! Hentikan!” lelaki itu terus mencekik leher Pearl. “Uhuk…tindakan…awak ni..menunjukkan yang…awak masih..ingatkan dia..uhuk,” “Hentikan!” lelaki itu semakin kuat mencekik leher Pearl. “Walau apa pun.. yang kau..lakukan pada saya..saya tetap memerlukan awak..Lukman, pahlawanku,” mata Pearl mula kabur. Tiba-tiba tangan lelaki itu terlepas daripada leher Pearl. Lelaki itu rebah di hadapan Pearl. “Uhuk huk huk…apa dah berlaku? Jarum?” pelik Pearl apabila mendapati belakang lelaki itu terpacak jarum klinik. “Pearl, awak tidak seharusnya mengingatkan peristiwa silamnya. Begitu juga dengan yang lain,” Jamie muncul dari semak. “Jamie? Apa maksud awak?” “Kami semua memang ada peristiwa pahit. Jadi, kami berkorban untuk membalas dendam demi orang yang kami sayang. Tetapi, Sef telah mengabaikan kami. Demi kepentingan dirinya, dia menghantar kami untuk membantu kau,” geram Jamie. “Kau…ingat pasal Sef?” terkejut Pearl. “Saya baca buku awak tu. Tiba-tiba saya teringat kisah silam saya. Tapi, saya yakin bukan saya saja yang sudah kembali ingatan. Yang lain pun mesti pernah baca buku awak tu,” Pearl memandang setiap wajah pahlawannya.
*****
Keesokkan harinya, semua pahlawan terjaga dan mendapati diri mereka berada di atas katil yang selesa. “Kat mana ni?” tertanya-tanya mereka. “Korang, dengar apa yang saya nak katakan, termasuk kau, Lukman,” semua tertumpu pada Jamie yang sedang duduk memandang ke luar tingkap. “Pearl dah tahu yang kita semua dah ingat pasal Sef. Dan korang mesti tahu yang Pearl tu pewaris Sef, orang yang kita benci. Sef telah menghantar kita ke sini dengan menggunakan rantai ni,” sambil menunjukkan rantai Pearl. “Dan saya tahu yang Lukman juga inginkan rantai ini musnah sebab jika rantai ini musnah, kita dapat kembali ke masa lepas tanpa perlu membantu Pearl berlawan dengan Derora. Jadi, Pearl memberi peluang kepada kita, sama ada ingin mengikut Pearl ataupun kembali ke masa lepas dengan menggunakan rantai ni,” masing-masing terdiam. “Jika Lukman tahu pasal rantai ni, kenapa dia baru muncul sekarang?” Berahim mula bersuara. “Saya sama macam kalian juga. Mula-mula saya tiada ingatan tentang peristiwa silam saya. Tetapi, saya terbaca buku tentang Sef dan semua peristiwa pahlawan, termasuklah kisah saya. Selepas ingatan saya kembali, saya terus buru Pearl untuk mendapatkan rantainya, di mana rantai tu boleh kembalikan saya malah kita semua ke zaman kita, zaman di mana orang memerlukan kita,” tiba-tiba Lukman teringat kata-kata Pearl. “..saya tetap memerlukan awak, Lukman” “Saya nak cakap sesuatu. Memang kita semua benci Sef sebab menghantar kita ke sini, tapi semasa kita terlupa tentang Sef, maksudnya bila kita masih hilang ingatan tentang masa lepas, siapa yang mengajar kita untuk meneruskan hidup? Siapa yang sentiasa bersama kita bila kita memerlukan seseorang? Siapa bersama kita dan merawat kita bila kita cedera? Saya yakin yang kecederaan kita semalam ni dirawat oleh Pearl,” Ali mula berkata-kata selepas turun dari katilnya. Masing-masing teringat saat mereka bersama dengan Pearl. “Walau apa pun keputusan korang, saya tetap bersama-sama dengan kakak Pearl,” nekad Ali lalu keluar daripada  bilik tersebut. “Orang yang menyelamatkan dan tidak gerun dengan saya ialah Pearl. Jadi, saya pilih Pearl,” Izzul turut keluar. “Pearl bagaikan ibu kami. Jadi, kami memilih Pearl,” Hilman dan Hilmi turut keluar. Selepas seorang demi seorang keluar, Lukman mendekati Jamie lalu memegang rantai tersebut. Jamie dan Lukman sama-sama mengenggam rantai tersebut.
******
Kelihatan Pearl sedang berdiri di hadapan sebuah kedai bunga. “Kakak!” lalu Pearl menoleh. Tersenyum Pearl apabila ternampak Ali, Berahim, Izzul, Fitri, Charlie, Danial, Ethan, Hilman, Hilmi dan Kamal sedang berdiri di hadapannya. “Eh? Mana Lukman dan Jamie?” pertanyaan Pearl menyebabkan senyuman pada wajah mereka hilang. Pearl terasa sesuatu pada lehernya lalu dipegangnya. ”Rantai?” Pearl terus menoleh ke belakang. “Izinkan kami untuk berkhidmat untuk cik Pearl,” kata Lukman dan Jamie. Air mata Pearl menitis sebab gembira.




<<B1       <B10    B12>       B19>>

No comments:

Post a Comment