Tuesday, August 14, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 10)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 10 - Memori


Kelihatan pahlawan-pahlawan sedang berlatih manakala Pearl sedang duduk di bawah sebuah pokok sambil membaca buku tentang sejarah Sef yang dipinjam di perpustakaan. “Apa yang akan berlaku jika mereka ingat Sef ye? Sebelum Sef mati, mereka semua enggan meninggalkan Sef. Jika mereka ingat tentang Sef, adakah mereka tetap nak bantu Pearl atau mereka akan kembali ke masa lepas?” tertanya-tanya Pearl sambil memegang rantai lehernya. “Hah! Cakap apa tu sorang-sorang,” Jamie mengejutkan Pearl dari belakang. Pearl terus menutup dan menyimpan buku tersebut ke dalam begnya. “Mengejutkan orang je. Tak ada kerja ke sampai nak menyergah orang,” geram Pearl. Mata Jamie sempat mengintai buku tersebut. “Saja je. Tengok kau tu free je. Mereka tanya nak sambung perjalanan ke tak? Atau kau perlukan rehat lagi?” “Macam perli je. Jomlah kita teruskan,” Pearl menggalas begnya lalu berjalan di hadapan Jamie. Tangan Jamie mendekati beg yang digalas Pearl. Apabila Ali mendekati Pearl, Jamie terus menarik semula tangannya. “Kak dah rehat ke?” tanya Ali. “Dah. Terima kasih sebab ambil berat. Jom kita gerak sekarang,” lalu mereka meneruskan perjalanan. Hari semakin gelap. Kabus pula mula menebal. Mereka bermalam di sebuah gua. Mereka bergilir-gilir berjaga di pintu gua. “Tebalnya kabus. Seram sejuk pula,” kata Charlie. “Wuahh..mengantuknya,” menguap Hilman. Tanpa mereka sedari, kabus mula memasuki gua itu. Charlie dan Hilman yang sedang menjaga di pintu gua mula terlelap. Pearl bermimpi semua kisah silam pahlawan-pahlawannya. Di dalam mimpi Pearl, Pearl yang sedang berdiri turut menangis melihat pahlawan-pahlawan tersebut menangis apabila kehilangan orang yang mereka sayang. Tiba-tiba muncul Sef, mengajak mereka untuk membalas dendam. Mereka berperang menentang Derora. Pearl mula menggigil ketakutan apabila melihat kehebatan kuasa jahat Derora. Dalam keadaan itu, dia terasa tangan kanannya hangat dipegang lalu dia menoleh ke kanan. “Sef?” rupa-rupanya Sef yang menggenggam tangannya. “Pearl, maafkan saya sebab memberi beban yang berat ini kepada kamu. Saya harap kamu dapat menewaskan Derora demi keamanan dunia,” “Tapi, saya tiada kuasa yang hebat untuk berlawan dengan Derora,” Pearl mula berasa resah. “Pearl, kuasa yang hebat tidak wujud dengan sendirinya. Kuasa tersebut muncul di sini,” kata Sef sambil memegang dadanya. “Hati?” tanya Pearl sambil memegang dadanya. “Baiklah. Pearl, bangun sekarang dan teruskan perjalanan untuk mengumpulkan semua pahlawan kamu,” Sef menolak Pearl ke depan. “Nanti, bagaimana saya nak cari Derora?” Pearl enggan melepaskan tangannya dari genggaman Sef. Pearl terasa dirinya mula menjauhi Sef. “Carilah kuncinya,” “Kunci?” Perlahan-lahan Sef melepaskan tangannya. “Nanti!” Pearl terbangun dari tidurnya. “Sef…,” sedih Pearl teringat mimpinya. “Eh? Mana semua pahlawan pergi?” terkejut Pearl apabila mendapati sekelilingnya kosong. Dia terus berdiri. Pearl menjerit memanggil nama pahlawannya di pintu gua. Namun, tiada balasan. Kabus masih tebal menyebabkan Pearl sukar untuk melihat. Tiba-tiba muncul orang di sebalik kabus yang tebal. Pearl mengecilkan matanya untuk melihat gerangan orang tersebut. Orang itu mula mendekati Pearl. “Siapa kau?” takut Pearl apabila mendapati orang tersebut tidak dikenalinya. “Kawan-kawan kau telah pergi dari sini,” terkejut Pearl apabila melihat mata orang tersebut berwarna kuning. “Pahlawan?” fikir Pearl. “Apa yang telah kau lakukan pada mereka?” tanya Pearl walaupun takut. “Saya hanya mengingatkan kembali peristiwa silam mereka sahaja,” “Peristiwa silam?” terbeliak Pearl apabila teringat peristiwa silam pahlawannya. “Kenapa kau mempermainkan memori orang lain, hah? Memori pada mereka sangat pahit dan saya hanya berharap mereka dapat melupakan peristiwa pahit itu,” geram Pearl. “Kamu ingat hanya mereka ada memori pahit? Saya kehilangan semua orang yang saya sayang tau! Saya berjanji untuk melindungi mereka, keluarga saya….tapi, saya gagal!” kabus mula mengelilingi tubuh orang tersebut, seperti dikawalnya. Pearl teringat mimpinya di mana seorang ayah kehilangan isteri dan anak-anaknya apabila kabus tebal menyelubungi kampung mereka. Tiba-tiba lutut Pearl lemah lalu dia melutut. “Saya memang tiada memori pahit seperti yang korang lalui. Tetapi, saya tidak dapat memaafkan Derora sehingga korang semua melalui peristiwa pahit itu,” Pearl mula berdiri. Cahaya putih mula berkumpul di sekeliling Pearl. Kabus mula menghilang akibat cahaya putih yang terang tersebut. “Sebab itu saya berjanji yang saya akan menewaskan semua kejahatannya supaya tiada lagi yang akan mengalami peristiwa pahit ini,” kata-kata Pearl menyebabkan semua kabus hilang dan orang kabus tersebut menjadi lelaki biasa. “Maafkan saya kerana tidak mengetahui perkara ini. Tapi, benarkanlah saya untuk menewaskan Derora yang telah memisahkan saya dengan keluarga saya,” melutut lelaki itu. Pearl kembali menjadi dirinya sendiri. “Boleh. Tetapi dengan syarat, saya nak kamu membantu saya untuk mencari kawan-kawan saya,” “Mereka semua ada di kampung sana, tidak jauh dari sini,” lelaki itu menunding jarinya.

****
Matahari mula terbit. “Kamal, boleh saya tahu apa yang telah berlaku pada mereka?” tanya Pearl semasa mereka dalam perjalanan ke kampung yang dimaksudkan Kamal. “Biasanya, selepas mereka bermimpi, ada dua perkara yang akan berlaku. Pertama, mereka akan menjadi diri mereka sendiri. Yang kedua, mereka akan jadi diri ‘sebenar’ mereka,” jawab Kamal. Mata Pearl mula terbeliak. Dia sedang membayangkan kampung tersebut banjir akibat kuasa Berahim, kampung tu terbakar akibat kuasa Ali, kampung tu tengelam di dalam tanah sebab kuasa Danial, kuasa Hilman dan Hilmi yang menyebabkan kemusnahan kampung tersebut dan penduduk kampung tersebut berlumuran darah akibat kuasa Izzul. “Ahhhh!” mereka terdengar jeritan suara perempuan lantas mereka ke arah tersebut. Kelihatan ramai penduduk kampung mengerumuni kawasan tersebut. Pearl dan Kamal mencelah masuk untuk melihat apa yang sudah berlaku. “Hah?” terbeliak mata Pearl apabila melihat Hilman dan Hilmi sedang menyanyi dan menari. “Apa semua ni?” tidak percaya Pearl. Orang yang mengerumuni mereka menepuk tangan masing-masing dengan gembiranya. Apabila selesai konsert mereka, Pearl terus mendekati Hilman dan Hilmi. “Hilman, Hilmi,” panggil Pearl. Mereka menoleh ke arah Pearl. “Kenapa cik? Nak tandatangan kami ke?” tanya Hilman. Terkejut Pearl. “Korang tak kenal saya ke?” tanya Pearl. “Emm..kejap kejap..cik mesti salah seorang peminat kami, kan?” jawab Hilmi. “Kamal?” Pearl memandang Kamal dengan wajah yang masih terkejut. “Mereka juga ada kemungkinan hilang ingatan,” kata Kamal. “Sementara atau kekal?” tanya Pearl. “Biasanya sementara, tapi ada kemungkinan kekal,” jawab Kamal. “Kami pergi dulu ye cik,” lalu Hilman dan Hilmi beredar. Pearl tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. “Pearl, mungkin yang lain ingat kau. Jangan cepat putus asa,” pujuk Kamal lalu mereka meneruskan perjalanan. “Ethan?” terkejut Pearl apabila ternampak Ethan di tepi sungai sedang membasuh baju menggunakan tangan sambil bergelak-ketawa dengan makcik-makcik di situ. Pearl mendekati Ethan. “Ethan, boleh kita cakap sekejap?” ajak Pearl lalu Ethan ke arah Pearl. “Ethan, apa yang telah berlaku sebenarnya?” tanya Pearl. “Apanya?” tak faham Ethan. “Kan semalam kita tidur, lepas tu kabus masuk…,” tidak sempat Pearl menghabiskan ayatnya apabila muka Ethan merah sambil menutup mulutnya. “Kita tidur bersama?” tidak percaya Ethan. “Hah?” ternganga mulut Pearl melihat Ethan tersipu-sipu. “Cik sedang melamar saya ke?” segan Ethan. “Oh tidak,” Pearl menepuk dahinya. “Melamar? Tahniah Ethan,” kata salah seorang makcik di situ. Kamal terus menarik lengan Pearl untuk melarikan diri dari situasi itu. “Saya tunggu panggilan cik ye,” sempat Ethan jerit. Pearl melepaskan tangan Kamal. Mereka berhenti berjalan. “Apa semua ni?” sedih Pearl. “Pin Pin..tumpang lalu,” suara orang kedengaran dari belakang Pearl. Pearl menoleh. “Izzul!” seronok Pearl apabila ternampak Izzul sedang mengendong kayu api pada bahunya. “Siapa cik?” pertanyaan Izzul menyebabkan Pearl terkelu. Izzul meneruskan perjalanannya.
******
“Ahhhhh!” Pearl menjerit di atas bukit, melepaskan geramnya. “Apa semua ni? Hilman dan Hilmi jadi penyanyi, Ethan membasuh baju di tepi sungai, Izzul mengangkat barang, Fitri memandikan kuda, Jamie jadi doktor, Charlie jadi penilik nasib, Danial bercucuk tanam, Berahim mengangkat air dan Ali pula membelah kayu api. Apa yang telah berlaku dalam satu malam je? Kenapa mereka tak ingat Pearl? Setelah banyak perkara yang telah kami lalui..,” air mata Pearl hampir mengalir. “Kamal, buatlah sesuatu,” pinta Pearl. “Saya pun tak tahu apa yang telah berlaku, Pearl. Kalau nak kembalikan ingatan mereka, cuba Pearl berlakon ke,” takut Kamal melihat wajah Pearl seperti hendak menelan dia. “Berlakon? Betul jugakan,” Pearl mendapat idea lalu terus berlari ke sungai. Pearl ternampak Berahim lalu berpura-pura lemas semasa Berahim sedang mengambil air di sungai. “Tolong..,” Berahim ternampak Pearl di dalam sungai sambil menjerit meminta tolong. “Cik, sungai tu cetek jelah,” Pearl terhenti lalu berdiri. Rupa-rupanya sungai itu hanya sampai paras lututnya sahaja. “Hahaha,” kedengaran bunyi ketawa Kamal di sebalik pokok tidak jauh dari situ. Pearl terus mencampak batang kayu tepat pada kepala Kamal.
******
Hari mula gelap. Di dalam sebuah rumah tumpangan, “Apa yang saya buat semua tak kena,” sedih Pearl sambil membentang tilam. “Kau boleh jadi pelawaklah Pearl. Hahaha,” Pearl terus mencampak bantal tepat kena kepala Kamal yang berdiri di luar pintu biliknya sebelum menutup pintu dengan kuat. “Kuat betul dia ni,” kata Kamal sambil berjalan menuruni tangga. “Oh?” Kamal terserempak dengan pahlawan-pahlawan yang lain. “Korang tinggal kat sini ke?” tanya Kamal. “Ha’ah. Mana kawan perempuan kau tu?” balas Charlie. “Tidur kat atas tu,” Kamal menunding jarinya pada bilik Pearl. Kelihatan Pearl sedang baring sambil membelek buku pinjamannya. “Seram pula tidur tanpa pahlawan ni. Jangan muncul raksasa musnahkan kampung ni sudah,” risau Pearl lalu mula membaca. “Ilusi? Ilusi berlaku berdasarkan fikiran kita dan akan hilang apabila kita berhenti berilusi, ataupun orang yang menyebabkan kita berilusi itu mati atau tidak sedarkan diri,” “Ohh, adakah kampung ni wujud sebab ilusi mereka? Jadi, kampung ni akan hilang kalau Kamal pengsanlah ye,” terfikir Pearl sebelum menyambung pembacaannya. “Kita akan berilusi jika teringinkan sesuatu. Atau ingin melupakan sesuatu. Tetapi, jika kita berilusi tentang perkara yang kita geruni…,” tiba-tiba Pearl terhenti membaca apabila terdengar gauman yang kuat dan gerun. “Takkanlah…,”Pearl terus ke beranda. “RAKSASA!” kelihatan penduduk kampung sedang berlari untuk menyelamatkan diri. “Habislah,” Pearl terduduk. “Pearl!! Cepat lari!!” Kamal memanggil Pearl yang kaku di beranda dari luar rumah tumpangan tersebut. “Kaki…tak boleh bergerak,” teragak-agak suara Pearl. Raksasa tersebut mula mendekati Pearl. “Pearl!!” nasib baik sempat Fitri menyelamatkan Pearl dengan menggendongnya ke tempat yang selamat. “Boleh berjalan tak?” tanya Fitri. Pearl menganggukkan kepalanya lalu dia turun dari belakang Fitri. “Terima kasih, Fitri,” ucap Pearl.  “Sini Pearl!” Pearl mengikut Kamal berlari dari belakang masuk ke dalam hutan. Tiba-tiba dia terpisah dengan Kamal. “Pearl!” tercari-cari Kamal apabila menyedari Pearl hilang. Tiba-tiba langkah Kamal terhenti. Mukanya mula pucat. “Huuu…gelapnya..mak,” air mata Pearl mula mengalir sambil mencari bayang orang di sekelilingnya. “Jangan menangis cik. Kami akan melindungi cik,” kedengaran suara menegurnya dari belakang. “Ethan? Charlie? Mana raksasa tu?” ketakutan Pearl. “Huh huh,” tiba-tiba muncul Berahim, Izzul, Hilman, Hilmi dan Danial kecunggapan dari semak. “Raksasa tu hilang tiba-tiba,” kata Hilman. “Kampung pun makin lama makin hilang,” sokong Danial. “Hilang? Hah? Kamal! Sesuatu dah berlaku pada Kamal!” Pearl terus berlari mencari Kamal meninggalkan pahlawannya yang lain. “Cik!” Berahim, Charlie, Danial, Ethan, Hilman, Hilmi dan Izzul terus mengejar Pearl dari belakang.




<<B1       <B9    B11>       B19>>

No comments:

Post a Comment