Monday, August 20, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 12)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 12 - Mari Kita Berkawan

“Tapi, bagaimana kita nak cari kunci yang dimaksudkan Sef?” fikir Pearl semasa mereka berjalan keluar dari sebuah bandar. Tiba-tiba angin menjadi kencang. Mereka melindungi muka mereka dengan menggunakan lengan mereka. Apabila angin mula redha, mereka menurunkan lengan mereka. Terkejut mereka apabila mendapati seorang lelaki sedang melutut satu kaki di hadapan Pearl. “Siapa awak ni?” tanya Pearl. Lelaki itu memandang Pearl sambil mengukir senyuman. “Pewaris Sef, izinkan saya untuk membawa cik dan 12 pahlawan ini untuk berlawan dengan Derora,” terkejut mereka. “Jadi, awaklah kunci yang dimaksudkan Sef?” tanya Pearl. Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman. Di sebuah tanah yang lapang, lelaki itu membuat sesuatu gaya dan tiba-tiba satu gelombang hitam muncul. “Baiklah. Dengan melalui lubang ini, kalian akan ke kawasan di mana Derora berada,” kata lelaki itu. “Pearl, boleh ke kita percaya dia ni?” tanya Danial. “Saya tak rasa dia ada niat jahat,” Pearl mendekati lelaki itu. “Adakah awak akan ikut kami bersama?” tanya Pearl. “Maafkan saya, cik. Saya hanya diarahkan untuk membuka pintu sahaja,” jawab lelaki itu. “Boleh saya tahu nama awak?” tanya Pearl. Pelik lelaki itu. Lelaki itu teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Pearl. Akhirnya dia menjawab soalan Pearl sambil tersenyum. “Panggil saya Muhzan,” “Muhzan, terima kasih kerana membantu kami,” mereka bersiap-siap untuk masuk ke dalam lubang tersebut. “Muhzan, kalau kita bertemu lagi, jangan lupa tegur saya tau. Sebab kitakan kawan. Jumpa lagi,” ceria suara Pearl lalu Pearl dan 12 pahlawan itu hilang ditelan gelombang itu. Muhzan memegang gelombang itu, namun seperti sesuatu telah menghalangnya untuk memasuki lubang itu. “Sef, maafkan saya,” sedih Muhzan sambil memandang langit yang biru.
*****
Pearl dan 12 pahlawan tiba di kawasan yang sangat suram menyebabkan bulu roma mereka naik. “Tempat ini penuh dengan kejahatan,” seram Charlie. “Mari kita ke istana itu,” ajak Pearl lalu mereka memulakan perjalanan mereka. Semua musuh yang menghalang perjalanan mereka berjaya ditewaskan. Akhirnya mereka tiba di depan pintu sebuah istana. Dengan beraninya, mereka masuk ke dalam istana tersebut. Apabila mereka naik ke tingkat 2, terkejut mereka apabila ternampak Sef diikat pada tiang dengan kecederaan yang penuh pada tubuhnya. “Sef!” mereka terus membuka ikatan tali tersebut. Pearl merawatnya. Tidak lama kemudian, Sef membuka matanya. “Sef dah sedar. Sef, awak tak ada apa-apa?” risau Pearl. 12 pahlawan hanya pandang Sef dari jauh. “Awak…Pearl?” tanya Sef. “Ye. Sayalah Pearl, pewaris awak. Saya dah bawa 12 pahlawan Sef. Tapi, macam mana Sef boleh ada istana Derora?” balas Pearl. Sef memandang 12 orang pahlawannya yang enggan bertentang mata dengannya sebelum dia memandang Pearl semula. “Sebenarnya, sewaktu Derora menyumpah dirinya untuk kembali, dan selepas saya menghantar semua pahlawan saya untuk membantu Pearl, saya telah diseksa di sini, istana saya,” perlahan suara Sef. “Istana Sef? Bukan istana Derora?” terkejut Pearl. “Pearl, pegang kedua-dua tangan saya,” akur Pearl. Tiba-tiba seperti ada kuasa yang hebat menyebabkan seluruh kawasan istana itu menjadi terang dan tenang. “Inilah istana saya,” ujar Sef.
****
Di dapur, sedang Sef dan Pearl memasak, “Sef, apa yang telah berlaku sebenarnya sehingga semua pahlawan itu enggan memandang awak?” Sef menundukkan kepalanya. “Sebenarnya, saya enggan mereka berkorban sebab saya. Jadi, saya menghantar mereka ke masa depan. Biarlah saya saja yang terkorban. Saya harap saya dapat bersama mereka seperti dulu,” perlahan suara Sef. “Jadi, Derora sekarang kat mana, Sef?” Pearl mengubah topiknya. “Derora mengurungkan dirinya di dalam Black Cave. Dalam masa 2 minggu, dia akan menakluk bumi ni,” jawab Sef. Selepas selesai memasak dan menghidang, Sef duduk di atas kerusi. Wajahnya muram memandang semua pinggan yang kosong. “Jangan risau, Sef. Biar saya pujuk mereka,” “Tapi,” “Percayalah pada saya,” lalu Pearl mencari 12 pahlawan tersebut. “Apa kita nak buat sekarang?” tanya Kamal. “Betul tu. Apa yang korang nak buat sekarang?” tanya Pearl, terkejut mereka. “Makanan dah siap. Jomlah kita makan,” ajak Pearl. “Kami takkan makan dengan orang yang telah membuang kami,” geram Lukman. “Sebenarnya, Sef buat begitu sebab dia enggan melihat korang terkorban,” jawab Pearl. “Tapi, memang itu tugas kami,” balas Ethan. “Betul tu. Kami sanggup berkorban untuk membunuh Derora,” sokong Danial. “Pearl tahu yang korang marah sebab orang yang korang sayang mengkhianati korang. Tapi, berilah dia peluang. Cuba tengok keadaan dia semasa kita sampai tadi. Cuba ingat apa pengorbanannya kepada korang. Tanpa dia, kita takkan bertemu,” sebak suara Pearl. Mereka terdiam.
****

Sef mula mengeluh. Tiba-tiba pintu dewan makan terbuka. Menitis air mata Sef apabila semua pahlawan itu duduk di atas kerusi masing-masing. Di sebalik pintu dewan makan, Pearl tersenyum. Tiba-tiba mata Pearl menjadi kabur dan kepalanya pening. “Adakah saya penat memasak tadi? Mungkin juga,” kata Pearl bersendirian sambil berjalan menuju ke bilik Sef. Pearl terbaring di atas katil Sef. Di dalam rumah Pearl, mak Pearl sedang memasak di dapur. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. “Omma, Pearl dah balik,” kata Pearl. “Pearl,” maknya terus memeluknya dengan erat. Pearl gembira kerana dia berjaya mengumpulkan 12 pahlawannya dan dapat bertemu semula dengan ibunya. “Pearl, janjilah yang kau akan bunuh Derora dan pulang rumah dengan selamat,” kata maknya. “Apa maksud omma?” pelik Pearl. “Pearl, maafkan kami kerana memberi beban yang berat ini kepada kamu,” muncul beberapa orang perempuan yang pelbagai umur di sekeliling maknya. “Siapa…?” makin pelik Pearl. “Pearl, bukalah matamu sayang,” Pearl membuka matanya. “Hmm?” terkejut Pearl apabila mendapati dirinya diikat pada mulut, tangan dan kaki serta badannya bergerak sendiri diangkat sesuatu. “Apa benda yang angkat saya ni?” pelik Pearl melihat dirinya diangkat oleh haiwan-haiwan kenit yang boleh bercakap. “Berat juga manusia ni,” “Kau pun pernah jadi manusia juga, kan,” “Kau pun sama,” “Dah-dahlah korang ni. Kita dah nak sampai curam ni. Sampai sana terus campak manusia ni tau,” perbualan mereka menyebabkan Pearl menjadi takut dan terus berusaha untuk melepaskan diri. “Eh? Kenapa ni?” pelik mereka apabila Pearl mula bergerak. Pearl terlepas dari haiwan-haiwan kenit itu dan terjatuh dalam gaung. ”Alamak! Puteri suruh kita campak dia dalam curam, bukan dalam gaung,” “Tak apa. Nanti dia mati juga dimakan haiwan buas. Jom kita pergi,” lalu mereka beredar. “Aduh! Apa dah berlaku ni? Macam mana saya boleh jatuh di tangan makhluk tadi?” Pearl cuba untuk melepaskan dirinya. “Wargh!” suara gauman menyebabkan bulu roma Pearl naik. Pearl menggigil sambil cuba melepaskan ikatan tangan dan kakinya. Apabila tali pada tangannya berjaya dileraikan, tiba-tiba makhluk yang mengaum tadi muncul di hadapan Pearl. “Ahhh!” Pearl menjerit sambil menutup matanya. “Pahlawan!” bisik Pearl dalam hatinya. Angin tiba-tiba menjadi kencang. Apabila reda, Pearl membuka matanya. Terkejut dia apabila makhluk itu berlumuran darah di hadapan seorang lelaki. “Siapa?”

No comments:

Post a Comment