NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Bab 13 - Muka Sebenar
“Si…siapa?” ketakutan Pearl. Lelaki itu
menoleh ke arah Pearl lalu melutut satu kaki. “Terima kasih kerana memanggil
saya ke sini,” pelik Pearl. “Tapi, saya tak panggil awak, Muhzan,” balas Pearl.
“Apa yang cik Pearl fikirkan tadi menyebabkan saya boleh masuk ke dalam
gelombang ini untuk membantu cik,” senyum Muhzan, matanya tiba-tiba berubah
warna menjadi silver. “Pah…lawan? Tapi, bukankah pahlawan semuanya ada 12
orang? Macam mana boleh ada yang ke13? Hah? Ada lagi penting! Mana 12 pahlawan
dan Sef?” gelabah Pearl. “Sef? Cik jumpa dengan Sef?” cemas Muhzan. “Ye. Jangan
panggil cik. Panggil Pearl je. Tadi kami jumpanya di istana sana…huh?”
tiba-tiba Pearl teringat kembali peristiwa sebelum dia dicampak ke gaung.
Semasa dia pengsan di bilik Sef, dia terdengar perbualan Sef dengan haiwan
kenit itu. “Terima kasih budak hingusan
kerana menyerahkan semua pahlawan kepada saya. Mesti nanti saya dapat naik
pangkat. Hahaha. Korang semua, campak manusia ni ke curam sana. Sekarang! Biar
saya ‘uruskan’ 12 pahlawan itu. Hahahaha,” “Apa yang telah saya buat ni? Tadi….bukan
Sef?” air mata Pearl mula mengalir. Muhzan meletakkan tangannya pada bahu kiri
Pearl. “Jangan mudah berputus asa, Pearl,” kata Muhzan. Pearl mengelap air
matanya. “Betul kata kau, Muhzan. Kesalahan yang telah dilakukan, saya pasti
akan membetulkannya semula. Mari Muhzan,” lantas mereka terus ke istana
tersebut. “Tunggu saya, pahlawan!” nekad Pearl. Di dalam sebuah makmal,
kelihatan 12 pahlawan itu berada di dalam silinder yang berisi air. “Derora
pasti bahagia apabila tahu kejayaan saya ni,” tiba-tiba pintu makmal itu
musnah. Terkejut penyamar Sef itu. “Berani kau menipu saya! Pulangkan mereka
pada saya sekarang!” Pearl terus menyerang penyamar itu namun dihalang oleh
orang suruhan penyamar itu. “Bunuh mereka!” arahnya. “Pearl, biar saya selesai orang
suruhannya ni. Pearl uruskan penyamar tu,” kata Muhzan.
****
“Hiak!” Pearl
sedang berlawan dengan penyamar itu. “Tak guna!” penyamar itu menekan satu
butang pada mesinnya. Buih-buih muncul di dalam silinder pahlawan-pahlawan itu.
“Apa yang kau buat, hah?” geram Pearl. Tiba-tiba semua pahlawan itu hilang dan
asap hitam muncul menuju ke leher penyamar itu. “Cantik tak rantai saya ni?
Terima kasih kepada kau. Akhirnya saya dapat kuasa baru. Hahaha!” Pearl
tercampak ke dinding akibat kuasa yang terlalu kuat. Pearl muntah darah. Sepantas
kilat, penyamar itu berada di hadapan Pearl. “Selamat tinggal, budak mentah,”
Cahaya hitam keluar dari tangan penyamar itu. “Dush!” Muhzan rebah di hadapan
Pearl. “Muhzan! Kenapa…kenapa kau lindungi saya?” menangis Pearl kerana
serangan penyamar itu mengenai Muhzan yang cuba melindungi Pearl.
“Sebab…sayakan..pahlawan Pearl…terima…kasih..sebab…sudi…jadi kawan..,” darah
keluar dari mulut Muhzan. “Hahahaha! Jadi, tinggal kau seorang sahaja. Eh? Apa
ni?” terkejut penyamar itu apabila cahaya putih mula mengelilingi Pearl yang
sedang berada di sisi Muhzan manakala cahaya hitamnya makin hilang. Semua
serangannya gagal mencederakan Pearl. Pearl mula berdiri. “Berani..kau…buat
begitu..pada…kawan saya!” penyamar itu tercampak akibat kuasa Pearl.
“Kau…ingat…12 pahlawan kau akan mati jika saya musnahkan rantai hitam ni,” ugut
penyamar itu. “Muhzan, Ali, Berahim, Charlie, Ethan, Hilman, Hilmi, Fitri, Jamie,
Kamal, Lukman, Izzul, Danial, maafkan Pearl..kerana gagal melindungi korang.
Korang selalu melindungi Pearl,” Pearl semakin mendekati penyamar itu.
“Kau…jangan dekat!” penyamar itu makin mengundur. “Tolong…kembali..pada saya!”
tiba-tiba rantai Pearl bercahaya. Badan Muhzan turut bercahaya. “Sakit! Tolong
saya!” penyamar itu mula kepanasan. Dia menarik rantainya dan mencampakkannya
ke lantai. Mutiara bertaburan di atas lantai. Mutiara tersebut mula bercahaya
putih dan masuk ke dalam rantai yang dipakai Pearl. Muhzan turut hilang. “Ma…maafkan
saya…,” merayu penyamar. Sekelip mata, penyamar itu lesap selepas Pearl
memusingkan badannya. Pearl terduduk kesakitan. “Ini…kuasa baru?” “Pearl..,” “Siapa?” pelik Pearl melihat
tiada sesiapa disekelilingnya. “Pearl, ni
saya, Sef..,” “Sef? Kenapa…saya boleh mendengar Sef cakap?” kata Pearl
sambil memegang kepalanya. “Pearl, tidak
lama lagi konco-konco Derora akan sampai. Lekas pergi dari tempat tu. Keluar
dari situ melalui gelombang yang sama Pearl masuk tadi,” lantas Pearl terus
berlari dari situ. “Huh…huh,” tercunggap-cunggap Pearl. “Pearl, guna kuasa halimunan dan sihir untuk menghilangkan jejak dan
bau,” akur Pearl. Akhirnya Pearl menjumpai gelombang itu dan berjaya keluar
dari tempat itu. “Saya…berjaya,” Pearl terus rebah atas tanah yang lapang. “Pearl,
kuasa yang kau guna tadi, mampu untuk menewaskan Derora sebelum dia dapat
tubuhnya,” kata Sef. “Tapi, macam mana saya nak tahu di mana Derora sekarang?”
tanya Pearl. “Pergilah ke Black Cave, melalui gelombang yang akan muncul
apabila bulan penuh nanti,” kata seorang gadis. “Siapa kalian? Saya pernah
jumpa kalian bersama-sama dengan omma, kan?” pelik Pearl apabila ramai perempuan
di sekeliling Sef. “Sebenarnya, kamilah orang yang disayangi oleh pahlawan
awak, Pearl. Saya…kakak Ali,” terkejut Pearl. “Saya ibu Hilman dan Hilmi,”
“Saya adik Berahim,” “Saya jiran Charlie,” “Saya adik susuan Ethan,” “Saya
tunang Danial,” “Saya anak Kamal,” “Saya kembar Fitri,” “Saya musuh Lukman,”
“Saya tuan kepada Izzul,” “Saya sepupu Jamie,” Pearl memandang Sef. “Dan..saya
isteri Muhzan,” “Jap jap…jadi, korang semua ada hubungan dengan semua pahlawan
ni? Dan korang terkorban sebab berlawan dengan Derora?” tanya Pearl. “Pearl,
sebenarnya, semua pahlawan itu terkorban sebab melindungi kami. Tapi, roh
mereka enggan untuk meninggalkan kami. Jadi, Sef muncul untuk memberi keamanan
kepada mereka,” jawab jiran Charlie. “Tidak lama selepas itu, kami terkorban
sebab enggan mengikut arahan Derora yang inginkan kuasa untuk menakluki dunia,”
ujar kakak Ali. “Apabila saya sedar yang ajal saya nak sampai, saya suruh Muhzan
memanah saya supaya rantai saya ini dapat dihantar pada Pearl. Mula-mula Muhzan
enggan, termasuklah semua pahlawan itu, namun dia terpaksa,” kata-kata Sef
menyebabkan Pearl teringat di mana Sef mati dipangkuan Muhzan. “Pearl, jangan
risau. Kami sentiasa berada di sisi kamu. Kami harap kau dapat menewaskan
Derora,” kata Sef. Pearl membuka matanya. Air matanya mula mengalir
laju.
No comments:
Post a Comment