Monday, August 27, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 14)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 14 - Saya Dah Mati?

Pearl duduk sambil menoleh ke kiri dan kanan. Dia terlihat ada baju dan seluar tersandar pada sebuah kerusi. “Di mana saya ni? Macam mana saya boleh berada di sini?” pelik Pearl apabila mendapati dirinya berada di atas tilam di tengah-tengah bilik. Pearl meraba lehernya.Terbeliak matanya apabila mendapati rantainya hilang. “Adakah…mereka pergi sebab…kejadian hari tu?” sedih Pearl. Lalu Pearl bangun dan keluar untuk mengetahui lokasinya sekarang. Ketika sedang berjalan, dia ternampak Jamie dan Lukman menuju ke arahnya sambil berbual-bual. “Jamie, Lukman!” seronok Pearl lalu mempercepatkan langkahnya. Terbeliak matanya apabila mereka tidak nampaknya malah menembusi badan Pearl. “A..pa…dah…berlaku?” badan Pearl mula menggigil. “Hiakk!” Pearl terdengar sesuatu lalu berlari ke arah suara tersebut. Kelihatan Kamal dan Izzul sedang berlawan satu sama lain. “Izzul! Kamal! Dengar tak suara saya?! Ni saya, Pearl!” namun Izzul dan Kamal tetap berlawan. Tidak jauh dari situ, Pearl ternampak Berahim dan Charlie turut berlawan. Lantas dia berlari ke arah tersebut. “Jap. Kau dengar sesuatu tak, Izzul?” tanya Kamal, berhenti berlawan. “Hah? Tak dengar apa-apa pun. Kenapa?” pelik Izzul. “Berahim! Charlie! Berhenti!” namun Berahim dan Charlie tidak dapat mendengarnya. Pearl mengeluh lalu terduduk di bawah sebuah pokok berhampiran perlawanan Berahim dan Charlie. “Adakah..saya dah mati? Kenapa mereka tak dapat lihat dan dengar suara saya? Jadi, siapa yang akan bunuh Derora? Pahlawan…,” Pearl mula menangis. “Apa ni?” terkejut Jamie dan Lukman. Lukman terus ke kerusi di mana baju dan seluar tersandar. “Dush!” pukulan Lukman menyebabkan Ethan muncul di atas kerusi berpakaian baju dan seluar yang bersandar itu. “Apa yang kau buat ni?! Sakitlah!” marah Ethan. “Kami yang patut cakap begitu! Mana Pearl, hah?!” balas Lukman. “Dia ada di si…hah? Mana Pearl?” terkejut Ethan. “Kan kami suruh kau jaga dia. Kenapa kau tidur pula?” geram Jamie. “Jangan risau. Biar saya hilangkan kuasa halimunan dan tembusan saya. Nanti pasti kita dapat cari dia,” lalu Ethan membuat gaya. Meluat Jamie dan Lukman. “Kuasa ombak ais!” Berahim menyerang Charlie menggunakan kuasanya. Charlie berjaya mengelak. Namun, kuasa tersebut tepat menghala ke arah Pearl. Mata Pearl terbeliak. Lantas dia terus memejamkan matanya. “Serangan lahar api!” muncul Ali menggunakan kuasanya dari arah bertentangan dengan kuasa Berahim. “Gelombang angin!” Muhzan turut muncul menggunakan kuasanya supaya letupan antara kuasa Ali dan Berahim berlaku dalam gelombangnya. “Selamat pagi, Pearl. Akhirnya kau bangun juga. Sudah 2 hari Pearl tidur tau. Risau kami,” “Eh?” Pearl membuka matanya selepas terdengar suara tersebut.  Terkejut dia apabila mendapati sepasang sayap hitam membolehkannya dia terapung di atas langit. “Fitri?” tanya Pearl. “Ye, saya. Jap ye. Saya turunkan Pearl,” lalu Fitri menurunkan Pearl dengan menggunakan kuasa shadow wing. “Kau ok ke, Pearl?” risau Muhzan. “Saya ok,” balas Pearl. “Maafkan kami sebab tak perasan awak,” menyesal Berahim dan Charlie. “Ni semua salah Ethan sebab tak jaga Pearl baik-baik tadi,” muncul Lukman diikuti Ethan dan Jamie. “Maafkan saya, Pearl. Saya guna kuasa halimunan dan tembusan supaya konco-konco Derora tak dapat kesan,” menyesal Ethan. “Kalau tak, 2 minggu kut Pearl terlantar nanti!” geram Jamie.  “Nasib baik hidung Ali kuat dan dapat kesan Pearl,” kata Fitri. “Kami pun dapat kesan Pearl juga,” balas Izzul yang tiba-tiba muncul dengan Kamal. “Betul tu. Buktinya kami baling batu besar untuk menjadi pelindung Pearl,” sokong Kamal. Lantai mula bergegar. “Selamat pagi, Pearl!” muncul Danial dari bawah tanah bersama-sama dengan Hilman dan Hilmi. Air mata Pearl menitis. Terkejut semua. “Kenapa Pearl? Kau masih takut sebab kejadian tadi ke?” risau Hilman. “Daniallah ni. Suruh kita bergabung kuasa melalui bawah tanah untuk mengelakkan serangan Berahim terpesong kena Pearl,” geram Hilmi. “Bukanlah! Salah Ethan!” balas Lukman. “Salah sayalah!” mengaku Berahim. “Kenapa akak nangis? Kak sakit ke?” tanya Ali. Pearl mengelap air matanya. “Saya….terharu sebab korang semua melindungi Pearl…walaupun Pearl tidak berjaya melindungi korang semua hari tu,” kata-kata Pearl menyebabkan semua pahlawan tersenyum. “Muhzan dah ceritakan semuanya pada kami,” jawab Danial. “Bukan salah Pearl. Lagipun, kami kan pahlawan Pearl. Jadi, dah tugas kami untuk melindungi Pearl,” kata Charlie. “Terima kasih semua…kerana setia dengan Pearl…dan berada di samping Pearl,” terharu Pearl.
*****

Selepas itu, mereka memulakan perjalanan untuk keluar daripada hutan tersebut. Sambil jalan, Pearl mula berbisik dalam hatinya. “Nampaknya, semua pahlawan dah dapat kawal kuasa mereka. Ethan ada kuasa tembusan, Ali ada kuasa lahar api, Berahim ada kuasa ombak ais, Fitri ada kuasa shadow yang boleh berubah bentuk, Danial pula tidak perlu berubah jadi cacing gergasi untuk menggunakan kuasanya, Izzul pun boleh berubah beruang tanpa bulan penuh, Hilman dan Hilmi boleh bergabung dengan semua kuasa pahlawan yang lain, dan….mereka saling memahami kuasa masing-masing. Pasti kami dapat menewaskan Derora,” bersemangat Pearl. “Lagi setengah jam kita akan sampai ke bandar,” kata Ali yang baru turun dari pokok. “Tolong!” kedengaran suara orang meminta tolong. ”Biar kami tengok. Ali, Berahim, Danial, Charlie, Jamie dan Muhzan tunggu sini untuk melindungi Pearl. Yang lain ikut saya,” Kamal memberi arahan. “Baik!” akur mereka. “Apa dah berlaku ye?” pelik Charlie. “To…long,” mereka terdengar suara budak lalu mencari suara tersebut. “Pearl! Sini!” panggil Danial. “Huh?” terkejut Pearl apabila ternampak seorang budak kecil berlumuran darah. Pearl terus menggunakan kuasanya. “Siapa yang buat ni? Kejamnya,” ngeri Berahim. Tidak lama kemudian, kecederaan budak itu sembuh. Matanya dibukanya perlahan-lahan. “Adik…adik ok? Apa dah berlaku?” tanya Pearl. “Wuahh…omma…,” tiba-tiba sahaja budak itu menangis. “Anakku,” seorang perempuan tua muncul dari belakang mereka lantas memeluk budak kecil itu. 

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 13)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 13 - Muka Sebenar

 “Si…siapa?” ketakutan Pearl. Lelaki itu menoleh ke arah Pearl lalu melutut satu kaki. “Terima kasih kerana memanggil saya ke sini,” pelik Pearl. “Tapi, saya tak panggil awak, Muhzan,” balas Pearl. “Apa yang cik Pearl fikirkan tadi menyebabkan saya boleh masuk ke dalam gelombang ini untuk membantu cik,” senyum Muhzan, matanya tiba-tiba berubah warna menjadi silver. “Pah…lawan? Tapi, bukankah pahlawan semuanya ada 12 orang? Macam mana boleh ada yang ke13? Hah? Ada lagi penting! Mana 12 pahlawan dan Sef?” gelabah Pearl. “Sef? Cik jumpa dengan Sef?” cemas Muhzan. “Ye. Jangan panggil cik. Panggil Pearl je. Tadi kami jumpanya di istana sana…huh?” tiba-tiba Pearl teringat kembali peristiwa sebelum dia dicampak ke gaung. Semasa dia pengsan di bilik Sef, dia terdengar perbualan Sef dengan haiwan kenit itu. “Terima kasih budak hingusan kerana menyerahkan semua pahlawan kepada saya. Mesti nanti saya dapat naik pangkat. Hahaha. Korang semua, campak manusia ni ke curam sana. Sekarang! Biar saya ‘uruskan’ 12 pahlawan itu. Hahahaha,” “Apa yang telah saya buat ni? Tadi….bukan Sef?” air mata Pearl mula mengalir. Muhzan meletakkan tangannya pada bahu kiri Pearl. “Jangan mudah berputus asa, Pearl,” kata Muhzan. Pearl mengelap air matanya. “Betul kata kau, Muhzan. Kesalahan yang telah dilakukan, saya pasti akan membetulkannya semula. Mari Muhzan,” lantas mereka terus ke istana tersebut. “Tunggu saya, pahlawan!” nekad Pearl. Di dalam sebuah makmal, kelihatan 12 pahlawan itu berada di dalam silinder yang berisi air. “Derora pasti bahagia apabila tahu kejayaan saya ni,” tiba-tiba pintu makmal itu musnah. Terkejut penyamar Sef itu. “Berani kau menipu saya! Pulangkan mereka pada saya sekarang!” Pearl terus menyerang penyamar itu namun dihalang oleh orang suruhan penyamar itu. “Bunuh mereka!” arahnya. “Pearl, biar saya selesai orang suruhannya ni. Pearl uruskan penyamar tu,” kata Muhzan.
****

“Hiak!” Pearl sedang berlawan dengan penyamar itu. “Tak guna!” penyamar itu menekan satu butang pada mesinnya. Buih-buih muncul di dalam silinder pahlawan-pahlawan itu. “Apa yang kau buat, hah?” geram Pearl. Tiba-tiba semua pahlawan itu hilang dan asap hitam muncul menuju ke leher penyamar itu. “Cantik tak rantai saya ni? Terima kasih kepada kau. Akhirnya saya dapat kuasa baru. Hahaha!” Pearl tercampak ke dinding akibat kuasa yang terlalu kuat. Pearl muntah darah. Sepantas kilat, penyamar itu berada di hadapan Pearl. “Selamat tinggal, budak mentah,” Cahaya hitam keluar dari tangan penyamar itu. “Dush!” Muhzan rebah di hadapan Pearl. “Muhzan! Kenapa…kenapa kau lindungi saya?” menangis Pearl kerana serangan penyamar itu mengenai Muhzan yang cuba melindungi Pearl. “Sebab…sayakan..pahlawan Pearl…terima…kasih..sebab…sudi…jadi kawan..,” darah keluar dari mulut Muhzan. “Hahahaha! Jadi, tinggal kau seorang sahaja. Eh? Apa ni?” terkejut penyamar itu apabila cahaya putih mula mengelilingi Pearl yang sedang berada di sisi Muhzan manakala cahaya hitamnya makin hilang. Semua serangannya gagal mencederakan Pearl. Pearl mula berdiri. “Berani..kau…buat begitu..pada…kawan saya!” penyamar itu tercampak akibat kuasa Pearl. “Kau…ingat…12 pahlawan kau akan mati jika saya musnahkan rantai hitam ni,” ugut penyamar itu. “Muhzan, Ali, Berahim, Charlie, Ethan, Hilman, Hilmi, Fitri, Jamie, Kamal, Lukman, Izzul, Danial, maafkan Pearl..kerana gagal melindungi korang. Korang selalu melindungi Pearl,” Pearl semakin mendekati penyamar itu. “Kau…jangan dekat!” penyamar itu makin mengundur. “Tolong…kembali..pada saya!” tiba-tiba rantai Pearl bercahaya. Badan Muhzan turut bercahaya. “Sakit! Tolong saya!” penyamar itu mula kepanasan. Dia menarik rantainya dan mencampakkannya ke lantai. Mutiara bertaburan di atas lantai. Mutiara tersebut mula bercahaya putih dan masuk ke dalam rantai yang dipakai Pearl. Muhzan turut hilang. “Ma…maafkan saya…,” merayu penyamar. Sekelip mata, penyamar itu lesap selepas Pearl memusingkan badannya. Pearl terduduk kesakitan. “Ini…kuasa baru?” “Pearl..,” “Siapa?” pelik Pearl melihat tiada sesiapa disekelilingnya. “Pearl, ni saya, Sef..,” “Sef? Kenapa…saya boleh mendengar Sef cakap?” kata Pearl sambil memegang kepalanya. “Pearl, tidak lama lagi konco-konco Derora akan sampai. Lekas pergi dari tempat tu. Keluar dari situ melalui gelombang yang sama Pearl masuk tadi,” lantas Pearl terus berlari dari situ. “Huh…huh,” tercunggap-cunggap Pearl. “Pearl, guna kuasa halimunan dan sihir untuk menghilangkan jejak dan bau,” akur Pearl. Akhirnya Pearl menjumpai gelombang itu dan berjaya keluar dari tempat itu. “Saya…berjaya,” Pearl terus rebah atas tanah yang lapang. “Pearl, kuasa yang kau guna tadi, mampu untuk menewaskan Derora sebelum dia dapat tubuhnya,” kata Sef. “Tapi, macam mana saya nak tahu di mana Derora sekarang?” tanya Pearl. “Pergilah ke Black Cave, melalui gelombang yang akan muncul apabila bulan penuh nanti,” kata seorang gadis. “Siapa kalian? Saya pernah jumpa kalian bersama-sama dengan omma, kan?” pelik Pearl apabila ramai perempuan di sekeliling Sef. “Sebenarnya, kamilah orang yang disayangi oleh pahlawan awak, Pearl. Saya…kakak Ali,” terkejut Pearl. “Saya ibu Hilman dan Hilmi,” “Saya adik Berahim,” “Saya jiran Charlie,” “Saya adik susuan Ethan,” “Saya tunang Danial,” “Saya anak Kamal,” “Saya kembar Fitri,” “Saya musuh Lukman,” “Saya tuan kepada Izzul,” “Saya sepupu Jamie,” Pearl memandang Sef. “Dan..saya isteri Muhzan,” “Jap jap…jadi, korang semua ada hubungan dengan semua pahlawan ni? Dan korang terkorban sebab berlawan dengan Derora?” tanya Pearl. “Pearl, sebenarnya, semua pahlawan itu terkorban sebab melindungi kami. Tapi, roh mereka enggan untuk meninggalkan kami. Jadi, Sef muncul untuk memberi keamanan kepada mereka,” jawab jiran Charlie. “Tidak lama selepas itu, kami terkorban sebab enggan mengikut arahan Derora yang inginkan kuasa untuk menakluki dunia,” ujar kakak Ali. “Apabila saya sedar yang ajal saya nak sampai, saya suruh Muhzan memanah saya supaya rantai saya ini dapat dihantar pada Pearl. Mula-mula Muhzan enggan, termasuklah semua pahlawan itu, namun dia terpaksa,” kata-kata Sef menyebabkan Pearl teringat di mana Sef mati dipangkuan Muhzan. “Pearl, jangan risau. Kami sentiasa berada di sisi kamu. Kami harap kau dapat menewaskan Derora,” kata Sef. Pearl membuka matanya. Air matanya mula mengalir laju.

Monday, August 20, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 12)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 12 - Mari Kita Berkawan

“Tapi, bagaimana kita nak cari kunci yang dimaksudkan Sef?” fikir Pearl semasa mereka berjalan keluar dari sebuah bandar. Tiba-tiba angin menjadi kencang. Mereka melindungi muka mereka dengan menggunakan lengan mereka. Apabila angin mula redha, mereka menurunkan lengan mereka. Terkejut mereka apabila mendapati seorang lelaki sedang melutut satu kaki di hadapan Pearl. “Siapa awak ni?” tanya Pearl. Lelaki itu memandang Pearl sambil mengukir senyuman. “Pewaris Sef, izinkan saya untuk membawa cik dan 12 pahlawan ini untuk berlawan dengan Derora,” terkejut mereka. “Jadi, awaklah kunci yang dimaksudkan Sef?” tanya Pearl. Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman. Di sebuah tanah yang lapang, lelaki itu membuat sesuatu gaya dan tiba-tiba satu gelombang hitam muncul. “Baiklah. Dengan melalui lubang ini, kalian akan ke kawasan di mana Derora berada,” kata lelaki itu. “Pearl, boleh ke kita percaya dia ni?” tanya Danial. “Saya tak rasa dia ada niat jahat,” Pearl mendekati lelaki itu. “Adakah awak akan ikut kami bersama?” tanya Pearl. “Maafkan saya, cik. Saya hanya diarahkan untuk membuka pintu sahaja,” jawab lelaki itu. “Boleh saya tahu nama awak?” tanya Pearl. Pelik lelaki itu. Lelaki itu teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Pearl. Akhirnya dia menjawab soalan Pearl sambil tersenyum. “Panggil saya Muhzan,” “Muhzan, terima kasih kerana membantu kami,” mereka bersiap-siap untuk masuk ke dalam lubang tersebut. “Muhzan, kalau kita bertemu lagi, jangan lupa tegur saya tau. Sebab kitakan kawan. Jumpa lagi,” ceria suara Pearl lalu Pearl dan 12 pahlawan itu hilang ditelan gelombang itu. Muhzan memegang gelombang itu, namun seperti sesuatu telah menghalangnya untuk memasuki lubang itu. “Sef, maafkan saya,” sedih Muhzan sambil memandang langit yang biru.
*****
Pearl dan 12 pahlawan tiba di kawasan yang sangat suram menyebabkan bulu roma mereka naik. “Tempat ini penuh dengan kejahatan,” seram Charlie. “Mari kita ke istana itu,” ajak Pearl lalu mereka memulakan perjalanan mereka. Semua musuh yang menghalang perjalanan mereka berjaya ditewaskan. Akhirnya mereka tiba di depan pintu sebuah istana. Dengan beraninya, mereka masuk ke dalam istana tersebut. Apabila mereka naik ke tingkat 2, terkejut mereka apabila ternampak Sef diikat pada tiang dengan kecederaan yang penuh pada tubuhnya. “Sef!” mereka terus membuka ikatan tali tersebut. Pearl merawatnya. Tidak lama kemudian, Sef membuka matanya. “Sef dah sedar. Sef, awak tak ada apa-apa?” risau Pearl. 12 pahlawan hanya pandang Sef dari jauh. “Awak…Pearl?” tanya Sef. “Ye. Sayalah Pearl, pewaris awak. Saya dah bawa 12 pahlawan Sef. Tapi, macam mana Sef boleh ada istana Derora?” balas Pearl. Sef memandang 12 orang pahlawannya yang enggan bertentang mata dengannya sebelum dia memandang Pearl semula. “Sebenarnya, sewaktu Derora menyumpah dirinya untuk kembali, dan selepas saya menghantar semua pahlawan saya untuk membantu Pearl, saya telah diseksa di sini, istana saya,” perlahan suara Sef. “Istana Sef? Bukan istana Derora?” terkejut Pearl. “Pearl, pegang kedua-dua tangan saya,” akur Pearl. Tiba-tiba seperti ada kuasa yang hebat menyebabkan seluruh kawasan istana itu menjadi terang dan tenang. “Inilah istana saya,” ujar Sef.
****
Di dapur, sedang Sef dan Pearl memasak, “Sef, apa yang telah berlaku sebenarnya sehingga semua pahlawan itu enggan memandang awak?” Sef menundukkan kepalanya. “Sebenarnya, saya enggan mereka berkorban sebab saya. Jadi, saya menghantar mereka ke masa depan. Biarlah saya saja yang terkorban. Saya harap saya dapat bersama mereka seperti dulu,” perlahan suara Sef. “Jadi, Derora sekarang kat mana, Sef?” Pearl mengubah topiknya. “Derora mengurungkan dirinya di dalam Black Cave. Dalam masa 2 minggu, dia akan menakluk bumi ni,” jawab Sef. Selepas selesai memasak dan menghidang, Sef duduk di atas kerusi. Wajahnya muram memandang semua pinggan yang kosong. “Jangan risau, Sef. Biar saya pujuk mereka,” “Tapi,” “Percayalah pada saya,” lalu Pearl mencari 12 pahlawan tersebut. “Apa kita nak buat sekarang?” tanya Kamal. “Betul tu. Apa yang korang nak buat sekarang?” tanya Pearl, terkejut mereka. “Makanan dah siap. Jomlah kita makan,” ajak Pearl. “Kami takkan makan dengan orang yang telah membuang kami,” geram Lukman. “Sebenarnya, Sef buat begitu sebab dia enggan melihat korang terkorban,” jawab Pearl. “Tapi, memang itu tugas kami,” balas Ethan. “Betul tu. Kami sanggup berkorban untuk membunuh Derora,” sokong Danial. “Pearl tahu yang korang marah sebab orang yang korang sayang mengkhianati korang. Tapi, berilah dia peluang. Cuba tengok keadaan dia semasa kita sampai tadi. Cuba ingat apa pengorbanannya kepada korang. Tanpa dia, kita takkan bertemu,” sebak suara Pearl. Mereka terdiam.
****

Sef mula mengeluh. Tiba-tiba pintu dewan makan terbuka. Menitis air mata Sef apabila semua pahlawan itu duduk di atas kerusi masing-masing. Di sebalik pintu dewan makan, Pearl tersenyum. Tiba-tiba mata Pearl menjadi kabur dan kepalanya pening. “Adakah saya penat memasak tadi? Mungkin juga,” kata Pearl bersendirian sambil berjalan menuju ke bilik Sef. Pearl terbaring di atas katil Sef. Di dalam rumah Pearl, mak Pearl sedang memasak di dapur. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. “Omma, Pearl dah balik,” kata Pearl. “Pearl,” maknya terus memeluknya dengan erat. Pearl gembira kerana dia berjaya mengumpulkan 12 pahlawannya dan dapat bertemu semula dengan ibunya. “Pearl, janjilah yang kau akan bunuh Derora dan pulang rumah dengan selamat,” kata maknya. “Apa maksud omma?” pelik Pearl. “Pearl, maafkan kami kerana memberi beban yang berat ini kepada kamu,” muncul beberapa orang perempuan yang pelbagai umur di sekeliling maknya. “Siapa…?” makin pelik Pearl. “Pearl, bukalah matamu sayang,” Pearl membuka matanya. “Hmm?” terkejut Pearl apabila mendapati dirinya diikat pada mulut, tangan dan kaki serta badannya bergerak sendiri diangkat sesuatu. “Apa benda yang angkat saya ni?” pelik Pearl melihat dirinya diangkat oleh haiwan-haiwan kenit yang boleh bercakap. “Berat juga manusia ni,” “Kau pun pernah jadi manusia juga, kan,” “Kau pun sama,” “Dah-dahlah korang ni. Kita dah nak sampai curam ni. Sampai sana terus campak manusia ni tau,” perbualan mereka menyebabkan Pearl menjadi takut dan terus berusaha untuk melepaskan diri. “Eh? Kenapa ni?” pelik mereka apabila Pearl mula bergerak. Pearl terlepas dari haiwan-haiwan kenit itu dan terjatuh dalam gaung. ”Alamak! Puteri suruh kita campak dia dalam curam, bukan dalam gaung,” “Tak apa. Nanti dia mati juga dimakan haiwan buas. Jom kita pergi,” lalu mereka beredar. “Aduh! Apa dah berlaku ni? Macam mana saya boleh jatuh di tangan makhluk tadi?” Pearl cuba untuk melepaskan dirinya. “Wargh!” suara gauman menyebabkan bulu roma Pearl naik. Pearl menggigil sambil cuba melepaskan ikatan tangan dan kakinya. Apabila tali pada tangannya berjaya dileraikan, tiba-tiba makhluk yang mengaum tadi muncul di hadapan Pearl. “Ahhh!” Pearl menjerit sambil menutup matanya. “Pahlawan!” bisik Pearl dalam hatinya. Angin tiba-tiba menjadi kencang. Apabila reda, Pearl membuka matanya. Terkejut dia apabila makhluk itu berlumuran darah di hadapan seorang lelaki. “Siapa?”

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 11)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 11 - Dikawal


Kelihatan seorang lelaki bermata emas sedang memijak belakang Kamal. “Kamal!” Pearl muncul dari celah semak. “Akhirnya kau muncul juga, pemilik rantai,” Pearl terus memegang rantainya. Kamal mula tidak sedarkan diri. Semua pahlawan mula mendapat ingatan mereka kembali. Masing-masing memegang kepala sendiri. “Saya dah ingat!” kata mereka. “Siapa kau?! Dan kau nak apa hah!” tanya Pearl dengan nada marah. “Saya cuma nak kuasa kau,” perlahan-lahan lelaki itu mendekati Pearl. Hilman, Hilmi, Berahim, Charlie, Danial dan Izzul terus menyerang lelaki itu. “Pearl, cepat lari!” kata Ethan, sambil menggunakan kuasanya untuk membawa Pearl pergi dari situ. “Kamal cedera parah tu. Kalau tak rawat dia dengan segera..,” sedih Pearl, mereka berhenti berlari. Tiba-tiba tanah bergegar. “Nah, Pearl,” Danial muncul dari bawah tanah lalu membaringkan Kamal di depan Pearl. “Terima kasih, Danial,” lalu Danial kembali berlawan manakala Pearl merawat Kamal. “Kamal, tolonglah bangun,” menitis air matanya sambil menggunakan kuasa penyembuhnya. “Er..Pearl…maafkan saya..,” perlahan suara Kamal, mula membuka matanya. ”Jangan cakap, Kamal. Tunggu saya selesai rawat awak ni,” balas Pearl. “Saya…minta..maaf..sebab menipu awak…untuk mengembalikan ingatan..kawan awak.. Saya..risau yang awak akan..pergi selepas mereka..ingat awak,” “Apa yang awak mengarut, Kamal! Saya takkan tinggalkan kawan-kawan saya! Tanpa kalian, saya takkan berada di sini,” makin deras air mata Pearl gugur. “Pearl..,” terharu Kamal dan Ethan. “Adakah saya tertinggal sesuatu yang penting?” mereka bertiga terus memandang tuan punya suara itu. “Hilman! Hilmi! Berahim! Izzul! Charlie! Danial!” terbeliak mata Pearl apabila ternampak pahlawannya itu berada dalam belon yang terapung di atas langit. Lelaki itu memetik jarinya. Belon tersebut pecah lalu pahlawan tersebut mula terjatuh. “Jangannnn!” menjerit Pearl. “Fuh..nasib baik sempat selamatkan mereka,” kedengaran suara di belakang lalu Pearl dan Ethan menoleh. “Fitri…,” tersenyum Pearl melihat Fitri muncul dan menyelamatkan pahlawan yang terapung itu. “Hiakk!” kelihatan Ali sedang berlawan dengan lelaki itu. “Jom Ethan,” lalu Fitri dan Ethan menyertai Ali. Pearl berusaha merawat mereka. Tiba-tiba sebatang dahan melalui pipi kanan Pearl sehingga menyebabkan pipinya berdarah. Pearl terus menoleh ke arah dahan tersebut dibaling. “Saya dah puas main ni. Adakah kau dah puas bermain, pemilik rantai?” terkejut Pearl melihat Fitri, Ethan dan Ali seperti dihempap sesuatu yang lutsinar. Pearl berdiri menghadap lelaki itu. “Lukman, saya tahu apa yang berlaku pada awak pada masa lepas. Awak dan seorang perempuan sentiasa bergaduh dan bersaing. Tetapi, sebenarnya awak nak menarik perhatian dia saja, kan? Tetapi, pada suatu hari, sesuatu yang pelik telah berlaku pada kampung,” “Arghhhhhh! Hentikan!” lelaki itu terus mencekik leher Pearl. “Uhuk…tindakan…awak ni..menunjukkan yang…awak masih..ingatkan dia..uhuk,” “Hentikan!” lelaki itu semakin kuat mencekik leher Pearl. “Walau apa pun.. yang kau..lakukan pada saya..saya tetap memerlukan awak..Lukman, pahlawanku,” mata Pearl mula kabur. Tiba-tiba tangan lelaki itu terlepas daripada leher Pearl. Lelaki itu rebah di hadapan Pearl. “Uhuk huk huk…apa dah berlaku? Jarum?” pelik Pearl apabila mendapati belakang lelaki itu terpacak jarum klinik. “Pearl, awak tidak seharusnya mengingatkan peristiwa silamnya. Begitu juga dengan yang lain,” Jamie muncul dari semak. “Jamie? Apa maksud awak?” “Kami semua memang ada peristiwa pahit. Jadi, kami berkorban untuk membalas dendam demi orang yang kami sayang. Tetapi, Sef telah mengabaikan kami. Demi kepentingan dirinya, dia menghantar kami untuk membantu kau,” geram Jamie. “Kau…ingat pasal Sef?” terkejut Pearl. “Saya baca buku awak tu. Tiba-tiba saya teringat kisah silam saya. Tapi, saya yakin bukan saya saja yang sudah kembali ingatan. Yang lain pun mesti pernah baca buku awak tu,” Pearl memandang setiap wajah pahlawannya.
*****
Keesokkan harinya, semua pahlawan terjaga dan mendapati diri mereka berada di atas katil yang selesa. “Kat mana ni?” tertanya-tanya mereka. “Korang, dengar apa yang saya nak katakan, termasuk kau, Lukman,” semua tertumpu pada Jamie yang sedang duduk memandang ke luar tingkap. “Pearl dah tahu yang kita semua dah ingat pasal Sef. Dan korang mesti tahu yang Pearl tu pewaris Sef, orang yang kita benci. Sef telah menghantar kita ke sini dengan menggunakan rantai ni,” sambil menunjukkan rantai Pearl. “Dan saya tahu yang Lukman juga inginkan rantai ini musnah sebab jika rantai ini musnah, kita dapat kembali ke masa lepas tanpa perlu membantu Pearl berlawan dengan Derora. Jadi, Pearl memberi peluang kepada kita, sama ada ingin mengikut Pearl ataupun kembali ke masa lepas dengan menggunakan rantai ni,” masing-masing terdiam. “Jika Lukman tahu pasal rantai ni, kenapa dia baru muncul sekarang?” Berahim mula bersuara. “Saya sama macam kalian juga. Mula-mula saya tiada ingatan tentang peristiwa silam saya. Tetapi, saya terbaca buku tentang Sef dan semua peristiwa pahlawan, termasuklah kisah saya. Selepas ingatan saya kembali, saya terus buru Pearl untuk mendapatkan rantainya, di mana rantai tu boleh kembalikan saya malah kita semua ke zaman kita, zaman di mana orang memerlukan kita,” tiba-tiba Lukman teringat kata-kata Pearl. “..saya tetap memerlukan awak, Lukman” “Saya nak cakap sesuatu. Memang kita semua benci Sef sebab menghantar kita ke sini, tapi semasa kita terlupa tentang Sef, maksudnya bila kita masih hilang ingatan tentang masa lepas, siapa yang mengajar kita untuk meneruskan hidup? Siapa yang sentiasa bersama kita bila kita memerlukan seseorang? Siapa bersama kita dan merawat kita bila kita cedera? Saya yakin yang kecederaan kita semalam ni dirawat oleh Pearl,” Ali mula berkata-kata selepas turun dari katilnya. Masing-masing teringat saat mereka bersama dengan Pearl. “Walau apa pun keputusan korang, saya tetap bersama-sama dengan kakak Pearl,” nekad Ali lalu keluar daripada  bilik tersebut. “Orang yang menyelamatkan dan tidak gerun dengan saya ialah Pearl. Jadi, saya pilih Pearl,” Izzul turut keluar. “Pearl bagaikan ibu kami. Jadi, kami memilih Pearl,” Hilman dan Hilmi turut keluar. Selepas seorang demi seorang keluar, Lukman mendekati Jamie lalu memegang rantai tersebut. Jamie dan Lukman sama-sama mengenggam rantai tersebut.
******
Kelihatan Pearl sedang berdiri di hadapan sebuah kedai bunga. “Kakak!” lalu Pearl menoleh. Tersenyum Pearl apabila ternampak Ali, Berahim, Izzul, Fitri, Charlie, Danial, Ethan, Hilman, Hilmi dan Kamal sedang berdiri di hadapannya. “Eh? Mana Lukman dan Jamie?” pertanyaan Pearl menyebabkan senyuman pada wajah mereka hilang. Pearl terasa sesuatu pada lehernya lalu dipegangnya. ”Rantai?” Pearl terus menoleh ke belakang. “Izinkan kami untuk berkhidmat untuk cik Pearl,” kata Lukman dan Jamie. Air mata Pearl menitis sebab gembira.




<<B1       <B10    B12>       B19>>

Tuesday, August 14, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 10)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 10 - Memori


Kelihatan pahlawan-pahlawan sedang berlatih manakala Pearl sedang duduk di bawah sebuah pokok sambil membaca buku tentang sejarah Sef yang dipinjam di perpustakaan. “Apa yang akan berlaku jika mereka ingat Sef ye? Sebelum Sef mati, mereka semua enggan meninggalkan Sef. Jika mereka ingat tentang Sef, adakah mereka tetap nak bantu Pearl atau mereka akan kembali ke masa lepas?” tertanya-tanya Pearl sambil memegang rantai lehernya. “Hah! Cakap apa tu sorang-sorang,” Jamie mengejutkan Pearl dari belakang. Pearl terus menutup dan menyimpan buku tersebut ke dalam begnya. “Mengejutkan orang je. Tak ada kerja ke sampai nak menyergah orang,” geram Pearl. Mata Jamie sempat mengintai buku tersebut. “Saja je. Tengok kau tu free je. Mereka tanya nak sambung perjalanan ke tak? Atau kau perlukan rehat lagi?” “Macam perli je. Jomlah kita teruskan,” Pearl menggalas begnya lalu berjalan di hadapan Jamie. Tangan Jamie mendekati beg yang digalas Pearl. Apabila Ali mendekati Pearl, Jamie terus menarik semula tangannya. “Kak dah rehat ke?” tanya Ali. “Dah. Terima kasih sebab ambil berat. Jom kita gerak sekarang,” lalu mereka meneruskan perjalanan. Hari semakin gelap. Kabus pula mula menebal. Mereka bermalam di sebuah gua. Mereka bergilir-gilir berjaga di pintu gua. “Tebalnya kabus. Seram sejuk pula,” kata Charlie. “Wuahh..mengantuknya,” menguap Hilman. Tanpa mereka sedari, kabus mula memasuki gua itu. Charlie dan Hilman yang sedang menjaga di pintu gua mula terlelap. Pearl bermimpi semua kisah silam pahlawan-pahlawannya. Di dalam mimpi Pearl, Pearl yang sedang berdiri turut menangis melihat pahlawan-pahlawan tersebut menangis apabila kehilangan orang yang mereka sayang. Tiba-tiba muncul Sef, mengajak mereka untuk membalas dendam. Mereka berperang menentang Derora. Pearl mula menggigil ketakutan apabila melihat kehebatan kuasa jahat Derora. Dalam keadaan itu, dia terasa tangan kanannya hangat dipegang lalu dia menoleh ke kanan. “Sef?” rupa-rupanya Sef yang menggenggam tangannya. “Pearl, maafkan saya sebab memberi beban yang berat ini kepada kamu. Saya harap kamu dapat menewaskan Derora demi keamanan dunia,” “Tapi, saya tiada kuasa yang hebat untuk berlawan dengan Derora,” Pearl mula berasa resah. “Pearl, kuasa yang hebat tidak wujud dengan sendirinya. Kuasa tersebut muncul di sini,” kata Sef sambil memegang dadanya. “Hati?” tanya Pearl sambil memegang dadanya. “Baiklah. Pearl, bangun sekarang dan teruskan perjalanan untuk mengumpulkan semua pahlawan kamu,” Sef menolak Pearl ke depan. “Nanti, bagaimana saya nak cari Derora?” Pearl enggan melepaskan tangannya dari genggaman Sef. Pearl terasa dirinya mula menjauhi Sef. “Carilah kuncinya,” “Kunci?” Perlahan-lahan Sef melepaskan tangannya. “Nanti!” Pearl terbangun dari tidurnya. “Sef…,” sedih Pearl teringat mimpinya. “Eh? Mana semua pahlawan pergi?” terkejut Pearl apabila mendapati sekelilingnya kosong. Dia terus berdiri. Pearl menjerit memanggil nama pahlawannya di pintu gua. Namun, tiada balasan. Kabus masih tebal menyebabkan Pearl sukar untuk melihat. Tiba-tiba muncul orang di sebalik kabus yang tebal. Pearl mengecilkan matanya untuk melihat gerangan orang tersebut. Orang itu mula mendekati Pearl. “Siapa kau?” takut Pearl apabila mendapati orang tersebut tidak dikenalinya. “Kawan-kawan kau telah pergi dari sini,” terkejut Pearl apabila melihat mata orang tersebut berwarna kuning. “Pahlawan?” fikir Pearl. “Apa yang telah kau lakukan pada mereka?” tanya Pearl walaupun takut. “Saya hanya mengingatkan kembali peristiwa silam mereka sahaja,” “Peristiwa silam?” terbeliak Pearl apabila teringat peristiwa silam pahlawannya. “Kenapa kau mempermainkan memori orang lain, hah? Memori pada mereka sangat pahit dan saya hanya berharap mereka dapat melupakan peristiwa pahit itu,” geram Pearl. “Kamu ingat hanya mereka ada memori pahit? Saya kehilangan semua orang yang saya sayang tau! Saya berjanji untuk melindungi mereka, keluarga saya….tapi, saya gagal!” kabus mula mengelilingi tubuh orang tersebut, seperti dikawalnya. Pearl teringat mimpinya di mana seorang ayah kehilangan isteri dan anak-anaknya apabila kabus tebal menyelubungi kampung mereka. Tiba-tiba lutut Pearl lemah lalu dia melutut. “Saya memang tiada memori pahit seperti yang korang lalui. Tetapi, saya tidak dapat memaafkan Derora sehingga korang semua melalui peristiwa pahit itu,” Pearl mula berdiri. Cahaya putih mula berkumpul di sekeliling Pearl. Kabus mula menghilang akibat cahaya putih yang terang tersebut. “Sebab itu saya berjanji yang saya akan menewaskan semua kejahatannya supaya tiada lagi yang akan mengalami peristiwa pahit ini,” kata-kata Pearl menyebabkan semua kabus hilang dan orang kabus tersebut menjadi lelaki biasa. “Maafkan saya kerana tidak mengetahui perkara ini. Tapi, benarkanlah saya untuk menewaskan Derora yang telah memisahkan saya dengan keluarga saya,” melutut lelaki itu. Pearl kembali menjadi dirinya sendiri. “Boleh. Tetapi dengan syarat, saya nak kamu membantu saya untuk mencari kawan-kawan saya,” “Mereka semua ada di kampung sana, tidak jauh dari sini,” lelaki itu menunding jarinya.

****
Matahari mula terbit. “Kamal, boleh saya tahu apa yang telah berlaku pada mereka?” tanya Pearl semasa mereka dalam perjalanan ke kampung yang dimaksudkan Kamal. “Biasanya, selepas mereka bermimpi, ada dua perkara yang akan berlaku. Pertama, mereka akan menjadi diri mereka sendiri. Yang kedua, mereka akan jadi diri ‘sebenar’ mereka,” jawab Kamal. Mata Pearl mula terbeliak. Dia sedang membayangkan kampung tersebut banjir akibat kuasa Berahim, kampung tu terbakar akibat kuasa Ali, kampung tu tengelam di dalam tanah sebab kuasa Danial, kuasa Hilman dan Hilmi yang menyebabkan kemusnahan kampung tersebut dan penduduk kampung tersebut berlumuran darah akibat kuasa Izzul. “Ahhhh!” mereka terdengar jeritan suara perempuan lantas mereka ke arah tersebut. Kelihatan ramai penduduk kampung mengerumuni kawasan tersebut. Pearl dan Kamal mencelah masuk untuk melihat apa yang sudah berlaku. “Hah?” terbeliak mata Pearl apabila melihat Hilman dan Hilmi sedang menyanyi dan menari. “Apa semua ni?” tidak percaya Pearl. Orang yang mengerumuni mereka menepuk tangan masing-masing dengan gembiranya. Apabila selesai konsert mereka, Pearl terus mendekati Hilman dan Hilmi. “Hilman, Hilmi,” panggil Pearl. Mereka menoleh ke arah Pearl. “Kenapa cik? Nak tandatangan kami ke?” tanya Hilman. Terkejut Pearl. “Korang tak kenal saya ke?” tanya Pearl. “Emm..kejap kejap..cik mesti salah seorang peminat kami, kan?” jawab Hilmi. “Kamal?” Pearl memandang Kamal dengan wajah yang masih terkejut. “Mereka juga ada kemungkinan hilang ingatan,” kata Kamal. “Sementara atau kekal?” tanya Pearl. “Biasanya sementara, tapi ada kemungkinan kekal,” jawab Kamal. “Kami pergi dulu ye cik,” lalu Hilman dan Hilmi beredar. Pearl tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. “Pearl, mungkin yang lain ingat kau. Jangan cepat putus asa,” pujuk Kamal lalu mereka meneruskan perjalanan. “Ethan?” terkejut Pearl apabila ternampak Ethan di tepi sungai sedang membasuh baju menggunakan tangan sambil bergelak-ketawa dengan makcik-makcik di situ. Pearl mendekati Ethan. “Ethan, boleh kita cakap sekejap?” ajak Pearl lalu Ethan ke arah Pearl. “Ethan, apa yang telah berlaku sebenarnya?” tanya Pearl. “Apanya?” tak faham Ethan. “Kan semalam kita tidur, lepas tu kabus masuk…,” tidak sempat Pearl menghabiskan ayatnya apabila muka Ethan merah sambil menutup mulutnya. “Kita tidur bersama?” tidak percaya Ethan. “Hah?” ternganga mulut Pearl melihat Ethan tersipu-sipu. “Cik sedang melamar saya ke?” segan Ethan. “Oh tidak,” Pearl menepuk dahinya. “Melamar? Tahniah Ethan,” kata salah seorang makcik di situ. Kamal terus menarik lengan Pearl untuk melarikan diri dari situasi itu. “Saya tunggu panggilan cik ye,” sempat Ethan jerit. Pearl melepaskan tangan Kamal. Mereka berhenti berjalan. “Apa semua ni?” sedih Pearl. “Pin Pin..tumpang lalu,” suara orang kedengaran dari belakang Pearl. Pearl menoleh. “Izzul!” seronok Pearl apabila ternampak Izzul sedang mengendong kayu api pada bahunya. “Siapa cik?” pertanyaan Izzul menyebabkan Pearl terkelu. Izzul meneruskan perjalanannya.
******
“Ahhhhh!” Pearl menjerit di atas bukit, melepaskan geramnya. “Apa semua ni? Hilman dan Hilmi jadi penyanyi, Ethan membasuh baju di tepi sungai, Izzul mengangkat barang, Fitri memandikan kuda, Jamie jadi doktor, Charlie jadi penilik nasib, Danial bercucuk tanam, Berahim mengangkat air dan Ali pula membelah kayu api. Apa yang telah berlaku dalam satu malam je? Kenapa mereka tak ingat Pearl? Setelah banyak perkara yang telah kami lalui..,” air mata Pearl hampir mengalir. “Kamal, buatlah sesuatu,” pinta Pearl. “Saya pun tak tahu apa yang telah berlaku, Pearl. Kalau nak kembalikan ingatan mereka, cuba Pearl berlakon ke,” takut Kamal melihat wajah Pearl seperti hendak menelan dia. “Berlakon? Betul jugakan,” Pearl mendapat idea lalu terus berlari ke sungai. Pearl ternampak Berahim lalu berpura-pura lemas semasa Berahim sedang mengambil air di sungai. “Tolong..,” Berahim ternampak Pearl di dalam sungai sambil menjerit meminta tolong. “Cik, sungai tu cetek jelah,” Pearl terhenti lalu berdiri. Rupa-rupanya sungai itu hanya sampai paras lututnya sahaja. “Hahaha,” kedengaran bunyi ketawa Kamal di sebalik pokok tidak jauh dari situ. Pearl terus mencampak batang kayu tepat pada kepala Kamal.
******
Hari mula gelap. Di dalam sebuah rumah tumpangan, “Apa yang saya buat semua tak kena,” sedih Pearl sambil membentang tilam. “Kau boleh jadi pelawaklah Pearl. Hahaha,” Pearl terus mencampak bantal tepat kena kepala Kamal yang berdiri di luar pintu biliknya sebelum menutup pintu dengan kuat. “Kuat betul dia ni,” kata Kamal sambil berjalan menuruni tangga. “Oh?” Kamal terserempak dengan pahlawan-pahlawan yang lain. “Korang tinggal kat sini ke?” tanya Kamal. “Ha’ah. Mana kawan perempuan kau tu?” balas Charlie. “Tidur kat atas tu,” Kamal menunding jarinya pada bilik Pearl. Kelihatan Pearl sedang baring sambil membelek buku pinjamannya. “Seram pula tidur tanpa pahlawan ni. Jangan muncul raksasa musnahkan kampung ni sudah,” risau Pearl lalu mula membaca. “Ilusi? Ilusi berlaku berdasarkan fikiran kita dan akan hilang apabila kita berhenti berilusi, ataupun orang yang menyebabkan kita berilusi itu mati atau tidak sedarkan diri,” “Ohh, adakah kampung ni wujud sebab ilusi mereka? Jadi, kampung ni akan hilang kalau Kamal pengsanlah ye,” terfikir Pearl sebelum menyambung pembacaannya. “Kita akan berilusi jika teringinkan sesuatu. Atau ingin melupakan sesuatu. Tetapi, jika kita berilusi tentang perkara yang kita geruni…,” tiba-tiba Pearl terhenti membaca apabila terdengar gauman yang kuat dan gerun. “Takkanlah…,”Pearl terus ke beranda. “RAKSASA!” kelihatan penduduk kampung sedang berlari untuk menyelamatkan diri. “Habislah,” Pearl terduduk. “Pearl!! Cepat lari!!” Kamal memanggil Pearl yang kaku di beranda dari luar rumah tumpangan tersebut. “Kaki…tak boleh bergerak,” teragak-agak suara Pearl. Raksasa tersebut mula mendekati Pearl. “Pearl!!” nasib baik sempat Fitri menyelamatkan Pearl dengan menggendongnya ke tempat yang selamat. “Boleh berjalan tak?” tanya Fitri. Pearl menganggukkan kepalanya lalu dia turun dari belakang Fitri. “Terima kasih, Fitri,” ucap Pearl.  “Sini Pearl!” Pearl mengikut Kamal berlari dari belakang masuk ke dalam hutan. Tiba-tiba dia terpisah dengan Kamal. “Pearl!” tercari-cari Kamal apabila menyedari Pearl hilang. Tiba-tiba langkah Kamal terhenti. Mukanya mula pucat. “Huuu…gelapnya..mak,” air mata Pearl mula mengalir sambil mencari bayang orang di sekelilingnya. “Jangan menangis cik. Kami akan melindungi cik,” kedengaran suara menegurnya dari belakang. “Ethan? Charlie? Mana raksasa tu?” ketakutan Pearl. “Huh huh,” tiba-tiba muncul Berahim, Izzul, Hilman, Hilmi dan Danial kecunggapan dari semak. “Raksasa tu hilang tiba-tiba,” kata Hilman. “Kampung pun makin lama makin hilang,” sokong Danial. “Hilang? Hah? Kamal! Sesuatu dah berlaku pada Kamal!” Pearl terus berlari mencari Kamal meninggalkan pahlawannya yang lain. “Cik!” Berahim, Charlie, Danial, Ethan, Hilman, Hilmi dan Izzul terus mengejar Pearl dari belakang.




<<B1       <B9    B11>       B19>>

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 9)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 9 - Zombi

Kelihatan terdapat sebuah rumah lama di sebuah kampung. “Huh huh,” kedengaran bunyi nafas Pearl yang terbaring di atas tilam dalam sebuah bilik. Dia terdengar perbualan orang lalu dia membuka matanya. “Mustahil dia tak boleh sembuh, doktor!” “Maafkan saya. Saya sudah cuba yang terbaik. Harap encik dapat menerima takdir ini,” doktor itu memegang bahu lelaki itu sebelum beredar. Lelaki itu mengelap air matanya sebelum masuk ke dalam bilik Pearl. “Oh? Awak dah bangun rupa-rupanya,” lelaki itu mendekati Pearl. Pearl duduk dengan bantuan lelaki itu. “Jamie, jom kita main,” ajak Pearl. “Awak larat ke nanti?” risau lelaki itu. “Macamlah awak tak kenal sepupu awak ni. Jomlah main. Boringlah asyik baring je,” Pearl membuat muka comel. “Yelah yelah. Tak payahlah nak buat muka cute tu,” geli hati Pearl. Lelaki itu datang setiap hari untuk bermain dengan Pearl. Dia suka meniru suara orang lain menyebabkan Pearl sentiasa ketawa. Pada suatu malam, penyakit Pearl semakin teruk. Lelaki itu terbangun dari tidur kerana mimpi ngeri. “Mimpi ngeri?” dia terasa sesuatu lantas terus ke bilik Pearl. “Pearl! Pearl!” Pearl terasa bahunya digoncang lalu dia membuka matanya. Pearl melihat pahlawan-pahlawannya berada di sisinya. “Apa dah berlaku?” tanya Pearl. “Huu…akhirnya Pearl sedar juga,” Berahim mengelap air matanya. “Apalah kau ni! Dia takkan matilah!” geram Hilmi. “Kau pun menangis tadi,” perlahan suara Izzul. “Kenapa?” pelik Pearl. “Tadi akak pengsan. Kebetulan kami terjumpa klinik. Kalau tak, tak tahu apa akan berlaku kat akak nanti,” jawab Ali. “Klinik? Di tengah-tengah hutan?” pelik Pearl, berbisik dalam hatinya. “Dah-dah. Puas hatikan pesakit dah sedar? Keluar sekarang. Pesakit perlukan rehat,” seorang lelaki berbaju doktor menghalau mereka keluar. “Kami tunggu di luar ye, Pearl,” kata Fitri. “Kau jaga dia tau,” Danial memberi amaran pada doktor itu. “Saya  doktorlah!” Doktor itu terus menutup pintu lalu berjalan ke arah Pearl. “Haish mereka ni. Risau sangat kat awak,” “Jamie?” perlahan suara Pearl terkejut melihat wajah doktor itu yang mirip dengan lelaki dalam mimpinya. “Awak mesti seronokkan sebab ramai ambil berat kat awak,” doktor tersebut menyuntik Pearl. “Maafkan saya jika mereka menyusahkan doktor pula,” kata Pearl. Doktor tersebut memeriksa suhu badan Pearl. “Tak apa. Saya faham yang mereka tu risau. Masa mereka sampai di depan klinik ni, macam nak roboh pintu dibuatnya,” tersenyum Pearl mendengar doktor itu bercerita. “Awak dah sembuh ni. Cuma perlukan rehat lagi untuk sembuh sepenuhnya,” “Terima kasih doktor,” “Sama-sama. Berehatlah dulu. Saya nak turun ke bawah jap. Risau mereka buat apa pula tu,” lalu doktor itu beredar. “Betul ke dia Jamie? Kalau betul, dia ialah seorang pahlawan,” fikir Pearl semasa baring di atas katil. “Tak boleh tidur pula. Mereka sedang buat apa ye?” Pearl bangun dan menjenguk dari tingkap. Terkejut Pearl apabila melihat pahlawan-pahlawannya sedang berlatih. Berahim berlatih dengan Ali, Ethan berlatih dengan Charlie, Danial berlatih dengan Izzul manakala Hilman dan Hilmi berlatih dengan Fitri. Pearl memegang rantai lehernya yang mempunyai 13 mutiara. “Tidak lama lagi, kita perlu berperang,” tangan Pearl mula menggigil. “Eh?” Pearl ternampak sesuatu sedang mendekati pahlawan-pahlawannya. “Apa tu? Kenapa pokok-pokok tu semua bergoyang?” Pearl mengecilkan matanya. “Itu…,” terbeliak mata Pearl. “Hati-hati!!” jeritan Pearl menyebabkan semua pahlawan terhenti lalu memandang Pearl yang berada di tingkat satu. “Pearl..,” Danial melambai ke arah Pearl dengan riangnya. Pearl bersedia untuk terjun melalui tingkap. “Apa kau buat tu, Pearl? Bahaya!” jerit Charlie. “Fitri!” Pearl memberi isyarat kat Fitri sebelum dia terjun. Fitri masuk ke dalam bayang Pearl supaya Pearl selamat mendarat. “Terima kasih Fitri. Kita kena pergi dari sini sekarang,” arah Pearl. “Kenapa tergesa-gesa pula ni?” tanya doktor itu yang muncul dari belakang Pearl. “Sesuatu sedang menuju ke sini dari arah sana,” Pearl menunding jarinya pada hutan di belakang pahlawannya. Semua tertumpu pada arah yang dikatakan oleh Pearl. “Cepat lari!” pucat muka Pearl. “Nak lari pun dah tak sempat Pearl. Baik kita lawan je benda itu,” jawab Ethan, bersedia untuk berlawan. “Apa bendanya Pearl?” tanya Hilmi, ingin tahu. Tiba-tiba pokok-pokok di hadapan mereka terus musnah dan muncullah sekumpulan ‘benda’ yang dimaksudkan Pearl. “Zombi?!” terkejut mereka. “Waktu siang pun mereka boleh muncul?” pelik Hilman. “Pearl! Doktor! Cepat masuk ke dalam. Biar kami yang uruskan mereka. Cepat!” arah Danial. Doktor itu terus menarik tangan Pearl yang sedang menggigil ketakutan masuk ke dalam kliniknya. Doktor menyuruh Pearl masuk ke dalam almari bajunya yang berada di dalm bilik di tingkat satu. “Nyorok di sini diam-diam tau,” Pearl tidak melepaskan tangannya dari lengan doktor itu. “Saya nak pergi bantu kawan-kawan awak untuk berlawan,” kata doktor itu. Pearl menahan air matanya daripada mengalir. Matanya tepat memandang mata doktor itu. “Yelah yelah. Saya temankan awak duduk dalam almari ni,” terpaksa doktor itu lalu menutup pintu almari bajunya itu.

******
“Liatnya benda ni,” kata Charlie. “Kita musnahkan dia berapa kali pun masih boleh hidup balik,” sokong Ali. “Kalau matahari bukan kelemahannya, jadi, macam mana kita nak musnahkan mereka ni?” fikir Berahim. “Tolong” Pearl terdengar suara seseorang. “Siapa?” tanya Pearl dalam hatinya. “Tolong kami,” “Tolong beri keamanan kepada kami,” “Apa maksud korang?” Pearl membalas suara tersebut. “Habislah klinik ni..,” geram doktor itu sambil mengintai dari celah pintu almari itu. “Kami ialah tentera-tentera Sef. Tapi, kami disumpah oleh Derora untuk menjadi orang yang takkan mati dan menyerang semua orang di sekeliling kami. Kami tak dapat mengawal diri kami. Kami nak mati dengan aman,” Tiba-tiba pintu almari baju itu terbuka. Mata Pearl terbeliak memandang mata zombi di hadapannya. “Hiakk!” doktor tersebut terus menolak zombi itu. “Tolong kami” Pearl masih dapat mendengar suara yang meminta pertolongan itu lalu dia memandang setiap mata zombi yang berada di dalam bilik itu. “Tolong bebaskan kami,” Pearl memegang erat kepalanya. “Sef, tolong beri saya kuasa untuk membantu mereka,” Pearl berdoa dalam hatinya. Tiba-tiba cahaya putih muncul di sekeliling badan Pearl. Pearl menutup matanya dan mula melangkah keluar dari almari itu. Semua zombi berhenti bergerak. “Apa yang dah berlaku?” pelik Ethan. Semua zombi mula bergerak ke arah Pearl. Tergamam doktor itu memandang kuasa Pearl. Cahaya putih itu terus meletup menghasilkan impak letupan putih yang besar. Semua zombi hilang seperti asap sekaligus. “Apa yang dah berlaku?” semua pahlawan terus masuk ke dalam klinik itu. Pearl membuka matanya. “Semoga korang aman di sana,” berbisik Pearl dalam hatinya. “Terima kasih” kedengaran suara itu berterima kasih kepada Pearl. Pearl tersenyum.
*****
Selepas kejadian itu, mereka meneruskan perjalanan bersama-sama dengan doktor itu yang digelar Jamie. Jamie menyertai mereka dengan alasan dia tiada tempat tinggal akibat musnah diserang zombie tersebut. Namun, niatnya adalah ingin mendapatkan kuasa Pearl yang baru itu. “Saya pasti akan menguasai kuasa dia suatu hari nanti,” nekad Jamie.




<<B1       <B8    B10>       B19>>

Wednesday, August 8, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 8)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 8 - Malam Yang Panjang

Pada suatu malam di mana bulan sedang mengambang, kelihatan Pearl sedang berlari tercungap-cunggap. 

Tiba-tiba dia ditarik ke semak. 

“Ah!” Pearl terus menjerit. 

“Shu!” kedengaran suara yang dikenalinya menyuruhnya diam. 

“Ethan?” 

Ethan menggunakan kuasa halimunnya untuk menghilangkan dia dan Pearl. 

“Apa dah berlaku sebenarnya?” tanya Pearl. 

“Kami pun tak tahu. Masa tu, kami semua pandang bulan. Kebetulan bulan sedang mengambang. Lepas tu, tiba-tiba dia berubah rupa menjadi…,” sepasang mata yang berwarna coklat gelap muncul di sebalik batu yang sedang mereka berlindung.




-5 jam yang lalu-


Sedang Pearl dan pahlawan-pahlawannya sedang berjalan,  

“Korang dengar sesuatu tak?” tanya Ethan. 

“Bau orang. Arah sana!” tunding Ali lalu mereka ke arah tersebut. 

Mereka ternampak seorang lelaki dibelasah oleh sekumpulan orang yang berpakaian seperti tentera. 

Lelaki tersebut berada di dalam jaring. Mereka terus menyelamatkan lelaki itu. 


Tentera tersebut berundur selepas memberi amaran kepada mereka, “korang akan menyesal,” 

Pearl terus merawat lelaki itu. 

“Kejamnya. Tergamak mereka cederakan dia sampai parah macam ni,” ngeri Hilman. Tidak lama kemudian, Pearl berjaya menyembuhkan kecederaan lelaki itu. 

“Fuh..kita kena teruskan perjalanan ni,” kata Pearl. 

“Tapi Pearl, kau baru guna kuasa kau. Berehatlah dulu,” risau Fitri. 

“Betul tu kak,” sokong Ali. 

“Tak apa. Pearl masih larat lagi,” bersemangat Pearl. 

“Biar saya gendong dia,” lalu Ethan mengendong lelaki itu. 

Mereka meneruskan perjalanan. 



Hari semakin senja. Mereka berhenti berjalan lalu duduk di sebuah pokok yang rendang. Kepenatan Ethan. 

“Korang duduk di sini dulu. Biar Pearl, Ali dan Charlie cari kayu api,” arah Pearl. 

“Hah? Nak ikut juga,” kata Danial. 

“Kau ikut kami cari makanan,” balas Berahim. 

“Jangan nak mengada Danial,” sokong Fitri. 

“Yang lain jaga lelaki ini ye,” lalu mereka mula berpecah. 



Matahari mula terbenam. 

“Rasanya dah cukup ni. Charlie! Ali! Jom kita balik,” akur Ali dan Charlie. 

Tiba-tiba sekumpulan serigala mula mengepung mereka. 

“Pearl, berdiri di belakang kami,” kata Charlie. 

Lalu mereka mula berlawan. Serigala tersebut kalah lalu melarikan diri. 

“Charlie! Ali! Korang ok?” risau Pearl. 

“Kami ok” serentak mereka. 

“Mari kita balik sekarang. Saya rasa tak sedap hatilah,” kata Pearl. 

Berahim, Danial dan Fitri turut diserang oleh sekumpulan serigala. 

“Nampaknya, kita dah jumpa makan malam kita,” sengih Fitri. 



Pada waktu yang sama, 

“Cuba tengok bulan tu. Cantiknya,” kata Hilmi. 

“Wahh..bulan penuh,” kagum Hilman. 

“Huh…huh..,” lelaki itu mula mengerang kesakitan. 

“Encik ok ke?” risau Ethan. 

“Apa yang perlu kita buat sekarang ni?” cemas Hilman. 

“Cepat…jauhkan diri…dari saya,” teragak-agak lelaki itu berkata. 

Pelik Hilman, Hilmi dan Ethan. 


Tiba-tiba sekumpulan serigala mengepung mereka. 

“Musuh?” mereka bersedia untuk berlawan. 

“Ahhhh!” mata mereka teralih pada lelaki itu apabila lelaki itu menjerit mengerang kesakitan. 

Badannya mula berubah menjadi besar dan berbulu. 

Kukunya memanjang. Giginya taring dan warna matanya, coklat gelap. 

Muka Hilman, Hilmi dan Ethan terus pucat.



**********************

“Hati-hati!” 

Pearl terus menolak Ethan ke tepi menyebabkan dia cedera di bahu kirinya akibat terkena kuku lembaga yang tiba-tiba muncul. 

Kuasa halimunan Ethan hilang. 

“Arghhh,” kesakitan Pearl. 

Dia menggigil memegang kecederaannya. Air matanya mula menitis. 

“Beruang?” terkejut Pearl apabila melihat lembaga yang menyerangnya ialah beruang yang sangat besar. 

“Pearl!” pahlawan-pahlawan mula berkumpul. 

“Kakak! Kakak cedera?” terkejut Ali. 

“Berani kau…!” 

Danial terus memulakan serangannya pada beruang itu diikuti yang lain. Beruang tersebut mula takut lalu membalas balik. 

”Ber…henti,” perlahan suara Pearl. 


Tiba-tiba muncul seekor serigala dari belakang Pearl ingin menerkam Pearl namun gagal apabila beruang tersebut menggenggam Pearl lalu melarikan diri dari situ. 

“Pearl!” pahlawan-pahlawan tersebut ingin mengejar beruang itu tetapi mereka dikepung oleh sekumpulan serigala. 

“Tak guna!” geram mereka lalu berlawan dengan serigala-serigala itu. 

“Pah..la..wan,” mata Pearl mula kabur lalu dia pengsan.



“Tuan puteri, saya Izzul, sedia untuk berkhidmat untuk tuan puteri,” kelihatan seorang pemuda melutut di depan seorang gadis, iaitu Pearl. 

“Jadi, dia seorang hamba?” Pearl berbisik dalam hatinya. 

Pearl dapat merasakan bahawa pemuda itu sangat menyayangi puteri itu malah puteri tersebut turut menyayangi pemuda itu. 

Orang di sekeliling mereka amat membenci pemuda itu kerana terlalu rapat dengan puteri di kota itu. 

Pada suatu hari, “Izzul, ada masalah! Tuan puteri dalam bahaya!” 

“Kenapa dengan tuan puteri?” cemas Izzul. 

“Tuan puteri telah diculik dan dibawa ke hutan larangan! Cepat pergi selamatkan dia,” Izzul terus masuk ke hutan larangan tu. 

“Hahaha..Selamat tinggal Izzul. Mesti dia mati dimakan binatang buas,” 

Kebetulan tuan puteri terdengar perbualan mereka yang telah menipu Izzul lantas dia terus masuk ke dalam hutan larangan. 

“Tuan puteri! Tuan puteri!” 

“Izzul! Keluar dari hutan ni segera! Izzul!” 

Tidak lama kemudian, Izzul ternampak tuan puteri lalu mereka saling melambai. 

Tiba-tiba muncul beruang yang besar di belakang Izzul. 

“Izzul!!!” menjerit Pearl yang berada di dalam badan puteri itu.




***************************

Pearl terus membuka matanya. Dia duduk sambil mengelap peluhnya. 

“Eh?” pelik Pearl apabila melihat kecederaan bahunya dibalut manakala beruang itu sedang berusaha menghidupkan api. 

“Izzul?” terkejut beruang itu sampai tercampak batu apinya. 

Geli hati Pearl melihat telatah beruang itu. 

Pearl mendekati beruang itu namun beruang itu semakin menjauhkan dirinya. 

“Jangan risau. Saya tahu yang awak tidak berniat untuk cederakan saya dan kawan-kawan lain. Awak cuma nak melindungi diri sendiri je, kan?” 

Beruang itu angguk. Pearl ternampak kaki beruang itu cedera lalu dia merawatnya. 

“Terima kasih kerana selamatkan saya dari serigala tadi dan merawat kecederaan saya ni,” ucap Pearl. 

Beruang itu membalas dengan membuat bunyi beruang. 

“Izzul, saya kena kembali pada kawan-kawan saya. Mari ikut saya,” ajak Pearl. 

Beruang itu menggeleng. 

“Jangan risau. Saya pasti yang mereka takkan cederakan awak lagi, ye?” 

Beruang itu memandang wajah Pearl.



*************************

“Ahh!” kesakitan Charlie apabila kakinya digigit serigala. 

Semua pahlawan semakin lemah. 

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sedang menunggang seekor serigala yang besar sambil bertanya pada mereka, 

“Mana rantai tu?” 

“Siapa kau, hah?!” geram Danial. 

Lelaki yang memiliki sepasang mata emas itu mula memandang setiap pahlawan di situ. 

“Rantai tu tiada di sini. Bunuh mereka,” selepas memberi arahan pada serigala-serigala, dia terus beredar. 

“Hiakk!” tak berjaya mereka nak serang lelaki itu apabila serigala-serigala mula bertindak. 

Tiba-tiba seekor serigala muncul menerkam Ali. Nasib baik sempat beruang menolak serigala itu. 

“Bagus Izzul,” puji Pearl yang berada di atas bahu kanan beruang itu. 

Pearl memandang setiap serigala lantas menggunakan kuasanya untuk menidurkan mereka. 

Kuasa Pearl berjaya lalu semua serigala di situ tertidur. Semua pahlawan terbaring akibat cedera dan kepenatan. 

“Izzul, tolong bawa mereka ke tempat yang selamat,” lalu beruang itu mengangkat semua pahlawan ke tempat yang lebih selamat selepas Pearl turun dari bahu beruang itu. 

“Pearl, dia ni baik ke?” tanya Danial semasa dia dipikul. 

Pearl tersenyum sambil memegang tangan beruang itu, 

“Dia sangat baik tau. Kecederaan Pearl pun dia yang rawat,” 

“Tadi pun masa kami diserang serigala, dia yang selamatkan kami,” kata Hilman. 

Selepas sampai di dalam gua, beruang itu membaringkan pahlawan mengelilingi kayu api. 

Dia mencapai batu api lalu berusaha menghidupkan api. Ali menggunakan kuasanya untuk membakar kayu api itu. Beruang itu terkejut lalu memandang Ali. 

Beruang itu tersenyum dan kagum dengan kuasa Ali. Yang lain turut tersenyum melihat gelagat beruang itu. 

Pearl menggunakan kuasanya untuk membuat bulatan perawatan untuk setiap pahlawan sekaligus. 



Keesokkan paginya, beruang itu berubah menjadi manusia balik. Kecederaan mereka semua sembuh sepenuhnya. 

“Maafkan kami sebab menyerang awak semalam,” kata Danial kat Izzul. 

“Saya pun nak minta maaf juga sebab cederakan korang semalam,” balas Izzul. 

“Baguslah kalau korang dah jadi kawan. Jom kita mulakan perjalanan kita,” kata Pearl. 

Semasa dalam perjalanan, Pearl terasa yang nafasnya tercunggap-cunggap. 

“Kenapa ni? Adakah sebab saya menggunakan kuasa melebihi kemampuan saya?” berbisik Pearl dalam hatinya. 

“Akak faham tak apa maksud dia?” tanya Ali. “Huh? Maksud apa?” 

“Semalam, ada  seorang lelaki tanya pasal rantai…,” 

“Rantai?” 

Pearl terus memegang rantai lehernya. Matanya terbeliak lalu dia rebah. 

“Pearl?” terkejut semua. 

Berahim memegang dahi Pearl. 

“Pearl demam panas,” cemas Berahim. 

“Apa yang perlu kita lakukan sekarang?” masing-masing memandang antara satu sama lain.





<<B1       <B7    B9>       B19>>