Sunday, July 29, 2018

Tazkirah UstazDin (24) : Minta Pertolongan Jin

TAZKIRAH PAGI NIE

Masa kecil dulu pernah tengok orang menurun(miskin) malah waktu tu ada orang tua bagi petua cara nak kaya .. kena seru itu ini.. kena buat sajian ancak.. yang pelik ! Saya tengok orang tu tak kaya pun. 

Duduk di asrama juga macam-macam cerita dikaitkan dengan jin.. pernah juga didedahkan dengan pencak sunda yang ada seruan tertentu.

Pagi ini dalam 'kumpulan perawat' kecoh perselisihan pendapat berkaitan minta pertolongan jin..

Berikut jawapan saya dari beberapa rujukan sumber :

Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.

Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa syirik adalah haram.

Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.

Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram

[sumber web MAIS selangor]

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (al-Jin: 6)

Ada yang kata HARUS guna khidmat jin.. tetapi saya lebih berpegang HARAM dan boleh menyebabkan SYIRIK ..

Hujah saya kalau dikaitkan dengan surah Saba:12-13 ialah .. Nabi Sulaiman diberi mukjizat untuk menguasai jin bukan minta pertolongan dengan jin.. Jin makhluk terhad seperti mana kita.. dia tidak tahu hal-hal ghaib.. Nabi Sulaiman wafat pun dia tidak tahu (sumber : An-Naml:65 / As-Saba:14). 

Jadi memang selayaknya kita membersihkan tauhid kita agar MOHON PERTOLONGAN HANYA KEPADA ALLAH SAHAJA agar kita terselamat dan tidak disesatkan oleh makhluk yg sombong (sumber : al An'am:128)

Hadis sahih dari Ibnu Abbas
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.
 'Bila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah  dan bila engkau memohon pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah'

[ostadxxx - Wallahualam]



Sumber : Whatsapp

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 4)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 4 - Terperangkap Dalam Lubang


“Kita teruskan perjalanan kita ke bandar” 

“Pearl, betul ke keputusan kita untuk ke bandar ni?” tanya Berahim sambil berjalan di belakang Pearl menuju ke kawasan bandar. 

“Betul tu,” sokong Charlie. 

“Sebenarnya, pada malam semalam, makcik yang kita tumpang rumahnya tu kata, kat bandar ada makhluk yang membuat kecoh di bandar ni, mempunyai sepasang mata berwarna coklat,” jawab Pearl. 

“Pahlawan ke?” tanya Ali. 

“Mungkin,” ringkas jawapan Pearl. 

“Dahsyatnya,” terkejut mereka apabila sampai ke bandar yang penuh dengan lubang-lubang besar. 

“Makhluk apa agaknya yang membuat semua lubang ini?” tertanya-tanya Charlie. 

“Siapa korang ni?” tiba-tiba mereka ditegur. 

“Kami…,” teragak-agak mereka. 

“Kami baru sampai ke bandar ni. Jadi, kami tak tahu apa yang telah berlaku. Encik tahu apa yang telah berlaku di sini dan mana semua penduduk di sini?” tanya Pearl. 

“Sini dah tak selamat. Seminggu yang lalu, tiba-tiba lubang misteri ni muncul. Dengar kata makhluk yang buat lubang ni sedang mencari sesuatu. Semua penduduk telah berpindah ke tempat lain,” jawabnya. 

“Mencari sesuatu?” pelik mereka. 

“Lebih baik korang pergi dari sini. Tak lama lagi hari senja. Biasanya dia muncul waktu malam. Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa berlaku, jangan kata yang saya tidak beri amaran pula,” lalu dia beredar. 

“Pearl, lebih baik kita pergi dari sini,” takut Berahim. 

“Tak…kita akan tunggu sampai malam,” nekad Pearl. 

Sedih muka Berahim. 


Malam mula menjelma. Pearl terdengar bunyi angin yang kuat lalu dia berdiri. 

“Kenapa ni, Pearl?” pelik Charlie. 

Yang lain turut berdiri. 

“Saya terasa sesuatu,” lalu Pearl mula berjalan menuju ke bandar. 

Langkahnya terhenti apabila tanah bergegar. 

Mereka terhuyung-hayang. 

“Harap-harap kita tak mati,” berdoa Berahim. 

Tanah mula bergoncang. 

Tiba-tiba Pearl hilang keseimbangan badan lalu terjatuh dalam salah satu lubang misteri. 

“Aah!” menjerit Pearl.



Kelihatan tanah meretak disebabkan gempa bumi. 

Di penjuru retakan tanah, seorang lelaki sedang meniarap. 

Terkejut Pearl apabila dia berada di dalam retakan itu dengan berpautkan tangannya pada tangan lelaki itu. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh. 

“Lepaskan saya, Danial! Nanti kamu jatuh sekali,” kata Pearl, mulutnya seperti dikawal. 

Batu-batu kecil daripada retakan itu mula jatuh. 

“Saya takkan lepaskan tangan ni. Saya lebih rela terkorban untuk menyelamatkan orang yang saya cintai!” nekad lelaki tu. 

“Danial..,” tiba-tiba penjuru retakan itu tidak mampu menahan mereka lagi. 

Dengan sekuat hati, Danial mencampak Pearl ke atas manakala dia terjatuh ke dalam retakan itu. 


“Pearl!” mata Pearl terus terbuka. 

Kelihatan Ali, Berahim dan Charlie di sekelilingnya, lalu dia bangun. 

“Apa dah berlaku?” tanyanya sambil memegang kepalanya. 

“Tadi kamu terjatuh ke dalam lubang ni. Dan kami pun masuk ke dalam lubang ni,” cerita Charlie. 

“Ali ada jumpa lorong tu,” kata Berahim sambil menuding jarinya. 

“Kalau begitu, mari kita bergerak sekarang. Maaf sebab menyusahkan korang,” kata Pearl sambil berdiri. 

“Harap tiada apa-apa berlaku lagi,” berdoa Berahim. 

Dengan bersuluhkan api Ali, mereka mula menerokai lorong tersebut. 

“Apa ni?” terkejut mereka apabila menemui satu ruang yang sangat luas. 

Terdapat banyak barang termasuklah kereta dan bangunan di dalam lorong tersebut. 

“Hati-hati semua,” risau Pearl. 

“Apa ni?” 

Berahim ternampak sebatang panah tertacak lalu dicabutnya. 

Tiba-tiba seekor cacing gergasi muncul dan bertindak liar. 

“Apa yang kau buat, Berahim?” geram Charlie. 

“Maafkan saya,” bersalah Berahim. 

Masing-masing mula mengelakkan diri daripada serangan cacing itu. 

Namun, Pearl tidak sempat mengelak lalu terkena ekor cacing itu menyebabkannya terpelanting. 

“Pearl!” terkejut ketiga-tiga pahlawan itu. 

“Berani kau cederakan akak!” 

Ali memulakan serangan diikuti yang lain. 

“Nanti!” terhenti mereka apabila terdengar jeritan Pearl. 

Pearl mula bangun lalu mendekati mereka. 

“Awak ok ke, Pearl?” tanya Charlie. 

“Saya ok,” jawab Pearl. 

“Awak buat apa tu, Pearl? Nanti dia serang awak,” pelik Berahim apabila Pearl mula mendekati cacing itu. 

Cacing itu mula meraung. 

“Saya tahu apa yang awak cari. Tetapi, gadis itu telah lama mati…Danial,” perlahan suara Pearl. 

“Tidak!! Dia masih hidup lagi!!” balas cacing itu. 

“Danial, adakah gadis itu akan gembira jika melihat keadaan kamu ni sekarang? Biarlah dia gembira di atas sana,” pujuk Pearl. 

Mata mereka bertentangan. Tiba-tiba cacing itu teringat tunangnya itu. Perlahan-lahan, cacing itu mula mengecut menjadi manusia. 

“Maafkan saya…,” menangis Danial. 

“Tidak mengapa. Semua manusia pernah melakukan kesilapan.” pujuk Pearl. 

“Eh? Awakkan lelaki pagi tadi?” tanya Charlie. 

“A’ahlaa,” baru perasan Berahim. 

“Saya tahu awak bagi amaran kepada kami supaya kami tidak jadi mangsa awak, kan?” teka Pearl. 

Danial menganggukkan kepalanya lalu berkata, 

“Saya dapat rasakan sesuatu di kampung ini. Sebab itu saya memberi amaran kat semua penduduk kampung ini. Setiap malam saya mencarinya, namun saya masih tidak menemuinya.” 

“Saya tahu apa yang awak cari. Awak adalah salah seorang pahlawan Pearl. Jadi, apa yang awak cari selama ini, awak telah menemuinya. Kami pun macam awak juga pada mulanya. Tapi, selepas berjumpa dengan Pearl, baru kami tahu apa yang kami cari selama ini,” kata Charlie sambil memegang bahu Danial. 

Ali dan Berahim serentak menganggukkan kepalanya tanda setuju. 

Cahaya matahari mula memancar wajah Ali. 

“Dah pagilah,” kata Ali. 

“Baguslah. Boleh kita sambung perjalanan kita,” lega Berahim. 

“Betul tu. Tapi, sebelum itu..,” tersenyum Pearl.


*************


Kelihatan penduduk bandar menuju ke bandar mereka itu. 

“Eh?? Macam mana semua lubang misteri itu hilang?” terkejut mereka apabila mendapati bandar mereka seperti sedia kala.






<<B1       <B3    B5>       B19>>

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 3)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 3 - Rumah Misteri


Kelihatan Pearl, Berahim dan Ali sedang mendaki curam. 

“Hari semakin gelap ni. Baik kita cari tempat untuk berlindung daripada haiwan buas,” cadang Pearl. 


“Kak, sana tu ada rumah. Mesti ada orang dalam rumah tu sebab ada asap keluar tu,” lapor Ali. 


“Jom kita ke sana,” lalu mereka ke rumah tersebut. 


“Maafkan kami. Ada orang tak? Kami datang nak tumpang semalaman.” kata Pearl apabila melangkah masuk ke dalam rumah itu. 


“Tak ada orang ke?” pelik Berahim. 



Mereka berjalan ke tingkat dua menggunakan tangga lalu masuk ke dalam sebuah bilik. 


Terdapat tiga buah katil di dalam bilik tersebut. 


“Ada katillah..bestnya,” 


Ali terus baring atas katil tersebut. 


“Ali, tak baik kita baring tanpa kebenaran,” tegur Pearl. 


“Tapi, abang Berahim tu boleh pula baring,” tunding Ali pada Berahim yang sudah tertidur di atas katil. 


“Aduh mereka ni,” pening Pearl. 


Akhirnya, mereka bertiga tertidur atas katil yang dijarakkan dengan sebuah laci meja.



“Lepaskan dia! Kalau tak, aku bunuh kau” kelihatan satu makhluk besar berwarna hitam sedang menggenggam Pearl sambil ketawa. 


“Apa dah berlaku ni?” bisik Pearl dalam hatinya.


“Kau yang kecil tu nak bunuh aku? Rasakan ni!” makhluk itu terus menolak lelaki itu sehingga terpelanting. 


“Selamatkan diri kamu tu, Charlie! Kamu tu hanya jiran dan kawan sepermainan sahaja! Jangan hiraukan saya!” jerit Pearl, secara tiba-tiba. 


“Macam mana saya kenal lelaki tu?” makin pelik Pearl. 


Charlie berusaha untuk bangun sambil berkata, 


“Ye. Memang saya hanya jiran dan rakan sepermainan. Takkan saya nak bantu jiran pun tidak boleh? Hiakk!” lantas Charlie menerpa makhluk itu dan mengebom tangan makhluk itu sehingga tangan itu hilang menjadi asap. 


Pearl terlepas daripada genggaman makhluk itu. 


“Tak guna!” makhluk itu terus menelan Charlie. 


“Tidak!!” tiba-tiba perut makhluk itu bercahaya lalu meletup. 



Pearl terus terjaga dan terduduk. Peluh membasahi dahinya lalu dilapnya. 


“Em? Bau apa ni?” Pearl terhidu sesuatu lalu dia menuruni tangga. 


“Hari dah senja?” baru sedar Pearl apabila melihat pemandangan di luar tingkap ketika menuruni tangga. 



Dia menuju ke dapur. 


“Oh? Cik dah bangun? Saya ingatkan hendak mengejutkan cik dan yang lain selepas saya selesai memasak.” kelihatan seorang perempuan tua sedang menyediakan makanan di atas meja makan. 


“Maafkan kami sebab masuk tanpa kebenaran. Malah, kami guna katil makcik,” rasa bersalah Pearl. 


“Tidak mengapa. Lagipun, sudah lama saya tidak  ada tetamu. Saya seronok apabila ada tetamu sudi bertandang di sini. Taklah sunyi sangat saya,” kata perempuan itu. 


Pearl tersenyum lalu membantu perempuan tua itu.


“Ali, Berahim, bangun,” Pearl mengejutkan Ali dan Berahim. 



Selepas itu, mereka makan bersama. 


“Makcik memang tinggal seorang je ke? Mana suami dan anak makcik?” tanya Pearl. 


“Suami saya telah lama meninggalkan dunia ni,” 


“Maafkan saya makcik,” rasa bersalah Pearl. 


“Tak mengapa. Saya ada dua orang anak kembar. Namun, pada hari tu, Derora telah menculik anak saya. Suami saya terbunuh apabila melindungi mereka,” suasana menjadi suram. 


“Derora!” geram Ali dan Berahim. 


“Jangan risau makcik, kamu pasti akan tewaskan Derora dan bawa kembali anak makcik. Saya berjanji!” muktamad Pearl. 


“Kami pun!” sokong Ali dan Berahim. Perempuan itu tersenyum. 


“Terima kasih orang muda.” 



Selesai makan, Ali dan Berahim sambung tidur kerana mengantuk. Manakala Pearl, 


“Mari saya tilik masa depan cik,” pelawa perempuan itu. 


Dia membawa Pearl ke sebuah bilik di tingkat bawah. 


Bilik tersebut gelap sehingga meremang bulu roma Pearl. 


“Mari duduk atas kerusi ni,” ajak perempuan itu. 


Akur Pearl. Dia duduk bertentangan dengan perempuan itu. 


“Hulurkan kedua-dua tangan cik,” akur Pearl. 


Dengan memejamkan matanya, 


“Emm..saya nampak yang ada 13 orang sedang melawan..saya nampak cik akan menguasai kuasa baru..saya nampak..cik akan mati..,” terkejut Pearl. 


“Saya akan mati?!” tak percaya Pearl. 


“Ye.. sebab cik adalah PEWARIS SEF!!” tiba-tiba sahaja perempuan itu mencekik leher Pearl. 


Matanya bertukar menjadi kelabu. 


Di sekelilingnya diliputi asap-asap hitam. 


“SAYA BENCI SEF DAN KETURUNANNYA KERANA GAGAL MEMBUNUH DERORA..MENYEBABKAN ANAK SAYA DICULIK!!” 


Pearl menggenggam tangan perempuan itu lalu berkata dengan nada yang perlahan, 


“Saya…takkan..ulangi silap..nenek moyang saya…saya pasti…akan BUNUH DERORA..!!” kata-kata Pearl menyebabkan perempuan itu tergerak hatinya. 


Dia melepaskan tangannya perlahan-lahan. 


“Uhuk uhuk!” terbatuk Pearl. 


“Saya…rindu anak-anak saya…,” air mata perempuan itu mengalir. 


Perlahan-lahan, Pearl mendekati perempuan itu lalu memeluknya. 


“Makcik, saya janji yang saya akan membunuh Derora dan menyelamatkan anak-anak makcik,” terharu perempuan itu. 


Pearl melepaskan pelukannya. 


“Sekarang, makcik pergilah dengan aman. Terima kasih atas layanan dan makanan yang makcik sediakan untuk kami,” senyum Pearl. 


“Kamu dah tahu yang saya ni hanya roh yang meminjam tubuh ni?” angguk Pearl. 


“Maafkan saya sebab hampir membunuh kamu dan menidurkan kawan-kawan kamu itu,” perlahan-lahan roh perempuan itu meninggalkan tubuh yang dipinjamkannya.


”Sampaikan terima kasih saya pada pemuda yang meminjamkan tubuhnya ini,” lalu roh perempuan itu hilang.



**************************


Keesokkan paginya, Pearl, Ali dan Berahim meneruskan perjalanan mereka bersama-sama dengan pahlawan baru, Charlie. 


Sedang mereka berjalan, 


“Akak, saya jumpa ni,” lalu Ali memberi sehelai kertas yang dijumpainya di atas tanah. 


“AWAS! Jika niat tuan/puan untuk ke bandar ini, sila batalkan niat itu kerana sesuatu telah berlaku di sini,” 


Pearl membaca artikel amaran itu. 


“Jadi, macam mana ni Pearl?” tanya Berahim. 


“Kita nak teruskan atau berpatah balik?” soal Charlie. “Kita….”







<<BAB 1           <BAB 2           BAB 4>

Friday, July 27, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 2)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF


Bab 2 - Air Terjun

Kelihatan Pearl sedang mengemas barang-barangnya. Ibunya masuk ke dalam bilik Pearl. 

“Pearl, perlu ke Pearl pergi?” tanya ibunya dengan nada sedih. 


Pearl memandang ibunya. 


Dia teringat kejadian semalam apabila beberapa ekor babun menyerang mereka ketika mereka sedang tidur. 


Babun-babun itu menyerang untuk mendapatkan rantai yang dipakai oleh Pearl. 


“Mak, Pearl terpaksa pergi. Pearl risau jika kejadian semalam akan berulang. Jika tiada Ali, pasti kita dah mati,” 


“Tapi Pearl, di luar sana lagi bahaya nak,” 


“Mak, ini sudah takdir Pearl. Sebab, Pearl ialah pewaris Nur Sofia Sufian atau dikenali sebagai Sef, yang dapat menewaskan Derora,” terbeliak mata ibunya. 


“Pearl…tak..anak mak bukan pewaris Sef. Pearl hanya seorang gadis biasa yang berusia 16 tahun,” 


Pearl terus memeluk ibunya dengan erat. 


“Maaf mak. Pearl terpaksa pergi. Tapi, Pearl janji yang Pearl akan kembali,” 


Air mata ibunya mula mengalir. 



Di depan pintu keluar, 


“Mak harap anak mak bukan pewaris Sef,” 


Pearl memandang ibunya. 


“Sebenarnya, selepas kematian Sef, anak, cucu, cicit Sef cuba memberi nama pada anak mereka Pearl, namun seperti ada sesuatu yang menghalang mereka daripada nama itu. Bila giliran mak, mak cuba menyebut Pearl. Tiba-tiba anak mak tersenyum. Tapi, mak masih tak percaya yang anak mak ni pewaris sah Sef…sehinggalah..Pearl berumur 5 tahun, memegang jari mak yang luka terkena kaca..dan ianya sembuh sendiri,” 


Pearl terus memeluk ibunya. 


“Terima kasih mak atas segala-galanya. Pearl janji yang Pearl akan pulang dengan selamat,”



**********************************


Selepas itu, Pearl dan Ali pun bertolak dengan menaiki bas. 

Pearl termenung memandang ke luar tingkap sambil mengusap kepala Ali yang sedang tidur. 


Tiba-tiba bas tersebut hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung. 


Pearl tercampak keluar daripada bas menyebabkannya pengsan. 


Tergambar sebuah situasi di mana seorang gadis sedang meminta tolong apabila dia ditarik ke dalam sungai. Menjerit Pearl kerana gadis yang ditarik itu adalah dirinya. 



“Abang Berahim!” 


“Adik!” seorang pemuda terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya namun kedua-duanya lemas. 



Mata Pearl terus terbuka. 


“Aduh..sakitnya…eh?” terkejut Pearl apabila lukanya sedang sembuh sendiri. 


“Ali!” 


Pearl terus ke arah Ali yang turut tercampak keluar dan terus menyembuhkan kecederaan Ali. 


“Betul kata mak…Pearl ada kuasa penyembuh,” kata Pearl dalam hati. 


“Ali, cepat bangun,” 


Pearl terus mengejutkan Ali apabila selesai merawat Ali. 


“Kita kena jauhkan diri daripada orang ramai sebelum ramai lagi cedera,” kata Pearl dengan nada sedih sambil memegang erat mutiara pada rantai lehernya. 


Selepas merawat kecederaan penumpang yang cedera, Pearl dan Ali masuk ke dalam hutan. 


Apabila penat berjalan, mereka berehat di sepohon pokok yang rendang. 


Tiba-tiba Pearl terasa sesuatu melalui di sebelahnya. 


Pearl terus berdiri sambil menoleh ke kiri dan kanan. 


“Kenapa akak?” pelik Ali. 


“Bush!” kedengaran bunyi yang sangat kuat. 


Pearl dan Ali bergegas ke arah bunyi tersebut. Apabila sampai di air terjun, terbeliak mata mereka apabila ternampak seorang lelaki terapung dengan panah yang tertusuk pada tangan kanannya. 


Di sekelilingnya mengalir darah yang banyak. Pearl terus terjun dan membawa lelaki itu ke darat. Dengan menggunakan kuasanya, Pearl terus menyembuhkan kecederaan lelaki itu. 


“Ali, tolong panaskan dia,” 


Ali hanya akur lalu membuat unggun api. 



Tidak lama kemudian, lelaki itu terjaga. 


“Sakitnya kepala. Kat mana saya ni?” 


“Baguslah. Akhirnya encik terjaga juga. Tadi kami jumpa encik cedera di air terjun tu. Nama saya Pearl. Nama encik?” 


“Saya Berahim” 



Tiba-tiba Ali terasa sesuatu. 


“Kenapa Ali?” risau Pearl. 


“Hati-hati kak. Mereka dah datang,” tiba-tiba sekumpulan babun datang mengepung mereka. 


Malah, mereka juga yang telah menjatuhkan bas tersebut ke dalam gaung. 


Dengan menggunakan api, Ali terus menyerang babun-babun itu. 


Manakala Pearl membaling batu kat mereka sambil merawat Berahim yang masih belum pulih sepenuhnya. 


Tiba-tiba babun itu menangkap tangan Ali dan mencampakkannya ke dalam sungai. 


“Ali!” terkejut Pearl. 


“Berani kau!” 


Pearl terus mencapai sebatang kayu lantas memukul babun itu. 

Dengan senang, kayu tersebut hancur dikerjakan babun itu. Babun itu mencampak Pearl sehingga terhantuk pada pokok. 

“Pearl!” tiba-tiba mata Berahim bertukar menjadi biru. Air terjun seperti dikawalnya lalu menyerang dan menarik babun-babun itu ke dalam sungai. 

Semua babun itu tewas lalu hilang menjadi asap hitam. 

Berahim menghulurkan tangannya kat Pearl. 

“Pahlawan Air?” tanya Pearl. 

Berahim hanya tersenyum.





<BAB 1           BAB 3>

Tips Persiapan Sebelum Berangkat Pergi Haji

Salam ukhuwah. 
Anda ada ahli keluarga yang bakal naik haji tahun ni? 

Ni ada tips persiapan apa yang perlu disiapkan sebelum berangkat ni

 1. Bawak berus & sabun buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.

2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.
Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.

3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina. 

5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah. 

6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.

7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.

8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.

9. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower. 

11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll. 

12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik. 

13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.

14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.

15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.

16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.

18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.

19. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba 'vow of silence', bercakap jika perlu sahaja. 

20. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci. 

21. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar. 

22. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray. 

23. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash. 

24. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh

25. Ada makanan/minuman 'diuretic' yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan. 

26. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas. 

27. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari. 

28. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang. 

29. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.

30. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan. 

31. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25. 

32. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar. 

33. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard 'Lebara' telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan. 

Sila share untuk panduan semua. Semoga bermanfaat.

Catatan oleh:
Ir. Haji Zainuddin Bin Haji Omar

Sumber : Whatsapp

Koleksi Percubaan SPM Sijil Pelajaran Malaysia 2017 - Sumber Pendidikan

Nota padat ringkas dan bahan untuk calon SPM. 

Kongsikan kepada rakan guru SPM dan calon-calon SPM tahun 2018. Semoga bermanfaat kepada mereka untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM nanti. Mohon sebarkan kepada guru dan calon SPM Sijil Pelajaran Malaysia. 

Mudah-mudahan perkongsian ini memberi sedikit sumbangan kepada pembinaan masa hadapan mereka. Semoga kejayaan milik kita semua.

Koleksi Percubaan SPM 2017
https://goo.gl/tdvKT8

Percubaan SPM SBP
https://goo.gl/2TvGtg

Percubaan SPM MRSM
https://goo.gl/Yq7Ah5

Percubaan SPM Terengganu
https://goo.gl/PnLX3p

Percubaan SPM Kelantan
https://goo.gl/hf3e9L

Percubaan SPM Pahang
https://goo.gl/gvwAis

Percubaan SPM Selangor
https://goo.gl/jdo6e5

Percubaan SPM Kedah
https://goo.gl/2HNWk6

Percubaan SPM Perlis
https://goo.gl/Eyu8c3

Percubaan SPM Johor
https://goo.gl/JjKuNw

Percubaan SPM Perak
https://goo.gl/z3pnfg

Percubaan SPM Sarawak
https://goo.gl/SnmmsD

Percubaan SPM Negeri Sembilan
https://goo.gl/15xpoz

Percubaan SPM Melaka
https://goo.gl/DeR6eM

Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM
https://goo.gl/8D1Kbp

Modul English SPM Perfect Score
https://goo.gl/6uySiS

Perdagangan
https://goo.gl/xKdcGU

Agama Islam
https://goo.gl/VnKCyw

Pendidikan Moral
https://goo.gl/azxpMn

Syariah Islamiah
https://goo.gl/QvrynX

Ekonomi Asas
https://goo.gl/kXv94v

Prinsip Akaun
https://goo.gl/xnqPaQ

Ekonomi Rumah Tangga
https://goo.gl/kkZvcW

Fizik
https://goo.gl/9tdS1d

Geografi
https://goo.gl/kFdE4D

Kimia
https://goo.gl/C1wWsT

Matematik Tambahan
https://goo.gl/gf7bpb

Pendidikan Quran Sunnah
https://goo.gl/NqQKTj

Bahasa Inggeris
https://goo.gl/MRrLxZ

Bahasa Melayu
https://goo.gl/v6drXC

Reka Cipta
https://goo.gl/19GsZ3

Tasawwur Islam
https://goo.gl/oqRA2Z

Sejarah
https://goo.gl/6ffhcB

Sains Sukan
https://goo.gl/73ymhU

Bahasa Arab
https://goo.gl/NyL6na

Rumus Matematik Tambahan
Tingkatan 4 dan 5
https://goo.gl/TR3AP8

Join Telegram Rasmi SUMBER PENDIDIKAN di https://telegram.me/sumberpendidikan untuk pelbagai update bahan PDP terkini

Join FB SUMBER PENDIDIKAN di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru

Sumber : Whatsapp