Singkatnya hidup, pejam celik pejam celik !! dah berapa hari ya kita puasa ??
Di Selangor, semua masjid surau diarahkan Tarawih 20 raakat .. seperti biasa bila selesai 8 rakaat ramai jamaah yang cabut.
Petang semalam saya berbual-bual dengan seorang tua hampir seusia Tun PM .. katanya dia dari Kedah .. datang KL baru tahu ada solat tarawih 8 rakaat.. di Kedah dulu tiada pun yang buat tarawih 8 rakaat..
Ada seorang jamaah jumpa saya.. katanya berat hendak melakukan tarawih 20 rakaat .. saya sarankan dia : buat sahaja 8 rakaat, selepas itu, solat lagi mengikut imam tarawih ... tapi niat solat qada zohor, qada asar, qada maghrib, qada Isyak, qada subuh.. mudah-mudahan Allah menggandakan solat kita itu di bulan Ramadan... ialah nak buat 'solat qada' sorang-sorang tiada kekuatan.. kita buatlah dengan orang yang berjamaah tarawih.. boleh saja.. selepas imam bagi salam, kita bangun sambung rakaat yang kurang.
Wallahualam
قمرٌ قمرٌ قمرٌ سيدنا النبي .. وجميل وجميل وجميل سيدنا النبي وجميل ♥
Sumber : Whatsapp
No comments:
Post a Comment