Tuesday, July 24, 2018

Tazkirah UstazDin (10) : Kenapa Perempuan Dimudahkan Dapat Pahala?

TAZKIRAH PAGI NIE

Agaknya laaa..

Kenapa ya Allah memudahkan orang perempuan dapat pahala.. mudah dapat syurga banding lelaki ?? .. jaga solat, jaga puasa, jaga kehormatan, taati suami, nescaya dia masuk syurga dari pintu mana saja yang dia inginkan.

Dari pengamatan saya yang doif ini.. yang memudahkan orang perempuan masuk syurga ialah kerana AIR MATANYA

Allah kurniakan orang perempuan mudah emosi mudah menitis air mata.. kadang-kala terlihat orang susah pun dia mudah terharu.. kadang-kadang kita cakap guna tone lembut  pun dia boleh nangis.. tengok cerita hindustan yang tak logik tu pun boleh gembeng 😭 .. 

Bila dah teresak-esak itu.. maka berkatalah hatinya dgn Allah 'betapa bertuahnya aku banding si polan-si polan'.. terasa kerdil diri, mudah meletak diri lemah disisi Allah.. semua tu kerana AIR MATANYA yang mudah mengalir..

Asbab airmata, boleh dekat diri dgn Allah.. airmata juga boleh padam dahsyatnya api neraka.. 

Banding orang lelaki.. mereka agak lasak. Nak sensitif kan diri kena betul-betul rasa diri hamba .. hamba Allah.. kena sujud waktu sunyi barulah air matanya menitis.. nak mengalirkan air mata di pipi sampai hingus meleleh lagilah susah.

Sekarang ! orang perempuan ! kenalilah dirimu.. dah nak raya ni buat kuih banyak-banyak.. bye (joke)


Sumber : Whatsapp

No comments:

Post a Comment