Sunday, July 8, 2018

Tazkirah UstazDin (3) : Mengenal ALLAH

TAZKIRAH PAGI NIE

Dari Abu Ma’bad dari Ibni Abbas r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Muaz bin Jabal ketika baginda s.a.w. mengutusnya ke negeri Yaman. “ 
Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum ahli kitab, kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah mereka supaya mereka menyakini bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh ALLAH…..” [Maksud hadith riwayat Bukhari dan Muslim].

Dari hadith ini ulama tauhid menyimpulkan perkara asas di dalam agama ialah mengenal ALLAH “Awaluddin Makrifatullah” .


Mengenal ALLAH ialah dengan mengimani bahawa ALLAH S.W.T. sahaja yang berhak disembah, tempat tumpuan kecintaan, matlamat pengabdian dan segala amalan yang dilakukan ditujukan semata-mata sebagai mentaati perintah ALLAH S.W.T.



Sumber : Whatsapp


No comments:

Post a Comment