Wednesday, July 25, 2018

DIARI TWG (26) : Boleh Ke Sunat Mutlak?

BOLEH KE SUNAT MUTLAK?

Soalan : Ramai yang mengerjakan sunat dua rakaat (Qabliyah dan Bakdiyah). Mana yang tahu tidaklah berniat QABLIYYATAN...tapi SUNNATAN MUTHLAQ...Boleh ke sunat mutlaq?

Jawapan : Solat sunat ini adalah solat tambahan.. tanda mengabdikan diri kepada Allah.. 

Kerana dalam ibadah-ibadah WAJIB ini, di sampingnya ada ibadah SUNAT

Contohnya, di samping ibadah Solat Fardu yang wajib ada ibadah solat sunat, ibadah zakat yang wajib ada juga yang sunat iaitu sedekah, haji ada umrah, puasa Ramadan yang wajib ada puasa sunat

Justeru, tidak salahnya kita niat utk 'solat mutlak'.. cuma kena tahu masa nak mengerjakannya.. janganlah dibuat solat itu dalam waktu yang diharamkan

Begitu juga puasa.. janganlah puasa pada hari yang diharamkan..

Menjawab hal solat sunat qabliah Jumaat.. selaku orang awam bagi saya boleh saja kita buat.. tetapi bagi para alim yang berilmu agak janggal bila dia buat sedangkan dia tahu tiada solat itu.. jadi mungkin mereka buat juga demi meraikan amalan orang awam tapi mereka niatkan untuk solat yang lain..  yang penting yang dibuatnya itu bersesuaian dengan kehendak hadis dan ijmak ulama..sebab ianya ibadah sunat yang tidak diwajibkan tiada nas qat'ie dalam Al-Quran. Wallahualam

Wow .. panjang pula penjelasannya ..harap dapat apa yang saya maksudkan


Sumber : Whatsapp

No comments:

Post a Comment