Tuesday, July 24, 2018

Tazkirah UstazDin (12) : Bagaimana hendak Bersyukur?

TAZKIRAH PAGI NIE

Semasa kecil dulu mak nasihat : jangan melastik burung itu, esok kat akhirat burung itu jadi besar, dia pula lastik kau .. jangan pergi ke panggung tengok wayang.. kat akhirat nanti Allah tanya duit yang kau guna beli tiket wayang, apatah lagi kalau main judi.

Mudah sahaja nasihat diberi tetapi sampai umur sekarang saya masih ingat.

Hargai nikmat yang Allah beri pada kita.. syukur banyak-banyak.. Bagaimana hendak bersyukur ??

Mak kata : cuba gandakan nikmat Allah itu dengan pahala, bagi-bagikan nikmat itu dengan orang yang tidak punya nikmat.. bertasbih zikrullah tanda kita berterima kasih dengan Allah ... rendah diri sesama makhluk.. biar bodoh kita pada pandangan manusia tapi hebat pada basyirah Allah.

إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ إبراهيم:

jika Dia menghendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan menggantimu dengan makhluk yang baru.
Wallahualam


Sumber : Whatsapp

No comments:

Post a Comment