Monday, December 10, 2018

CERPEN : INNOCENT BRIDE (VERSI 2)

CERPEN : INNOCENT BRIDE (VERSI 2)


Genre : Kahwin Paksa (Forced Marriage)

Profil : Karya ini bukan idea fnz cuma ada beberapa temat fnz telah ubah sikit untuk membuatkan cerita ini lebih menarik. Karya asal milik sepenuhnya oleh pemilik asal (Kayoru), Selamat membaca ‘Innocent Bride’ versi 2 ^^



**********************************

“Sara, Sara akan berkahwin dengan pengerusi syarikat The Pearl, Encik Rusli Ahmad. Sara akan jadi kaya-raya selepas ini,” kata ayah Sara dengan penuh semangat.

Terlopong Sara apabila mendengar kata-kata ayahnya. Patutlah pelik dia melihat riak muka ayah serta ibunya yang asyik senyum memandangnya sejak dia pulang dari sekolahnya.

“Ayah, Sara baru 18 tahun. Lagipun, Sara tak nak jadi kaya-raya ayah,” bantah Sara.

“Sara tak sayangkan kami ke? Kalau Sara berkahwin dengan dia, maka hutang kita akan dilangsaikannya. Sara sanggup ke melihat kami merana?” sebak suara ayah Sara.

“Ayah tak fikir langsung pasal anak ayah ni ke? Macam mana dengan Sara?” balas Sara.

“Ayah dan ibu pasti Sara akan bahagia dengan dia,” yakin ayah Sara.

Sedih Sara mendengar kata-kata ayahnya itu. Malah, ibunya langsung tidak memihaknya.




Pejam celik, pejam celik, hari bersejarah buat Sara pun tiba. Sara tidak menghiraukan orang di sekelilingnya sewaktu akad nikah dijalankan.

‘Kawan lelaki pun saya tidak pernah ada. Inikan nak jadi isteri kepada lelaki yang tidak dikenali. Saya tidak kisah pasal Encik Rusli tu mahupun menjadi kaya raya! Saya hanya mahukan hidup yang dipenuhi dengan cinta sejati dan bukannya kahwin dengan lelaki tua yang miang! Takkan!’ gerutu Sara dalam hati.

“Aku terima nikahnya, Siti Saralina binti Samsudin dengan mas kahwinnya, seribu ringgit tunai,”

“Sara! Sara!”

Sara yang lengkap memakai gaun pengantin menoleh ke arah ibunya. Hilang lamunannya mendengar suara ibunya.

“Boleh pula kamu termenung jauh. Pergi masuk bilik sekarang. Buat sujud syukur sebelum upacara membatalkan air wuduk,”

“Baik, ibu,” Sara mula berdiri lalu masuk ke dalam bilik ibunya, berdekatan dengan majlis akad tersebut.

Sara mengunci pintu bilik itu. Dia terus ke arah tingkap bilik itu. Pandangan teralih ke arah balkoni di tingkat satu.

“Saya harap saya selamat mendarat,”

Tanpa membuang masa, Sara memanjat tingkap dan bersedia untuk melompat. 

Sara berjaya mendarat di balkoni tingkat satu. Sara mendongakkan kepala ke bilik tingkat 2 yang baru sahaja dia menghuni situ.

“Maafkan saya, ibu, ayah. Saya tidak sanggup berkahwin dengan lelaki tua tu,” nekad Sara lalu terus berlari masuk ke bilik yang tidak berpenghuni itu.

Suasana menjadi kucar-kacir di tingkat satu.

“Hah hah,” tercunggap-cunggap Sara berlari.

“Eh? Itukan? Puan Sara! Tunggu dulu!” beberapa pengawal perempuan dan lelaki cuba mengejar Sara yang sedang melarikan diri.

Sara berlari ke beranda sambil menjerit ke arah pengawal yang mengejarnya.

“Siapa yang akan tunggu, hah?!”

Sara masuk ke dalam sebuah bilik sebelum membuka pintu balkoni. Tanpa berfikir panjang, Sara terus memanjat tiang beranda. Niatnya untuk ke bilik sebelahnya.

“Waah! Puan Sara!”

“Tolong turun sekarang, Puan Sara! Bahaya!”

Jeritan pengawal tersebut tidak dipedulikannya.

‘Saya baru sahaja berumur 18 tahun. Sepanjang saya hidup 18 tahun ini, saya tidak pernah ada boyfriend dan kenyataan ini tidak sepatutnya diubah. Tetapi, ibu dan ayah telah membuat keputusan untuk mengahwinkan saya dengan seseorang untuk melangsaikan hutang mereka!’

Sara meluahkan perasaan di dalam hatinya. Dia mula mendekati tiang beranda pada bilik sebelah.

‘Aduh. Tangan dah mula berpeluh,’ merungut Sara dalam hatinya apabila tangannya mula basah.

Ketika tangannya cuba mencapai tiang ke beranda sebelah, tiba-tiba kakinya hilang keseimbangan menyebabkannya terjatuh.

“Whaa!!” menjerit Sara.

Pengawal perempuan yang berada di situ turut menjerit sambil menutup mata mereka.

“Sup!” seorang jejaka sempat menyambut Sara sebelum Sara terjatuh ke atas tanah.

Sara yang memejamkan matanya, membuka matanya perlahan dan menoleh ke arah orang yang menyelamatkannya. Kuat pegangan jejaka tersebut.

“Allah. Tak sangka isteri saya ni sangat degil orangnya,” kata jejaka itu sambil tersenyum memandang wajah Sara.

Tetamu yang berada di beranda tingkat satu dan tingkat dua menepuk tangan masing-masing. Semua gembira kerana tiada apa-apa yang berlaku pada pengantin perempuan.

“Tengok! Bukankah itu tuan muda kita?”

“Tuan muda berjaya menangkap pengantin perempuan!”

Sara memandang wajah jejaka yang lengkap berbaju melayu, bersampin dan bersongkok hitam itu. Warna bajunya sepadan dengan warna gaun Sara, warna pic.

‘Ini ke…Encik Rusli Ahmad tu? Kenapa dia macam bukan orang yang saya fikirkan selama ini?’ bisik Sara di dalam hatinya.

“Hah! Hei! Lepaskan saya! Turunkan saya sekarang! Awak nak bawa saya pergi ke mana ni?!” Sara mula meninggikan suaranya apabila jejaka itu mula berjalan sambil mendukung Sara menuju ke sebuah kereta mercedes benz berwarna merah.

“Lebih baik awak dengar cakap saya ataupun awak nak malukan kedua ibu bapa awak,” terhenti pergelutan Sara apabila melihat wajah ibu dan ayahnya dari jauh.



Di kediaman Rusli,

“Ya Allah! Besar sungguh rumah ni. Ini bukan rumah. Dah macam istana pun ada,” mengeluh Sara yang duduk di penjuru katil.

“Penat sungguh hari ni,” tambahnya lagi sambil memandang baju tidur pada badannya.

“Klak,” bunyi pintu bilik ditutup. Tersentak Sara.

“Sudah masanya untuk tidur,” lembut suara Rusli sambil memandang wajah isterinya.

‘Tidur? Adakah ini bermakna…?’ gugup Sara.

Sara terus berdiri dan berjalan ke pintu sambil memeluk sebiji bantal.

“Sa..saya tidur kat luar saja,”

“Apa? Apa yang awak katakan ni?”

Rusli memegang bahu Sara apabila Sara enggan memandang wajahnya ketika bercakap.

“Jangan sentuh saya!” Sara membaling bantal yang dipeluknya ke arah wajah Rusli.

“Sa..saya takkan jadi isteri awak!”

Rusli memandang wajah isterinya yang hampir menangis ketakutan itu. Tangan kanannya diangkat mendekati kepala Sara.

“Haaaaa!” Sara memejamkan matanya dengan erat kerana takut tindakan yang bakal dilakukan oleh suaminya.

Sara terasa kepalanya diusap lalu dia membuka matanya.

“Jangan risau. Saya takkan sentuh awak kerana apa yang saya inginkan ialah hati awak,”

‘Hah?’ terkejut Sara.

Rusli membuka pintu bilik.

“Saya akan tidur di bilik yang lain. Selamat malam,” lalu dia menutup pintu tersebut.

Sara memegang kepalanya yang diusap tadi.

“Apa maksudnya tadi? Dia serius ke? Encik Rusli Ahmad. Saya memang tak faham awak?! Kenapa awak nak kahwin dengan saya?”



Pada keesokkan paginya,

“Apa?! Saya akan tukar sekolah?!”

“Ye, puan. Semua pertukaran puan telah diuruskan. Ini baju seragam sekolah tersebut,” kata orang gaji Sara.

“Saya tak nak tukar! Saya masih belum mengucapkan selamat tinggal pada kawan-kawan saya lagi,” bantah Sara.

“Tapi puan, ini adalah arahan tuan muda,” ujar orang gajinya itu.

Di luar rumah, seorang pengawal sedang membuka pintu kereta di bahagian penumpang belakang manakala pengawal yang lain menunduk ke arah Rusli.

“Have a nice day, tuan muda,” serentak pengawal-pengawalnya itu.

“Encik Rusli Ahmad!” kedengaran namanya dipanggil lalu pandangannya ditoleh ke arah bilik tingkat satu di mana tingkat sedang terbuka luas.

“Awak sangat tidak berperikemanusiaan!” jerit Sara dengan kaki kirinya berada di atas tingkap itu.

“Pu..puan…bawa bertenang,” orang gajinya sedang cuba menenangkan Sara.

“Saya akan ingat sampai bila-bila!” Sara masih menjerit pada Rusli.

“Puan, tolong tutup tingkap tu,” risau orang gajinya itu.

“Puan..nampak sangat bersemangat,” kata pengawal tua yang berdiri di sebelah Rusli.

Rusli hanya mampu senyum.



Di sekolah swasta Sara

‘Waah! Cantiknya sekolah ini,’ puji Sara sambil menoleh ke kiri dan kanan ketika duduk di tempat duduknya.

“Gembira dapat berkenalan dengan awak, Sara,” beberapa rakan sekelasnya menegur Sara.

“Ah..gembira juga dapat berkenalan dengan kalian juga,” senyum Sara.

“Nama saya Syuhada,”

“Saya pula Nadiah,”

‘Macam orang berada je mereka ni. Ini bukan tempat saya,’ luah Sara dalam hatinya.

“Sara, saya sangat cemburu kerana awak kahwin dengan Encik Rusli,” kata Syuhada.

“Apa? Macam mana awak tahu?” terkejut Sara.

“Berita tentang kalian ada pada surat khabar pagi ni,” kata Syuhada sambil memberi surat khabar kepada Sara.

‘Whaaa! Besarnya gambar kahwin semalam!!’ terkejut Sara apabila gambar majlis perkahwinan semalam terpampang pada helaian akhbar paling hadapan.

“Jadi, tiada sesiapa yang tidak kenal awak, Sara,” ujar Nadiah.

“Encik Rusli Ahmad ialah pengerusi salah satu syarikat terbesar di Malaysia. Walaupun pada usia yang muda, beliau mempunyai ramai musuh. Oleh itu, awak seharusnya berhati-hati, Sara,” sambung Syuhada.

‘Musuh…?!’ Sara mula mengigil ketakutan.

“Tapi, awak jangan risau. Sekolah ini selamat. Pengawal-pengawal di sini ada untuk melindungi kita semua,” kata Nadiah pula.

‘Oh..baru saya faham kenapa dia tukarkan sekolah saya. Dia nak melindungi saya rupanya,’

Sara teringat peristiwa pagi tadi di mana dia menuduh suaminya tidak berperikemanusiaan.

“Awak ada masalah ke, Sara?” pelik Syuhada apabila Sara mendiamkan dirinya.



*************************


Pada malam itu, Rusli pulang ke kediamannya.

“Saya sudah pulang,” kepenatan Rusli semasa melangkah masuk ke rumahnya.

“Selamat pulang, tuan muda,” ucap orang gajinya.

“Apa yang bising-bising tu?” pelik Rusli apabila terdengar bunyi bising dari dapur.

“Err…sebenarnya…,” teragak-agak orang gaji itu hendak menjawab.



Di dapur,

“Puan! Itu gula, bukannya garam!” tegur salah seorang chef rumah itu.

“Apa? Tak mungkin!” terkejut Sara kerana dia sudah menaburkan gula tersebut di dalam masakannya.

“Puan! Ia hangus lagi…!” cemas chef perempuan rumah itu.

Sara yang kelihatan serius masih meneruskan aktiviti memasak telur goreng walaupun telur tersebut sudah mula berubah warna.

“Puan! Kari ni dah menggelegak!”

Rusli terkejut melihat situasi di dapur yang kucar-kacir itu.

“Puan kata puan hendak memasak makanan malam,” orang gaji itu memegang kepalanya sambil mengeluh.

Senyuman terukir di bibir Rusli sambil matanya tidak lepas memandang isterinya.

“Boleh saya masuk?” Rusli mendekati Sara.

“Hah? Awak dah pulang?” terkejut Sara.



***********************


Di meja makan, makanan yang dimasak Sara kelihatan tidak bermaya dan hancur.

“Baiklah. Saya harap sesuatu yang lebih baik daripada ini pada masa akan datang,” senyum Rusli apabila melihat wajah Sara yang muram.

“Apa maksud awak ‘pada masa akan datang’? Hari ni je saya masak!” bantah Sara.

“Saya fikir awak hendak mulakan tugasan awak sebagai seorang isteri…,” kecewa Rusli.

“Tidak sama sekali!” Sara memotong percakapan Rusli.

“Jadi, kenapa awak masak?” pelik Rusli.

“Err…sebab pagi tadi saya cakap sesuatu yang teruk pada awak. Awak tukarkan sekolah saya sebab awak risaukan saya, kan?” muka Sara mula kemerahan.

“Jangan risau. Apa yang awak cakap itu betul. Awak mesti tidak selesa di sekolah baru dan semuanya salah saya. Saya minta maaf,”

“Hah..? Emm..ye..semua ni sangat sukar bagi saya,” jujur Sara.

“Maafkan saya. Esok, ada majlis sempena ulang tahun ke 100 syarikat. Boleh awak datang dengan saya?” lembut suara Rusli.

“Majlis?!” tersentak Sara.

“Saya pun tidak suka majlis seperti itu. Sebab itu saya akan lebih gembira jika awak dapat hadir sama,”

“Haah..?” makin bahang muka Sara.

“Fikirkanlah,”

Rusli yang sudah selesai makan mula beredar dari meja makan.



*****************


Sara mendekati orang gajinya yang sedang mengemas meja makan.

“Err..,”

“Kenapa, puan?” pelik orang gajinya apabila Sara memegang lengan bajunya.

“Apa yang patut saya pakai untuk pergi ke majlis?” tanya Sara dengan mukanya yang merah.



Pada hari kejadian,

“Tengok tu. Itulah Encik Rusli Ahmad!”

“Kacaknya dia! Dan sangat muda!”

“Tapi, kenapa saya tak nampak isteri dia?”

Kedengaran beberapa staf perempuan mula bergosip.

“Kenapa dia kahwin dengan perempuan yang ganas macam tu? Dia sepatutnya kahwin dengan anak perempuan yang juga orang bangsawan seperti kita,”

“Apa yang istimewa sangat dengan perempuan tu..?”

“Dia mesti tak datang malam ni,”

“Mestilah! Habis maruah Encik Rusli kalau dia ada!”



Di depan pintu majlis, orang gaji Sara membukakan pintu untuk Sara.

“Tuan muda sedang tunggu puan,” kata orang gajinya itu.

“Saya kurang selesalah dengan gaun ni,” adu Sara.

“Tidak mengapa. Untuk satu malam sahaja,” orang gaji itu menolak Sara perlahan ke pintu.

Sara berjalan mendekati Rusli yang rancak berborak dengan tetamu yang hadir. Apabila dia perasan tetamu yang hadir mula tertumpu pada belakangnya, Rusli menoleh ke belakang.

Terpukau dia memandang Sara yang bergaun ungu lembut dengan mengenakan tudung yang dililit ke tepi. Tetamu yang lain turut terpukau melihat kecantikkan Sara.

“Ma..maaf saya lambat,” Rusli terus mengalihkan pandangannya apabila Sara memandang wajahnya.

“Ke..kenapa? Saya nampak pelik ke?” risau Sara dengan reaksi suaminya.

“Bukan…Awak sangat cantik sehingga saya tergoda. Ia sangat sesuai dengan awak,”

“Ohh..Saya faham..,” merah muka Sara.

Pandangannya teralih pada lantai.

“Good evening. Saya sedang mencari awak, pengerusi muda,” tegur seorang tetamu dengan nada yang menjengkelkan.

“Saya tidak setuju dengan perkahwinan korang sebenarnya. Entah dari mana kau kutip isteri kau ni,” sambungnya lagi.

“Apa awak cakap?!”

Sara mula geram tetapi Rusli sempat menghalang Sara untuk mengelakkan pergaduhan berlaku.

“Tidak mengapa, Sara. Awak tunggu saya di sana,” arah Rusli.

Sepanjang berjalan ke tempat yang dimaksudkan oleh suaminya, Sara asyik memandang Rusli berbual dengan tetamu tersebut.




Di beranda,

“Kenapa dengan lelaki yang menjengkelkan tu?! Apa masalah dia sebenarnya?!” geram Sara.

“Dia seorang pengerusi sebuah syarikat, tapi syarikat dia hampir bankrupt,” tenang sahaja Rusli bercerita kepada isterinya yang sedang berdiri di sisinya.

“Jadi? Kenapa dia cakap macam tu pula tadi?!” Sara masih marah.

“Eee..Geram betul saya,”

Rusli memandang isterinya dengan wajah yang tersenyum.

“Awak memang masih tidak berubah lagi, Sara. Masih sama macam dulu,”

“Hah? Masih sama?” Pelik Sara dengan kata-kata suaminya.

“Semasa kita kecik-kecik dulu, kita berjumpa secara kebetulan. Masa tu, saya datang ke kilang bersama-sama dengan ayah saya,” Rusli mula bercerita.



*********************


“Rusli, suatu hari nanti, syarikat ini akan menjadi milik kamu. Jadi, jangan kecewakan ayah,” kata ayahnya.

“Baik, ayah,” serius muka Rusli.

Dalam perjalanan memeriksa sebuah kilang, seorang pekerja terlanggar Rusli.

“Maafkan saya,” namun Rusli tidak menghiraukan pekerja itu.

“Hei awak! Sepatutnya awak yang perlu meminta maaf apabila melanggar orang! Takkan perkara kecik itu pun awak tidak boleh buat?!” tengking Sara yang ketika itu berusia 5 tahun manakala Rusli berumur 10 tahun.

“Hei budak! Mana boleh cakap macam tu pada tuan muda…!” halang pekerja ayah Rusli.

“Jadi, sebab ayahnya berkuasa, dia pun fikir dia hebat sangat ke?!” Sara melawan kata-kata pekerja itu.

Tertusuk kata-kata Sara itu ke dalam hati Rusli.



*************************


“Sa…saya masih budak-budak lagi masa tu..,” kata Sara selepas Rusli selesai bercerita.

“Tapi, apa yang dikatakan awak itu betul. Saya yang salah kerana menyangka semuanya sudah menjadi milik saya. Sejak itu, saya bekerja keras untuk mendapat syarikat dengan usaha saya sendiri. Bekerja sangat keras. Dan selepas itu, doa saya untuk berjumpa dengan awak suatu hari nanti menjadi kenyataan,”

“Hah?” Sara menoleh ke arah Rusli.

“Walaupun syarikat ayah awak bankrupt, tapi awak sangat tabah seperti dulu. Jujur saya katakan, walaupun segala usaha saya ini menjadi sia-sia, saya masih inginkan awak menjadi milik saya. Saya sentiasa sayangkan awak, Siti Saralina,”
Rusli memegang tudung Sara yang terjuntai sedikit. Muka Sara menjadi merah padam.

“Ah…,” Sara hilang kata-kata apabila wajah suaminya mula mendekatinya.

Tiba-tiba seorang pelayan datang sambil membawa sedulang air kepada mereka berdua.

“Tuan dan puan inginkan minuman?” tanya pelayan itu dengan mesra.

“Boleh juga!” Sara yang gelabah terus mengambil segelas air.

“Sara, air tu..air gas,” tak sempat Rusli menghalang kerana air tersebut habis diteguk oleh Sara.

“Sara!” Sara terus rebah.




**************************


‘Encik Rusli…sentiasa sayangkan saya? Dia cintakan saya?’
Wajah Rusli semakin mendekati wajah Sara.



“Whaaa!!”

Sara terus terbangun dari tidurnya. Dia terduduk di atas katil sambil mengelap peluhnya.

“Mimpi…apa tadi tu?” Sara masih terkejut.

“Tapi, dari mana mimpi tu bermula?” fikir Sara sambil menoleh ke kanannya.

“Emm…selamat pagi, Sara,” terbeliak mata Sara apabila mendapati suaminya sedang terbaring bersebelahan dengannya tanpa berbaju.

Apabila melihat dirinya, dia hanya berpakaian baju malam yang jarang tanpa lengan.

“Ahhhh!” menjerit Sara.

Dia terus menarik comforter untuk menutup badannya.

“A..awak buat apa pada saya, hah?!”

Badan Sara mula menjauhi Rusli.

“Saya tidak buat apa-apa pada awak. Saya hanya menanggalkan pakaian awak kerana saya risau gaun tu menyebabkan awak tidak selesa. Lepas tu, saya pakaikan awak baju malam tu sebab saya nak awak tidur lena,” cemas Rusli.

“Betul? Awak tidak sentuh saya ketika saya pengsan? Tapi, awak mesti pernah fikir nak buat perkara tak baik, kan?” musykil Sara.

“Tak..saya tak bermaksud nak buat perkara tak baik tu,” merah muka Rusli menjawab pertanyaan Sara.

Rusli mengalihkan pandangan ke arah lain.

‘Merahnya muka dia,’ terkejut Sara melihat wajah suaminya itu.

“Nampaknya, awak sangat sukakan saya ye?” geli hati Sara.

“Awak ni..,” Rusli meraup wajahnya selepas ternampak senyuman lebar Sara.

“Kenapa..awak kecewa ke?” tanya Sara, mula mendekati suaminya.

“Bukan..tetapi sebaliknya. Awak ni sangat comel. Saya tak dapat nak tahan lagi. Boleh saya…cium awak?” tanya Rusli, mula mendekatkan wajahnya pada Sara.

“Hah?! Tapi awak kata..awak takkan buat apa-apa pada saya!”
Sara meninggikan suaranya. Tangannya kuat menggenggam comforter.

“Kalau awak tidak suka, saya takkan buat apa-apa pada awak,”

Jarak wajah mereka semakin dekat.

‘Nan…nanti..,’ Sara memejamkan matanya.

Dahinya terasa hangat lalu matanya dibuka.

‘Eh? Dia kucup dahi saya?’ pelik Sara.

“Tok tok,” bunyi pintu diketuk.

Tangan Rusli masih berada pada kedua-dua bahu Sara.

“Tuan muda, sudah tiba masanya untuk bergerak,” kedengaran suara orang gajinya di luar pintu bilik.

“Sudah masanya? Sayang, bersiap-siap ye,” kata Rusli apabila Sara kaku di situ.

“Ye! Sa..saya tahu,” teragak-agak Sara.


*******************


Sara mula bersiap-siap. Dia memandang suaminya dari tingkap bilik. Dahinya yang dikucup dipegangnya.

‘Kenapa..dia tak kucup di...Saya mesti beritahu dia yang saya bencikan kucupan itu!’  nekad Sara.

“Eh?” pandangan Sara teralih pada seseorang yang bersembunyi di sebalik tiang, berdekatan dengan suaminya.

“Lelaki itu..bukankah lelaki yang menjengkelkan semalam?” fikir Sara.

Terbeliak mata Sara apabila ternampak lelaki itu mengeluarkan pisau dari jaketnya.

‘Encik Rusli..mempunyai ramai musuh,’

Terngiang-ngiang perkataan itu dalam kepala Sara.

“Disebabkan kau, saya kehilangan syarikat saya!”

Lelaki itu meluru ke arah Rusli dengan mengacukan pisau. Rusli menoleh melihat lelaki itu dengan pandangan yang terkejut. Semuanya berlaku sekelip mata.

“Ahh! Puan!!” terdengar jeritan beberapa orang gaji perempuan.

“Panggil doktor!!”

Sara rebah pada pangkuan Rusli. Demi menyelamatkan suaminya, Sara terus menerpa suaminya menyebabkannya terkena tikaman. Muka Rusli menjadi pucat.

Pengawal di situ terus menangkap lelaki menjengkelkan itu.


**************************


“Hmm,” Sara membuka matanya.

“Sayang,” Rusli yang berada di sisi Sara terus bersuara.

“A..awak?” pelik Sara melihat wajah Rusli yang gelisah itu.

“Abang bersyukur sangat luka sayang tidak dalam,”
Rusli memegang erat tangan kiri Sara.

‘Ah..baru saya ingat. Saya melindungi dia,’

“Maafkan abang, sayang. Maafkan abang sampai sayang pula melindungi abang,” Rusli mendekatkan tangan Sara pada bibirnya.

Pantas Sara menarik tangannya dan menoleh ke arah bertentangan dengan Rusli.

“Kenapa, sayang? Sayang masih sakit lagi ke?” terdiri Rusli dengan tindakan isterinya.

“Ja..jangan tengok muka saya,” Sara menutup mukanya menggunakan kedua-dua tangannya.

‘Saya terus berlari ke arahnya tanpa berfikir panjang? Apa yang telah saya lakukan?’

“Ia sangat merumitkan. Sejak bila saya jatuh cinta pada suami sendiri?” perlahan suara Sara namun dapat didengari Rusli dengan jelas.
Rusli menolehkan badan Sara dan menarik tangan Sara dari wajah Sara.

“Ja..jangan,” teragak-agak Sara.

“Jangan sembunyikan wajah sayang. Bagi abang tengok wajah sayang,” lembut suara Rusli.

Tangan Sara teralih. Matanya tepat memandang mata Rusli.

Merah muka Rusli melihat muka Sara yang sedang membahang itu.

“Adakah..sayang bersedia untuk menjadi milik abang sepenuhnya?” soal Rusli sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Sara.

“Saya..bersedia, abang,” perlahan suara Sara.

Bibir Rusli bertemu dengan bibir Sara. Dengan itu, Sara menjadi milik Encik Rusli Ahmad sepenuhnya.



- TAMAT -

1 comment:

  1. Good stories but tatabahasa kata nama tu kurng tepat(penggunaan saya aku).Good content and love the ending
    -sara-

    ReplyDelete