NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 2 - TEMPAT ANEH
“Erm?”
Nik Akhil tersedar dari pengsannya.
Dia
mendapati badannya sedang meniarap di atas daun-daun kering yang gugur. Nik
Akhil berdiri sebelum melihat sekelilingnya.
“Kat
mana ni? Hutan?” pelik Nik Akhil apabila melihat dia dikelilingi oleh beberapa
pokok yang tinggi belaka.
Nik
Akhil terdengar bunyi gemerencang seperti pedang berlaga dengan pedang. Dia
mencari arah bunyi itu.
Siti
Syazanah yang tidak jauh dari Nik Akhil terjaga apabila mendengar bunyi bising
itu. Dia turut melangkah ke arah bunyi tersebut.
Terbeliak
matanya apabila melihat dua makhluk yang sangat besar saiz badannya sedang berlaga
pedang. Siti Syazanah yang sudah menggigil ketakutan itu berundur secara
perlahan-lahan sambil matanya masih memandang pertarungan makhluk gergasi itu.
“Plak!”
tersentaknya apabila dia terpijak sebatang dahan kering.
Dia
menelan air liurnya dengan sukar. Matanya sudah teralih melihat dahan itu. Lagi
mendebarkan apabila bunyi gemerencang itu sudah berhenti.
‘Ya Allah!’ berdoa
Siti Syazanah di dalam hatinya sambil menutup matanya dengan erat.
Tiba-tiba
lengannya ditarik masuk ke dalam semak. Jantungnya sudah berdegup dengan
kencang.
“Hmm?!”
terkejutnya apabila memandang tuan kepunyaan tangan yang menarik lengannya
tadi.
“Shu!
Jangan bersuara!” pesan Nik Akhil dengan matanya yang tidak dialihkan pada dua
makhluk itu.
Siti
Syazanah turut memandang makhluk yang misteri itu.
Dua
makhluk gergasi itu menyambung pertarungan mereka dan mula bergerak dari situ.
Mereka berdua menghela nafas lega apabila hilang kelibat makhluk tersebut.
Nik
Akhil terasa lengan bajunya ditarik lalu dia memandang Siti Syazanah dengan
dahi yang berkerut. Siti Syazanah menunding jarinya pada tangan Nik Akhil yang
masih memegang lengannya sejak tadi.
“Opps.
Sorry,” Nik Akhil terus melepaskan tangannya yang erat memegang lengan gadis
itu yang berlapikkan dengan lengan baju.
“Baik
kita pergi dari sini sekarang. Nanti mereka datang sini semula nahas kita,”
cadang Nik Akhil sebelum berdiri dari duduknya diikuti oleh Siti Syazanah.
Siti
Syazanah hanya mengekori langkah lelaki itu dari belakang.
*****
“Wuahh!”
Ismail
Razak terjaga apabila terdengar bunyi tangisan berdekatan dengannya. Sambil
memegang kepalanya, Ismail Razak bangun dari meniarap di atas dedaun kering.
Dia
cuba mencari cermin matanya namun tidak ditemuinya.
“Eh?
Macam mana saya boleh nampak dengan jelas?” terkejut Ismail Razak apabila dia
boleh melihat seperti sedia kala tanpa bantuan cermin mata.
“Awak..,”
kepala Ismail Razak teralih pada pemilik suara lembut itu.
Dia
melihat seorang gadis sedang duduk melutut di atas dedaun kering dengan
wajahnya yang sembam.
“Siapa
awak? Kita kat mana sekarang ni? Kenapa macam seram je tempat ni? Kita dah mati
ke?” bertubi-tubi soalan Shasya Edrina.
Ismail
Razak melihat sekelilingnya. Penuh dengan pokok yang tinggi lampai. Dedaun
kering berterabur di atas tanah. Hutan, kah? Fikirnya di dalam kepala.
“Oh
ya. Kenapa awak menangis?” pandangan dialihkan kepada wajah sembam gadis itu.
Shasya
Edrina menunding jari pada buku lalinya. Nampak sudah bengkak walaupun ditutupi
dengan stokin merah jambunya.
Wajah
mereka berubah apabila terdengar sesuatu sedang menuju ke arah mereka.
Pokok-pokok mula bergoyang akibat gegaran yang dihasilkan itu.
“Kita
kena pergi dari sini sekarang!” cemas Ismail Razak.
“Ta..tapi,
saya tak boleh nak lari dengan kaki macam ni,” gelisah Shasya Edrina.
Air
matanya masih bercucuran turun.
Ismail
Razak terus melutut satu kaki membelakangi Shasya Edrina.
“Naik
belakang saya,” Shasya Edrina hanya akur kerana waktu itu dianggap sebagai
darurat.
Ismail
Razak berdiri.
“Beratnya,”
perlahan suaranya namun masih dapat didengari oleh Shasya Edrina.
“Hei!
Tak baik cakap perempuan macam tu. Kau yang lembik sangat tau! Saya ni ringan
je. Berat badan tak sampai 60 pun,” geram Shasya.
Belakang
Ismail Razak dipukulnya.
“Bersamaan
6 kampit beras 10kg. Biasanya saya boleh pikul 2, atau 3 kampit je. Lepas ni,
kena cuba angkat 6 kampit sekaligus,” bisik Ismail Razak dalam hatinya.
“Apa
yang kau monolog sorang-sorang tu?! Kau ejek saya ke?!”
Sekali
lagi, belakang Ismail Razak dipukul.
“Mana
ada saya mengejek. Saya…saya…,” teragak-agak Ismail Razak yang sudah mula
bergerak dari lokasi asal mereka.
“Saya
apa, hah?!”
“Saya
puji awak,” terlepas ayat itu akibat desakan yang diterima.
“Puji?
Alaa..malulah saya macam ni,” segan Shasya Edrina sambil menepuk belakang
Ismail Razak.
Kesakitan
Ismail Razak akibat dipukul tiga kali di tempat yang sama.
“Saya
tahu yang saya ni cantik orangnya. Susah tau jadi orang cantik ni. Ayah saya
ada keturunan Arab, mak saya pula kacukan Cina. Maka, lahirlah saya yang cantik
ni…,” panjang lebar kisah Shasya Edrina.
‘Bilalah dia nak habis cakap ni.
Menyesal pula ‘puji’ dia tadi,’ mengeluh Ismail Razak.
“Saya
anak tunggal mereka. Jadi, mereka sayang sangat kat saya. Eh?” kata-kata Shasya
Edrina terhenti.
“Kenapa?”
pelik Ismail Razak yang masih berjalan sambil menggendong gadis itu.
“Awak,
saya nampak sesuatu di semak tu,” ujar Shasya Edrina sambil menunding jarinya
pada semak-samun.
Ismail
Razak mengecilkan matanya untuk melihat arah yang ditunjukkan.
“Jauh
lagi kita nak sampai ke semak tu. Apa yang awak nampak?” soal Ismail Razak.
Dia
terasa gadis di belakangnya sedang menggigil lalu dia berhenti berjalan.
“Kenapa
awak menggigil ni?” pelik Ismail Razak.
“Baik
kita cari tempat selamat dulu. Apa kata kita ke pokok besar tu. Saya nampak ada
lubang. Muat untuk kita berdua menyorok. Lagipun, mesti awak dah penat dukung
saya,”
Ismail
Razak hanya akur kata-kata Shasya Edrina. Lagipun, dia sudah kepenatan untuk
berjalan lebih jauh.
Shasya
Edrina diturunkan dari belakangnya apabila mereka tiba di pokok sebesar gajah,
jauh dari semak.
“Biar
saya masuk dulu,” Shasya Edrina terus merangkak masuk ke dalam lubang pokok
yang memuatkan seorang sahaja untuk melaluinya.
Ismail
Razak yang sudah kemerahan terus memalingkan pandangannya apabila punggung
gadis itu menghadapnya.
‘Ya Allah! Kuatkanlah imanku,” berdoa
Ismail Razak di dalam hatinya.
“Argh!”
pandangan terus dialihkan ke arah jeritan itu.
Leganya
apabila seluruh tubuh Shasya Edrina sudah masuk ke dalam lubang pokok itu.
Ismail Razak mula tersedar sebelum mendekati lubang pokok.
“Kenapa?
Awak ok tak?” risau Ismail Razak.
Disebabkan
tiada balasan dari gadis itu, dia terus masuk ke dalam lubang itu. Masuk
sahaja, dia ternampak tubuh gadis itu sedang duduk di sebelahnya.
“Awak!
Ada manusia lagilah di tempat pelik ni,” ceria suara Shasya Edrina.
Matanya
tidak terkalih pada Ismail Razak kerana teruja memandang dua tubuh yang duduk
di hadapannya.
“Hah?”
Ismail
Razak terus mengalihkan pandangannya pada arah pandangan Shasya Edrina. Dia
melihat seorang gadis yang bertudung sedang bersembunyi di belakang bahu
seorang jejaka. Tangan gadis itu erat memegang lengan baju jejaka itu dalam
keadaan menggigil.
Jejaka
itu memandang mereka dengan wajah yang dingin.
“Siapa
korang ni?” kasar ayat yang digunakan jejaka itu.
“Saya
Shasya Edrina dan dia…,” tiba-tiba hilang senyuman Shasya Edrina sambil matanya
teralih memandang wajah Ismail Razak.
“Siapa
ye nama awak?” Ismail Razak menepuk dahinya sendiri.
“Shu!
Ada sesuatu menghala ke arah sini. Cepat masuk, awak!” terhenti percakapan
Ismail Razak untuk menjawab soalan apabila mendengar arahan Shasya Edrina.
Ismail
Razak menjauhi pintu masuk lubang dan duduk di sebelah jejaka dingin itu.
Masing-masing
mendiamkan diri apabila bunyi tersebut semakin dekat.
“Slup!”
Bunyi
sesuatu menggelongsor masuk ke dalam lubang itu.
“Dum!”
Bunyi
dentuman yang kuat.
“Argh!”
Suara
jeritan kedengaran di dalam lubang itu.
Suasana
menjadi gelap apabila pintu masuk lubang itu tertutup secara tiba-tiba. Mereka
menelan air liur masing-masing. Tiada sesiapa berani bersuara.
“Gelapnya..,”
perlahan suara Ismail Razak.
“Mak…,”
Shasya Edrina yang sempat duduk di sebelah Ismail Razak mula menyebut nama
ibunya.
Lengan
baju Ismail Razak erat dipegangnya. Entah bila ditariknya pun dia tidak sedar.
Seminit
mereka bergelap sebelum cahaya muncul dari dinding lubang itu. Saiz cahaya itu
sebesar bola tenis. Sebanyak enam bebola cahaya muncul di sekeliling lubang
itu. Kagum sang jejaka melihatnya.
“Hah?”
Kini,
mereka dapat melihat wajah manusia yang berada di dalam lubang itu. Nik Akhil,
Ismail Razak dan lelaki dingin itu berpandangan antara satu sama lain sebelum
memandang gadis yang sedang erat memegang lengan baju mereka sambil menekup
wajah pada bahu mereka.
“Hoi!
Dah tak gelap dah. Cepat buka mata tu. Koyak juga baju tu kalau kau asyik tarik
je,” sergah lelaki dingin itu pada gadis di sisinya.
“Cik
penakut. Sila lepaskan baju saya ni. Habis basah lencun disebabkan air mata cik,”
kasar Nik Akhil sambil menggerakkan bahunya.
“Cik
Shasya Edrina, mereka manusia juga macam kita. Kita dah selamat di sini,”
lembut Ismail Razak sambil menggerakkan bahu gadis itu.
Ketiga-tiga
gadis itu mengangkat wajah mereka sambil memandang sekeliling mereka.
“Manusia!”
gembira mereka lantas terus melangkah ke hadapan untuk memeluk spesis mereka.
“Tung!”
“Aduh!”
“Hahahaha!”
geli hati ketiga-tiga jejaka itu apabila Siti Syazanah, Shasya Edrina dan Nur
Halimah terhantuk kepala masing-masing.
“Jahat
korang gelakkan kitaorang!” geram Shasya Edrina sambil mengusap dahinya.
No comments:
Post a Comment