NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 1 - KEJADIAN PELIK
“Argh!!”
suara jeritan kedengaran.
“Sup!”
bunyi sesuatu disedut menghilangkan jeritan tersebut.
“Berita utama malam ini. Seorang
pelajar kolej perempuan di Kelantan dan seorang pelajar kolej lelaki di Pahang
didapati hilang secara tiba-tiba. Pihak polis sedang membuat siasatan ke atas
dua orang pelajar ini. Bukti yang dapat dijumpai hanyalah telefon bimbit namun
bukan milik mangsa…,”
*****
9
tahun kemudian…
Kelihatan
seorang gadis yang bercermin mata petak, bertudung yang dililit tepi, sedang
berjalan menuju ke perpustakaan. Gadis itu melalui di kawasan sunyi sebagai
jalan pintas. Tanpa disedari, dia diekori oleh 3 orang lelaki. Telefon
bimbitnya berbunyi menandakan terdapat mesej masuk.
Terhenti
perbuatannya apabila dia ingin mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam poket
kotnya. Gadis itu terasa sesuatu lantas dia mempercepatkan langkahnya.
“Nak
lari ke mana, cik adik?”
Salah
seorang dari lelaki itu sudah berada di hadapan gadis itu. Gadis itu menoleh ke
kiri dan ke kanan namun dirinya sudah dikepung. Dia cuba beredar dari situ
namun kot hitam yang dipegangnya ditarik kasar oleh salah seorang lelaki
tersebut menyebabkannya jatuh terduduk.
“Argh!”
Kesakitan
gadis itu. Jeritan gadis itu didengari oleh Nik Akhil yang kebetulan melalui
laluan tersebut. Telefon bimbit yang berbunyi itu terus dimasukkan ke dalam
jaketnya sebelum berlari ke arah jeritan tersebut.
“Korang…nak
apa?”
Gadis
itu mula menggigil ketakutan.
“Hehehe…cik
mainlah dengan kami dulu. Janganlah takut,”
Mereka
mula mendekati gadis itu yang sedang mengesotkan badannya ke belakang.
“Kalau
saya nak turut main dengan abang-abang sekalian boleh?”
Suara
Nik Akhil mengalihkan pandangan ketiga-tiga lelaki tersebut. Mereka menjauhi
gadis itu dan mula mendekati Nik Akhil.
“Kau
siapa nak menyibuk kat sini, hah?!” marah salah seorang dari lelaki itu.
Nik
Akhil senyum sinis memandang ketiga-tiga lelaki yang sudah mengepung dirinya.
Jaket hitam yang dipakainya dicampak bersebelahan dengan kot hitam gadis itu.
“Tiga
nak lawan sorang? Korang tak malu ke?” perli Nik Akhil.
Sempat
dia memberi isyarat kepada gadis itu supaya melarikan diri dari situ.
Tanpa
membuang masa, gadis itu mencapai kotnya sebelum beredar dari kawasan tersebut.
“Wan!
Zack! Mari kita ajar budak ni sikit. Berani betul nak kacau kita,” arah salah
seorang daripadanya yang berlagak seperti ketua.
“Marilah,”
sengaja Nik Akhil membangkitkan kemarahan mereka.
Tumbukan
terus dilayangkan ke arah muka Nik Akhil. Tindakan pantas Nik Akhil berjaya
mengelak dan menumbuk pipi Wan. Zack yang tidak sempat untuk memukul badan Nik
Akhil menggunakan sebatang kayu turut ditumbuk di bahagian perut oleh Nik
Akhil.
“Tak
guna!”
Beberapa
minit kemudian, ketiga-tiga lelaki itu sudah terbaring di atas jalan tar. Teruk
mereka dibelasah oleh Nik Akhil.
“Dah
tahu lemah ada hati nak belasah orang. Ini Nik Akhil tau. KL Gengster!” bangga
Nik Akhil sebelum tunduk mengambil jaketnya.
“Eh?
Ini bukan jaket saya ni,” pelik Nik Akhil sambil membelek-belek kot yang
dipegangnya.
Kedengaran
telefon berbunyi dari poket kot tersebut sebelum Nik Akhil mengeluarkan telefon
tersebut.
Di
hadapan perpustakaan, Siti Syazanah termegah-megah. Nafas cuba diaturkan
kembali. Telefon bimbit yang berbunyi mengejutkannya.
“Telefon
siapa ni?” pelik Siti Syazanah apabila mengeluarkan telefon bimbit itu dari
kocek jaket hitam yang dipegangnya.
“Jap.
Ini bukan kot saya,”
Siti
Syazanah mula sedar bahawa jaket yang dipegangnya bukan kot miliknya.
*****
Di
dalam sebuah kedai buku, kedengaran beberapa pelajar perempuan sedang bergelak
ketawa sambil berjalan ke kaunter pembayaran.
“Aina,
kan ada orang sedang beratur tu. Janganlah potong barisan. Bagilah dia bayar
dulu,” tegur Shasya Edrina apabila melihat rakannya selamba ke kaunter
sedangkan terdapat seorang pelanggan lelaki sudah berdiri di kaunter tersebut.
“Tak
apa. Cik bayarlah dulu,” mengalah lelaki itu sebelum berundur ke barisan
belakang, iaitu di belakang Shasya Edrina.
“Terima
kasih, encik,” selamba Aina sebelum mengeluarkan wang dari dompetnya untuk
membayar novel.
“Teruknya
perangai,” rungut Shasya Edrina sebelum menoleh ke belakang.
“Maafkan
kawan saya tu, encik,” Shasya Edrina menundukkan kepalanya ke arah pelanggan
lelaki tersebut.
“Tak
apa, cik. Salah saya juga sebab termenung pula tadi,”
“Ed,
cepatlah bayar. Kami dah nak balik ni,” nyaring suara Aina yang sudah berdiri
di pintu kedai buku itu.
Shasya
Edrina terus memalingkan kepalanya pada kawan-kawannya.
“Korang
baliklah dulu. Jumpa esok, Aina, Aimi,” balas Shasya Edrina sambil meletakkan
buku yang dipegangnya di atas meja kaunter.
“Jumpa
kau esok,” lalu Aina dan Aimi keluar dari kedai buku tersebut.
Selepas
membuat pembayaran, Shasya Edrina terus berjalan ke pintu keluar.
Langkahnya
terhenti apabila terdengar bunyi telefon bimbitnya dari beg kertas kedai buku
tersebut.
“Dush!”
Pelanggan
lelaki itu terlanggar tubuh Shasya Edrina kerana sibuk berjalan sambil
memasukkan telefon bimbitnya di dalam beg kertas kedai buku itu.
Beg
kertas mereka terjatuh dari genggaman mereka.
“Maafkan
saya, cik. Saya tak perasan cik tadi,” gelabah lelaki itu sambil mengambil
beg-beg kertas yang berada di atas lantai.
“Salah
saya juga sebab tiba-tiba berhenti di tengah jalan. Maafkan saya, encik,” sesal
Shasya Edrina sambil mengambil huluran beg kertas dari lelaki tersebut.
“Tak
apa, cik,”
Selepas
itu, mereka berjalan mengikut haluan masing-masing. Telefon yang berbunyi dari
beg kertas tersebut menghentikan langkah mereka. Shasya Edrina terus berdiri di
tepi pejalan kaki kerana risau kejadian tadi berlaku lagi. Mereka serentak
mengeluarkan telefon dari beg tersebut.
“Eh?
Ini bukan telefon saya,” pelik mereka kerana beg kertas mereka tertukar sewaktu
pelanggaran berlaku.
*****
“Ima
pergi dulu, mak,” kata Nur Halimah sebelum melangkah keluar dari rumahnya
menuju ke taman.
Nur
Halimah berjalan-jalan di sekitar taman. Langkahnya terhenti apabila ternampak
benda yang berwarna hitam berada di atas sebuah bangku. Matanya sudah bulat
manakala mukanya mulai pucat.
“Ap..pa
tu?” dia bertanyakan pada dirinya.
Apabila
benda hitam itu mula bergerak, Nur Halimah terus berundur secara
perlahan-lahan.
Tanpa
membuang masa, dia terus berlari dari situ dengan matanya yang tertutup.
“Dush!”
Nur
Halimah terlanggar dengan seorang lelaki yang sedang berjalan sambil melihat
telefon dari arah bertentangan. Telefon yang dipegang mereka terjatuh akibat
pelanggaran tersebut.
“Aduh!
Sakitnya! Hoi, bangunlah! Dahlah berat!” marah lelaki itu.
Nur
Halimah yang terasa menghempap sesuatu yang lembut terus membuka matanya.
Terkejut dia apabila mendapati dirinya sedang menghempap seorang lelaki yang
tidak dikenalinya lantas terus bangun.
Dia
ternampak telefon yang berada di sebelah kakinya. Telefon tersebut dicapai
sebelum menyambung lariannya.
“Tak
betul ke dia tu?” pelik lelaki itu melihat Nur Halimah yang lintang pukang lari
dari situ.
Telefon
yang berada di hadapannya diambil sebelum dia berdiri. Telefon yang berbunyi
menghentikan perlakuannya untuk menyapu kotoran pada seluar. Nur Halimah turut
berhenti berlari apabila telefon di dalam genggamannya berbunyi.
“Eh?
Ini telefon siapa ni?” pelik mereka apabila melihat skrin depan telefon
tersebut.
Tiba-tiba
cahaya putih keluar dari keenam-enam telefon bimbit tersebut.
“Argh!”
menjerit mereka.
“Sup!”
Sekelip
mata sahaja, mereka berenam hilang. Yang tinggal hanyalah telefon bimbit yang
bukan milik mereka, berada di lokasi terakhir mereka.
No comments:
Post a Comment