NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 5 - MIMPI
Siti
Syazanah, Shasya Edrina dan Nur Halimah bermimpi seorang gadis yang cantik.
Umurnya seperti dalam lingkungan mereka juga.
“Siapa?”
tanya Siti Syazanah pada gadis yang tersenyum memandang mereka.
“Assalamualaikum
korang. Nama saya Mila Liyana. Seronok dapat bertemu dengan korang,” mereka
saling bersalaman selepas menjawab salam gadis itu.
“Saya
Ed, ni Syaza dan yang ini pula Ima. Kami berada di mana ni?” tanya Shasya
Edrina selepas memperkenalkan dirinya pada Mila Liyana.
“Ini
mimpi korang. Melalui mimpi ni, saya dapat berkomunikasi dengan korang. Mungkin
ini kali pertama dan kali terakhir kita bertemu dalam mimpi,” jawapan Mila
Liyana mengejutkan ketiga-tiga gadis itu.
“Apa
maksud Mila?” soal Nur Halimah.
Perkara
yang sama berlaku kepada kaum lelaki di mana mereka bertemu dengan Shahril
Razali, pelajar yang hilang pada 9 tahun yang lalu.
“Selepas
korang datang ke sini, maka, tugasan kami pun selesai. Kami harap kalian dapat
membantu penghuni dan makhluk di alam ini,” kata Mila Liyana dan Shahril
Razali.
“Shahril
akan pergi mana?” risau Ismail Razak.
“Saya
dan Mila akan kembali ke bumi semula. Saya berharap kita dapat bersua kembali
selepas tugasan kalian selesai nanti,” senyum kacak jejaka itu.
“Apa
tugasan kami tu, Mila?” resah Shasya Edrina.
“Nanti
kalian akan tahu sendiri. Yakinlah dengan firasat sendiri. Jangan pernah
bersikap sombong dan bangga dengan diri sendiri. Semua tugasan akan selesai
jika adanya kerjasama di antara semua pihak. Pesanan terakhir saya, dua kepala
lebih baik daripada satu kepala, tiga kepala lebih baik daripada satu dan dua
kepala. Tetapi, enam kepala lebih baik daripada satu, dua, tiga, empat dan lima
kepala,” panjang pesanan Mila Liyana.
“Apa
maksudnya tu?” pelik Shasya Edrina.
“Saya
yakin kalian pasti dapat selesaikannya. Selamat tinggal. Jika diberi
keizinanNya, InsyaAllah kita akan bertemu semula,”
Lama-kelamaan,
bayang Mila Liyana dan Shahril Razali mula hilang. Mata mereka dibuka secara
perlahan-lahan sebelum mereka duduk dari pembaringan. Cahaya mula menyinari
kawasan itu. Mereka memandang antara satu sama lain tanpa bersuara.
Masing-masing memikirkan masa depan yang bakal mereka hadapi. Melihat suasana
yang agak muram, Siti Syazanah memulakan perbicaraannya.
“Baiklah.
Nampaknya, kita semua sudah tahu sebab kita berada di alam ini. Mari kita
sama-sama fikirkan strategi seterusnya,”
“Tugasan
yang dimaksudkan pun kita masih belum tahu. Takkan nak fikirkan strategi
terus?” kasar ayat Tengku Ehsan menyebabkan Siti Syazanah tersentak.
Wajahnya
menunduk memandang buku nota yang berada di atas pahanya.
“Janganlah
cakap macam tu!” geram Nik Akhil menarik kolar baju Tengku Ehsan.
“Dah
dah! Jangan bergaduh!” Ismail Razak meleraikan mereka berdua.
Hampir
sahaja Nik Akhil melepaskan tumbukan pada wajah Tengku Ehsan.
“Saya
cadangkan kita keluar dari rumah ni dulu dan buat analisis di tempat ini dulu.
Mungkin dengan itu, baru kita tahu tugasan sebenar kita,” cadang Nur Halimah.
“Bagus
cadangan tu, Ima. Saya pun setuju!” sokong Shasya Edrina sambil menepuk
belakang Nur Halimah.
Mereka
memandang wajah Siti Syazanah sambil tersenyum lebar. Siti Syazanah membalas
senyuman mereka.
“Kita
berpecah kepada tiga kumpulan. Ikut pada kumpulan yang sama saja,” ujar Ismail
Razak.
Selepas
bersiap, kaum lelaki keluar dari tempat itu. Lubang masuk yang ditutup itu
menjadi tumpuan mereka.
“Kira
1 sampai 3, kita tolak benda yang halang ni,” kata Ismail Razak yang memandang
muka Nik Akhil yang berada di kirinya dan memandang muka Tengku Ehsan yang
berada di kanannya.
Mereka
berdua membalas dengan anggukan kepala masing-masing. Kaum perempuan pula masih
berada di dalam rumah pokok itu memandangkan mereka masih belum mengetahui
lokasi makhluk gergasi itu.
“1,
2, 3!” lubang masuk itu kembali terang dengan cahaya di luar pokok itu.
Nik
Akhil keluar dari lubang itu sambil melihat sekelilingnya. Tengku Ehsan dan
Ismail Razak turut keluar dari lubang itu.
“Rasanya
kita sudah selamat dari makhluk tu,” Nik Akhil bersuara.
“Dah
selamat ke?” kedengaran suara Shasya Edrina dari lubang masuk pokok itu.
Terjenggul
wajah Shasya Edrina yang teragak-agak untuk keluar dari lubang itu.
“InsyaAllah
selamat. Kita cari buah dulu sambil menyiasat kawasan ini,” ujar Ismail Razak.
Ketiga-tiga
gadis itu keluar dari lubang sambil menggalas beg masing-masing. Beg yang
digunakan untuk meletakkan buah-buahan yang dijumpai nanti. Mereka berpecah
kepada tiga kumpulan di mana Nik Akhil dan Siti Syazanah di bahagian Utara, Ismail
Razak dan Shasya Edrina di bahagian Timur manakala Tengku Ehsan dan Nur Halimah
di bahagian Selatan.
“Banyak
sungguh daun-daun gugur ni,” kata Nik Akhil sambil menyepak daun-daun kering
kea rah Siti Syazanah.
“Janganlah
main-main, Akil!” geram Siti Syazanah.
Tangannya
membuang daun kering yang melekat pada seluar hitamnya.
“Janganlah
marah. Tak baik tau marah-marah ni. Nanti cepat tua, tak ada orang nak nanti,” perli
Nik Akhil yang masih bermain dengan daun-daun kering.
“Jodoh
di tangan Allah. Siapa kita nak persoalkan benda tu,” bidas Siti Syazanah.
“Setiap
manusia ada perasaan ingin tahu. Tidak salah untuk kita memikirkan jodoh kita,
kan?” senyum sinis Nik Akhil memandang wajah cemberut Siti Syazanah.
“Ni
dah kenapa masuk bab jodoh ni? Dah tak sabar nak kahwin ke? Belajar pun tak
habis lagi,” geram Siti Syazanah melajukan langkahnya.
Nik
Akhil menyamai kelajuan langkah gadis itu.
“Apa
salahnya kita berdoa dari sekarang. Jika itu jodohku, maka permudahkan urusan
kami, Ya Allah,” berdoa Nik Akhil.
Matanya
sempat memandang sekilas wajah Siti Syazanah yang sedang menahan kemarahannya.
“Argh!”
tersentak mereka berdua apabila terdengar jeritan yang nyaring itu.
“Ed?!”
pantas mereka berlari ke arah jeritan itu.
Di
dalam hati mereka tidak berhenti berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku pada
rakan-rakannya.
Nik
Akhil dan Siti Syazanah tiba di lokasi Ismail Razak dan Shasya Edrina. Mereka
melihat Shasya Edrina sedang duduk di atas daun-daun kering manakala Ismail
Razak berada di atas pokok buah tomato ceri.
“Apa
dah terjadi?” soal Siti Syazanah dalam keadaan termengah-mengah.
“Tadi
kami nampak seekor makhluk gergasi tu. Ed ni terus menjerit. Nasib baik gergasi
tu tak datang ke arah sini,” balas Ismail Razak sambil memetik tomato ceri itu.
Siti
Syazanah membantu Shasya Edrina untuk bangun. Daun-daun kering dibuang dari
baju dan seluarnya.
“Lepas
tu, Ed terjatuh terduduk sebab terkejut sangat,” sambung Shasya Edrina.
“Peliknya.
Kau jerit punyalah kuat sampai kami yang jauh pun boleh dengar. Inikan pula
raksasa yang dekat tu tak dengar,” pelik Nik Akhil sambil berfikir.
“Kau
perli ke?!” terasa Shasya Edrina dengan kata-kata Nik Akhil.
Ismail
Razak yang selesai memetik buah tomato ceri terus turun dari pokok itu. Dia
mendekati Nik Akhil.
“Akil
nak kata yang makhluk tu tak dengar ke?” soal Ismail Razak.
“Mungkin
juga! Semasa saya terpijak dahan kayu tu, makhluk tu seperti tidak dengar bunyi
tu. Bila kita dengar sesuatu, automatik kepala kita akan bergerak ke arah bunyi
tu, kan? Tapi, makhluk tu seperti tidak ada apa-apa pun,” sokong Siti Syazanah.
“Jadi,
makhluk tu pekak?” serentak mereka menganggukkan kepala menjawab pertanyaan
Shasya Edrina.
“Kita
kena beritahu Izan dan Ima dengan segera. Mungkin mereka pekak, tapi saya pasti
mereka tidak buta,” yakin Nik Akhil.
“Mari
kita cari mereka sekarang sebelum makhluk tu muncul,” mereka akur dengan
kata-kata Ismail Razak.
Apabila
ternampak Tengku Ehsan di sebalik semak, mereka terus mendekatinya.
“Apa
kau buat kat sini, Izan? Mana pasangan kau?” soal Nik Akhil.
“Eh
korang. Cuba tengok tu,” mereka serentak memandang ke arah yang ditunding oleh
Tengku Ehsan.
Terbeliak
mata mereka apabila ternampak Nur Halimah sedang berdiri menghadap makhluk
gergasi itu.