Monday, November 26, 2018

NOVEL : APARTMENT (BAB 17)

NOVEL : APARTMENT


BAB 17

Pukul 3 pagi, Sofea terjaga lalu dia bangun dan menoleh ke kiri dan kanannya. Sofea mula sedih sebelum turun dari katil itu. Dia keluar menuju ke ruang tamu. Wajah Khairul dipandang sekilas sebelum matanya dialihkan pada susuk badan Hakim yang terlena di hadapan televisyen itu.

Sofea mendekati suaminya sebelum merebahkan tubuhnya di sebelah Hakim. Pinggang Hakim dipeluk erat. Hakim yang masih tidak menyedari kehadiran Sofea membalas pelukan itu. Sofea tersenyum sebelum melelapkan matanya semula. Kepalanya elok bersandar pada dada bidang suaminya.

Izwani yang terjaga kerana katil bergerak itu turut bangun dan keluar mencari suaminya. Selepas memastikan lokasi Khairul, Izwani membaringkan kepalanya di atas lengan sasa Khairul. Khairul yang terasa sesuatu menghimpitnya terus menarik tubuh Izwani ke dalam dakapannya.

Izwani tersenyum apabila kepalanya sudah berada pada leher Khairul. Mata Izwani mula tertutup semula.

Airina yang terdengar bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup beberapa kali mula bangun dan melihat di sekelilingnya. Dia berjalan keluar menuju ke biliknya yang berada di tingkat satu.

Pintu biliknya dibuka dari luar. Wajah suaminya yang dirindui itu menjadi tatapannya. Selepas tubuhnya dibaringkan di atas katil, pinggang Rahimi dirangkul kemas. Rahimi membalas rangkulan Airina dengan memeluk erat tubuh isterinya itu. Airina terlena semula disamping suami tercinta.

Aiman yang berada di dapur ketika itu untuk menghilangkan hausnya hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat kejadian itu. Seusai minum, pintu bilik tetamu di tingkat bawah dibuka dan ditutupnya semula. Pintu dikunci dari dalam sebelum dia mendekati isterinya.

Tudung yang tersarung pada Salina ditanggalkan perlahan-lahan. Selepas menyangkut tudung itu pada almari, Aiman merebahkan tubuhnya bersebelahan dengan Salina sebelum tubuh Salina didakapnya erat. Ubun-ubun Salina dikucup lama sebelum Aiman terlena dibuai mimpi.



Tepat jam 5 pagi, Datin Fashiha yang turun ke dapur tersenyum melihat sahabat baik anak dan menantunya yang sedang terlena di ruang tamu itu. Kamera yang terletak pada almari bersebelahan dengan tangga itu dicapainya sebelum menangkap gambar yang manis itu.

“Semoga pasangan-pasangan yang berada di dalam rumah ini sentiasa bahagia sampai ke syurgaMu,” berdoa Datin Fashiha sebelum ke dapur.



***************


“Emm..Eh? Macam mana sayang boleh ada kat sini?” terkejut Hakim apabila dia terjaga saja, wajah Sofea yang sedang enak tidur itu berada di dalam dakapannya.

“Emm..sayang rindukan abang,” jawab Sofea tanpa membuka matanya.

Khairul yang terjaga kerana terdengar suara Hakim turut terkejut apabila dia sedang memeluk isterinya dengan erat.

“Sayang? Macam mana sayang boleh tidur dengan abang ni?” soal Khairul.

“Sayang tak lena kalau tak ada abang,” jawab Izwani dengan matanya yang masih terpejam.

Hakim dan Khairul saling berpandangan. Faham sajalah mereka dengan sikap ibu mengandung itu.

“Sayang ke ni? Macam mana sayang boleh berada dalam bilik ni? Bukan ke sayang tidur dengan kawan-kawan sayang?” pelik Rahimi melihat Airina yang berada di dalam pelukannya.

“Sayang nak tidur dengan abang,” balas Airina tanpa membuka matanya.

Pelukan pinggang Rahimi dieratkan.

“Macam-macam sayang ni. Tudung pun tak buka lagi tu,” geli hati Rahimi.


***************


“Abang? Abang tidur dengan ayang ke semalam? Bukan ke ayang tidur dengan Kak Rin dan kawan-kawannya?” keliru Salina apabila terbangun dari tidurnya, wajah suaminya rapat dengan wajahnya.

“Mereka tidur dengan suami mereka. Abang pun nak tidur dengan isteri abang,” selamba jawapan Aiman sambil mengeratkan pelukan pinggang Salina.

“Bila mereka tidur dengan suami mereka? Tak perasan pun,” fikir Salina sambil menggaru kepalanya.

“Eh? Bila abang tanggal tudung ni?” makin pelik Salina apabila kepalanya tidak dibalut apa-apa.

“Abang yang tanggalkan. Kesian sayang asyik bertudung saja dari semalam. Jadi, abang pun tanggalkan untuk sayang,” jawab Aiman yang sudah mencelikkan matanya.

“Sweetnya abang. Terharu ayang,” tersenyum Salina sebelum mengucup pipi Aiman sekilas.

“Baru tahu ke?” terangkat kening Aiman.

“Kembanglah tu sebab dapat pujian,” geli hati Salina melihat wajah Aiman yang bangga itu.

“Mestilah. Isteri abang juga yang puji abang. Bukan selalu,” kata Aiman sebelum mengucup pipi dan dahi Salina.

“Dahlah, abang. Gelilah asyik cium orang je. Ayang nak bangun ni. Lepaskanlah tangan tu,” pinta Salina yang sudah kegelian dengan kucupan Aiman yang bertalu-talu itu.

“Tak nak,” degil Aiman sebelum menyambung aktivitinya.

“Abang..,”

“Aiman! Aiman, Subuh dah masuk ni. Cepat bangun!” terdengar suara Airina dari luar pintu bilik.

Terhenti aktiviti Aiman. Aiman dan Salina saling berpandangan.

“Kacau betullah kakak ni,” merungut Aiman.

“Abang, jangan cakap macam tu. Nanti sambung kat rumah ye,” pujuk Salina.

Wajah Aiman kembali ceria.

“Betul ni? Sayang janji ye. Jangan nak mengelak pula nanti,” kata Aiman.

“Ayang janji, bang. Dahlah. Jom kita siap-siap untuk solat Subuh,” lembut ajakan Salina.

Sungguh Aiman bertuah kerana memiliki isteri sebaik dan secantik Siti Salina itu walaupun usia isterinya lebih tua daripadanya.



***************


Seusai solat Subuh, mereka berkumpul di meja makan untuk sarapan pagi yang disediakan oleh tukang masak di rumah itu.

“Selera betul ibu mengandung ni makan ye,” pelik Aiman apabila melihat Airina, Sofea dan Izwani menambah nasi goreng kampung untuk kali ke berapa pun dia tidak pasti.

“Baguslah mereka makan banyak. Lagipun, mereka makan untuk dua orang tau. Mestilah kena makan banyak,” ujar Datin Fashiha.

“Yang suami pula kenalah bersedia dari sekarang jika isteri kempunan nak makan sesuatu nanti,” celah Dato’ Ahmad Lee.

“Untuk isteri tercinta, kami sanggup memenuhinya,” kata Rahimi mewakili Hakim dan Khairul yang menganggukkan kepalanya tanda menyokong kata-kata Rahimi.

Airina, Sofea dan Izwani hanya tersengih sahaja.



Selepas selesai sarapan, mereka mula meminta diri untuk pulang. Airina, Sofea, Izwani dan Salina yang sama umurnya saling berpelukan. Begitu juga dengan sang suami.

“Terima kasih kerana sudi datang rumah pakcik dan makcik. Ada masa, singgahlah sini. Kami amat mengalu-alukannya,” ucap Datin Fashiha.

“Terima kasih juga pada pakcik dan makcik atas layanan yang diberi pada kami,” balas Khairul.

“InsyaAllah ada rezeki, kami datang lagi,” senyum Hakim.

Selepas bersalaman dan berpelukan, Sofea, Hakim, Izwani dan Khairul mula bertolak dengan menaiki kereta masing-masing.

“Kami juga nak minta diri, pakcik, makcik,” bersuara Aiman.

Tangan dihulurkan pada Dato’ Ahmad Lee sebelum tubuh Aiman dipeluk erat.

“Kami dah anggap Aiman macam anak sendiri. Jangan lupa telefon kami kalau ada apa-apa,” ujar Dato’ Ahmad Lee.

“InsyaAllah, pakcik,” tersenyum Aiman.

“Salina pun jangan lupakan kami ye,” tubuh Salina erat dipeluk oleh Datin Fashiha.

“Salina akan ingat pada pakcik dan makcik yang baik hati ni. Jaga kesihatan pakcik dan makcik ye,” terukir senyuman manis pada bibir Salina.

“Adik ipar, terima kasih datang jauh-jauh ni,” Rahimi memeluk tubuh Aiman dengan kemas.

“Terima kasih juga abang kerana menjaga kakak bagi pihak Aiman,” balas Aiman.

“Sudah tanggungjawab abang, Aiman,” pelukan dilepaskan.

“Salina jaga diri ye. Kalau Aiman buli, beritahu kakak. Biar kakak pukul dia,” kata Airina ketika dia berpelukan dengan Salina.

Geli hati mereka mendengar seloroh Airina. Pelukan itu dilepaskan.

“Akak ni merepek je. Tak adanya Aiman akan buli isteri kesayangan Aiman ni,” monyok muka Aiman sebelum mendekati Airina.

Airina dan Aiman berpandangan sebelum air mata Airina mula bertakung. Tubuh Airina dipeluk erat oleh Aiman.

“Kakak pun orang yang paling Aiman sayang. Terima kasih kak kerana membesarkan Aiman selama ni. Malah, kakak juga sanggup menjadi ibu dan ayah pada Aiman. Nanti Aiman datang melawat kakak lagi ye,” air mata Airina mengalir mendengar kata-kata adiknya yang muda dua tahun daripadanya itu.

“Terima kasih dik kerana membesar dengan sihat,” wajah Aiman diusap dengan lembut.

“Sayang kakak,” dahi Airina dikucup lama.

Airina memejamkan matanya. Sungguh sedih rasanya untuk berpisah dengan adik kesayangannya walaupun adiknya itu agak nakal.

“Jangan lama-lama. Kami dah cemburu ni,” usik Rahimi.

Aiman melepaskan kucupannya. Geli hati mereka mendengar seloroh Rahimi. Airina memeluk pinggang suaminya manakala Aiman memeluk pinggang isterinya.

“Kami pergi dulu. Assalamualaikum,” kata Aiman yang sudah masuk ke dalam kereta.

“Waalaikummussalam,” jawab mereka.

Kereta Aiman hilang dari pandangan mereka.

“Mari kita masuk, sayang,” lembut suara Rahimi menyapa telinga Airina.


Airina tersenyum memandang wajah suaminya yang masih setia memeluk pinggangnya. Airina menganggukkan kepalanya sebelum mereka masuk ke dalam rumah.








<BAB 16          BAB 18>

NOVEL : APARTMENT (BAB 16)

NOVEL : APARTMENT


BAB 16

Encik Said mendekati menantunya yang sedang duduk di kerusi rotan di luar rumah. Lamunan Khairul terganggu apabila terasa bahunya disentuh lalu matanya teralih pada susuk badan yang sedang duduk di sebelahnya.

“Oh, ayah. Maaf Khairul tak perasan ayah,” kata Khairul.

“Khairul, ayah nak minta maaf sebab tidak percayakan kata-kata Khairul dulu. Malah, ayah juga tergamak menampar Khairul dan mengusir Khairul keluar dari rumah ayah. Ayah sangat menyesal atas perbuatan ayah pada Khairul. Betul kata Khairul dan Izwani. 

Tak sangka si Faiz tu keldai dadah. Semalam, Faiz telah ditangkap polis kerana disyaki mengedar dadah. Ayah menyesal kerana hampir saja ayah memusnahkan masa depan anak kesayangan ayah,” sebak Encik Said.

Khairul memeluk tubuh lelaki tua itu.

“Khairul juga nak minta maaf juga kerana telah melarikan anak ayah dan memisahkan seorang anak dengan ibu bapa kandungnya. Maafkan Khairul, ayah,” balas Khairul.

Belakang Khairul ditepuk dengan perlahan.

“Kalau bukan disebabkan Khairul, pasti anak ayah sedang merana ketika ini. Terima kasih Khairul kerana menjaga dan menerima anak ayah sebagai isteri Khairul,” pelukan dilepaskan.

“Sebenarnya, anak ayah yang telah melarikan Khairul tau. Khairul risau dia bertindak di luar jangkaan jika Khairul tidak lari bersama dengannya. Jadi, Khairul pun hanya ikut plannya saja,” jujur Khairul.

“Ayah faham. Faham sangat dengan perangai anak ayah tu. Suka sangat bertindak di luar pemikiran kita. Kadang-kadang, pening juga kepala nak melayan dia. Macam mana Khairul tahan dengan sikapnya?” ragu Encik Said.

Khairul mula menggosok belakang lehernya.

“Sebenarnya, sudah lama Khairul suka dengan anak ayah tu. Cuma, Khairul tak berani nak melamar dia sebab Khairul tahu dia tidak sukakan Khairul. Khairul takut jika Wani menolak lamaran Khairul. Tapi, dengan izin Allah, kami disatukan akhirnya,” senyum Khairul membayangkan wajah isterinya.

Bahu Khairul dipeluk erat oleh Encik Said.

“Macam mana Khairul pasti yang anak ayah tu akan menolak lamaran Khairul? Mungkin dia juga ada hati dengan Khairul?” usik Encik Said.

Kata-kata ayah mertuanya membuatkan Khairul berfikir panjang. Betul ke Izwani akan menerima lamarannya? Betul ke Izwani tidak akan melarikan dirinya jika dia yang datang meminang Izwani?

Fikiran Khairul terganggu apabila terdengar suara Izwani dari pintu rumah.

“Dekat sini rupa-rupanya ayah dan abang. Puas Wani cari tadi. Dah malam ni. Kenapa masih duduk di luar ni? Mak dah bising tu sebab kelibat ayah dan abang masih tidak nampak sejak keluar pergi surau tadi. Masuklah sekarang,” bebel Izwani.

Itulah namanya ibu mengandung. Sikapnya selalu berubah-ubah. Encik Said dan Khairul hanya mendengar bebelan itu sebelum masuk ke dalam rumah.

Selepas mengunci pintu rumah, Khairul merangkul pinggang isterinya menuju ke bilik mereka. Badan mereka rebah di atas katil. Khairul memandang wajah isterinya. Sesekali, tangannya naik untuk mengusap pipi dan rambut isterinya itu.

“Kenapa ni, abang?” pelik Izwani dengan sikap Khairul itu.

“Sayang cintakan abang tak?” soal Khairul, tajam memandang mata isterinya.

“Mestilah sayang cintakan abang. Takkanlah sayang tak cintakan abang. Abanglah satu-satunya lelaki yang ada di dalam hati sayang tau,” lebar senyuman Izwani sambil memeluk pinggang suaminya.

Gembira Khairul sebelum membalas pelukan Izwani. Dahi Izwani dikucup lama.

“Terima kasih, sayang. Abang pun cintakan sayang juga,” lembut suara Khairul berbisik pada telinga Izwani.

Lebar senyuman Izwani mendengar ucapan Khairul yang bernada romantik itu.



***************



Air mata Airina mengalir memandang kubur yang kelihatan baru itu. Talkin yang dibaca ketika itu seperti tidak didengarinya. Sungguh dia tidak menyangka pemergian orang yang dia sayangi itu. Wajah ceria neneknya mula bermain-main di dalam ingatannya. Sepanjang lima hari dia bersama-sama dengan nenek, ternyata Allah lebih menyayangi nenek.

Teringat sewaktu Airina masuk ke dalam bilik neneknya untuk mengejutkan neneknya ketika masuk waktu Subuh. Wajah neneknya yang sedang terlelap di atas katil dengan senyuman terukir di bibir itu amat meluluhkan hati Airina. Ketika itu, neneknya sudah tiada lagi.

“Kakak…,” Aiman memeluk bahu Airina yang sedang teresak-esak itu.

“Allah lebih sayangkan nenek. Allah bagi kita lima hari supaya kita dapat merasai kasih sayang seorang nenek pada cucunya. Nenek telah memberi kita kasih sayang itu. Kita juga telah melakukan tanggungjawab kita sebagai cucu untuk menjaganya. Kita harus redha, kak,” sebak Aiman.

Kata-kata doktor yang merawat neneknya tempoh hari mula terngiang-ngiang di dalam kepalanya.


“Maafkan saya. Pesakit sudah menasihatkan saya supaya tidak memberitahu keluarganya bahawa dia hanya boleh hidup selama seminggu sahaja. Namun, lima hari sahaja dia dapat bertahan. Pesakit juga sempat menulis surat ini untuk keluarganya,” kata doktor itu sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Airina.


“Malam ni, kita buat tahlil dan bacaan Yaasin untuk nenek di rumah daddy ye, sayang,” pujuk Rahimi selepas Aiman beralih kepada isterinya yang turut menangis itu.

Selepas menyirami kubur dengan air bunga dan mengaminkan doa yang diketuai oleh Rahimi, mereka beredar dari kubur neneknya yang terletak bersebelahan dengan atuknya.

Pada malam itu, saudara-mara keluarga Rahimi dan keluarga Salina serta sahabat-sahabat terdekat turut hadir pada majlis tahlil itu.

“Rin!” sahabat baik Airina terus memeluk tubuh Airina dengan erat.

Air mata mereka bertiga mula mengalir.

“Banyakkan berdoa, Rin. Jangan sedih-sedih macam ni. Nanti orang tersayang Rin juga turut bersedih,” kata Sofea sambil mengesat air mata Airina yang mengalir di pipi merahnya itu.

“Betul tu, Rin. Lagipun, Rin kan sedang mengandung. Tak baik untuk kesihatan Rin. Kesian anak Rin nanti,” pujuk Izwani sambil mengusap belakang Airina.

“Sofea..Wani,” Airina memeluk erat tubuh sahabatnya itu.

“Dah-dah. Buruklah nanti muka Rin. Malulah orang tengok,” usik Sofea.

Tergelak kecil Airina mendengar seloroh Sofea.

“Rindu kat korang. Terima kasih datang jauh-jauh ni,” senyum Airina selepas melepaskan pelukan itu.

“Sama-sama. Kamikan dah anggap Rin macam adik-beradik kami. Mestilah kami ada bila Rin memerlukan kami,” lebar senyuman Izwani.

Dari jauh, sang suami sedang memerhatikan isteri masing-masing.

“Terima kasih Hakim, Khairul sebab sanggup datang sini. Saya rasa risau sebab Airina asyik bersedih saja,” luah Rahimi pada sahabatnya itu.

“Kami sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaan mereka. Kan itu janji kita, Rahim,” kata Khairul sambil memeluk erat bahu Rahimi dan Hakim.

“Nanti bila kami susah, kau pula yang akan bantu kami kan,” ujar Hakim.

Rahimi tersenyum sambil mengangggukkan kepalanya.

“Saya sangat menghargainya. Lega rasanya melihat senyuman dia,” senyum Rahimi apabila melihat wajah Airina tersenyum itu.

Tetamu yang hadir mula pulang ke rumah masing-masing. Aiman mendekati abang iparnya yang sedang rancak berbual-bual dengan sahabat baiknya itu.

“Abang Rahim, mummy abang suruh masuk rumah sekarang. Sudah lewat malam dah ni. Abang Hakim dan Abang Khairul sekali,” ujar Aiman.

Hakim melihat jam tangannya pada tangan kiri.

“Ya Allah! Sudah pukul 12 tengah malam. Lamanya kita borak,” terkejut Hakim.

“Ye ke? Masih ada lagi ke hotel yang buka waktu ni?” risau Khairul.

“Tak perlu tidur di hotel. Tidur di rumah pakcik saja,” pelawa Dato’ Ahmad Lee yang tiba-tiba muncul di belakang Aiman.

“Tapi, kami tak nak menyusahkan pakcik,” bersalah Hakim.

“Aiman rasa, Abang Hakim dan Abang Khairul kena tidur di sini juga sebab isteri-isteri abang sudah tertidur di bilik tetamu tingkat bawah,” celah Aiman.

“Tidur?” terkejut mereka.



Pintu bilik tetamu di tingkat bawah dibuka sedikit. Kelihatan Sofea, Airina, Izwani dan Shalina yang masih bertudung sudah tertidur dengan lenanya di atas katil bersaiz king itu. Pintu ditutup semula.

“Nampaknya, korang kena tidur kat sini juga,” sengih Rahimi.

“Kesian mereka. Salah kita juga sebab leka sampai tertidur mereka menunggu suami habis berborak,” kata Khairul sambil menggosok belakang lehernya.

“Kat atas ada bilik kosong. Korang tidurlah kat atas. Aiman sekali,” ujar Rahimi sambil menunding jarinya pada bilik yang berada di tingkat satu.

“Tak apalah, Rahim. Saya tidur di atas sofa bawah ni saja,” serentak itu, Khairul membaringkan tubuhnya di atas sofa yang berada di ruang tamu itu.

“Saya pula tidur di sini saja,” kata Hakim sambil menunding pada karpet di bahagian depan televisyen itu.

“Jadi, Aiman tidur di bilik atas sorang?” soal Aiman.

Pertanyaan Aiman disambut dengan anggukan Hakim dan Khairul.


“Nanti saya bagi korang selimut dan bantal,” kata Rahimi sebelum naik ke tingkat atas.






<BAB 15          BAB 17>

NOVEL : APARTMENT (BAB 15)

NOVEL : APARTMENT


BAB 15


Dua bulan telah berlalu. Kini, Rahimi dan Airini sedang menetap di kediaman keluarga ayah Rahimi. Rahimi yang merupakan pewaris Ahmad Lee yang terkenal di serata dunia itu telah mula bekerja dengan ayahnya. 

Rahimi mendapat panggilan dari hospital di mana nenek Airina dirawat. Terkejut Rahimi mendengar butir-butir yang dikatakan oleh pihak hospital.

Pada malam itu, Rahimi lebih banyak termenung.

“Abang, kenapa ni?” tegur Airina.

Airina duduk di samping suaminya yang sedang terbaring di atas katil. Wajah Airina dipandang dengan penuh kasih sayang.

“Sayang, sebenarnya…,” teragak-agak Rahimi.

“Kenapa ni, abang? Cakap sajalah,” balas Airina.

Rahimi bangun sebelum mendakap tubuh isterinya.

“Sebenarnya, pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) ada telefon,” Rahimi memulakan biacaranya.

“Kenapa dengan nenek, abang?!” cemas Airina.

“Mereka kata…yang nenek…nak berjumpa dengan cucu-cucunya,” perlahan suara Rahimi.

“Mari jumpa nenek sekarang, abang,” risau Airina.

“Sayang, abang dah kata yang kita akan jumpa dengan nenek esok. Aiman pun setuju. Jadi, esok kita pergi melawat nenek ye, sayang?” belakang Airina diusap perlahan.

“Harap nenek tak ada apa-apa,” berdoa Airina.

“InsyaAllah nenek tak ada apa-apa. Kita tidur dulu ye, sayang. Esok nak berjalan jauh ni,”Airina membalas dengan anggukan.

Rahimi mengangkat tubuh isterinya sebelum meletakkannya perlahan di atas katil. Kemudian, tubuhnya dibaringkan bersebelahan dengan Airina. Tubuh Airina didakapnya erat. Ubun-ubun Airina dikucup sebelum dia terlena dibuai mimpi.


***************


“Adik!” Airina terus memeluk tubuh Aiman apabila ternampak kelibat Aiman di hadapan wad neneknya.

“Kakak sihat?” Aiman membalas pelukan Airina.

“Alhamdulillah sihat. Adik sihat ke? Makin kurus je akak tengok,” pipi Aiman dipegang selepas pelukan dileraikan.

“Alhamdulillah adik sihat, kak. Kak, adik nak perkenalkan seseorang pada kakak dan abang Rahim,” malu-malu Aiman sebelum menarik tangan seorang gadis yang berada di belakangnya.

“Perkenalkan, ini Siti Salina, isteri adik. Dia juga merupakan cikgu di pusat latihan adik,” merah muka Aiman.

“Apa khabar, kak?” Siti Salina bersalaman dengan Airina.

Airina memeluk sambil mencium kedua-dua pipi gadis itu.

“Terima kasih, Salina kerana menerima adik kakak ni,” tersenyum Salina mendengar kata-kata Airina.

“Tahniah, Aiman. Bila kahwin ni? Tak beritahu pun,” lengan Aiman ditampar lembut oleh Rahimi.

“Kami baru kahwin minggu lepas. Kami dah lama suka sama suka. Sebab tu Aiman melamar dia. Tak sangka keluarga dia merestui kami,” merah muka Aiman.

“Alhamdulillah,” lega Airina dan Rahimi.

“Jadi, boleh kita masuk sekarang, kak?” soal Aiman sebelum memegang pemegang pintu wad.

Airina membalas dengan anggukan.

Nenek yang mendengar pintu biliknya dibuka terus memandang gerangan yang melawatnya. Mukanya ceria melihat Airina dan Aiman.

“Cucu nenek!” Airina dan Aima dipeluk erat.

Mereka membalas pelukan itu. Kemudian, Rahimi dan Salina mencium tangan nenek itu.

Mereka duduk mengelilingi nenek yang sedang bersandar di kepala katil itu. 

Nenek mula bercerita kisah sebenar.

“Atuk kamu mahu anak lelakinya kahwin dengan anak kawannya namun anak lelakinya membantah kerana dia sudah jatuh cinta dengan seseorang. Kerana masing-masing ego, anak lelakinya melarikan diri dari rumah malah dia juga berkahwin dengan gadis pilihan hatinya itu. 

Selepas mendapat tahu bahawa anak lelakinya sedang bahagia, atuk nekad untuk memusnahkan kebahagiaan mereka. Nenek cuba untuk menghalang namun gagal. Atuk menghantar perisik untuk menyiasat kediaman anaknya itu. Tanpa disangka, anak lelakinya bertindak lebih awal. 

Dia kata dia sedang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan atuk dan neneknya supaya jangan mengganggu kehidupan keluarganya. Tapi…,” air mata nenek mula mengalir.

Airina dan Salina mengusap bahu nenek dengan lembut.

“Lama atuk dan nenek menunggu ketibaan anak lelaki kami, tapi mereka masih tidak muncul. Apabila kami mendapat berita bahawa anak lelaki kami malah menantu kami meninggal dunia kerana terjatuh dalam gaung, kami sangat sedih. 

Atuk kamu hanya mengacah sahaja untuk memusnahkan kebahagiaan anaknya itu kerana.. atuk sangat merindui anak lelakinya itu. Dia berharap dengan ugutannya itu, anak lelakinya akan datang bertemu dengannya. 

Namun, ajalnya telah tiba. Nenek sangat marah dan menyalahkan sepenuhnya pada atuk kamu. Sehinggalah atuk kamu diserang sakit jantung dan mati di dalam bilik kerjanya. Nenek sedih. Nenek sudah kehilangan keluarga nenek satu per satu,” teresak-esak nenek.

“Sehinggalah…nenek tahu bahawa nenek masih mempunyai keluarga lagi. Nenek tak sangka nenek masih ada cucu, bukan satu tapi dua..nenek bersyukur sangat kerana nenek dapat berjumpa dengan anak kepada Kamal. 

Nenek nak tebus kesalahan nenek. Maafkan nenek, Airina, Aiman. Maafkan atuk kamu, Airina, Aiman,” pinta nenek.

Airina dan Aiman memeluk tubuh wanita tua itu.

“Kami maafkan nenek dan atuk. Kami juga nak minta maaf kerana lama tidak menjenguk atuk dan nenek malah kami sentiasa menyalahkan nenek dan atuk kerana merampas ayah dan ibu kami. Maafkan kami, nenek,” sebak Airina.

“Maafkan kami, nenek,” sedih Aiman.

“Cucu nenek tak salah. Semuanya salah nenek. Jika nenek memujuk atuk kamu supaya menerima ibu kamu, mesti semuanya takkan jadi macam ni,”

“Tak, nenek. Semua sudah ditakdirkan Allah. Malah, kami juga sudah bahagia di samping keluarga baru kami,” celah Rahimi sambil memeluk bahu isterinya.

“Nenek jangan risau. Kami akan menjaga nenek kerana kami juga ahli keluarga nenek,” kata Salina sambil memegang erat tangan nenek.

“Terima kasih, cu,” terharu nenek.

“Oh ya, nenek. Nenek bakal menerima cicit tau,” senyum Rahimi sambil mengusap perut isterinya.

“Betul ke? Alhamdulillah!” syukur nenek kerana ahli keluarga semakin bertambah.

“Tahniah kakak dan abang Rahim. Tak lama lagi Aiman jadi pakcik!” seronok Aiman.

“Kamu pun cepatlah beri kami anak buah,” usik Airina.

“InsyaAllah tak lama lagi,” selamba Aiman sambil merangkul pinggang isterinya.

Merah muka Salina.

“Oh ya. Aiman nak beritahu sesuatu. Kakak ingat tak yang Aiman berhutang satu juta tu?” soal Aiman.

“Ingat. Tiba-tiba ada hamba Allah ni langsaikan hutang adik, kan?” balas Airina.

“Sebenarnya, hutang Aiman tu, dilangsaikan oleh atuk,” terkejut semua dengan kata-kata Aiman.

“Macam mana Aiman tahu?” soal nenek.

“Hari tu, ada peguam datang jumpa dengan Aiman. Dia kata, dia peguam atuk. Atuk wasiatkan semua hartanya kepada kakak dan Aiman. Peguam tu juga kata yang hutang Aiman dilangsaikan oleh atuk,” jujur Aiman.

“Jadi, atuk tahu kewujudan kita?” terkejut Airina.

“Mungkin atuk kamu sudah upah penyiasat peribadi dia,” tersenyum nenek membayangkan wajah suaminya.

“Mesti atuk berasa bersalah. Sebab itu, dia mewasiatkan semua hartanya kepada cucu-cucunya untuk menebus kesalahannya,” kata Rahimi.

“Lepas ni, kita pergi kubur atuk, ayah dan ibu kamu ye?” pinta nenek.

“Boleh je, nenek. Tapi, nenek boleh keluar hospital ke?” balas Aiman.

“Nenek boleh keluar dah hari ni,” gembira semua dengan berita itu.



Selepas berjumpa dengan doktor yang merawat nenek, mereka pun bertolak ke kubur.

“Hargailah masa yang ada ini,” kata doktor yang merawat nenek selepas melihat kelibat kereta itu hilang dari pandangannya.



***************


Hakim keluar dari biliknya sambil mencari kelibat isteri kesayangan. Dato’ Hisyam yang turut keluar dari bilik yang bersebelahan dengan bilik Hakim pelik melihat Hakim yang seperti ibu kehilangan anak.

“Kamu dah kenapa ni, Hakim?” soal Dato’ Hisyam.

“Oh daddy. Tak..Hakim cuma sedang cari Sofea je. Bila bangun tidur tadi, Sofea dah tak ada di sebelah,” jawab Hakim sambil menggosok belakang lehernya.

“Risau sungguh Hakim dengan isteri ye. Baguslah. Gembira daddy tengok Hakim bahagia. Ada je isteri kamu tu dengan mummy di bawah. Mereka sedang masak sarapan. Jomlah kita turun,”

Hakim dan Dato’ Hisyam menuruni tangga menuju ke dapur.

“Turun pun. Baru saya ingat nak kejutkan abang,” kata Datin Suraya.

“Selamat pagi, daddy, abang,” sapa Sofea dengan senyuman manis pada bibirnya.

Bahagia Sofea apabila ibu mertua dan bapa mertuanya menerimanya menjadi menantu. Pada mulanya, selepas mendengar hasrat Hakim untuk membawa Sofea berjumpa dengan keluarganya, Sofea mula teragak-agak kerana risau dirinya tidak diterima. Sangkaannya melencong apabila kehadirannya disambut mesra dengan kedua-dua orang tua Hakim.

“Sofea, kesian suami awak ni. Pagi-pagi sudah risau melihat isterinya hilang. Sayang betul dia pada kamu ye,” usikan Dato’ Hisyam menyebabkan muka Sofea dan Hakim berona merah.

“Mana tak sayangnya. Selalu berkepit saja mereka berdua ni. Sampaikan mummy pun susah nak bermesra dengan menantu kesayangan mummy ni,” sambung Datin Suraya sambil memeluk bahu menantunya.


Suka Dato’ Hisyam dan Datin Suraya mengusik anak dan menantunya itu.










<BAB 14          BAB 16>