Monday, December 24, 2018

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH (BAB 2)

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH


BAB 2 - TEMPAT ANEH


“Erm?” Nik Akhil tersedar dari pengsannya.

Dia mendapati badannya sedang meniarap di atas daun-daun kering yang gugur. Nik Akhil berdiri sebelum melihat sekelilingnya.

“Kat mana ni? Hutan?” pelik Nik Akhil apabila melihat dia dikelilingi oleh beberapa pokok yang tinggi belaka.

Nik Akhil terdengar bunyi gemerencang seperti pedang berlaga dengan pedang. Dia mencari arah bunyi itu.

Siti Syazanah yang tidak jauh dari Nik Akhil terjaga apabila mendengar bunyi bising itu. Dia turut melangkah ke arah bunyi tersebut.

Terbeliak matanya apabila melihat dua makhluk yang sangat besar saiz badannya sedang berlaga pedang. Siti Syazanah yang sudah menggigil ketakutan itu berundur secara perlahan-lahan sambil matanya masih memandang pertarungan makhluk gergasi itu.

“Plak!” tersentaknya apabila dia terpijak sebatang dahan kering.

Dia menelan air liurnya dengan sukar. Matanya sudah teralih melihat dahan itu. Lagi mendebarkan apabila bunyi gemerencang itu sudah berhenti.

‘Ya Allah!’ berdoa Siti Syazanah di dalam hatinya sambil menutup matanya dengan erat.

Tiba-tiba lengannya ditarik masuk ke dalam semak. Jantungnya sudah berdegup dengan kencang.

“Hmm?!” terkejutnya apabila memandang tuan kepunyaan tangan yang menarik lengannya tadi.

“Shu! Jangan bersuara!” pesan Nik Akhil dengan matanya yang tidak dialihkan pada dua makhluk itu.

Siti Syazanah turut memandang makhluk yang misteri itu.
Dua makhluk gergasi itu menyambung pertarungan mereka dan mula bergerak dari situ. Mereka berdua menghela nafas lega apabila hilang kelibat makhluk tersebut.

Nik Akhil terasa lengan bajunya ditarik lalu dia memandang Siti Syazanah dengan dahi yang berkerut. Siti Syazanah menunding jarinya pada tangan Nik Akhil yang masih memegang lengannya sejak tadi.

“Opps. Sorry,” Nik Akhil terus melepaskan tangannya yang erat memegang lengan gadis itu yang berlapikkan dengan lengan baju.

“Baik kita pergi dari sini sekarang. Nanti mereka datang sini semula nahas kita,” cadang Nik Akhil sebelum berdiri dari duduknya diikuti oleh Siti Syazanah.
Siti Syazanah hanya mengekori langkah lelaki itu dari belakang.

*****

“Wuahh!”

Ismail Razak terjaga apabila terdengar bunyi tangisan berdekatan dengannya. Sambil memegang kepalanya, Ismail Razak bangun dari meniarap di atas dedaun kering.

Dia cuba mencari cermin matanya namun tidak ditemuinya.

“Eh? Macam mana saya boleh nampak dengan jelas?” terkejut Ismail Razak apabila dia boleh melihat seperti sedia kala tanpa bantuan cermin mata.

“Awak..,” kepala Ismail Razak teralih pada pemilik suara lembut itu.

Dia melihat seorang gadis sedang duduk melutut di atas dedaun kering dengan wajahnya yang sembam.

“Siapa awak? Kita kat mana sekarang ni? Kenapa macam seram je tempat ni? Kita dah mati ke?” bertubi-tubi soalan Shasya Edrina.

Ismail Razak melihat sekelilingnya. Penuh dengan pokok yang tinggi lampai. Dedaun kering berterabur di atas tanah. Hutan, kah? Fikirnya di dalam kepala.

“Oh ya. Kenapa awak menangis?” pandangan dialihkan kepada wajah sembam gadis itu.

Shasya Edrina menunding jari pada buku lalinya. Nampak sudah bengkak walaupun ditutupi dengan stokin merah jambunya.

Wajah mereka berubah apabila terdengar sesuatu sedang menuju ke arah mereka. Pokok-pokok mula bergoyang akibat gegaran yang dihasilkan itu.

“Kita kena pergi dari sini sekarang!” cemas Ismail Razak.

“Ta..tapi, saya tak boleh nak lari dengan kaki macam ni,” gelisah Shasya Edrina.

Air matanya masih bercucuran turun.

Ismail Razak terus melutut satu kaki membelakangi Shasya Edrina.

“Naik belakang saya,” Shasya Edrina hanya akur kerana waktu itu dianggap sebagai darurat.

Ismail Razak berdiri.

“Beratnya,” perlahan suaranya namun masih dapat didengari oleh Shasya Edrina.

“Hei! Tak baik cakap perempuan macam tu. Kau yang lembik sangat tau! Saya ni ringan je. Berat badan tak sampai 60 pun,” geram Shasya.

Belakang Ismail Razak dipukulnya.

“Bersamaan 6 kampit beras 10kg. Biasanya saya boleh pikul 2, atau 3 kampit je. Lepas ni, kena cuba angkat 6 kampit sekaligus,” bisik Ismail Razak dalam hatinya.

“Apa yang kau monolog sorang-sorang tu?! Kau ejek saya ke?!”
Sekali lagi, belakang Ismail Razak dipukul.

“Mana ada saya mengejek. Saya…saya…,” teragak-agak Ismail Razak yang sudah mula bergerak dari lokasi asal mereka.

“Saya apa, hah?!”

“Saya puji awak,” terlepas ayat itu akibat desakan yang diterima.

“Puji? Alaa..malulah saya macam ni,” segan Shasya Edrina sambil menepuk belakang Ismail Razak.

Kesakitan Ismail Razak akibat dipukul tiga kali di tempat yang sama.

“Saya tahu yang saya ni cantik orangnya. Susah tau jadi orang cantik ni. Ayah saya ada keturunan Arab, mak saya pula kacukan Cina. Maka, lahirlah saya yang cantik ni…,” panjang lebar kisah Shasya Edrina.

‘Bilalah dia nak habis cakap ni. Menyesal pula ‘puji’ dia tadi,’ mengeluh Ismail Razak.

“Saya anak tunggal mereka. Jadi, mereka sayang sangat kat saya. Eh?” kata-kata Shasya Edrina terhenti.

“Kenapa?” pelik Ismail Razak yang masih berjalan sambil menggendong gadis itu.

“Awak, saya nampak sesuatu di semak tu,” ujar Shasya Edrina sambil menunding jarinya pada semak-samun.

Ismail Razak mengecilkan matanya untuk melihat arah yang ditunjukkan.

“Jauh lagi kita nak sampai ke semak tu. Apa yang awak nampak?” soal Ismail Razak.

Dia terasa gadis di belakangnya sedang menggigil lalu dia berhenti berjalan.

“Kenapa awak menggigil ni?” pelik Ismail Razak.

“Baik kita cari tempat selamat dulu. Apa kata kita ke pokok besar tu. Saya nampak ada lubang. Muat untuk kita berdua menyorok. Lagipun, mesti awak dah penat dukung saya,”

Ismail Razak hanya akur kata-kata Shasya Edrina. Lagipun, dia sudah kepenatan untuk berjalan lebih jauh.

Shasya Edrina diturunkan dari belakangnya apabila mereka tiba di pokok sebesar gajah, jauh dari semak.

“Biar saya masuk dulu,” Shasya Edrina terus merangkak masuk ke dalam lubang pokok yang memuatkan seorang sahaja untuk melaluinya.

Ismail Razak yang sudah kemerahan terus memalingkan pandangannya apabila punggung gadis itu menghadapnya.

‘Ya Allah! Kuatkanlah imanku,” berdoa Ismail Razak di dalam hatinya.

“Argh!” pandangan terus dialihkan ke arah jeritan itu.

Leganya apabila seluruh tubuh Shasya Edrina sudah masuk ke dalam lubang pokok itu. Ismail Razak mula tersedar sebelum mendekati lubang pokok.

“Kenapa? Awak ok tak?” risau Ismail Razak.

Disebabkan tiada balasan dari gadis itu, dia terus masuk ke dalam lubang itu. Masuk sahaja, dia ternampak tubuh gadis itu sedang duduk di sebelahnya.

“Awak! Ada manusia lagilah di tempat pelik ni,” ceria suara Shasya Edrina.

Matanya tidak terkalih pada Ismail Razak kerana teruja memandang dua tubuh yang duduk di hadapannya.

“Hah?”

Ismail Razak terus mengalihkan pandangannya pada arah pandangan Shasya Edrina. Dia melihat seorang gadis yang bertudung sedang bersembunyi di belakang bahu seorang jejaka. Tangan gadis itu erat memegang lengan baju jejaka itu dalam keadaan menggigil.

Jejaka itu memandang mereka dengan wajah yang dingin.

“Siapa korang ni?” kasar ayat yang digunakan jejaka itu.

“Saya Shasya Edrina dan dia…,” tiba-tiba hilang senyuman Shasya Edrina sambil matanya teralih memandang wajah Ismail Razak.

“Siapa ye nama awak?” Ismail Razak menepuk dahinya sendiri.

“Shu! Ada sesuatu menghala ke arah sini. Cepat masuk, awak!” terhenti percakapan Ismail Razak untuk menjawab soalan apabila mendengar arahan Shasya Edrina.

Ismail Razak menjauhi pintu masuk lubang dan duduk di sebelah jejaka dingin itu.

Masing-masing mendiamkan diri apabila bunyi tersebut semakin dekat.

“Slup!”

Bunyi sesuatu menggelongsor masuk ke dalam lubang itu.

“Dum!”

Bunyi dentuman yang kuat.

“Argh!”

Suara jeritan kedengaran di dalam lubang itu.

Suasana menjadi gelap apabila pintu masuk lubang itu tertutup secara tiba-tiba. Mereka menelan air liur masing-masing. Tiada sesiapa berani bersuara.

“Gelapnya..,” perlahan suara Ismail Razak.

“Mak…,” Shasya Edrina yang sempat duduk di sebelah Ismail Razak mula menyebut nama ibunya.

Lengan baju Ismail Razak erat dipegangnya. Entah bila ditariknya pun dia tidak sedar.

Seminit mereka bergelap sebelum cahaya muncul dari dinding lubang itu. Saiz cahaya itu sebesar bola tenis. Sebanyak enam bebola cahaya muncul di sekeliling lubang itu. Kagum sang jejaka melihatnya.

“Hah?”

Kini, mereka dapat melihat wajah manusia yang berada di dalam lubang itu. Nik Akhil, Ismail Razak dan lelaki dingin itu berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang gadis yang sedang erat memegang lengan baju mereka sambil menekup wajah pada bahu mereka.

“Hoi! Dah tak gelap dah. Cepat buka mata tu. Koyak juga baju tu kalau kau asyik tarik je,” sergah lelaki dingin itu pada gadis di sisinya.

“Cik penakut. Sila lepaskan baju saya ni. Habis basah lencun disebabkan air mata cik,” kasar Nik Akhil sambil menggerakkan bahunya.

“Cik Shasya Edrina, mereka manusia juga macam kita. Kita dah selamat di sini,” lembut Ismail Razak sambil menggerakkan bahu gadis itu.

Ketiga-tiga gadis itu mengangkat wajah mereka sambil memandang sekeliling mereka.

“Manusia!” gembira mereka lantas terus melangkah ke hadapan untuk memeluk spesis mereka.

“Tung!”

“Aduh!”

“Hahahaha!” geli hati ketiga-tiga jejaka itu apabila Siti Syazanah, Shasya Edrina dan Nur Halimah terhantuk kepala masing-masing.


“Jahat korang gelakkan kitaorang!” geram Shasya Edrina sambil mengusap dahinya.




<BAB 1          BAB 3>

Friday, December 21, 2018

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH (BAB 1)

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH


BAB 1 - KEJADIAN PELIK


“Argh!!” suara jeritan kedengaran.

“Sup!” bunyi sesuatu disedut menghilangkan jeritan tersebut.

“Berita utama malam ini. Seorang pelajar kolej perempuan di Kelantan dan seorang pelajar kolej lelaki di Pahang didapati hilang secara tiba-tiba. Pihak polis sedang membuat siasatan ke atas dua orang pelajar ini. Bukti yang dapat dijumpai hanyalah telefon bimbit namun bukan milik mangsa…,”

*****
9 tahun kemudian…

Kelihatan seorang gadis yang bercermin mata petak, bertudung yang dililit tepi, sedang berjalan menuju ke perpustakaan. Gadis itu melalui di kawasan sunyi sebagai jalan pintas. Tanpa disedari, dia diekori oleh 3 orang lelaki. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan terdapat mesej masuk.

Terhenti perbuatannya apabila dia ingin mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam poket kotnya. Gadis itu terasa sesuatu lantas dia mempercepatkan langkahnya.

“Nak lari ke mana, cik adik?”

Salah seorang dari lelaki itu sudah berada di hadapan gadis itu. Gadis itu menoleh ke kiri dan ke kanan namun dirinya sudah dikepung. Dia cuba beredar dari situ namun kot hitam yang dipegangnya ditarik kasar oleh salah seorang lelaki tersebut menyebabkannya jatuh terduduk.

“Argh!”

Kesakitan gadis itu. Jeritan gadis itu didengari oleh Nik Akhil yang kebetulan melalui laluan tersebut. Telefon bimbit yang berbunyi itu terus dimasukkan ke dalam jaketnya sebelum berlari ke arah jeritan tersebut.

“Korang…nak apa?”

Gadis itu mula menggigil ketakutan.

“Hehehe…cik mainlah dengan kami dulu. Janganlah takut,”

Mereka mula mendekati gadis itu yang sedang mengesotkan badannya ke belakang.

“Kalau saya nak turut main dengan abang-abang sekalian boleh?”

Suara Nik Akhil mengalihkan pandangan ketiga-tiga lelaki tersebut. Mereka menjauhi gadis itu dan mula mendekati Nik Akhil.

“Kau siapa nak menyibuk kat sini, hah?!” marah salah seorang dari lelaki itu.

Nik Akhil senyum sinis memandang ketiga-tiga lelaki yang sudah mengepung dirinya. Jaket hitam yang dipakainya dicampak bersebelahan dengan kot hitam gadis itu.

“Tiga nak lawan sorang? Korang tak malu ke?” perli Nik Akhil.

Sempat dia memberi isyarat kepada gadis itu supaya melarikan diri dari situ. 

Tanpa membuang masa, gadis itu mencapai kotnya sebelum beredar dari kawasan tersebut.

“Wan! Zack! Mari kita ajar budak ni sikit. Berani betul nak kacau kita,” arah salah seorang daripadanya yang berlagak seperti ketua.

“Marilah,” sengaja Nik Akhil membangkitkan kemarahan mereka.

Tumbukan terus dilayangkan ke arah muka Nik Akhil. Tindakan pantas Nik Akhil berjaya mengelak dan menumbuk pipi Wan. Zack yang tidak sempat untuk memukul badan Nik Akhil menggunakan sebatang kayu turut ditumbuk di bahagian perut oleh Nik Akhil.

“Tak guna!”

Beberapa minit kemudian, ketiga-tiga lelaki itu sudah terbaring di atas jalan tar. Teruk mereka dibelasah oleh Nik Akhil.

“Dah tahu lemah ada hati nak belasah orang. Ini Nik Akhil tau. KL Gengster!” bangga Nik Akhil sebelum tunduk mengambil jaketnya.

“Eh? Ini bukan jaket saya ni,” pelik Nik Akhil sambil membelek-belek kot yang dipegangnya.

Kedengaran telefon berbunyi dari poket kot tersebut sebelum Nik Akhil mengeluarkan telefon tersebut.

Di hadapan perpustakaan, Siti Syazanah termegah-megah. Nafas cuba diaturkan kembali. Telefon bimbit yang berbunyi mengejutkannya.

“Telefon siapa ni?” pelik Siti Syazanah apabila mengeluarkan telefon bimbit itu dari kocek jaket hitam yang dipegangnya.

“Jap. Ini bukan kot saya,”

Siti Syazanah mula sedar bahawa jaket yang dipegangnya bukan kot miliknya.

*****

Di dalam sebuah kedai buku, kedengaran beberapa pelajar perempuan sedang bergelak ketawa sambil berjalan ke kaunter pembayaran.

“Aina, kan ada orang sedang beratur tu. Janganlah potong barisan. Bagilah dia bayar dulu,” tegur Shasya Edrina apabila melihat rakannya selamba ke kaunter sedangkan terdapat seorang pelanggan lelaki sudah berdiri di kaunter tersebut.

“Tak apa. Cik bayarlah dulu,” mengalah lelaki itu sebelum berundur ke barisan belakang, iaitu di belakang Shasya Edrina.

“Terima kasih, encik,” selamba Aina sebelum mengeluarkan wang dari dompetnya untuk membayar novel.

“Teruknya perangai,” rungut Shasya Edrina sebelum menoleh ke belakang.

“Maafkan kawan saya tu, encik,” Shasya Edrina menundukkan kepalanya ke arah pelanggan lelaki tersebut.

“Tak apa, cik. Salah saya juga sebab termenung pula tadi,”

“Ed, cepatlah bayar. Kami dah nak balik ni,” nyaring suara Aina yang sudah berdiri di pintu kedai buku itu.

Shasya Edrina terus memalingkan kepalanya pada kawan-kawannya.

“Korang baliklah dulu. Jumpa esok, Aina, Aimi,” balas Shasya Edrina sambil meletakkan buku yang dipegangnya di atas meja kaunter.

“Jumpa kau esok,” lalu Aina dan Aimi keluar dari kedai buku tersebut.

Selepas membuat pembayaran, Shasya Edrina terus berjalan ke pintu keluar. 

Langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi telefon bimbitnya dari beg kertas kedai buku tersebut.

“Dush!”

Pelanggan lelaki itu terlanggar tubuh Shasya Edrina kerana sibuk berjalan sambil memasukkan telefon bimbitnya di dalam beg kertas kedai buku itu.

Beg kertas mereka terjatuh dari genggaman mereka.

“Maafkan saya, cik. Saya tak perasan cik tadi,” gelabah lelaki itu sambil mengambil beg-beg kertas yang berada di atas lantai.

“Salah saya juga sebab tiba-tiba berhenti di tengah jalan. Maafkan saya, encik,” sesal Shasya Edrina sambil mengambil huluran beg kertas dari lelaki tersebut.

“Tak apa, cik,”

Selepas itu, mereka berjalan mengikut haluan masing-masing. Telefon yang berbunyi dari beg kertas tersebut menghentikan langkah mereka. Shasya Edrina terus berdiri di tepi pejalan kaki kerana risau kejadian tadi berlaku lagi. Mereka serentak mengeluarkan telefon dari beg tersebut.

“Eh? Ini bukan telefon saya,” pelik mereka kerana beg kertas mereka tertukar sewaktu pelanggaran berlaku.

*****

“Ima pergi dulu, mak,” kata Nur Halimah sebelum melangkah keluar dari rumahnya menuju ke taman.

Nur Halimah berjalan-jalan di sekitar taman. Langkahnya terhenti apabila ternampak benda yang berwarna hitam berada di atas sebuah bangku. Matanya sudah bulat manakala mukanya mulai pucat.

“Ap..pa tu?” dia bertanyakan pada dirinya.

Apabila benda hitam itu mula bergerak, Nur Halimah terus berundur secara perlahan-lahan.

Tanpa membuang masa, dia terus berlari dari situ dengan matanya yang tertutup.

“Dush!”

Nur Halimah terlanggar dengan seorang lelaki yang sedang berjalan sambil melihat telefon dari arah bertentangan. Telefon yang dipegang mereka terjatuh akibat pelanggaran tersebut.

“Aduh! Sakitnya! Hoi, bangunlah! Dahlah berat!” marah lelaki itu.

Nur Halimah yang terasa menghempap sesuatu yang lembut terus membuka matanya. Terkejut dia apabila mendapati dirinya sedang menghempap seorang lelaki yang tidak dikenalinya lantas terus bangun.

Dia ternampak telefon yang berada di sebelah kakinya. Telefon tersebut dicapai sebelum menyambung lariannya.

“Tak betul ke dia tu?” pelik lelaki itu melihat Nur Halimah yang lintang pukang lari dari situ.

Telefon yang berada di hadapannya diambil sebelum dia berdiri. Telefon yang berbunyi menghentikan perlakuannya untuk menyapu kotoran pada seluar. Nur Halimah turut berhenti berlari apabila telefon di dalam genggamannya berbunyi.

“Eh? Ini telefon siapa ni?” pelik mereka apabila melihat skrin depan telefon tersebut.

Tiba-tiba cahaya putih keluar dari keenam-enam telefon bimbit tersebut.

“Argh!” menjerit mereka.

“Sup!”


Sekelip mata sahaja, mereka berenam hilang. Yang tinggal hanyalah telefon bimbit yang bukan milik mereka, berada di lokasi terakhir mereka.






<SINOPSIS          BAB 2>

Thursday, December 20, 2018

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH (SINOPSIS)

NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH



WATAK (CASTS)

Siti Syazanah binti Ahmad Shamsol (Syaza)

  • seorang gadis yang kutu buku / ulat buku
  • seorang yang pendiam namun setiap tindakannya sangat bernas
  • sentiasa berfikir sebelum berkata-kata
  • mempunyai seorang kakak : Siti Syuzanah (Yuza)


Shasya Edrina binti Hamzah (Ed)

  • seorang gadis yang gedik
  • suka cakap lepas (bercakap tanpa berfikir dahulu)
  • jujur orangnya cuma ada kata-katanya yang menyakitkan hati
  • anak tunggal yang sangat manja


Nur Halimah binti Hamidin (Ima)

  • seorang gadis yang penakut
  • mempunyai firasat yang sangat kuat
  • bila terasa takut, dia suka memegang lengan orang tanpa disedarinya
  • pantas orangnya kerana pernah menjadi atlet di sekolahnya dulu
  • anak tunggal
  • mempunyai dua orang sepupu rapat : Hazim dan Hazimah


Nik Akhil Mokhtar bin Nik Muhammad Hassan (Akil)

  • seorang jejaka yang sangat nakal dan suka menyakat orang
  • suka menyelesaikan masalah menggunakan penumbuknya
  • tidak suka orang mendekatinya ketika dia cedera
  • mempunyai seorang adik : Nik Akhilah


Ismail Razak bin Ismail Ramli (Raz)

  • seorang jejaka yang pandai
  • suka belajar sesuatu
  • bercakap menggunakan kepandaiannya
  • mempunyai abang dan adik : Ismail Razali (Zal) & Isma Rayza (Ayza)


Tengku Ehsan bin Tengku Ibrahim (Izan)

  • seorang jejaka yang kaya dan gemar pada kebersihan
  • kuat berleter apabila tidak mendengar kata-katanya
  • cerewet orangnya
  • anak tunggal



Mila Liyana binti Hazimin

  • pelajar perempuan yang hilang pada 9 tahun lepas


Shahril Razali bin Abdul Nizam

  • pelajar lelaki yang hilang pada 9 tahun lepas






SINOPSIS



Cahaya putih yang muncul menyebabkan 3 orang gadis dan 3 orang jejaka telah masuk ke alam yang tidak pernah mereka ketahui. Sikap dan perangai mereka yang sangat berbeza mengubah situasi mereka.

Dapatkah mereka keluar dari alam itu? Mengapakah mereka, yang langsung tidak mengenali antara satu sama lain dipilih masuk ke alam itu? Adakah kejadian aneh ini ada kaitan dengan peristiwa kehilangan dua orang pelajar kolej 9 tahun yang lalu?

Pengembaraan ke alam aneh ini bakal membuatkan anda memberikan pelbagai reaksi. 



*Mohon jangan ciplak
*100% idea sendiri


Selamat membaca ^^